Anda di halaman 1dari 1

Jenis-jenis Ayat

1. Ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan atau
maksud ayat itu diucapkan.
2. Empat jenis ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan.
3. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan atau maksud membuat sesuatu
kenyataan, misalnya menyatakan atau memberikan sesuatu keterangan tentang sesuatu
hal atau berita. Ayat jenis ini juga disebut ayat berita.
4. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal atau
berita.
5. Seterusnya, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi suruhan,
larangan, ajakan, atau menyampaikan permintaan. Ayat perintah ditujukan kepada orang
kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau,
dan seumpamanya, yang lazimnya digugurkan.
6. Jenis ayat yang terakhir merupakan ayat seruan, iaitu ayat yang diucapkan dengan
tujuan melahirkan perasaan seperti terkejut, hairan, geram, seronok, sakit, dan
sebagainya. Dalam tulisan, ayat seruan menggunakan tanda (!) di akhir ayat. Ayat jenis
ini lazimnya menggunakan kata seru seperti wah, oh, amboi, cis, aduh, eh, dan syabas di
permulaan ayat.

Anda mungkin juga menyukai