Anda di halaman 1dari 2

UPSR2016/SKNM

KATA KUNCI BAGI SOALAN SUBJEKTIF SAINS

Apakah kesimpulan bagi soalan berikut?

[corak/pola] [PM] [corak/pola]


Semakin ___________ _________________, semakin ___________ ________________ .
[PB]
SENARAI KESIMPULAN YANG BOLEH DIGUNAKAN MENGIKUT TAJUK:

Terdapat beberapa tajuk di mana soalan kesimpulan tidak boleh menggunakan kata kunci di atas
seperti:

Tajuk: Cahaya [tahun 5]


 Cahaya bergerak lurus dalam satu garisan.
pilih salah satu kesimpulan ikut
 Cahaya boleh dibiaskan.
 Cahaya tidak dapat menembusi objek legap. soalan
Tajuk: Geseran [tahun 6]
 Semakin bertambah kasar jenis permukaan, semakin bertambah jumlah daya geseran.
Tajuk: Kekuatan [tahun 5]
 Semakin bertambah kuat objek/bahan yang digunakan, semakin bertambah kukuh struktur
yang dibina.
Tajuk: Persaingan [tahun 6]
 Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari/ruang/air untuk hidup dengan subur.
 Haiwan bersaing untuk mendapatkan ruang/makanan/air untuk terus hidup.
Tajuk: Gerhana [tahun 6]
 Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dan ketiga-tiganya
berada dalam satu garisan lurus.
 Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dan ketiga-
tiganya berada dalam satu garisan lurus.
*pilih salah satu berdasarkan soalan
Tajuk: Pengawetan makanan [tahun 6]
 Makanan akan menjadi tahan lebih lama sekiranya diawet dengan kaedah
penyejukbekuan/pengetinan/pengeringan/pendinginan/pelilinan/pempasteuran
(bergantung kepada kaedah yang digunakan dalam soalan yang diberikan)
Tajuk: Mesin kompleks [tahun 6]
 Penggunaan teknologi membolehkan sesuatu pekerjaan dilakukan dengan mudah dan cepat.
Tajuk: Pengaratan [tahun 4]
 Pengaratan akan berlaku sekiranya logam terdedah kepada air dan udara.
Tajuk: Bumi, Bulan dan Matahari [tahun 5]
 Bumi berputar pada paksinya menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam.
 Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur menyebabkan berlakunya perubahan
panjang/arah bayang-bayang.
Tajuk: Gerak balas terhadap rangsangan [tahun 4]
 Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari manakala akar bergerak balas
terhadap air/graviti.
Tajuk: Elektrik Litar Bersiri dan Selari [tahun 5]
 Mentol lebih cerah dalam litar selari berbanding dalam litar bersiri.
Tajuk: Mikroorganisma [tahun 6]
 Mikroorganisma boleh bernafas/Mikroorganisma boleh bertumbuh/Mikroorganisma boleh
bergerak. (bergantung kepada soalan)
Tajuk: Haba [tahun 5]
 Gas/cecair/pepejal akan mengembang apabila dipanaskan/menerima haba dan mengecut
apabila disejukkan/kehilangan haba.

1|P a g e
UPSR2016/SKNM

(pilih salah satu keadaan jirim sama ada cecair, gas atau pepejal ikut soalan)
Tajuk: Asid dan Alkali [tahun 5]
 Bahan berasid menukarkan kertas litmus biru kepada merah manakala bahan beralkali
menukarkan kertas litmus merah kepada biru.
 Bahan neutral tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru.
 Bahan berasid berasa masam manakala bahan beralkali berasa pahit.
 Bahan neutral berasa masin, manis dan tawar.
(salah satu berdasarkan soalan)

 SEMOGA METAH CEMERLANG UPSR 2016 

2|P a g e

Anda mungkin juga menyukai