Anda di halaman 1dari 36

Asia merupakan sebuah benua yang unik.

Asia juga merupakan benua


terbesar dan paling ramai populasi penduduk merentas Jepun dan Indonesia
sehingga ke Negara-negara Arab. Dengan kepadatan populasi 4.3 billion manusia,
Asia menjadi tuan rumah kepada hampir 60 peratus daripada 7 billion penduduk
dunia. Ia juga merupakan rumah kepada agama-agama besar dunia merangkumi
Islam, Buddha, Konfucianisme dan Hindu. Asia juga mengandungi beberapa bangsa
dan tamadun besar dunia seperti Islam, China, India dan Melayu yang
memperkayakan lagi warisan dan keunikannya.

Keunikan kepelbagaian berdasarkan agama, kasta, bahasa, etnik dan budaya


ini juga kadangkala menjadi penyebab konflik yang disebabkan oleh kegagalan
menguruskan dan meraikan kepelbagaian, perasan dendam, ketamakan dan
kerakusan manusia, salah faham dan pelbagai lagi. Ini merupakan antara cabaran
yang besar bagi masyarakat Asia bagaimana untuk mengurus dan meraikan
kemajmukan masyarakat atau ‘plurality’.

Kebanyakan Negara-Negara mempunyai paradigma majoriti-minoriti. Cabaran


dan dilema pertembungan antara kaum majoriti dengan kaum minoriti ialah berkaitan
dengan jurang dalam menuntut hak-hak asasi yang dijamin dalam perlembagaan
dengan penindasan dan penganiayaan terhadap kaum minoriti dan penduduk
pribumi.

Pendek kata, pelbagai jenis bentuk dan kategori konflik yang berlaku di
sekeliling kita setiap hari khususnya di Asia termasuk perang, konflik kelas, konflik
agama dan etnik, konflik politik dan konflik antara dan intra komuniti. Tidak harus
juga kita lupa konflik dalaman yang berlaku hampir setiap hari dalam diri kita sendiri
juga memerlukan perhatian dan penyelesaian kerana setiap konflik luaran berlaku
adalah natijah atau cerminan daripada konflik dalaman hati yang bermasalah.

Walaubagaimanapun, selagi mana watak yang terlibat bernama manusia,


konflik akan terus berlaku dan bakal berlaku di mana-mana sahaja bahkan konflik
kemanusiaan telah berlaku jutaan tahun lampau semenjak awal kejadian manusia
iaitu ketika pergaduhan antara Habil dan Qabil. Kita tidak mampu menghalangnya
namun kita mampu menghadapinya bahkan mengelakkannya berulang semula pada
masa depan Sebagai masyarakat sivil yang cintakan keamanan, kita harus terus
berusaha memastikan keamanan berkekalan khususnya di Asia untuk generasi
masa depan kerana seperti kata pepatah Inggeris, “Kita tidak mewarisi dunia ini
daripada generasi nenek moyang tetapi kita meminjam dunia ini daripada generasi
masa hadapan” atau “We are not inheriting this world from our past generation but
indeed we are borrowing it from our future generation”.
KRONOLOGI
MASA ISU-ISU
KONFLIK DUNIA
PERKEMBANGAN KONFLIK TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH
MENGIKUT KRONOLOGI MASA

TARIKH / TAHUN PERISTIWA

25 Januari 1962 Persetujuan menyelesaikan isu


berdasarkan undang-undang.
Pertukaran memorandum masing-
masing antara Malaysia dengan
Singapura.

Malaysia mengesahkan pemilikannya ke


1979 atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks
dan South Ledge ketika menerbitkan
peta rasmi baru.

Singapura menghantar Nota Bantahan


14 Februari 1980 terhadap peta baru Malaysia. Bermulalah
pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu
Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.

17 Disember 1981 Persetujuan Tun Dr. Mahathir dan Lee


Kuan Yew untuk pertukaran dokumen.

16 Oktober 1991 Tun Dr. Mahathir dan Goh Chok Tong


mengulangi persetujuan.

4 Februari 1993 Rundingan pertama dimulakan tetapi


gagal

11 – 13 Januari 1994 Rundingan kedua juga tidak berjaya.

6 September 1994 Persetujuan pemimpin untuk merujuk


ICJ.

Jun 1995, Mac 1996 & Rundingan untuk mencapai Perjanjian


April 1998 Khas.

Selama 28 tahun kerajaan Malaysia mula


menjalankan penyelidikan di lebih 40
1979 – 2007 tempat di sembilan negara bagi
mencari fakta – fakta yang menyokong
tuntutan Malaysia.

Perjanjian Khas Malaysia dengan


6 Februari 2003 Singapura ditandatangani yang bersetuju
untuk merujuk pertikaian hak kedaulatan
Pulau Batu Puteh ke ICJ.
9 Mei 2003 Perjanjian Khas dikuatkuasakan.

24 Julai 2003 Pemberitahuan bersama untuk merujuk


kes ke ICJ.

25 Mac 2004 Penyerahan memorial daripada kedua –


dua buah negara.

25 Januari 2005 Penyerahan memorial balas.

25 November 2005 Jawapan balas daripada kedua – dua


negara.

6 – 23 November 2007 Perbicaraan di ICJ berlangsung.

Panel 16 hakim ICJ bersidang di The


Hague, Belanda mengumumkan
23 Mei 2008 keputusan hak kedaulatan
ke atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks
dan South Ledge.
PERKEMBANGAN KONFLIK TUNTUTAN PULAU LIGITAN DAN SIPADAN
MENGIKUT KRONOLOGI MASA

TARIKH/TAHUN PERISTIWA
Persengketaan antara Indonesia dengan
Malaysia mula memuncak pada tahun
1969 ketika dalam pertemuan teknikal
undang-undang laut antara kedua-dua
1969 negara. Oleh hal yang demikian, kedua-
dua negara bersepakat agar Sipadan
dan Ligitan diisytiharkan dalam keadaan
status quo.
Malaysia telah menerbitkan peta yang
memasukkan kedua pulau tersebut ke
dalam wilayah nasionalnya, dan
beberapa tahun kemudian melakukan
pembangunan dan pengurusan
1970 kemudahan – kemudahan pelancongan
di kedua-dua pulau itu.

Perbahasan terjadi antara Presiden


Indonesia iaitu Soeharto dan Perdana
Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir
Muhammad di Yogyakarta tahun.
1989 Ternyata perebutan terhadap kedua –
dua pulau tersebut sukar untuk
diselesaikan dalam kerangka
perundingan dua hala.

Kedua – dua pihak bersetuju untuk


membawa kes tersebut ke Mahkamah
Antarabangsa dengan menandatangani
dokumen "Special Agreement for the
1997 Submission to the International Court of
Justice on the Dispute between
Indonesian and Malaysia concerning the
Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau
Sipadan" di Kuala Lumpur pada 31 Mei
1997.
Pada 2 November 1998, perjanjian
khusus yang telah ditandatangani itu
kemudian secara rasmi diserahkan
1998 kepada Mahkamah Antarabangsa,
melalui suatu "joint letter" atau
pemberitahuan bersama.

Proses argumentasi tertulis ("written


pleadings") dari kedua – dua belah pihak
dianggap rampung pada akhir Mac 2000
di Mahkamah Antarabangsa.
2000 Argumentasi itu terdiri daripada
penyampaian "memorial", "counter
memorial", dan "reply" ke Mahkamah
Antarabangsa.

Proses penyelesaian sengketa Pulau


Sipadan dan Ligitan di Mahkamah
Antarabangsa memasuki tahap akhir,
iaitu proses argumentasi lisan ("oral
hearing"), yang berlangsung dari 3-12
Jun 2002. Pada kesempatan itu, Menteri
Luar Hassan Wirajuda selaku pemegang
kuasa undang-undang RI,
menyampaikan argumentasi lisannya
("agent s speech"), yang kemudian diikuti
oleh persembahan argumentasi yuridis
2002 yang disampaikan Tim Peguam RI.
Mahkamah Antarabangsa kemudian
menyatakan bahawa keputusan akhir
bagi perbicaraan tersebut akan
ditetapkan pada 17 Disember 2002.
Pada tarikh 17 Disember 2002,
Mahkamah Antarabangsa di The Hague
menetapkan Pulau Sipadan dan Ligitan
menjadi sebahagian daripada wilayah
kedaulatan Kerajaan Malaysia atas dasar
"keberkesanan" kerana Malaysia telah
melakukan usaha pentadbiran dan
pengurusan pemuliharaan alam di kedua
– dua pulau tersebut.

PERKEMBANGAN KONFLIK TUNTUTAN PULAU LAYANG-LAYANG


MENGIKUT KRONOLOGI MASA

TARIKH/TAHUN PERISTIWA

Pengisytiharan perairan Zon Ekonomi


20 September 1979 Eksklusif (ZEE) Malaysia menyaksikan
Kabinet mengarahkan supaya kajian
segera dilakukan untuk mendirikan
penempatan di beberapa buah terumbu
batu karang di perairan ini.

Isu Spratly pernah menyaksikan konflik


bersenjata antara China dan Vietnam di
Gugusan Paracels.Secara terbuka
Negara kuasa Asia Timur itu menuntut
keseluruhan kepulauan di Laut China
Selatan itu sebagai perairan yang berada
di bawah penguasaannya.Konflik
Januari 1974 bersenjata beberapa kali berlaku antara
kedua-dua Negara sekitar tahun 1980-an
yang mencetuskan ketegangan.Konflik
China-Vietnam membuka mata negara-
negara lain yang bersempadan untuk
membuat tuntutan sama dengan
membina penempatan.

Sebuah tugu kemudian dibina di sini


menandakan hak kedaulatan Malaysia. Ia
disusuli dengan penempatkan anggota
Paskal TLDM di sini pada Mei 1983
dalam keadaan yang cukup mencabar.
21 Jun 1980 Survivaliti pasukan Paskal ketika itu jelas
menunjukkan kesanggupan mereka
berkorban demi mengawasi kedaulatan
negara. Dari segi geografi, kawasan
perairan ini mempunyai kepentingan
strategik dan ekonomi, khususnya
mineral.
Mei 1983. Penempatan anggota pasukan khas laut
(PASKAL)
1989 Kawasan terumbu di Pulau Layang-
Layang dimajukan menjadi pusat
pelancongan dengan pembinaan Layang-
Layang Resort.
KUPASAN ISU-ISU
KONFLIK DUNIA
SEMASA

5.1 DEFINISI ISU KONFLIK

Isu konflik dunia semasa iaitu konflik persempadanan dan tuntutan bertindih
semakin mendapat tempat dalam politik antarabangsa. Hal ini berikutan pengenalan
regim UNCLOS yang membawa kepada bertambahnya kemungkinan konflik antara
negara. UNCLOS telah memberi garis panduan mengenai zon-zon maritim seperti
pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).21 Masalah yang timbul ialah
setiap negara mempunyai intepretasi tersendiri terhadap zon-zon maritim ini. Apabila
setiap Negara mengumumkan ZEE mereka, ZEE ini bertindih dengan ZEE yang
diisytiharkan oleh negara jiran. Ini membawa kepada pertindihan ZEE yang
seterusnya mencetuskan pertikaian antara kedua buah negara ini.

Hal ini berlaku terutama apabila negara menjalankan kerja mencarigali


petroleum atau gas atau menjalankan aktiviti perikanan. Hasilnya berlakulah tuntutan
bertindih yang membabitkan negara-negara berjiran yang menurut Valencia akan
menjadi punca konflik pada masa akan datang. Malaysia sendiri terbabit dalam
beberapa siri tuntutan bertindih. Sabah masih dituntut oleh Filipina, tuntutan
berdasarkan sejarah pemilikan sebahagian Sabah oleh Kesultanan Sulu. Tuntutan ini
masih lagi belum digugurkan oleh Manila sehingga kini Malaysia juga turut terbabit
dalam menuntut beberapa buah pulau dan atoll di Kepulauan Spratly bersama lima
negara lain iaitu China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei. Sehingga kini Malaysia
telah menduduki lima buah pulau-atoll.

Pertikaian antara Malaysia-Indonesia berhubung Pulau Sipadan-Ligitan telah


diselesaikan oleh ICJ dengan keputusan berpihak kepada Malaysia pada 17
Disember 2002. Malaysia berjaya dalam kes ini kerana hujah effectivities iaitu
Malaysia mempunyai kawalan serta pentadbiran yang berterusan sejak 1878
Sipadan-Ligitan. Perkara ini berdasarkan kawalan dan peraturan pengutipan telur
penyu serta pengeluaran surat kuasa kepada penduduk Semporna memungut telur
penyu. Di samping itu dua lagi hujah effectivities ialah pembentukan ‘bird sanctuary’
pada 1 Februari 1933 serta pembinaan sebuah rumah api oleh Kerajaan Borneo
Utara pada tahun 1962 serta pembinaan rumah api kedua pada tahun 1963.

1.1. MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU BATU PUTEH


MALAYSIA-SINGAPURA
Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada
tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan
Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya. Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih
jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal)
berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim
Pengerang). Lihat peta 1 dan 2.

(Peta 1 : Pulau Batu Puteh) (Peta 2 : Pulau Batu Puteh)

Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17


Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan
Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya
kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh.
Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara
bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya
pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor
sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.

Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran


mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang
kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan
tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-
pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar
barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai


pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan
oleh pihak Malaysia. Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan
pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua
negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam
penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang
akhirnya dengan persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu
Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia.
Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di
perairan mana ia terletak.

1.1 MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LIGITAN DAN


SIPADAN MALAYSIA-INDONESIA

Pertikaian mengenai “status quo” pulau Ligitan dan Sipadan yang berada di Selat
Makassar iaitu pulau Sipadan (luas: 50.000 meter²) dengan koordinat: 4°6′52.86″N
118°37′43.52″E dan pulau Ligitan (luas: 18.000 meter²) dengan koordinat: 4°9′N
118°53′E. Malaysia telah memulakan kerja mencari gali hasil petroleum di kawasan
Pulau Ligitan dan Sipadan. Lihat gambar 1 dan Peta 3.

(Gambar 1 : Pulau Sipadan) (Peta 3 : Sempadan Malaysia-Indonesia)

Isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan
Indonesia menjadi kontroversi pada 1969 apabila Indonesia membantah cadangan
wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut.

Sikap Indonesia bermula dengan ingin membawa masalah ini melalui Dewan
Tinggi ASEAN namun akhirnya keduah-dua buah Negara berstuju untuk
menyelesaikan tuntutan ini melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Sejak
sekian lama kedua-dua pulau ditadbir oleh Malaysia. Pertemuan antara Presiden
Soeharto dan Dato Hussein Onn pada 26 Mac 1980 di Kuantan memutuskan untuk
menyelesaikan masalah melalui rundingan, namun usaha tersebut gagal.

1.2 MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LAYANG-LAYANG

Pulau Layang-Layang atau Terumbu Layang-Layang (Jawi) adalah sebuah


pulau yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Kerajaan
Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah
kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan
Sabah. Pulau ini juga dituntut oleh negara Republik Rakyat China, Republik China
(Taiwan),Filipina dan Vietnam.Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia
terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan
dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-
terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif
Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian
dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu
karang yang dalam wilayah negara. Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu
pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun
1980 dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang.

Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 batu nautika atau sejam


penerbangan dari Kota Kinabalu merupakan sebahagian daripada gugusan
Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, dengan empat lagi terumbu dikawal oleh
TLDM iaituTerumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput dan Terumbu
Peninjau. Kepulauan Spratly menjadi rebutan beberapa negara seperti China,
Vietnam, Filipina dan Brunei kerana dipercayai kaya dengan hasil semula jadi seperti
fosforus, gas asli,petroleum dan pelbagai hasil marin yang memukau.

Laluan perhubungan laut terpenting antara Lautan Pasifik di Timur dan Lautan
Hindi di barat.
Pada 1989, kawasan terumbu berkenaan akan dimajukan sebagai pusat
pelancongan dengan pembinaan Layang-layang Resort.
Dasar lautnya adalah antara 10 tercantik di dunia, dan menjana pendapatan
hasil laut berjumlah RM 70 Juta setahun.
Hanya antara 50 hingga 80 pengunjung dibenarkan berada di Resort ini pada
satu-satu masa.
Turut menempatkan Sistem Penyelidikan Jabatan Perikanan.

Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300 km dari barat laut
Kota Kinabalu, yakni dalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif seperti yang
dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Terumbu atau Pulau Layang-Layang terletak di Laut China Selatan. Pulau
ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan
selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai
pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan
terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagik) yang menjadi daya tarikan kepada
para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada
beribu-ribu ekor burung berpindah.

1.3 TEMPOH TUNTUTAN BERTINDIH PULAU BATU PUTEH MALAYSIA-


SINGAPURA

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada
tahun 1979 dan berakhir pada 28 Mei 2008 iaitu selama 28 tahun. Setelah gagal
mencari penyelesaian yang memuaskan Tun Dr. Mahathir telah bersetuju untuk
merujuknya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Walaupun keputusan
tersebut adalah sesuatu yang tidak menyenangkan Malaysia. Semasa rundingan
pertikaian hanya melibatkan Pulau Batu Puteh, tetapi pada tahun 1993 Singapura
mahukan Batuan Tengah dan Tubir Selatan dimasukkan sekali kolumnya adalah
kedua tempat tersebut sebahagian dari Pulau Batu Puteh perlu diputuskan secara
bersama. Tidak syak lagi yang Batuan Tengah dan Tubir Selatan dimasukkan kerana
Malaysia menuntut Pulau Batu Puteh. Lantas tindak balas Singapura adalah
melebarkan tuntutannya kepada Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Singapura menegaskan oleh kerana Pulau Batu Puteh adalah wilayahnya,


maka Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah sebahagian darinya. Pendirian
Malaysia adalah soal Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak pernah dibawa atau
dipertikaikan oleh Singapura sebagai satu kumpulan Pulau dengan Pulau Batu
Puteh. Perkara ini pun hanya ditimbulkan Singapura pada tahun 1993.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menetapkan untuk mendengar


kes pertikaian antara Malaysia dengan Singapura berhubung kedaulatan Pulau Batu
Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South
Ledge), yang terletak di perairan luar pantai Johor, pada 6 November 2007 di The
Hague, Belanda. Pendengaran bermula dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua
pihak sebelum penyampaian hujah lisan oleh Singapura pada hari pertama.
Singapura diberikan empat hari (6-9 Nov) untuk menggulung hujah lisan pusingan
pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada minggu berikut iaitu pada 13-16
Nov 2007.

1.4 TEMPOH TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LIGITAN DAN SIPADAN


MALAYSIA-INDONESIA

Konflik ini berlanjutan lama 33 tahun iaitu bermula pada 1969 hingga 2002.
Setelah rundingan melalui ASEAN juga gagal menyelesaikan pertikaian, pada 2
November 1998 kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa.

Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masing-
masing mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa, The Hague. Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember
2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan
kepada Malaysia. Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan dengan
keputusan 16-1 oleh badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu.

Pada 29 Mac 2001, Malaysia menentang usaha Filipina yang memohon


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda untuk campur
tangan dalam menyelesaikan konflik hakmilik Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang
melibatkan negara ini dan Indonesia. Permohonan itu dibuat di bawah Perkara 53
(1) Undang-Undang Mahkamah tetapi gagal.

1.5 TEMPOH TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LAYANG-LAYANG

Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar di
rantau Asia Tenggara . Ini kerana selain negara Asean seperti Filipina, Brunei,
Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga menuntut seluruh atau
sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian
dan minyak. Bagi negara tercinta kita Malaysia , hanya Pulau Layang-Layang
menjadi lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan
hingga kini . Isu Spratly pernah menyaksikan konflik bersenjata antara China dan
Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels. Secara terbuka negara kuasa Asia
Timur itu menuntut keseluruhan kepulauan di Laut China Selatan ini sebagaiperairan
yang berada di bawah penguasaannya. Konflik bersenjata beberapa kali berlaku
antara kedua-dua negara sekitar tahun 1980-an yang mencetuskan ketegangan.
Yang pasti, konflik China - Vietnam membuka mata negara-negara lain yang
bersempadan di sini untuk membuat tuntutan sama dengan membina penempatan.
Pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia pada 20 September
1979 menyaksikan Kabinet mengarahkan supaya kajian segera dilakukan untuk
mendirikan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di perairan ini.

Awal tahun 80-an , tiada pun pulau layang -layang ini .Yang ada hanyalah
terumbu karang. Tetapi hasil kebijaksanaan bekas Perdana Menteri ketika itu iaitu
negarawan ulung Tun Dr Mahathir, beliau mengarahkan pasukan komando kita
menawan terumbu itu dan jadikan ia sebuah pulau.Bekas Perdana Menteri Tun Seri
Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu. Maka terkial-kiallah ATM
menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu
yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak
campur tangan lagi.

Jurucakap kedua-dua negara memberitahu Malaysia sepatutnya menghormati


perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2002 antara negara-negara yang terbabit
dalam isu tuntutan bertindih itu. Kenyataan yang disiarkan oleh hampir semua media
utama negara itu bagaimana pun pantas dijawab Timbalan Perdana Menteri. "Tidak
timbul soal provokasi kerana Pulau Layang-layang terletak dalam perairan negara
walau pun tuntutan mengenainya masih diperbincangkan antara negara-negara
termasuk China dan Taiwan," ujar beliau.Langkah pertama adalah menghantar
komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-
komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam
dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat. Dalam proses itu,
penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera
darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara
Di Raja Malaysia (TUDM).
Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau
“barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis. Pelayaran
mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan
berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi
pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4
minggu untuk sampai. Rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran
tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.
Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan
silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari
menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando
Singapura berundur. Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik,
tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando
Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui. Akhirnya
stesyen LIMA terpacak megah.

2. KESAN

Terdapat beberapa impak yang melanda sesebuah Negara yang terlibat dengan
konflik persempadanan dan tuntutan bertindih sama ada baik mahupun buruk.
Keputusan ICJ dalam mengendalikan konflik persempadanan dan tuntutan bertindih
menyebabkan Negara yang bernasib baik akan mengekalkan peta dalam wilayahnya
manakala bagi Negara yang kurang bernasib baik terpakasa mengeluarkan
sebahagian wilayahnya daripada peta Rasmi. Negara yang bernasib baik terhadap
tuntutan yang direbut sesama sendiri akan mendapat kepulangan yang lumayan
sebagaimana Malaysia manahkluki pulau Layang-layang di mana ia boleh
menghasilkan pendapatan sebanyak 70 Juta setahun hasil daripada pelancongan
dan aktiviti laut. Hal ini dapatlah kita lihat betapa pentingnya menjaga aset Negara
daripada digembeling oleh Negara lain untuk kepentingan Negara kita sendiri. Sikap
hormat-menghormati serta percaya-mempercayai adalah penting dalam
menyelesaikan sebarang konflik bagi sesebuah Negara untuk terus bekerjasama
dalam kemajuan ekonomi serantau.

Bagi Negara-negara yang terlibat dalam satu tuntutan bertindih yang sama
akan mengalami kekangan hubungan secara tidak langsung akan menjejaskan
kerjasama yang berterusan sehingga konflik dapat diselesaikan dalam cara apa
sekali pun. Perkara ini dapat kita lihat Pertubuhan Kerjasama Srantau Asia Selatan
(SAARC) tidak begitu maju serta kurang berperanan berbanding dengan asian
kerana Pakistan dan India masih bergelut dengan isu Kahmir yang masih belum ada
kata sepakat. Oleh hal yang demikian, adalah amat penting untuk Negara Malaysia
menangani konflik antara sesama sendiri bagi mengekalkan kerjasama hubungan
serantau bagi mengekalkan kestabilan ekonomi, menjana pendidikan serta
kesejahteraan rakyat.

3. REAKSI

Kekangan konflik di Negara kita dengan Singapura yang menuntut Pulau Batu
Puteh haruslah dijadikan iktibar kerana ianya membuka mata semua pihak tentang
peri pentingnya pihak berwajib untuk mendokumentasikan secara teratur, tersusun
dan selamat segala sejarah serta rekod-rekod penting kerajaan. Sentimen rakyat
juga terutamanya di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia juga sudah
semakin berubah. Walaupun diketahui rakyat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
adalah di antara penyokong kuat parti pemerintah, namun kini sudah ada asas untuk
mereka meragui dan mencurigai kewajaran pelaksanaan Iskandar Malaysia
(dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar; sebelumnya SJER) oleh pihak
kerajaan. Berdasarkan perjalanan kes Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu
Puteh yang memihak kepada Singapura, penglibatan berlebih-lebihan Singapura di
kawasan terbabit dikhuatiri akhirnya akan hanya mengulangi kisah tuntutan
kedaulatan yang berskala lebih besar daripada republik berkenaan dikemudian hari.

Selain itu,sentimen anti-Malaysia di Indonesia kembali muncul di awal abad ke-


21, terutama sebagai reaksi atas perlakuan-perlakuan yang diterima Tenaga Kerja
Indonesia (TKI) di Malaysia, baik pada tingkat awam mahupun pada tingkat
pentadbiran. Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memberikan
kedaulatan atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan pada tanggal 17 Disember 2002
juga telah menimbulkan kekecewaan di pihak Indonesia, bahkan hingga tingkat
parlimen. Rasa kurak senang itu menjadi rentetan peristiwa yang dipandang
Indonesia sebagai tindakan angkuh sepihak oleh Malaysia, berupa kes perselisihan
di blok Ambalat yang memaksa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta
Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk "menjaga kedaulatan wilayah Indonesia"
(2005), penggunaan lagu "Rasa Sayang" pada kempen promosi pelancongan
Malaysia, dan dakwaanTarian Barongan (disebut "Reog" di Indonesia) sebagai
kesenian asli Malaysia (2008).
Pada kes Ambalat, situasi yang agak serius terjadi kerana pada tanggal 7 Mac
2005 dikendalikan oleh TNI dengan pengiriman lapan kapal tempur yang didukung
oleh empat pesawat tempur jet F-16 oleh Armada Wilayah Timur di Balikpapan. Pada
kejadian yang lain, usaha-usaha klarifikasi dilakukan melalui komunikasi politik di
antara pejabat kedua negara. Pada kes "Rasa Sayang", protes muncul dari kalangan
masyarakat Maluku (sebagai kelompok etnis yang mendakwanya) dan anggota
parlimen (DPR). Paling menyedihkan apabila rakyat Indonesia mengadakan mogok
secara beramai-ramai serta perkara yang amat memalukan adalah sebahagian
daripada mereka telah membakar jalur gemilang yang menunjukkan bantahan
kepada Malaysia. Lihat gambar 4.

(Gambar 4 : Jalur Gemilang dibakar)

Walaubagaimana pun, rakyat Malaysia amat berpuas hati akan kecekapan


Negara dalam mengambil langkah yang sepatutnya dalam menangani konflik Pulau
Layang-layang. Hal ini dapat kita lihat pada sebuah resort milik rakyat Malaysia iaitu
Avillion Layang-Layang (Resort selam) telah beroperasi di situ selama beberapa
tahun. Menurut Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd
Khairulislah Ahmad (TLDM), sejak Avillion Layang-Layang Resort dibuka
sehinggalah tahun 2006, statistik kehadiran pelancong yang datang melawat pulau
tersebut seramai 1,457 orang, kebanyakannya dari Jepun, Perancis, Korea Selatan
dan China. Cara untuk sampai di Pulau Layang-Layang ialah melalui kapal terbang
foker. Penerbangan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira satu jam.
4. STATISTIK KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH
4.1 JADUAL ISU KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH

Pulau Tahun (Tempoh) Negara terlibat Hak milik kini

Pulau Batu Putih 1979-2008 Malaysia-Singapura Singapura


(28 Tahun)

Pulau Ligitan dan 1969-2002 Malaysia-Indonesia Malaysia


Sipadan (33 Tahun)

Pulau Layang-layang 1979-Kini Malaysia, Vietnam, Di majukan Oleh


(34 Tahun) Filipina, Brunei dan Malaysia
China

GRAF ISU KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH

Tempoh isu Konflik

35

30

25

20
Tempoh isu Konflik
15

10

0
Pulau Batu Putih Pulau Ligitan dan Pulau Layang-layang
Sipadan

5. TINDAKAN KERAJAAN

Keamanan tidak akan tercapai melalui peperangan dan ekstremisme tetapi


melalui kesederhanaan serta kesanggupan untuk duduk di meja rundingan bagi
menyelesaikan masalah.Justeru, Malaysia berkongsi sempadan dengan Thailand
dan perairan antarabangsa dengan Indonesia, Singapura dan Filipina dan pelbagai
isu sempadan telah timbul hasil kedudukan itu. Isu yang timbul harus di tangani
dengan bijak jika tidak ia akan meleret sehingga menjadi konflik yang tidak terkawal.
Ini boleh menguggat keamanan dan keselamatan serantau.
Pendekatan yang diambil Malaysia dari perspektif dasar luar, adalah
menyelesaikan apa jua masalah melalui saluran diplomasi pendekatan ini bertujuan
bagi mengelakkan ia merebak kepada konflik terbuka. Salah satu mekanisma utama
diplomasi yang digunakan adalah ‘rundingan’ diantara negara-negara terlibat.
Matlamatnya adalah supaya persoalan tuntutan hak kedaulatan wilayah tidak
mengheret negara-negara yang bertelingkah ke kancah peperangan. Sebagaimana
terbukti dalam sejarah, peperangan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada
mana-mana pihak pun.
Hubungan dua hala Malaysia-Singapura berdepan dengan perselisihan
kerana ia negara jiran terdekat yang berkongsi sejarah dan penjajah. Lokasi geografi
dan sejarah kedua-dua negara juga memainkan peranan dan menyumbangkan
kepada keadaan itu tidak dapat dielakkan dan berlaku. Pada pendapat saya
hubungan Singapura-Malaysia banyak dipengaruhi oleh kerana penyingkiran
Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 serta melibatkan juga watak-watak
pemimpin. Boleh dikatakan sejak dari penyingkiran itu Singapura sentiasa mahu
membuktikan yang negara tersebut maju tanpa Malaysia. Justeru, sikap dan cara
Singapura bertindak dan menguruskan hubungannya dengan Malaysia diselubungi
oleh latar belakangnya.Hasil analisis saya tentang isu hubungan Malaysia-
Singapura, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia saling bertaut dengan sejarah,
hubungan kerajaan dengan kerajaan, dan rakyat dengan rakyat. Memang tidak dapat
dielakkan dari masa ke semasa ia berdepan dengan pasang surut serta turun naik
yang tidak menentu dan adakalanya membimbangkan.
Sesungguhnya,konflik tuntutan Pulau Batu Puteh diantara Malaysia-Singapura
memperlihat pegangan serta pendirian yang kuat Malaysia yang mempertahankan
Pulau Batu Puteh adalah sebahagian dari wilayah Malaysia dari perspektif sejarah
serta undang-undang diakui oleh ICJ dalam penghakimannya. Diantara lain ICJ
menyatakan “The court thus concludes that the Sultanate of Johor had original title to
Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh”. Malaysia gagal mempertahankan milik dan
kedaulatan ke atas tempat tersebut disebabkan antara lain; (i) surat 1953 yang
dihantar oleh Penolong Setiausaha Kerajaan negeri Johor berbunyi “…the court
expresses the view that the Johor reply is clear in its meaning: Johor does not claim
ownership over Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh. That response to the island as a
whole and not simply to the lighthouse……it becomes evident that the letter
addresses the issue of sovereignty over the island. The Court accordingly concludes
that Johor’s reply shows that as of 1953 Johor understood that it did not have
sovereignty over Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh.”, (ii) kerana Malaysia telah
kelihatan membiarkan Singapura membina, mengurus dan mentadbir berserta
mengadakan kemudahan di Pulau Batu Putih tanpa menunjukkan bantahannya
terhadap apa-apa yang dibuat oleh Singapura dalam menguruskan Rumah Api yang
dinamakan “Rumah Api Horsburg”.Yang menjadi permasalahan Malaysia apabila kes
ini dirujuk ke ICJ adalah kerana Malaysia telah dikatakan mengabaikan Pulau Batu
Putih. Bila ia membenarkan pihak British membangunkan dan menguruskan Rumah
Api Horsburg di pulau tersebut pada kurun ke 19 tidak ada sebarang perjanjian yang
mencatatkan statusnya, termasuklah tidak ada bukti yang kukuh dan ketara
kebenaran diberikan hanya untuk kegunaan ‘Rumah Api’ sahaja. Lantas terus
menguasai tempat tersebut sebagai hak dan wilayahnya. Berbeza dengan Pulau
Pisang, dimana ada perjanjian pajakan untuk memberi kebenaran kepada Singapura
menguruskan Rumah Api.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan persetujuan 12-4
memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1
mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula
akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.

Berbalik kepada Konflik Pulau Ligitan dan Sipadan Malaysia dengan


Indonesia. Pada tahun 1966 Indonesia bekerjasama dengan Japex (Japan
Exploration Company Limited) untuk mengeksplorasi di wilayah Sipadan. Malaysia
pula bereaksi terhadap perjanjian kerjasama Indonesia-Japex dan melakukan
kerjasama dengan Sabah Teiseki Oil Company di wilayah Sipadan pada tahun 1968.

Malaysia memasukkan Sipadan-Lingitan sebagai wilayahnya. Hal ini dibantah


oleh Pemerintah Indonesia. Kedua-dua buah negara kemudian mengadakan
rundingan berkaitan konflik tersebut.Menurut Peta Malaysia, Pulau Sipadan dan
Ligitan merupakan bahagian dari wilayah Republik Indonesia, namun tidak tertera
pada lampiran Perpu No. 4/1960. Kedua-dua belah pihak sebulat suara menyatakan
dua pulau tersebut dalam “status quo” pada tahun berikutnya dan diikuti Traktat
Persahabatan dan Kerja Sama di Asia Tenggara atau TAC (Treaty of Amity and
Cooperation in Southeast Asia) dalam KTT pertama ASEAN di Bali menyatakan
bahawa akan membentuk Dewan Tinggi ASEAN untuk menyelesaikan
perselisihfahaman yang berlaku diantara sesama anggota ASEAN akan tetapi pihak
Malaysia menolak dengan beralasankan akan melibatkan pula konflik dengan negara
jiran yang lain.

Kedua-dua negara juga sebulat suara menyelesaikan masalah Sipadan-


Ligitan secara litereal,iaitu didahulukan dengan perundingan kerajaan masing-
masing. Hasil daripada rundingan tersebut,kedua-dua negara bersetuju akan
membentuk (Joint Commission/JC) dan Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working
Groups/JWG). Pemerintah Republik Indonesia diwakili oleh Mensesneg Moerdiono
dan Malaysia diwakili oleh Anwar Ibrahim sebagai wakil khusus pemerintah untuk
mencari jalan penyelesaian. Namun,mereka tetap juga gagal mencapai hasil
perundingan. Akhir sekali, Presiden Republik Indonesia dengan Perdana Menteri
Malaysia di Kuala Lumpur bersetuju untuk menyelesaikan penentuan status
pemilikan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan melalui Mahkamah Keadilan
Antarabangsa.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memberi “status quo” Pulau Ligitan


dan Sipada diberikan kepada Malaysai pada 17 Desember 2002 di Den Haag,
Belanda oleh 16 orang Hakim menyetujui pulau itu sebagai milik Malaysia dan 1
Hakim menyatakan sebagai milik Indonesia. Dari 17 Hakim tersebut, 15 adalah
Hakim tetap dan 2 adalah tidak tetap yang masing-masing dipilih oleh Indonesia dan
Malaysia.

Melihat kepada konflik Pulau Layang-layang. Malaysia membawa


pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina
menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain
hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa
masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah
pulau. Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar,
Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai
senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti
China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia


mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal
Selam. Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat
jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan
operasi ketenteraan secara berkesan. Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi
30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan
menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi
yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan
memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam,
Filipina sehinggalah ke Sabah.

6. KESIMPULAN
Sesungguhnya,keputusan yang telah diumumkan dianggap adalah sesuatu
yang tidak dijangka atau ‘Blessing in Disguise’ (perkara baik yang pada awalnya
tidak diketahui) untuk negara Malaysia. Hal ini diakui oleh ramai pemimpin tempatan
sebgaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim,
selaku Menteri Luar Negeri pada 28 Mei 2008, “Keputusan pada pagi ini (waktu
Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak…pada satu
peringkat mahkamah ICJ memutuskan mengikut fakta sejarah dan perundangan
antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan hal lain berkaitan
tuntutan Pulau Batu Puteh. Dalam keadaan win-win situation inilah kita dapat
menentukan kedaulatan atas kedua-dua tuntutan berkenaan.”

Malaysia kini bebas dan mempunyai kuasa untuk melakukan pelbagai


kegiatan di Middle Rocks dan perairan sekitarnya termasuk menempatkan kapal
tentera laut, menjalankan kajian meteorologi dan mengawal ruang udara di kawasan
tersebut yang mana kesemuanya tidak dapat dilakukan sebelum ini biarpun
keputusan ICJ telah memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Bahkan, Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau


Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai
kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada
Pulau Batu Puteh semata-mata. Keputusan ICJ sekali gus mengingatkan Singapura
bahawa mereka kini tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenangnya di Pulau Batu
Puteh dan kawasan perairannya kerana kedudukan pulau itu yang terlalu hampir
dengan Middle Rocks menuntut republik itu supaya lebih berhati-hati.
Begitu juga dengan cita-cita Singapura untuk melakukan penambakan di
sekitar Pulau Batu Puteh seperti yang diserlahkan dalam hujah bertulisnya ternyata
tidak kesampaian kerana Middle Rocks kekal milik Malaysia. Penyerahan hanya
Pulau Batu Puteh kepada Singapura ternyata mengekalkan status quo republik itu
terhadap pulau berkenaan selain memelihara segala perjanjian berhubung urusan
persempadanan antara Malaysia dan Indonesia.

Akhir sekali, keputusan ICJ mesti dilihat dari sudut yang amat luas dan tidak
mengehadkan kepada kehilangan Pulau Batu Puteh semata-mata. Keputusan
majoriti 15-1 bagi Middle Rocks amat jelas menunjukkan bahawa Malaysia
mempunyai kedaulatan ke atas bentuk maritim, selain ICJ sendiri mengesahkan hak
milik asal Pulau Batu Puteh adalah di bawah Kesultanan Johor. Namun atas
kecuaian negara Malaysia dalam mengambil cakna apa yang dilakukan oleh British
yang kemudiannya diikuti Singapura ke atas pulau tersebut hanya menyebabkan
Malaysia mampu berputih mata atas kehilangannya.

Justeru, amat penting masyarakat Asia berusaha mengekalkan keamanan


dan meminimakan konflik kerana Asia menyumbang kepada 60 peratus kepada
keamanan dunia berdasarkan kedudukan populasi semasa. Penting juga untuk
penduduk Asia turut bersama-sama masyarakat dunia untuk menunjukkan komitmen
dan iltizam yang tinggi untuk mendokong prinsip keamanan sejagat.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Asia merupakan kunci kepada keamanan


dunia. Namun yang sedang dan bakal dirintis merupakan jalan yang berliku dan
mencabar. Namun ianya tidak mustahil jika komitmen keamanan dunia
diterjemahkan dan diterapkan secara beransur dalam sistem pendidikan kepada
generasi muda agar nilai-nilai keunggulan keamanan, kestabilan dan keharmonian
dapat dihayati dan dipertahankan oleh generasi muda Asia. Mungkin Pendidikan
Keamanan atau Peace Education ini adalah jawapan terbaik untuk melihat kemajuan
Asia 50 tahun akan dating di samping konflik di benua Asia akan dapat
diminimakan serendah mungkin.Akhirnya, maka wujudlah dunia aman sejahtera
yang diidamkan semua insan.
REFLE KSI

Pertama sekali, ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah


swt yang dengan izinNya saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan tugasan ini
dalam masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini
ditujukan kepada pensyarah Cabaran dan Isu Semasa Dunia,Dr Abdullah bin
Derahman yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan
penerangan yang jelas serta terperinci tanpa rasa jemu sepanjang kami
melaksanakan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah lain
yang turut terlibat serta rakan-rakan seperjuangan sekalian diucapkan ribuan
terima kasih.
Kami telah menerima tugasan ini pada bula yang lalu. Sejujurnya, sepanjang
melaksanakan tugasan ini, saya telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan
pengalaman baru. Sebagai contoh, dalam proses mendapatkan maklumat, saya
telah menggunakan pelbagai sumber dan kemudahan yang ada dengan sebaik
mungkin seperti mengakses Internet, merujuk buku-buku yang terdapat di
perpustakaan yang berkaitan serta sentiasa mendapatkan bantuan dan
mengadakan perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan. Daripada situ,
saya mengumpul maklumat-maklumat berkaitan yang dapat digunakan untuk
menyiapkan tugasan ini. Hasilnya, saya dapat memahami dan mendapat
gambaran yang jelas mengenai tajuk ini.

Secara keseluruhannya, saya cukup gembira dan teruja kerana dapat


melaksanakan tugasan ini. Hal ini demikian kerana sebelum ini saya hanya
mengetahui serba sedikit konflik dunia semasa serta implikasinya terhadap rakyat
dan pihak yang terlibat. Saya hanya mengetahui secara ringkas kerana telah
mempelajarinya ketika di sekolah dahulu seperti adanya pengucapan awam
berbentuk pidato, syarahan, ceramah,forum dan sebagainya. Namun di sini, dalam
tugasan kali ini, saya ditugaskan untuk menganalisis,mengenalpasti dan
menghasilkan satu penulisan mengenai isu-isu konflik dunia semasa serta
implikasinya terhadap ekonomi,politik dan social negara yang terlibat.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam dan
menganalisis secara kritis dan rasional serta konseptual berhubung perkembangan
dasar negara,pendekatan dan perlaksanaannya.Selain itu,saya dapat mengetahui
isu-isu konflik dunia semasa serta implikasinya terhadap kemajuan sesebuah
negara.Bagi merumuskan idea tentang isu-isu konflik dunia semasa dan langkah
penyelesaiannya,saya telah ditugaskan untuk menggunakan carta,jadual,kerangka
masa atau kerangka konsep dalam menunjukkan perkembangan isu-isu konflik dunia
mengikut kronologi masa.Berdasarkan tugasan tersebut,saya telah mengambil
keputusan untuk merumuskan idea saya dalam bentuk jadual mengikut kronologi
masa untuk memudahkan pembacaan dan kefahaman terhadap isu-isu konflik dunia
semasa dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam menangani isu-isu
yang dialami. Ternyata, nota dalam bentuk jadual lebih mudah difahami dan jelas.
Sebelum saya dapat melakukannya, saya perlu membaca dan memahami dengan
sebaik mungkin maklumat yang saya peroleh agar tidak terpesong dan
mengelirukan. Justeru,saya juga berpeluang untuk mengukuhkan kefahaman saya
dalam pelajaran ini sewaktu melaksanakan tugasan ini.

Saya sentiasa melatih diri untuk berkolaborasi serta bertanyakan pensyarah dan
rakan-rakan sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan dan permasalahan. Saya
tidak suka untuk membiarkan sesuatu perkara yang saya tidak pasti tanpa bertanya
kepada yang lebih arif. Sikap sebegini telah saya praktikkan sejak di zaman
persekolahan lagi. Saya dan rakan-rakan juga sentiasa melakukan perbincangan
bersama-sama dan kami berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Secara
tidak langsung, semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk. Sekiranya
kami menghadapi masalah, kami akan duduk berbincang dan mencari jalan
penyelesaiannya. Kami juga sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur dan
menerima pendapat rakan-rakan dalam kumpulan.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa setiap rakyat Malaysia patut


mempelajari subjek cabaran dan isu semasa dunia kerana terdapat banyak
pengajaran yang kita boleh dapat daripada konflik dunia seperti konflik
persempadanan dan tuntutan bertindih di Asia seperti Pulau Batu Putih,Pulau Ligitan
dan Sipadan serta Pulau Layang-Layang.Melalui kajian saya,saya mendapati banyak
pengajaran yang boleh saya dapat seperti pemimpin negara perlu bijak merancang
strategi untuk mempertahankan hak negara masing-masing walaupun perlu melalui
pelbagai penderitaan dan kesusahan..Saya amat berharap agar dengan
pengetahuan yang saya perolehi ini sedikit sebanyak dapat saya manfaatkan kepada
anak didik saya kelak,InsyaAllah.

Kesimpulannya, saya dan rakan-rakan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah
kami siapkan sebaik mungkin. Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan
bantuan kepada kami. Tanpa bantuan kalian semua, pasti agak sukar bagi kami
untuk melaksanakan tugasan ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.
Wassalam.
RUJUKAN

Berbagi dan Menginspirasi. (2002, Mei 9). Berbagi dan Menginspirasi. (R. Kunyil,
Ed.) Retrieved Ogos 27, 2013, from Berbagi dan Menginspirasi: http://rochma-
rohmakunyil.blogspot.com/2012/05/putusan-mahkamah-internasional-
mengenai.html

Berbagi Pelajaran. (2013, April 7). Berbagi Pelajaran. (Ikawulan, Ed.) Retrieved Ogos
19, 2013, from Berbagi Pelajaran:
http://ikawulan30.wordpress.com/2013/04/07/sengketa-sipadan-dan-ligitan/

detikNews. (2008). Sengketa Pulau Batu Puteh Dimenangi Singapura, Badawi Sedih.
Tokyo: detiknews.

Dinding Kreatif. (2002, April 22). Dinding Kreatif. (M. E. Prahastis, Ed.) Retrieved
Ogos 19, 2013, from Dinding Kreatif:
http://dindingkreatif.wordpress.com/2012/04/22/sengketa-pulau-batu-puteh-
singapura-vs-malaysia/

Ho, J. H., & Bateman, S. (2012). Maritime Challenges and Priorites In Asia. USA and
CANADA: Routledge.

Hussin, Sufean; Shahril; Razak, Ahmad Zabibi Abdul; Som, Habib Md.; Ranee, Alina.
(2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan (1 ed.). Bentong:
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Jayakumar, S., & Koh, T. (2009). Pedra Branca The Road to the World Court. Arts
Link Singapore: National University of Singapore.

Kosmo. (2013). Kedaulatan Pulau Layang-layang. Kota Kinabalu: Kosmo.

Mustafa Abu Bakar. (2006). Menata Pulau-pulau Kecil Perbatasan (1 ed.). (Suhana,
Ed.) Jakarta: Penerbit Buku Kompas.
Schanzer, J. (2008). Fatah vs. Hamas . New York: PALGRAVE MACMILLIAN.

Sediaberkorban79. (2013, May 16). Sedia Berkorban. Retrieved Ogos 17, 2013, from
Sedia Berkorban: http://sediaberkorban.wordpress.com/2013/05/16/stesen-
lima-tldm-pulau-layang-layang/

Sepenggal Sejarah. (2013, Mac 16). Sepenggal Sejarah. Retrieved Ogos 22, 2013,
from Sepenggal Sejarah:
https://www.facebook.com/permalink.php?id=213519898735715&story_fbid=4
38745956213107

Utusan Online. (2013). Kepentingan Pulau Layang-Layang. Kuala Lumpur: Utusan


Malaysia.

Utusan Online. (2001). Pulau Sipadan, Ligitan: Malaysia tentang campur tangan
Filipina. Kuala Lumpur: Utusan Online.

Wikipedia Project. (2013, April 7). Batu Puteh. Retrieved Ogos 20, 2013, from
Wikipedia Ensiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Puteh

Anda mungkin juga menyukai