Anda di halaman 1dari 2

3.

0 SEBAB MEMERLUKAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BERKESAN

Terdapat banyak sebab sesebuah koperasi memerlukan perancangan kewangan yang berkesan.
Hal yang demikian kerana kewangan merupakan perkara yang penting bagi sesebuah kelab
atau persatuan. Antaranya ialah asas kepada pengurusan wang, menjadikan perbelanjaan
berkesan, menguruskan pelaburan dan sebagai perancangan kewangan untuk masa hadapan.

Antara sebab perancangan kewangan yang berkesan amat diperlukan bagi sesebuah
koperasi ialah sebagai asas pengurusan wang. Kewangan meliputi pengurusan akaun simpanan
dan cek. Hal yang demikian kerana sesebuah koperasi akan terlibat dalam keluar masuk wang.
Pengurusan kewangan yang berkesan adalah penting untuk memastikan setiap catatan keluar
masuk wang dicatat dengan teratur dan tersusun. Ini juga akan memudahkan pengauditan
dijalankan dan dapat menguruskan aset kewangan dengan baik.

Selain itu, menjadikan perbelanjaan lebih berkesan. Hal yang demikian kerana
kewangan koperasi akan lebih kukuh disebabkan hanya perkara atau barangan yang penting
sahaja dibelanjakan. Ini juga secara tidak langsung mengelakkan pembaziran sumber atau stok.
Kewangan sesebuah koperasi juga akan lebih stabil kerana semua kewangan telah dirancang
terlebih dahulu sebelum penggunaan atau perbelanjaan sebarang aset kewangan koperasi.

Seterusnya, dapat menguruskan pelaburan. Pengurusan pelaburan yang baik adalah


komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk
mencapai sesuatu matlamat. Hal yang demikian menyebabkan sesebuah koperasi dapat
menguruskan pelaburannya dengan baik. Ini juga secara tidak langsung, dapat menjamin
kewangan bagi sesebuah koperasi.

Akhir sekali, sebagai perancangan kewangan pada masa akan datang. Hal yang
demikian kerana pengurusan kewangan yang berkesan menyebabkan semua rancangan dapat
dirancang serta dapat mengetahui jangkaan kewangan pada masa akan datang. Sesebuah
koperasi juga dapat menjangkakan kedudukan kewangan bagi masa akan datang dan dapat
menjalankan penambahbaikan jika terdapat sebarang kekurangan dalam pengurusan kewangan
yang lalu.
CRRC. (2009). Pengurusan Kewangan. Petaling Jaya: Pusat Penyelidikan dan Sumber
Pengguna.

Louis E.Boone, David L.Kurtz & Douglas Hearth. (2006). Planning Your Financial Future
Fourth Edition. USA: Thomson South-Western.