Anda di halaman 1dari 7

Soalan & Skema Jawapan Undang² Kontrak

TOPIK UNDANG – UNDANG KONTRAK : Penawaran & Penerimaan


SOALAN-SOALAN LAZIM

Tutorial 01

1. Tawaran mestilah sahih. Terangkan.


2. Anding meminjam duit daripada Edlin sebanyak RM 500 dan berjanji akan membayar
balik 2 minggu lagi bersama tambahan RM 50 jika perniagaannya mendapat untung
yang baik sepanjang minggu itu. Anding telah membayar balik RM 500. Edlin ingin
mengetahui sama ada beliau berhak untuk menuntut RM 50 itu. Nasihatkan
Edlin.Tawaran boleh dibuat secara khusus atau umum, jelaskan.

Tutorial 02

1. Apakah pelawaan membuat tawaran? Beri contoh-contoh.


2. Zarina sedang membeli belah di sebuah pasaraya Million. Dia memilih 3 pasang baju
daripada rak lalu meletakkannya di dalam bakul yang ada padanya. Apabila
menghampiri kaunter pembayaran Zarina baru menyedari dia telah terlupa membawa
duit dan cuba meletakkannya balik ke tempat asal barang tersebut. Pengurus kedai Aznil
menahannya dan mendakwa Zarina telah terikat untuk membelinya dan memaksanya
untuk membayar barang tersebut kemudian. Nasihatkan Aznil.

Tutorial 03

1. Zarina bertanya kepada Zaid “ Pada harga berapakah anda sanggup menjual kereta
anda?” Zaid menjawab RM 42 ribu. Adakah wujud kontrak antara mereka.
2. Mas menawarkan mesin membakar sataynya kepada Nurul dengan harga RM 440. Nurul
menyatakan yang dia akan menerima tawaran tersebut hanya jika Mas berjanji untuk
menanggung kos pembaikian sebarang kerosakan mesin untuk tempoh 6 bulan
pertama. Mas tidak bersetuju. Nurul kemudiannya membuat penerimaan tanpa syarat
tersebut. Malangnya Mas tidak lagi mahu menjual mesin sataynya . Nasihatkan Mas
samada dia terikat untuk menjualnya kerana Nurul mendakwa kontrak telahpun wujud
antara mereka.
3. Fikri menulis surat kepada Farah menawarkan untuk menjual kedai pakaiannya dengan
harga RM 280,000. Dalam surat tawaran ditulis bahawa ‘ tawaran terbuka sehingga
10/10/2003. Surat tawaran sampai kepada Farah pada 01/01/2003. Pada 03/03/2003

Page 1 of 7
Soalan & Skema Jawapan Undang² Kontrak
Farah telah mengepos surat penerimaan dan menyatakan ia bersetuju dengan tawaran
tersebut. Surat penerimaan tersebut hanya diterima oleh Fikri pada 13/10/2003
disebabkan masalah banjir yang memutuskan hubungan dengan dunia luar. .Fikri
setelah tidak menerima jawapan dari Farah telah menawarkan kedai tersebut kepada
Adam pada 12/10/2003. Apabila surat penerimaan oleh Farah sampai padanya Fikri
kurang jelas apakah haknya di sisi undang-undang kontrak. Sebagai seorang yang arif,
nasihatkan Fikri.

Tutorial 04

1. Sui Lan telah mengambil Amoi sebagai anak angkatnya 20 tahun yang lalu. Amoi
yang bukan sahaja cantik tetapi berbudi bahasa dan pandai mengambil hati amat
disayangi oleh Sui Lan dan suaminya. Sui Lan kemudiannya berjanji akan memberikan
tanah dan rumah miliknya kepada Amoi. Satu perjanjian secara bertulis telah dibuat.
Masalah timbul apabila Sui Lan dan suaminya mati secara mengejut akibat kemalangan.
Waris mendiang enggan menyerahkan harta pusaka tersebut dan menyatakan kontrak
tidak sah. Nasihatkan Amoi.
2. Zaid merupakan agen menjual kereta. Beliau telah meminta pertolongan rakan baiknya
Bob untuk menjual kereta terpakai di kampong Bob di pendalaman Sarawak. Bob telah
berjaya menjual 4 buah kereta terpakai. Sebagai menghargai jasa baik Bob, Zaid berjanji
untuk memberikan Bob RM 1000. . Tiga bulan telah berlalu namun Zaid masih tidak
menunaikan janjinya. Bob ingin mengetahui samada Zaid telah terikat di sisi undang-
undang kontrak ataupun tidak. Nasihatkan Bob.
3. Khaer berjanji membekalkan barang pembinaan kepada Linda. Sebagai balasan untuk
janji Khaer Vince berjanji membayar RM 5000 kepada Khaer. Khaer kemudiannya tidak
menunaikan janji tersebut. Bolehkah Linda mendakwa Khaer di atas pecah janji.
Nasihatkan Linda.

Page 2 of 7
Soalan & Skema Jawapan Undang² Kontrak
Tutorial 05

1. Damia seorang kanak-kanak yang berusia 17 tahun telah menjual dan


memindah milikkan sebidang tanahnya kepada Darmi sebanyak RM 67,000. Sebahagian
duit telah dibayar oleh Darmi. Setelah perbuatan tersebut diketahui oleh abangnya
Arash, Arash telah menasihatkannya supaya tidak terpengaruh oleh Darmi yang terkenal
sebagai seorang broker tanah yang suka mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak.
2. Damia kemudianya ingin membatalkan kontraknya dengan Darmi dan ingin
mengembalikan wang yang telah diterimanya. Malangnya Darmi bertegas bahawa
kontrak telahpun berlaku dan Damia terikat di sisi undang-undang untuk mematuhinya,
Nasihatkan Damia.
3. Bincangkan sejauhmana seorang remaja dikatakan tidak terikat di sisi undang-undang
kontrak berdasarkan prinsip keupayaan dan pengecualian yang ada yang menyebabkan
prinsip ini boleh diketepikan.

Tutorial 06

Soalan 1
Syarikat Masak Sedap Bhd telah bersetuju untuk membeli sebuah dapur yang dapat
mengeluarkan haba tidak kurang daripada 2600 darjah Ferenheit bagi tujuan untuk memasak
makanan khasnya dari syarikat XYZ. Pihak pembekal XYZ telah diberitahu dengan jelasnya
spesifikasi dan tujuan pembelian dapur ini seta tarikh dapur tersebut mesti sampai ke premis
Syarikat Masak Sedap Bhd.

Malangnya Syarikat pembekal XYZ telah gagal untuk menghantar dapur tersebut pada tarikhnya
dan juga telah gagal menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Syarikat Masak Sedap Bhd ingin
menuntut gantirugi. Nasihatkan syarikat tersebut.

Soalan 2
Encik Riaz Ahmad telah menempah sebuah bilik di rumah tumpangan Sri Kerian, Kubang
Kerian, Kota Bharu untuk menyaksikan istiadat pertabalan dan perarakan Puteri Balkis, sebagai
Pemaisuri Negeri Darul Naim.

Malangnya, disebabkan Puteri Balkis kegeringan(sakit) istiadat pertabalan dan perarakan


tersebut terpaksa dibatalkan.

Page 3 of 7
Soalan & Skema Jawapan Undang² Kontrak
Puan Damia selaku pemilik rumah tumpangan Sri Kerian ingin menuntut gantirugi kerana Encik
Riaz enggan membayar sewa bilik tersebut. Nasihatkan Puan Damia.

Soalan 3
Jelaskan secara ringkas remedi yang terdapat di dalam kontrak.

Soalan 4
a. Huraikan secara ringkas pelepasan kontrak secara pelaksanaan dan melalui perjanjian.
b. Jelaskan bagaimana pelepasan melalui kekeciwaan boleh terjadi.

Page 4 of 7
Soalan & Skema Jawapan Undang² Kontrak
TOPIK UNDANG – UNDANG KONTRAK : Penawaran & Penerimaan
SKEMA JAWAPAN

Topik Tawaran

Soalan 1:

-Menurut Seksyen 30 Akta Kontrak sesuatu perjanjian yang tidak sahih/makna yang tidak tentu
atau yg tidak boleh ditentukan adalah batal.

Soalan 2:

Isu
Sama Anding telah terikat disisi undang-undang kontrak untuk membayar wang tambahan
sebanyak RM 50.

Prinsip Undang-Undang

-Menurut Seksyen 30 Akta Kontrak sesuatu perjanjian yang tidak sahih/makna yang tidak tentu
atau yg tidak boleh ditentukan adalah batal.

-Seksyen 2(a) Akta Kontrak tawaran adalah satu janji, pengakuan/cadangan yang dibuat oleh
seseorang kepada seseorang yang lain dengan niat akan mewujudkan hubungan yang mengikat
di sisi undang-undang sekiranya penerimaan yg sewajarnya dibuat.

-Tawaran mestilah dibuat dengan jelas, lengkap, terperinci & muktamad bagi mengelakkan
sebarang keraguan.

Kes Rujukan (Guthing vs Lynn)

A membeli sesekor kuda daripada B dan berjanji membayar harga tambahan “ sekiranya kuda
itu bertuah bagi saya “

KM: Janji A untuk membayar harga tambahan itu adalah samara dan ianya tidak boleh
dikuatkuasakan.

Hubungkait
Kaitkan fakta soalan dengan prinsip undang-undang dan kes rujukan

Kesimpulan
Edlin tidak berhak untuk menuntut wang RM 50.

Page 5 of 7
Soalan & Skema Jawapan Undang² Kontrak
Soalan 3:-

Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan tawaran secara umum & khusus dan kes Boulton v
Jones & Carlill v Carbolic Smokeball.

Topik Pelawaan Membuat Tawaran

Soalan 1:-

Definasi

 Merupakan satu ajakan /jemputan satu pihak kepada pihak lain supaya membuat
tawaran.
 Ia merupakan langkah awal sebelum satu tawaran dibuat @ langkah pertama di dalam
sebarang perundingan yang mungkin berakhir dengan tawaran ataupun tidak.
 Pelawaan Membuat Tawaran bukanlah satu tawaran, kerana tiada apa-apa penerimaan
boleh dibuat untuk mewujudkan satu kontrak.

Contoh-Contoh

Iklan
Kes Rujukan

 Haris v Nickrerson
 Ceolho v Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 Carlill v Carbolic Smoke Ball & Co

Pameran Barang-Barang di kedai layan diri

 Pharmaceutical Society of Great Britain v Boots Cash Chemists


 Fisher v Bell

Page 6 of 7
Soalan & Skema Jawapan Undang² Kontrak
Tender

Soalan 2:-
Isu
Sama ada telah wujud kontrak antara Zarina dengan Aznil.

Prinsip Undang-undang
Pelawaan Membuat Tawaran

 Merupakan satu ajakan /jemputan satu pihak kepada pihak lain supaya membuat
tawaran.
 Ia merupakan langkah awal sebelum satu tawaran dibuat @ langkah pertama di dalam
sebarang perundingan yang mungkin berakhir dengan tawaran ataupun tidak.
 Pelawaan Membuat Tawaran bukanlah satu tawaran, kerana tiada apa-apa penerimaan
boleh dibuat untuk mewujudkan satu kontrak.
 Pameran Barang-barang di kedai layan diri merupakan satu pelawaan membuat tawaran
di mana tuan punya kedai mempelawa orang ramai untuk membuat tawaran. Kontrak
akan berlaku apabila pihak pembeli membuat tawaran dan pihak penjual membuat
penerimaan iaitu apabila bayaran diterima daripada pembeli di kaunter pembayaran

Kes Rujukan

 Pharmaceutical Society of Great Britain v Boots Cash Chemists @


 Fisher v Bell

Hubungkait
Kaitkan fakta soalan dengan prinsip undang-undang dan kes rujukan

Kesimpulan
Kontrak belum lagi wujud.

Page 7 of 7

Anda mungkin juga menyukai