Anda di halaman 1dari 2

SENARAI TUGAS PENGAWAS

1. Mengawal disiplin diri dan pelajar.


2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar lain.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat
kepada rakan-rakan pelajar.
5. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
6. Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.
7. Mencegah kes jenayah di sekolah.
8. Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
9. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
10. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER


1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS
4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan
sebagainya
7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
8. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
9. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
10. Membantu mempromosikan PSS

SENARAI TUGAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapat bantuan.
4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika
perlu.
5. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkanya mencari penyelesaian
sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
8. Menernima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat
keputusan.
10. Memberi galakan dan sokongan untuk rakan mengambil langkah positif.

SENARAI TUGAS KETUA DAN PENOLONG BILIK DARJAH


1. Bertanggungjawab menjaga pelajar dan kelas semasa ketiadaan guru.
2. Ketua dan penolong bertanggungjawab ke atas buku kawalan kelas.
3. Perlu mencari guru sekiranya guru tidak hadir ke kelas selepas 5 minit.
4. Memastikan murid berbaris di dataran perhimpunan setiap hari.
5. Perlu memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat, kemas dan ceria.
6. Perlu melaporkan sebarang kejadian atau kemalangan yang berlaku kepada guru kelas.
7. Membantu pengawas mengawal kelas setiap masa.
8. Memastikan kekemasan diri murid lain dalam kelas masing-masing.
9. Mencatatkan kehadiran dan melaporkan kepada guru kelas.
10. Proaktif dan sentiasa membantu guru.

Anda mungkin juga menyukai