Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Pengetahuan tentang teori komunikasi membolehkan kita membuat ramalan tentang

sesuatu yang mungkin akan berlaku mengikut situasi. Teori komunikasi juga penting dalam

kehidupan harian kita dalam membuat perancangan untuk mengatasi sesuatu perkara dengan itu

kita akan lebih bersedia untuk menghadapi keberangkalian masalah demi mencapai kejayaan

atau mengelak daripada berlakunya kejadian tersebut. Littlejohn (1991), berkata teori adalah satu

tekaan atau pencubaan dalam menerangkan serta menjelaskan sesuatu idea tentang bagaimana

kejadian itu berlaku berdasarkan permerhatian/ kajian yang sistematik. Teori penting kepada kita

sebagai seorang individu, ahli kumpulan atau organisasi, masyarakat dan sebagai seorang yang

bergelar rakyat.

2.0 PROSES PEMBENTUKAN TEORI KOMUNIKASI

Teori komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian individu,

masyarakat dan organisasi tidak mengira peringkat umur, tempat dan jarak. Tahukah anda

bagaimana proses pembentukan teori komunikasi berlaku? Proses pembentukan teori boleh

berlaku apabila persoalan timbul dan terdapat para sarjana yang ingin mendapatkan jawapan

kepada persoalan tau fenomena yang berkaitan. Maka apabila penyelidik membuat penyelidikan,

proses pembentukan teori komunikasi tersebuat akan berlaku. Penyelidik mempunyai empat

kaedah yang dikenalpasti yang digunakan untuk mendapatkan jawapan pada persoalan tersebuat,

iaitu eksperimen, tinjauan, analisis tekstual dan entnografi, ini akan berlaku pada tiga peringkat.
Kaedah eksperimen ialah kaedah yang digunakan untuk cuba membentuk hubungan

sebab dan akibat dengan memanipulasi secara sistematik dalam situasi yang terkawal. Seterusnya

kaedah tinjauan yang menggunakan boring soal selidik atau boring temubual untuk mendapatkan

sendiri jawapan daripada responden. Kemudiannya hasil soal selidik tersebut dikumpul dan di

analisis untuk mendapatkan gambaran menyeluruh. Kaedah ketiga ialah kaedah analisis tekstual,

bertujuan untuk menerangkan dan membuat interprestasi sesuatu mesej. Keadah terakhir iaitu

kaedah etnografi, seorang pakar etnografi akan memandang mitos, legenda, cerita dongeng dan

upacara sebagai gambaran tentang makna dan nilai.

2.1 Peringkat pertama, menurut Miller and Nicholson (1976), setiap proses pembentukan

sesuatu teori, penyelidikan perlu dimulakan dengan pertanyaan soalan-soalan. Penyelidikan perlu

mendapatkan jawapan segala persoalan dengan teratur dan sistematik. Apabila suatu teori

dibentuk hasil dari jawapan persoalan tadi, ianya masih perlu diuji sehingga mendapat kepastian

yang tepat. Proses menguji teori merupakan cara yang harus dilakukan oleh penyelik dalam

proses penyelidikan, kerana tanpa penyelidikan sesuatu teori yang tepat tidak dapat diperolehi.

2.2 Selepas peringkat pertama selesai, peringkat kedua akan ambil iaitu pemerhatian untuk

melihat secara objektif suatu teori yang dikaji. Kaedah ini perlu dilakukan dengan cara yang

berbeza oleh penyelidik mengikut kesesuaian penyelidikan. Ada peyelidik yang lebih gemar

mengkaji rekod dan artifak, ada pula yang selesa jika terlibat dalam permerhatian malah ada pula

yang membuat penyelidikan dengan membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik atau

borang temubual. Untuk mendapatkan jawapan pada setiap persoalan dari peringkat pertama

penyelidik perlu mengunakan kesemua keadeah ini mengikut kesesuaian dan keselesaan
penyelidik. Pemerhatian akan merangsang pelbagai persoalan baru dan melalui persoalan jugalah

teori dapat diwujudkan untuk kajian seterusnya.

2.3 Kemudian pada peringkat ketiga, jawapan pada setiap persoalan perlu dibentuk.

Peringkat ini para penyelidik akan memberi definisi, menerang dan menjelaskan untuk membuat

pertimbangan. Setiap peringkat akan saling berkait dengan peringkat- peringkat yang lain serta

mempengaruhi antara satu sama lain. Setiap persoalan baru dapat dilihat apabila proses

pembentukan teori dilakukan oleh penyelidik dalam penyelidikannya. Dengan itu proses ini

sentiasa akan berulang apabila terdapat ahli penyelidik yang membuat penyelidikan untuk

menjawap persoalan yang mereka timbulkan.

Kesimpulan

Teori umpama buku yang menjadi panduan dalam menjelaskan sesuatu masalah yang akan

dikaji, ini kerana teori mempunyai sifat tersendiri yang boleh menjelaskan, meramal dan mampu

mengendali suatu gejala. Semua kajian dianggap bersifat ilmiah, maka teori amat penting dalam

setiap kajian yang dijalankan, Dengan bantuan teori juga, kita dapat memahami atau

menjelaskan fenomena yang kita amati dalam dunia sosial. Maka dengan adanya teori, diharap

pengkaji atau penyelidik dapat memicu pemikiran-pemikiran baru untuk kita dan generasi yang

mempelajari ilmu komunikasi dalam melihat teori komunikasi. Dan pada masa yang sama

perspektif ini akan membangun kajian yang holistik terkait dengan metode penelitian

komunikasi.
Rujukan

Littlejohn.S.W. (1996), Theories Of Humans Comunication, pg.361


https://books.google.com.my/books/about/Theories_of_Human_Communication

Michael.B.A, Douglas.T.H & Barbara.S.L, (1989) Handbook of career Theory, pg.69


https://books.google.com.my/books/about/Handbook of career Theory

Saodah Wok. (2004), Teori-Teori Komunikasi, pg.41


https://books.google.com.my/books/about/Teori-teori Komunikasi

Halimatusa’diah. (2014), “Teori Daan Perspektif Dalam Penelitian Ilmu Komunikasi”Jurnal


Komunikasi, 2014. Maret.V. no.1

Anda mungkin juga menyukai