Anda di halaman 1dari 15

Semua tamadun mempunyai keunikan dan ciri tersendiri.

Tamadun Islam, India,


China dan Melayu menjadikan kepercayaan agama iaitu Islam, Hindu, Buddha dan
Konfucius sebagai dasar kemoralan, cara hidup dan pembangunan. Semua tamadun
tersebut sebenarnya pernah mendominasi sebahagian dunia atau sekurang-kurangnya
Asia Tenggara untuk tamadun Melayu. Pada abad ke-20 dan 21, pusat sains dan
teknologi maklumat mengalami perkembangan yang semakin maju dan luar biasa. Di
samping itu, seiring dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi
maklumat serta revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin
pantas dan kompleks. Akan tetapi isu-isu kontemporari seperti hegemoni dan globalisasi
Barat; krisis alam sekitar; masalah etika dalam sains; persepsi buruk kepada Jihad
dalam Islam dan Islamofobia semakin giat berlaku dalam masyarakat zamanm
sekarang.

Sebelum ini, tamadun Barat telah dibangkitkan sebagai suatu kuasa baru
selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Dengan perkembangan tamadun Barat ini,
masalah hegemoni dan globalisasi Barat telah berlaku di merata-rata tempat sehingga
ke seluruh dunia.

Hegemoni Barat berasal dari Bahasa Yunani iaitu hegemonia yang bermaksud
pemimpin. Ia merujuk kepada penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu-satu
negara atau kumpulan ke atas negara atau kumpulan lain. Secara jelas hegemoni
sebenarnya membawa erti dominasi terhadap negara lain dengan atau tanpa ancaman
kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap
kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar. Mereka akan
dipengaruhi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan.

Globalisasi Barat pula pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan


perkongsian antara negara,tetapi pada realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud
dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat
mengglobalisasi dan terdapat juga negara yang bersifat untuk diglobalisasi. Negara
yang mengglobalisasi itu menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan
agama mereka kepada negara lain manakala ada negara yang diglobalisasi itu bersifat
hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama tanpa menilai sama
ada ia membawa manfaat atau mudarat. Sarjana-sarjana juga telah memberikan
pelbagai definisi terhadap globalisasi.Kenichi Ohmae (1991) berpandangan bahawa
tamadun manusia kini memasuki era ‘borderless world’ iaitu dunia tanpa sempadan.
Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi
khususnya teknologi komunikasi dan perhubungan.

Jika ditinjau secara keseluruhan, tamadun Barat sememangnya tidak banyak


menekankan kesejahteraan dan hak asasi manusia kerana mereka telah melaksanakan
hegemoni dan globalisasi Barat ini sehingga ke seluruh dunia tanpa mengira kesan yang
akan tertimbul itu sama ada baik atau tidak. Hegemoni dan globalisasi Barat ini telah
melanggar prinsip dan asas tamadun lain seperti tamadun Islam dan tamadun China.
Dalam tamadun Islam, ia berasaskan kepada 8 prinsip tamadun iaitu memelihara
nyawa; memelihara akal fikiran; memelihara maruah dan keturunan; memelihara harta
benda; memelihara hak kebebasan; benar dan amanah; adil dan saksama serta
keimanan dan pengabadian diri kepada Ilahi. Tindakan hegemoni yang keterlaluan itu
telah bertentangan dengan kelapan-lapan prinsip tamadun Islam. Contohnya, agama
Islam menekankan prinsip adil dan saksama tidak kira dalam apa-apa situasi tetapi
negara Barat pada zaman dahulu lebih menekankan cara diktator dalam pengurusan
negara. Oleh itu, rakyat mereka hanya boleh mematuhi arahan Raja tanpa sebarang
bantahan. Tindakan hegemoni dan globalisasi Barat ke negara lain juga menerapkan
unsur tersebut tanpa menghirau raja negara itu kerana negara Barat mempunyai kuasa
tentera yang kuat.

Jika melihat dari segi prinsip dan asas tamadun China pula, ia lebih menekankan
kepada konsep zhong iaitu ketaatan yang sebagai asas dalam sistem kenegaraan
manakala xiao yang bermaksud berbakti ditekankan dalam sistem kekeluargaan. Dalam
kefahaman masyarakat Cina, sistem kekeluargaan adalah amat penting kerana ia
menjadi asas kepada sistem kenegaraan. Oleh itu, sesuatu raja yang berjaya
menguruskan negara secara teratur bermaksud raja tersebut juga dapat mengurus
keluarganya dengan baik.

Kewujudan hegemoni dan globalisasi Barat ini disebabkan beberapa faktor yang
mengakibatkan isu tersebut berlaku. Pertama sekali, imperialisme baru merupakan
suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula
pengaruh Barat kepada masyarakat dunia. Dengan fenomena inilah yang menjadi salah
satu punca pengaruh hegemoni Barat makin meluas. Mereka berhasrat untuk menjadi
kuasa nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada
dibawah pengaruh mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia yang
kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka merasakan bahawa
telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-
besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh kuasa Barat yang boleh
mengancam keselamatan dunia. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk
memperluaskan pengaruh hegemoni dan globalisasi mereka.

Selain itu, masyarakat masa kini telah wujud dua golongan yang telah
merosakkan dan mencalarkan imej Islam seperti golongan ultra moden yang
memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan menerima nilai
Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam
masyarakat. Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan perkembangan
orang-orang islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai idola dan ikutan dalam
kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat makin kukuh
di dunia. Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat Islam kini pentadbirannya
lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah dimonopoli dan dipengaruhi
oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran dan
as-Sunnah.

Tambahan pula, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat


mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni
mereka. Sebagai contoh, negara Barat mempunyai teknologi yang lebih canggih dan
maju berbanding dengan negara lain maka mereka dapat menjual teknologi kepada
negara lain dengan harga yang mahal untuk mendapat keuntungan yang maksima.

Hegemoni dan globalisasi Barat ini juga mendatangkan banyak kesan kepada
negara lain terutamanya dalam media, politik, ekonomi dan sosial sama ada kesan itu
baik atau buruk. Pertama sekali, media yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan
media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat.
Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat
yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas
mana-mana negara yang tidak bersokong dengan mereka khususnya negara-negara
Islam. Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah
mempengaruhi sepenuhnya media massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan
Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang
dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang
menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan
keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.
Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya
menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka.

Dari segi politik pula, negara Barat telah berusaha pelbagai cara untuk
memastikan mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu
seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi
penguasaannya, kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga
Bersatu kononnya menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun
pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja. Tidak cukup dengan
kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Barat telah mewujudkan kuasa
veto atau kuasa mutlak di mana hanya dinikmati oleh kuasa-kuasa besar seperti
Perancis, United Kingdom dan Jepun. Kuasa veto ini mempunyai kuasa yang tinggi
sehinggakan berkuasa untuk tidak mengesahkan apa jua bentuk perbincangan atau
persetujuan antara negara lain tanpa berbincang dengan negara lain. Kuasa veto juga
memberikan mereka bertindak bersendirian untuk menyerang negara lain. Mana-mana
negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai kemudahan dan nikmat
namun untuk negara yang membangkang barat khususnya Amerika Syarikat akan
mengalami pelbagai bentuk sekatan yang dikenakan seperti mana yang berlaku pada
Iran apabila meneruskan program nuklearnya. Keadaan ini jelas menujukkan hegemoni
barat berat sebelah.

Dari sudut ekonomi pula, globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang
ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia
membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan
negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama iaitu
perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini
apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi
ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak
ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan
mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang
diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah. Dalam globalisasi ekonomi, kadar
mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan
membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa
kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan
menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Akhir sekali ialah kesan hegemoni dan globalisasi Barat dari sudut sosial.
Pelbagai bentuk hiburan seperti muzik, nyanyian, filem dan lain-lain telah pun
disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan mereka ditiru tidak kira baik atau
buruk teruatamanya golongan muda. Pelakon-pelakon dan artis mereka mempunyai
jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun seperti
Malaysia. Oleh sebab mereka juga, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya
rock,blues,heavy dan pop.Selain itu juga, budaya makanan di sana juga turut
berkembang dan yang paling menerima kesan adalah makanan segera iaitu Kentucky
Fried Chicken (KFC), McDonald(McD), Coca Cola dan Pepsi. Selain itu, pemakaian
berjenama seperti Lewis’s Lee dan Adidas pun mengikuti fesyen disana dimana pakaian
mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut kehendak sendiri. Keadaan ini jauh
daripada pegangan orang Timur dimana lebih mengutamakan kesopanan. Anak-anak
muda Timur khususnya Malaysia berasa bangga jika memakai pakaian berjenama Barat
dan mempunyai kelas tersendiri.

Bagi mengelakkan masalah tersebut daripada berleluasa dalam kalangan


masyarakat terutamanya remaja masa zaman sekarang, beberapa langkah yang drastik
dan efektif perlu diambil dari semasa ke semasa. Pertama sekali, semua rakyat mestilah
memperkasa jati diri supaya dapat mempertahankan tamadun Asia dan tamadun Islam.
Oleh itu, penanaman dan pengukuhan nilai-nilai murni di dalam jati diri semua rakyat
adalah penting. Hal ini demikian kerana di dalam masyarakat menongkah arus
globalisasi pada masa kini jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam
perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih
lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini disebabkan
merekalah pewaris agama yang suci ini dan perlu bagi mereka memahami dan
mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga mereka
menjadi buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka ia akan
menjadi sia-sia.

Selain itu, masyarakat perlu berpegang teguh kepada agama tidak kira agama
Islam. Kristian, Buddha atau sebagainya. Ajaran agama dapat menerapkan unsur baik
ke dalam jiwa kita. Dengan adanya berpegang teguh kepada agama, kita dapat
membezakan sesuatu perkara itu sama ada itu betul atau salah. Tambahan pula, kita
juga perlu mengembangkan ilmu pengetahuan diri kita. Hal ini disebabkan ilmu
pengetahuan membolehkan kita lebih memahami kitab-kitab dalam agama di samping
mengeratkan hubungan diri dengan Tuhan. Dengan demikian, kita dapat bertindak
secara rasional dengan menolak segala unsur yang dapat merosakkan jati diri kita.

Selanjutnya, pengamal media haruslah menjalankan tugasnya untuk


menayangkan program televisyen yang berfaedah kepada penonton. Mereka perlu
menapis filem dari Barat dan mengutamakan rancangan yang sesuai dengan
masyarakat Timur. Hal ini kerana kebanyakan filem dan rancangan hiburan Barat adalah
berunsur tidak senonoh dan tidak sesuai dengan pandangan serta nilai-nilai murni
masyarakat Timur. Dengan adanya menapis filem yang tidak baik, masyarakat
terutamanya remaja tidak akan mudah dipengaruhi. Di samping itu, Pengarang buku
atau majalah di negara Timur juga haruslah mengelakkan diri daripada menulis tentang
perkara yang negatif seperti unsur yang menghancurkan akhlak dan nilai-nilai murni.
Sebaliknya, pengarang mesti sentiasa mengarang perkara yang berkaitan dengan
agama, penggunaan teknologi moden dan sebagainya yang dapat mendatangkan
manfaat kepada manusia.

Cara lain yang dapat mengatasi masalah hegemoni dan globalisasi Barat di
negara Timur ialah mewujudkan pakatan pertahanan serantau. Sekiranya negara Barat
ingin menerapkan unsur Barat ke negara Timur dengan paksaan, pakatan pertahanan
serantau dapat bekerjasama untuk mempertahankan negara serantau daripada
diceroboh oleh negara Barat.

Secara kesimpulannya, hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak


keburukan kepada kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita
sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Pelbagai punca dan sebab berlakunya
perkara tersebut seperti fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai
semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia dan negara Barat ingin menguasai
mata wang dan ekonomi dunia. Oleh itu, masyarakat Timur perlulah berpegang teguh
kepada agama masing-masing agar dapat mengelakkan diri daripada segala unsur
kerosakan. Sebagai contoh, Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-
Sunnah yang diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia.
Tamadun Islam merupakan tamadun yang sempurna dari segenap sudut sesebuah
ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini.
Rujukan:

Nadilah bt Abdul Rahman & Priscilla Law Nguik Hung. (2008). Tamadun Islam dan Asia.

Penerbit: McGraw-Hill Sdn.Bhd.

Abdullah Zhidi Omar & Dr Raudhah Ali. (2013). Tamadun Islam dan Asia (TITAS).

Penerbit: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Ahmad Zaki Abd. Latiff & Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. (2009). Buku teks tamadun
Islam dan Asia (TITAS).

Penerbit: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Sazelin Arif & Ahmad Ridzwan Mohd Noor. (2007). Tamadun Islam dan tamadun Asia.

Penerbit: McGraw-Hill Sdn.Bhd.

Keisuke Eymran. (27 March 2012). Tamadun Islam TITAS (Hegemoni dan globalisasi
Barat). Retrieved from

http://www.scribd.com/doc/86856331/Assignment-Tamadun-Islam-TITAS-Hegemoni-
Dan-Globalisasi-Barat

Siti Nurdiyana. (2 Sept 2009). Isu-isu kontemporari tamadun Islam dan tamadun Barat-
hegemoni Barat dan globalisasi. Retrieved from

http://www.scribd.com/doc/19360468/Isu-Isu-Kontemporari-Tamadun-Islam-Dan-
Tamadun-Barat-hegemoni-Barat-Dan-Globalisasi

T0shiya88. (30 Jul 2011). Bab 1 hegemoni Barat. Retrieved from

http://www.slideshare.net/t0shiya88/bab-1-hegemoni-barat

Permata Biru. (24 Dec 2012). Hegemoni Barat. Retrieved from

http://www.slideshare.net/basikaltayaso/hegemoni-barat

Nur Athirah. (17 Jan 2014). Cabarab globalisasi media Barat pada alaf baru di Malaysia.
Retrieved from

http://www.slideshare.net/iranik1/cacabaran-globalisasi-media-barat-pada-alaf-baru-di-
malaysiabaran-media-full-copy
ARKIB : 10/06/2011

KesanhegemoniBaratkepadaumatIslam

PERMASALAHAN hegemoni Barat dalam masyarakat dunia khususnya umat Islam


masih terus rancak diperbincangkan oleh ahli akademik. Ini kerana perkembangan
teknologi dan maklumat terus menguasai masyarakat dunia.

Tanpa menafikan kesan positifnya, persoalan yang amat penting untuk ditangani oleh
umat Islam juga adalah cara kita mengaplikasikan teknologi itu untuk jalan dan matlamat
yang betul serta tidak menyanggahi syariat Islam.

Bukan sekadar aspek sosial yang terkesan dengan hegemoni Barat ini tetapi juga
melibatkan aspek politik dan ekonomi. Perkembangan ekonomi negara-negara di dunia
tidak dapat lari daripada unsur kesan kejatuhan atau kelembapan ekonomi negara maju,
begitu juga dalam aspek politik dunia.

Kuasa Amerika Syarikat sentiasa membayangi politik dunia dan kuasa-kuasa besar.
Buku berjudul Globalisasi Dunia Islam terbitan Pusat Penerbitan Universiti, UiTM ini
cuba mengajak pembaca untuk sama-sama memikirkan hegemoni Barat terutama
kuasa Amerika Syarikat dalam aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan, alam sekitar
dan sebagainya terhadap pemikiran dan gaya hidup masyarakat Islam khususnya.

Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel yang ditulis oleh para pensyarah Pusat
Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia bukan
sahaja sesuai untuk rujukan para pelajar di institusi Pengajian Tinggi (IPT) tetapi juga
sesuai untuk masyarakat umum.

Kongsi Konten di :
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0610&sec=Bicara_Agama&pg=b
a_03.htm#ixzz41et6dgoB
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 20/07/2012

mahathirsarannegaraislambelajardaritimur

BANGKOK 19 Julai - Negara-negara Islam perlu mempelajari dari negara Timur


sekiranya mahu mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi, kata bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar).
Beliau berkata, banyak negara Timur telah menguasai pengetahuan dan kemahiran
perindustrian sehingga mereka boleh bersaing dan menjadikan negara mereka kaya dari
segi ekonomi dan kuat.
"Kekuatan mereka sebegitu rupa sehingga mampu mengetepikan hegemoni Barat dan
mengatasi cabaran pemodenan dan ancaman globalisasi," katanya pada majlis makan
malam sempena ulang tahun ke-72 Pondok Bantan di sini malam tadi.
Beliau berkata, keperluan pertama ialah memiliki dan meningkat pengetahuan dalam
bidang sains kerana teknologi moden adalah berdasarkan sains dan matematik.
Dr. Mahathir berkata, semua ini memakan masa untuk dicapai tetapi negara seperti
Korea telah berupaya mempercepatkan prosesnya.
Menyentuh mengenai pengalaman Malaysia dalam mengejar wawasan untuk menjadi
negara maju menjelang 2020, beliau berkata, negara memerlukan kerajaan yang baik
dalam mencapai impian itu.
Dr. Mahathir berkata, masyarakat Islam perlu terus meningkatkan keupayaan mereka
mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi agar tidak lagi ketinggalan seperti yang
mereka lalui di abad ke-15.
Tamadun Islam pernah menguasai dunia, tetapi pada abad ke-15, suasananya berubah
apabila orang Islam meninggalkan pemilikan ilmu pengetahuan, selain apa yang mereka
fikirkan mempunyai kaitan dengan agama mereka. - BERNAMA
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120720/dn_15/mahathir-saran-


negara-islam-belajar-dari-timur#ixzz41evGJ21n
© Utusan Melayu (M) Bhd
Selasa 1 Mac 2016 / 21 Jamadil Awal 1437

PASCA perang dunia ke-2 dan lahirnya perang dingin, dunia dibahagi kepada ideologi
kapitalisme, komunisme dan sosialisme – negara Nato dan Blok Timur – Pakatan
Warsaw. Walaupun pada masa ini perang dingin sudah pun berakhir tetapi dunia tetap
terbahagi kepada pelbagai fahaman politik berasaskan kepada sistem liberal demokrasi,
kapitalisme dan nasionalisme yang disandarkan kepada kepentingan negara.

Namun demikian, landskap geo-politik antarabangsa kini tidak juga tenang dan terus
dilanda ketegangan dan konflik. Ia dikatakan bergolak atas alasan perbezaan kaum,
agama dan budaya. Justeru, konflik dan ketegangan terus berlaku di Asia Barat,
berbagai negara lain di Asia, Afrika dan Eropah.

Di Myanmar, Selatan Filipina dan Selatan Thailand konflik dan ketegangan berterusan
akibat penafian hak, identiti, politik, agama dan budaya terhadap masyarakat Islam. Di
Myanmar kumpulan pelampau agama Ma Ba Tha dibiarkan pihak pemerintah dan
tentera meniup api kebencian terhadap kaum Rohingya dan Muslim lain. Ia bermula
pada 1982 melalui undang-undang warganegara yang menafikan status kerakyatan
yang mencabuli hak asasi manusia kepada kaum minoriti yang telah berada beratus
tahun di negara tersebut.

Keadaan menjadi lebih meruncing apabila institusi negara digunakan bagi menyingkir
umat Islam dari Myanmar dan masyarakat antarabangsa di sebaliknya tidak dapat
menyekat kezaliman dan pencabulan hak, kononnya negara ini sedang melalui
transformasi ke arah demokrasi dan mahu melihatnya berjaya. Di masa sama, ASEAN
tidak melakukan sesuatu di atas dasar tidak campur tangan dalam ehwal dalaman
sesebuah negara ASEAN walaupun ia mempunyai kesan limpahan kepada negara ahli.

Suasana dunia menjadi lebih gusar dan runcing apabila kemajuan teknologi komunikasi
dan Internet menghasilkan ledakan maklumat yang banyak tanpa sekatan dan hadnya.
Jelas sekali maklumat tidak berasaskan ilmu disebarkan rentas sempadan secara
pantas dan semasa.
Walaupun kemajuan teknologi dialu-alukan, di masa sama ia boleh membawa kesan
negatif kepada keamanan dan keselamatan. Kesannya, satu anutan budaya dan gaya
hidup baru lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan muda menghakis adab dan tertib
serta melahirkan sikap anti pentadbiran dan politik.

Masyarakat yang terlalu celik dan memiliki maklumat walaupun ada baiknya, sebaliknya
kerana tanpa ilmu ia akan menyebabkan mereka mengambil tindakan tanpa
tanggungjawab yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan. Dengan ledakan
ilmu, mereka berupaya membuat analisis tersendiri terhadap isu-isu terkini tetapi
mengecewakan apabila ia membentuk sikap keras dan ganas. Lambakan maklumat
tanpa disemak sama ada benar ataupun tidak boleh mempengaruhi dan membentuk
amalan dan tindakan yang merugikan ummah.

Hari ini wujud kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan di luar sistem pemerintahan,
yang makin jadi kuat dan berkuasa. Mengikut satu kertas kerja yang diterbitkan oleh
DCAF Horizon, Non-state actors (NSA) atau kumpulan bukan negara adalah kumpulan
yang mempunyai infrastruktur pemerintahan asas di luar sistem pemerintahan negara
ataupun kumpulan yang mempunyai agenda bermotifkan politik. Mereka mendapat dana
dari sesebuah negara, individu-individu tertentu atau kumpulan berkepentingan untuk
mendapat pengaruh dan sokongan bagi mencapai matlamat politik mereka.(DCAF
Horizon 2015 Working Paper)

Kekhuatiran global kini timbul kerana kumpulan itu memiliki kemampuan tinggi termasuk
kelengkapan persenjataan canggih yang diperoleh secara mudah dan berupaya
bergerak merentas sempadan negara. Keanggotaan kumpulan ini terdiri dari individu
pelbagai latar belakang negara dan yang tidak berpuas hati dengan kedudukan, status
di negara mereka dan sistem politik antarabangsa. Oleh kerana wujudnya persekitaran
sebegitu, mereka berjaya menanam kebencian terhadap orde baru dunia yang dianggap
berat sebelah, tidak seimbang dan dianggap zalim.

Konflik-konflik yang berlaku di luar negara mereka juga menjadi asas dan sebab untuk
mencari penyelesaian sendiri dan mereka mendapat sokongan dalam melaksanakan
matlamat itu. Konflik Palestin dan Israel misalnya yang masih lagi tiada jalan
penyelesaian juga menimbulkan kemarahan.

Persekitaran menjadi lebih rumit apabila konflik dalaman di sesebuah negara ataupun
rantau melibatkan campurtangan kuasa-kuasa besar seperti apa yang berlaku di Syria,
Iraq dan Libya. Campur tangan ini menimbulkan banyak masalah keamanan dan
keselamatan.

Selain itu terdapat juga perasaan terpinggir dalam sosio-budaya, ekonomi, politik dan
keselamatan di negara pemastautin. Layanan tidak seimbang terhadap kedudukan di
negara Barat mendorong tindakan melampau dan ganas.

Dalam mencari penyelesaian kepada masalah keganasan dan terrorisme masyarakat


antarabangsa harus terlebih dahulu mengenalpasti sebab-sebab orang muda terjebak
dengan tindak tanduk sedemikian. Kedudukan umat Islam di pelbagai negara dengan
kewujudan Islamophobia terjejas kerana kebencian terhadap mereka. Justeru, layanan
yang diberi terhadap umat Islam melahirkan simpati dan tindakan agresif dari kumpulan
yang berkepentingan.

Malangnya, tindakan melampau dan ganas mereka bila dilakukan di atas agama dan
negara, umat Islam diheret ke kancah polemik dan konflik walaupun apa yang dilakukan
bukan berasaskan ajaran Islam yang sebenar dan ia hanya tindakan segelintir umat
Islam. Oleh kerana perbuatan kumpulan ini, persepsi sinis dan negatif terhadap negara
dan umat Islam menebal dan terus meningkat di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-
negara lain.

Tidak dapat dinafikan dengan adanya suasana ekonomi dunia yang lembab dan
suasana geopolitik yang bergolak maka kumpulan seperti ini makin mendapat perhatian.
Timbulnya salah faham serta pertikaian berasaskan nasionalisme etnik dan agama
sering membangkitkan ketegangan dan konflik.

Justeru hubungan dan persefahaman di antara budaya, kaum dan agama makin
terjejas. Di sinilah media sosial menjadi sumber utama kepada generasi muda hari ini
yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi dan komunikasi.

Perubahan sistem nilai yang didominasi oleh kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi menghasilkan berbagai kesan baru yang menjejaskan keamanan. Rakyat
menjadi lebih keliru bila menterjemahkan hak kebebasan demokrasi, globalisasi serta
sistem ekonomi pasaran yang berpaksi kepada kebendaan dengan tamadun baru yang
banyak pancarobanya.

Nyata sekali mereka yang fikirkan tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun lalu jauh
menyimpang daripada kenyataan. Sebenarnya dunia berdepan dengan lebih banyak
cabaran yang menjadikan suasana global tidak menentu lagi. Kerajaan dan pemimpin
dituntut mengamalkan urus tadbir baik, ketelusan, kepertanggungjawaban dan bersih
dari rasuah. Persoalan ini perlu ditangani dengan bijak. Pembohongan dan fitnah bukan
lagi perkara luar biasa, malahan lumrah. Sering pembohongan diterima sebagai realiti
dan kebenaran.

Dalam konteks ini, lahirlah insan yang tiada adab dan tertibnya serta zalim kepada
masyarakat dan dirinya. Tidak adil dalam definisinya adalah meletakkan sesuatu bukan
di tempatnya (Syed Naqib Al-Attas). Dalam suasana sebegitu, maka timbullah mereka
yang mahu bebas menggunakan akal bagi mentafsirkan segala-galanya walaupun
mereka tidak memiliki ilmu dan kefahaman dalam bidang yang mereka bicarakan.

Pada golongan ini, yang utama sekali adalah pemikiran rasional tanpa sekatan atau had
kerana mereka tidak menimbang tentang tanggungjawab terhadap hubungan individual
kepada masyarakat dan masyarakat kepada negara. Kasih sayang manusia sesama
manusia dan manusia dengan penciptanya terus terhakis. Soal hak dan batil tidak
menjadi utama kerana yang hendak diketengahkan adalah pegangan serta kebebasan
individu yang seluasnya yang mengatasi kepentingan masyarakat dan negara.

TAN SRI DR. SYED HAMID ALBAR pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, Menteri
Luar dan Menteri Pertahanan. Beliau kini ialah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD).

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/cabaran-politik-dunia-masa-kini-


1.192501#sthash.XXkLB08R.dpuf
SOALAN
TUGASAN
PETA
MINDA

Anda mungkin juga menyukai