Anda di halaman 1dari 6

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

KELAB RUKUN NEGARA


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIRAM

1. Tajuk:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDAR TAIPING, PERAK.

2. Pendahuluan:

2.1 Lawatan sambil belajar ke Bandar Taiping, Perak ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan kepada murid SKST tentang sejarah bandar-bandar
yang terdapat di Malaysia.

2.2 Memberi peluang kepada peserta rombongan untuk mengenali serta merasai
pengalaman sebenar tentang tempat-tempat bersejarah yang terdapat di
sekitar Bandar Taiping dan bukan hanya mempercayai fakta atau coretan yang
terdapat di dalam buku pendidikan dan media cetak.

2.3 Mendedahkan tradisi dan budaya masyarakat setempat kepada peserta


rombangan supaya dapat membina jati diri yang cemerlang dan mampu
menimbulkan perasaan yakin diri dalam diri peserta rombongan.

2.4 Mempertingkatkan lagi dan menghargai keupayaan murid dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).

3. Matlamat dan Objektif:

3.1 Menjadikan kecemerlangan sejarah, budaya serta tradisi masyarakat Malaysia


yang unik sebagai salah satu saluran ke arah mewujudkan budaya perpaduan
yang mampan di kalangan peserta rombongan.
3.2 Memperkukuhkan rasa kerjasama, yakin diri pada kemampuan sendiri serta
meningkatkan keteguhan perasaan setiakawan dan menghargai pengorbanan
tokoh-tokoh sejarah.

3.3 Merangsang pembabitan murid di dalam kegiatan kokurikulum dengan lebih


agresif.

3.4 Menghargai kebolehan dan keupayaan murid dalam mengaplikasikan


pengetahuan sejarah setempat sebagai satu cabang untuk mewujudkan
kefahaman tentang budaya yang ada di Malaysia.

3.5 Melahirkan murid yang lebih berpotensi serta seimbang di dalam bidang
kokurikulum yang berlandaskan kecergasan fizikal dan kurikulum yang
berpasak kepada kegemilangan mental.

4. Tentatif Program:

4.1 Aturcara Program:

Hari Pertama - 04 Mei 2012 (Jumaat)

0700 pagi Berkumpul di sekolah.


0800 pagi Bertolak ke Stesen Keretapi JB Sentral dengan bas.
0900 pagi Bertolak ke Taiping menaiki keretapi.
- Pengenalan kepada kawasan-kawasan yang akan dilawati
sepanjang perjalanan.
0600 petang Tiba di Taiping – Lawatan Stesen Keretapi Taiping.
- Merupakan Stesen Keretapi Pertama di Malaysia yang
dibina pada tahun 1882.
0700 petang Bertolak ke tempat penginapan Puspanita Homestay.
0800 malam Solat dan makan malam.
0930 malam Program Cerdas Minda.
- Menguji kepintaran peserta dalam mengingati tempat-
tempat yang telah dilalui di sepanjang perjalanan.
1000 malam Rehat / Tidur.
Hari Kedua – 05 Mei 2012 (Sabtu)

0730 pagi Sarapan.


0830 pagi Lawatan ke Taman Tasik Taiping.
- Kawasan perlombongan bijih timah yang tertua di
Malaysia yang berukuran 62 hektar. Telah dibuka pada
tahun 1880.
0930 pagi Lawatan ke zoo yang tertua dan menjadi zoo awam pertama
di Malaysia iaitu Zoo Taiping.
- Ia merupakan tempat habitat bagi 1300 binatang dengan
180 spesis binatang.
1100 pagi Lawatan ke Penjara Taiping.
1200 t/hari Menuju ke kawasan rekreasi tanah tinggi Perak; Bukit Larut.
Program Cerdik Akal.
- Menguji kecerdikan peserta dalam mengingati fakta-fakta
tempat yang telah dilawati.
0115 petang Makan tengahari dan solat.
0200 petang Bertolak ke Muzium Perak.
- Muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia
yang ditubuhkan sejak tahun 1883.
0400 petang Lawatan ke Kuala Sepetang untuk melihat kawasan paya
bakau.
0600 petang Pulang ke tempat penginapan.
0700 malam Solat dan makan malam.
0930 malam Aktiviti Kumpulan.
1000 malam Rehat / Tidur.

Hari Ketiga – 06 Mei 2012 (Ahad)

0730 pagi Sarapan.


0830 pagi Menuju ke Stesen Keretapi Taiping dan bertolak pulang ke
Johor Bahru.
0630 petang Tiba di JB Sentral.
0730 petang Dijangka tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram.
5. Sasaran Peserta Rombongan:

5.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid tahun 3 sehingga 6 Sekolah


Kebangsaan Sungai Tiram yang berminat menyertai rombongan ini. Namun
penyertaan hanya terhad kepada 34 orang sahaja dengan diiringi 6 orang guru
pembimbing.

6. Sumber Kewangan:

6.1 Butiran Sumber Kewangan:

i) *Peruntukan Ko-Kurikulum = RM 300.00


ii) *Sumbangan PIBG = RM 300.00
iii) Kutipan Bayaran Penyertaan = RM 6000.00
(40 orang x RM 150.00)
iv) *Sumbangan JKKK Sg. Tiram = RM 300.00

JUMLAH =RM
6900.00

Butiran Anggaran Perbelanjaan :

i) Sewa bas - pergi & balik (dari SKST – JB Sentral) = RM 520.00


ii) Sewa bas – sepanjang lawatan di Taiping = RM 1000.00
iii) Bayaran masuk (40 orang x RM 16.00) = RM 640.00
iv) Tambang keretapi – pergi & balik (JB ke Taiping) = RM 2700.00
v) Makan & minum
Sarapan - (40 orang x RM 3.00 x 2 hari) = RM 240.00
Makan tengahari - (40 orang x RM 5.00 x 2 hari) = RM 400.00
Makan malam - (40 orang x RM 5.00 x 2 hari) = RM 400.00
vi) Penginapan untuk 3 hari 2 malam = RM 1000.00

JUMLAH = RM
6900.00
Catatan * Anggaran awal sumbangan yang akan diperolehi

7. Guru Pengiring:

7.1 Encik Mohd Tarmizi bin Kamarudin (Ketua Rombongan)


No. K/P:
Alamat: Batu 17 Jln Sg Tiram, Kg Sg Tiram 81800 Ulu Tiram, Johor.

7.2 Encik Ahmad Faizal bin Shamsudin


No K/P:
Alamat: No 27 Jln Bestari 49/2, Tmn Bestari Indah 81800 Ulu Tiram, Johor.

7.3 Cik Nur Kartini binti Razak


No. K/P:
Alamat: No 591 A Jln Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram

7.4 Puan Salina binti Musa


No K/P:
Alamat: No 4 Jln Soga 8, Taman Bukit Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.

7.5 Encik Mohd Zuhairi bin Zainawi


No. K/P:
Alamat: Batu 16 Kg Mulia Sg Tiram 81800 Ulu Tiram, Johor.

7.6 Encik Sarozi bin Abu Bakar


No K/P:
Alamat: Lot 1357-20 Jln Ponorogo 81800 Ulu Tiram, Johor.

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………….................. ……………………………......
Nur Kartini binti Razak Sarimah binti Md. Ali
Guru Pembimbing Kelab Rukun Negara GPK KoKurikulum
SK Sungai Tiram SK Sungai Tiram
Pasir Gudang, Johor Pasir Gudang, Johor

Anda mungkin juga menyukai