Anda di halaman 1dari 1

APRESIASI KARYA

Berikut merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Chang Fee Ming. Melalui tugasan ini saya telah
memilih karya ini sebagai sumber untuk mengolah idea dalam lukisan dengan menggunakann unsur
seni reka. Chang Fee Ming merupakan seorang pelukis yang mahir dalam menggunakan warna air
dalam karyanya. Jadi kebanyakan karya yang dihasilkannya adalah dengan menggunakan warna air
dan bertemakan corak batik yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, bagi menepati tajuk tugasan iaitu
bertemakan pelancongan dan rekaan corak, saya tertarik untuk menjadikan lukisan beliau sebagai
sumber untuk menghasilkan lukisan saya kerana, jika dilihat pada lukisan beliau, corak batik yang
dihasilkan adalah sangat teliti.

Ketelitian dalam menghasilkan corak batik adalah amat penting kerana untuk menunjukkan kualiti
batik yang terdapat di Malaysia. Selain itu, corak tersebut juga memberi tarikan kepada masyarakat di
luar negara yang berkunjung ke Malaysia untuk melihat kehalusan kain batik di negara kita sebagai
simbol identiti masyarakat melayu yang menggunakan kain batik sebagai pakain sarung untuk
melakukan aktiviti harian. Dalam menepati tema pelancongan, kalau dilihat pantai-pantai di seluruh
Malaysia merupakan antara salah satu kawasan tarikan pelancongan yang terunggul. Oleh itu, dalam
penghasilan karya ini, saya mengekalkan latar belakang yang bertemakan pemandangan di tepi pantai
untuk menambahkan lagi seri dalam lukisan ini. Dalam karya saya, penggunaan pelbagai ton warna
dan media yang pelbagai di aplikasikan dalam karya agar karya yang dihasilkankan nampak lebih
matang.

Dalam penghasilan karya ini, saya lebih berfokuskan kepada penghasilan pada corak batik. Saya
menggunakan konsep imitasi karya dalam penghasilan karya ini. Apresiasi yang dihasilkan oleh saya
adalah dari segi media yang digunakan adalah pelbagai dan menggabungkan pelbagai jenis corak batik
yang terdapat di Malaysia. Saya harap dengan penghasilan karya ini dapat memberi gambaran kepada
masyarakat umum serta masyarakat luar yang berkunjung ke Malaysia mengenai kecantikan dan
keunikan corak batik yang terdapat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai