Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PEMASANGAN SERVER

(Client,Server & Database Concept)


Sebelum aku terus memberikan tutorial mengenai pengaturcaraan laman web, biarlah
aku menerangkan serba- sedikit bagai ianya berfungsi. Bagi yang sudahpun
mengetahui mengenai konsep pelanggan(client), pelayan (server) dan juga pengkalan
data (database) mungkin akan mendapati artikel pada kali ini agak membosankan.

1. Pelanggan – ialah komputer yang mengakses sesuatu laman web. Sebagai contoh
komputer yang kamu gunakan. Tidak kisahlah sama ada kamu menggunakan pelayar
(browser) Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox untuk melihat laman web, kamu
tetap dikira sebagai pelanggan.

2. Pelayan – ialah komputer yang membenarkan kamu mengakses laman web


menerusi pelayar yang kamu gunakan. Segala fail-fail laman web akan disimpan di
pelayan. Sebagai contoh laman web ini. Kesemua fail-fail yang berkaitan disimpan di
pelayan dan kamu boleh mengaksesnya.

3. Pengkalan Data – ialah komputer yang menyimpan data. Kebiasaannya pengkalan


data menyimpan data-data sahaja. Sebagai contoh segala teks yang ada di artikel ini.
Ianya disimpan di pengkalan data bagi memudahkan pengurusan data.

Merujuk kepada gambar diatas, warna merah menggambar setiap permohonan


(request) yang dihantar kepada pelayan dan juga pengkalan data. Warna biru pula
menggambarkan permohonan yang dijawab (response) oleh pelayan mahupun
pengkalan data untuk setiap permohonan yang dihantar.

Anda mungkin juga menyukai