Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SKS CARD

PROGRAM KECEMERLANGAN SAHSIAH UNGGUL


SK SAUK,KUALA KANGSAR.

1. Pendahuluan
Keperibadian dan etika yang tinggi seiring dengan pencapaian akademik
yang baik mampu hasilkan individu untuk berjaya. Bagi meningkatkan
kecemerlangan murid dalan akademik, kokurikulum dan sahsiah diri,
Panitia Pendidikan Islam dan barisan Guru Penyayang SK Sauk telah
merangka satu program yang dinamakan Program Kecemerlangan Sahsiah
Unggul. Pelaksanaan program ini adalah melalui beberapa kriteria
yang ditetapkan bagi merealisasikan matlamat program ini.

2. Rasional
Program ini dijalankan dengan cara memberi peneguhan positif atau
ganjaran kepada murid untuk meningkatkan inisiatif mereka dalam
membentuk sahsiah yang unggul dalam diri mereka. Melalui cara ini,
murid akan bertindak secara proaktif untuk membentuk sahsiah diri
yang positif di samping berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang
akademik dan kokurikulm.

3. Objektif
 Melahirkan murid yang berdisiplin dan berketrampilan.
 Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid.
 Menghargai pelajar-pelajar yang menunjukkan ciri peribadi yang
cemerlang atau perubahan sikap dari negatif kepada positif.
 Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.

4. Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Sauk, Kuala Kangsar.

5. Jawatankuasa Pelaksanaan
Semua guru SK Sauk, Kuala Kangsar

6. Tempoh Pelaksanaan

April – November 2019

7. Latar Belakang Program

1
Ganjaran diberi mengikut kriteria yang ditetapkan, iaitu berdasarkan
pencapaian murid dalam tiga kategori termasuk :

i. Akademik
ii. Kokurikulum
iii. Kelakuan
7.1. Kriteria Pelaksanaan Program

Perkara Kriteria Ganjaran


Akademik 1. Hantar kerja tepat pada masanya 1
bintang
2. Ejaan/tugasan/Latihan betul semua 1
(setiap bahagian). bintang

3. Kumpulan yang terbaik dalam setiap 1


aktiviti kolabaratif yang dijalankan bintang
(setiap ahli kumpulan).
Kokurikulum 1. Mewakili kelas dalam setiap 1 cap
pertandingan/ persembahan.
Contoh: Pertandingan
Bercerita/aktiviti speaker’s corner.
2. Mewakili sekolah dalam pertandingan 2 cap
Contoh:Olahraga/Permainan/Pertandingan
Syarahan/ Pertandingan Bercerita/MTQ
3. Mewakili sekolah untuk menyertai 2 cap
program/persembahan
4. Mewakili daerah dalam pertandingan/ 3 cap
aktiviti.
Contoh: sukan/perkhemahan/program
motivasi.
5. Mewakili negeri dalam pertandingan/ 4 cap
aktiviti
Contoh: Sukan/perkhemahan/program
motivasi.
6. Mewakili negara dalam pertandingan/ 5 cap
aktiviti.
Contoh: Sukan/perkhemahan/program
motivasi.
Kelakuan 1. Menunjukkan sikap baik seperti rajin, 1
jujur, menghormati guru, baik hati, bintang
bertanggungjawab dan lain-lain lagi. (setiap
tingkah
laku
yang
baik)
2. Kehadiran penuh sebulan. (setiap 1 cap
bulan)
*5 bintang = 1 cap

2
8. Cadangan Peruntukan Kewangan
 Murid boleh menebus hadiah mengikut bilangan cap:
 20 cap hadiah bernilai RM1.00 (Hadiah Gangsa)
 50 cap hadiah bernilai RM2.50 (Hadiah Perak)
 100 cap hadiah bernilai RM6.00 (Hadiah Emas)

Senarai Anugerah Harga Jumlah Sumber


Kewangan
Hadiah Gangsa RM 1.00 X RM100.00
100
Hadiah Perak RM 2.50 X 50 RM125.00

Hadiah Emas RM10.00 X 10 RM100.00

Jumlah Keseluruhan: RM325.00


 Hadiah akan ditebus di kedai buku sekolah pada waktu rehat.

9. Penutup

Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk


mempamerkan sifat dan sikap murni dan mengambil peluang daripada
persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang dan intelek.
Program ini pada akhirnya diharap dapat melahirkan murid yang cemerlang
dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

10. Lampiran
1. Cadangan Kad Bintang

3
2. Cadangan Kad Cap