Anda di halaman 1dari 9

Majlis Persaraan Pn Hjh Aini Bt Abdul Karim

Pengetua SMK Simpang ( 1/2/2019 )

AGENDA TEKS J/A

1 Diumumkan ketibaan

Ketibaan tetamu
jemputan
Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim,

Pengetua SMK Simpang

Diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat

Nyanyian lagu
Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu
Negaraku dan
Negaraku . Para hadirin diminta berdiri.
Lagu Negeri
Perak.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa oleh Tangan ditadah restu diminta


Ustaz Hairul
Pada yang Esa mohon segala
Hisham
Inayah dan taufiq hajat termetra

Agar majlis diberkati jua.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh

Al- fadhil Ustaz Hairul Hisham bin Ismail. Majlis mempersilakan.

 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Alu Awal Bismillah pembuka bicara,


aluan Pengerusi
Ucapan alu aluan pemula acara,
Majlis
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera . Majlis dengan penuh


rasa hormat dan bangganya mengucapkan selamat datang serta
mengalu alukan kehadiran :

Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim,

Pengetua SMK Simpang

Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Nor, AMP PPT,

Pegawai Pendidikkan Daerah

Larut Matang dan Selama

En Khairol Anuar bin Khalid

Timbalan Pegawai Pendidikkan Daerah

Larut Matang dan Selama

En Yang Sharkawi bin Shaharom

Pegawai KGSK

Penghulu Sekolah

Pegawai-pegawai

SIPARTNERS dan SISC+

Pengetua-pengetua dan Guru Besar-Guru Besar

Daerah Larut Matang dan Selama

Pn. Nor Azni binti Abdul Aziz

YDP PIBG SMK Simpang

Barisan ahli jawatankuasa PIBG SMK Simpang


Tetamu-tetamu jemputan

Barisan guru-guru penolong kanan dan guru-guru kanan bidang,


guru-guru seterusnya para pelajar sekalian.

Jejaran mengkudu berbias kesuma

Di celah angsana di Tanah Jawa

Ucapan aluan pembuka bicara

Di Dewan al Fasal kita bersua.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita


berkumpul di Dewan al- Fasal pada pagi ini untuk sama-sama
meraikan dan menciptakan kenangan sempena Majlis Sanjungan
Budi Lambaian Kasih Persaraan untuk Yang Diraikan Pn Hjh Aini
binti Abdul Karim, Pengetua SMK Simpang .

4 Para hadirin sekelian,

Ucapan Wakil
Pelajar ( Ketua
Negeri Perak aman sentosa,
Pengawas )
Pendidikkan Berkualiti misi utama,

Dengan tiada melengahkan masa

Kita mulakan aturcara pertama

Dengan ini, majlis menjemput saudara Mohd Iqbal Arif daripada


tingkatan 6ASB selaku wakil pelajar menyampaikan sepatah dua
kata. Majlis mempersilakan.

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar


tadi.

Ucapan YDP Songket tenunan dahulu kala


PIBG SMK
Gemersik indah tenunan mata
Simpang
Setulus hati YDP dipersila

Berucap sepatah dua kata


Kini, majlis mempersilakan Yang Dihormati Pn Norazni bt Aziz,
YDP PIBG SMK Simpang untuk menyampaikan ucapan mewakili
ibubapa . Majlis mempersilakan.

 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan Pn


Norazni sebentar tadi.

Ucapan PK Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dihormati En. Zahrom Shah
Pentadbiran bin Haji Salih, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
ucapan bagi mewakili barisan guru-guru dan kakitangan SMK
En Zaharom
Simpang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Shah bin Haji
Salih

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Zahrom


Shah atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,

Yang Berusaha

Tuan Haji Masak ranum si buah rambutan,


Aminuddin bin dimakan sebiji menjadi rinduan,聽
Mohd Nor PPT hadir tuan dengan jemputan,
mohon diungkap kata aluan,
Ketua Pegawai
Pendidikan
Daerah Larut
Matang dan Majlis seterusnya ingin menjemput Yang Berusaha Tuan Haji
Selama Aminuddin bin Mohd Nor, AMP PPT, Pegawai Pendidikkan Daerah
Larut Matang dan Selama menyampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Persembahan Awan bersua citra berkisah,


Pelajar 1 Ukiran sukma kilauan kelisa,

Tarian Dikir Ucapan tetamu selesai sudah,


Puteri
Persembahan pelajar menyusul pula.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama

kita saksikan persembahan Tarian Dikir Puteri di bawah bimbingan


jurulatih utama Cik Ameerah, Pn Latha dan Pn Yang Rafida .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

>>>>>> Persembahan

Demikianlah tadi persembahan Tarian Dikir Puteri oleh


pelajar-pelajar tingkatan enam.

Persembahan Majlis diserikan lagi dengan Persembahan Khas iaitu Nyanyian


Pelajar 2 Berduet yang cukup istimewa dengan lagu bertajuk “ One
Moment In Time ” oleh Lydia Jayanthi dari tingkatan 6AEK
Nyanyian
dan …Nurul Halimatun Shahirah dari 6ASB. Majlis dengan
Berduet dan
sukacitanya mempersilakan.
Persembahan
khas 5VT2

>>>>> Persembahan 1

>>>>> Persembahan 2

Demikianlah tadi persembahan nyanyian yang sungguh syahdu


Dan persembahan khas daripada pelajar tingkatan 5VT2 yang
merupakan bekas anak didik Pn Hjh Aini binti Abdul Karim.

10

Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian dua buah


guru lagu daripada guru-guru SMK Simpang khas untuk Yang Diraikan.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

>>>>>> persembahan guru

Untuk makluman para hadirin sekelian, Lagu BERMULANYA DI SINI


merupakan lagu khusus kepada Pn Hjh Aini bagi menggambarkan
pengalaman kita bersama dalam suka duka menjadikan SMK
Simpang The Best. Jasamu pasti kami abadikan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada para guru atas


persembahan itu tadi.

11 Persembahan
pelajar 3
Para hadirin sekelian,

Persembahan pelajar diakhiri dengan sebuah Tarian Bollywood di


bawah bimbingan Cik Ameerah, Pn Latha dan Pn Yang Rafida.
Dengan ini majlis mempersilakan.

>>>>>> persembahan pelajar

Untuk makluman hadirin , “Shava” bermaksud menikmati


persaraan dalam suasana sentiasa ceria dan tenang.

12 Tayangan Video Dari Melaka ke Tanjung Tuan,


dan
Singgah bermalam di rumah Cik Siti,

Bila kunampak muka puan,

Rasa besar di dalam hati.

Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap majlis
tanpa mengenal empunya diri. Maka , tayangan video pada pagi ini
akan mempersembahkan memori perjalanan kehidupan Pn Hjh
Aini .Marilah sama-sama kita menghayati tayangan video ini.

>>>>> TAYANGAN VIDEO

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan tayangan video


yang disediakan oleh En Murugan, En Ramesh dan Pn. Norzie.
Mudah-mudahan tayangan video ini menjadi inspirasi buat kita
semua.
13 Bacaan Biodata Majlis diteruskan lagi dengan bacaan biodata Yang Diraikan, Pn Hjh
Aini binti Abdul Karim oleh Pn Siti Norlela binti Abd Manap .
Sebelum majlis diteruskan, djemput Yag Diraikan Pn Hjh Aini duduk
di atas singgah sana yang sediakan diiringi oleh Cik Norhayati , Pen.
Kanan Petang SMK Simpang. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

>>>>> Bacaan Biodata

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan biodata itu


tadi.

14 Ucapan
pengetua
Para hadirin sekelian,

Sampailah masa kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata dan


amanat daripada Yang Diraikan . Kami dengan penuh bangga
mempersilakan Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim
meneruskan ucapan dan amanat , salam perpisahan buat
kenang-kenangan insan yang bakal ditinggalkan. Majlis
mempersilakan.

>>>>> Ucapan pengetua

Demikianlah ucapan yang membawa mesej dan makna yang kudus


dari Yang Diraikan Pn Pengetua. Majlis merakamkan sepenuh
penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Diraikan
Pn Hjh Aini.

14 Pemotongan kek
dan Nyanyian
Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan hari ulang tahun
lagu Selamat
kelahiran Yang Diraikan Pn Hjh Aini, dipersilakan Yang Dihormati
Hari Lahir
Cik Norhayati bt Mohamed, Yang Berusaha Tn Hj Aminuddin serta
seluruh ahli keluarga Pn Hjh Aini untuk bersama-sama acara
pemotongan kek hari lahir. Marilah sama-sama kita
nyanyikanlagu Selamat Hari Jadi untuk yang diraikan.

Kek hari jadi ini telah dihadiahkan oleh ahli Lorong Toiyyibah.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli Lorong
Toyyibah yang telah sudi menghadiahkan kek sempena hari
kelahiran Yang Diraikan Pn Hjh Aini dan para tetamu yang sudi
turut serta dalam acara itu tadi.

15 Penyampaian SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ATAS PERKHIDMATAN YANG


Watikah DIRAIKAN PN HJH AINI BINTI ABDUL KARIM DALAM BIDANG
Persaraan PENDIDIKAN ,MAJLIS MEMPERSILAKAN Yang Berusaha Tuan Haji
Aminuddin bin Mohd Nor, PPT, Pegawai Pendidikkan Daerah
Larut Matang dan Selama UNTUK MENYAMPAIKAN
WATIKAH PERSARAAN.MAJLIS PERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA Yang Berusaha Tuan Haji


Aminuddin bin Mohd Nor, PPT, di atas penyampaian watikah
persaraan itu tadi.

16 Penyampaian Para hadiri yang dihormati sekelian,


Hadiah dan
cenderamata
Seterusnya ialah penyampaian cenderamata tanda kasih tidak
bertepi, agar ingatan tak luput di hati kepada Yang Diraikan Pn Hjh
Aini diiringi oleh Yang Dihormati, Cik Norhayati bt Mohamed.
Dipersilakan.

>>>>> Rujuk senarai penyampai hadiah

Begitulah tadi upacara pemyampaian


cenderamatakenang-kenangan khusus untuk yang diraikan Pn Hjh
Aini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn


Hjh Aini binti Abdul Karim atas kesudian menerima cenderamata
itu tadi. Semoga majlis persaraan puan pada hari ini menjadi
memori indah dalam kenangan.

Beli cendawan di Pekan Ara

Mari diisi kelapa di tangan

Meski puan akan bersara

Kami di SMKS dilupa jangan.

Bagi pihak majlis, kami mengucapkan Selamat Bersara buat Yang


Diraikan Pn Hjh Aini.
17

Penutup Dengan itu,maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekalung
penghargaan yang tidak terhingga diucapkan sekali lagi kepada
Yang Diraikan Pn Hjh Aini bt Abdul Karim dan semua para tetamu
jemputan atas kesudian untuk meluangkan masa menghadiri majlis
kita pada hari ini. Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf
andai ada salah silap sepanjang masa mengacarakan majlis ini.

Sebelum menutup tirai majlis, dengan segala hormatnya majlis


menjemput tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan
ringan di Bilik Gerakan sekolah, dipersilakan.

Salam hormat dari kami, Wabillahi Taufiq Walhidayah


Assalamu’alaikum Warahmutallahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai