Anda di halaman 1dari 2

GAYA HIDUP SIHAT

- CONTOH KARANGAN -

Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat :

Kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat merupakan kehidupan impian semua orang.Untuk mencapai impian tersebut,pengamalan gaya hidup sihat
merupakan langkah yang wajar dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat.Rakyat negara ini harus sedar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat supaya
dapat menjalani kehidupan yang selamat dan sihat.

Antara cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan yang seimbang.Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid
makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.Makanan seperti nasi dan bijirin yang mengandungi kaborhidrat harus diambil dalam kuantiti yang banyak dan
diutamakan kerana kaborhidrat dapat membekalkan tenaga untuk membolehkan kita menjalani pelbagai urusan kehidupan seharian.Pengambilan sayur dan
buah-buahan yang banyak amat penting bagi membekalkan vitamin dan serat yang cukup kepada tubuh badan.Makanan yang mengandungi lemak,minyak,garam dan
gula yang tinggi harus dielakkan.Hal ini demikian,makanan yang tidak sihat ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes,darah tinggi,obesiti dan
serangan jantung.Oleh itu,makanan yang seimbang dan sihat harus diutamakan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan sihat.

Seterusnya,melakukan aktiviti senaman dan beriadah ialah merupakan salah satu cara mengamalkan gaya hidup sihat.Pengambilan makanan seimbang yang
disertai dengan amalan bersenam dan beriadah secara konsisten dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya mengurangkan masalah peningkatan berat
badan.Aktiviti senaman dan beriadah boleh dilakukan sebanyak tiga kali seminggu bersama-sama keluarga dan rakan.Memang tidak dinafikan bahawa badan yang
cergas dapat membina minda yang cerdas.Oleh itu,kita haruslah memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah
seperti berjalan,berlari dan bermain yang dapat mengeluarkan peluh.Amalan senaman dan beriadah mampu melancarkan aliran darah,menguatkan urat saraf dan
otot-otot badan serta peluh yang dapat menjamin kualiti kesihatan seseorang.

Selain itu,corak kehidupan yang sihat juga dapat membantu seseorang individu untuk hidup sihat tanpa sebarang penyakit.Bagi menjamin kesejahteraan hidup,kita
haruslah menghindarkan diri dari segala perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan diri seperti amalan merokok,pengambilan minuman keras,penagihan dadah dan
pergaulan bebas.Amalan negatif sebegini boleh mendedahkan diri kita kepada penyakit seperti kanser,AIDS dan sakit jantung.Pada masa yang sama,rehat dan tidur
yang cukup juga penting untuk menjaga kesihatan diri.Seseorang individu yang tidak mempunyai rehat dan tidur yang cukup akan cepat berasa letih dan mudah jatuh
sakit.Sudah terang lagikan bersuluh,kita harus mengekalkan kualiti kesihatan kita bagi menjamin kehidupan sihat selaras dengan peribahasa " mencegah adalah lebih
baik daripada merawat ".

Di samping itu,pengamalan gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan stres.Stres atau tekanan perasaan merupakan gejala negatif yang semakin menular
dalam kalangan masyarakat.Sesorang individu yang mengalami stres perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut dan terganggu
sehinggan menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian.Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani stres ialah meminta pendapat kaunselor,berkongsi
masalah dengan keluarga atau rakan dan mendekatkan diri dengan Tuhan.Stres yang dapt diuruskan dengan baik membolehkan kita hidup bahagia dan sihat.

Bagi menjamin kesihatan diri kita terjamin,kita hendaklah berjumpa dengan doktor di hospital dan klinik secara berkala,iaitu sekurang-kurangnya lima kali setahun
bagi membolehkan penyakit yang tidak menunjukkan sindrom dapat dikesan lebih awal.Sebagai contohnya,penyakit berbahaya seperti kanser yang kita sedia maklum
bahawa sukar diubati jika lambat diketahui.Bak kata pepatah " jangan sudah terhantuk baru tengadah ".Oleh itu,dengan pertemuan secara berkala dengan doktor,rawatan
susulan dapat dilakukan supaya kesihatan seseorang indidu terjamin.
Kesimpulannya,jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan yang diimpikan.Sebenarnya,tiada istilah terlambat bagi setiap
orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat.Gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian harus diamalkan bagi melahirkan masyarakat yang bebas penyakit

Anda mungkin juga menyukai