Anda di halaman 1dari 8

Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

SOSIAL DAN BUDAYA


Soalan 16 : Keluarga bahagia merupakan satu daripada cabaran dalam Wawasan
2020. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil untuk membentuk keluarga
bahagia.Huraikan.
Pendahuluan
• Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan membentuk jati diri
yang sempurna.
Langkah yang perlu diambil untuk membentuk keluarga bahagia (Fokus soalan)

1. Menjadikan diri sebagai role model


• Ibu bapa harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-
anak.
• Seorang bapa perlu berinteraksi denga sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan
anak-anaknya.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
• Pengetahuan keibubapaan penting agar ibu bapa dapat belajar untuk saling
menghormati antara satu sama lain
• Ibu bapa akan lebih memahami tanggungjawab masing-masing dan akan saling
melengkapi jika terdapat kekurangan dalam diri mereka bagi mewujudkan keluarga
yang sempurna.
3. Memberikan kasih sayang
• Kesibukan bekerja menyebabkan ruang untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak-
anak menjadi terhad.
• Ibu bapa perlu menggunakan segala ruang waktu yang ada untuk mendekati anak-
anak.
4. Memberikan didikan agama dan moral
• Pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang
tinggi di kalangan generasi muda.
• Jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu
bapa,sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
5. Memantau kegiatan anak-anak
• Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak.
• Hal ini untuk memastikan mereka tidak terjebak dalam kancah negatif.
Kesimpulan
• Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan melahirkan generasi yang sihat dan
aman.
• Hal ini sangat penting dalam memupuk keluarga yang bahagia dan seterusnya dapat
melahirkan masyarakat dan negara maju.

1
Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

Soalan 17 : Bagi memastikan golongan kelainan upaya menjalani kehidupan harian


seperti rakyat biasa,pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan.
Pendahuluan
• Golongan orang kelainan upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat.
• Oleh itu,mereka hendaklah diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti
anggota masyarakat yang lain.
Usaha pihak kerajaan membantu golongan kelainan upaya menjalani kehidupan
harian seperti rakyat biasa (Fokus soalan)

1. Meningkatkan kesedaran dan keyakinan golongan OKU


• Mewujudkan program pemulihan bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.
• Sebagai contoh,Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang menggalakkan
orang ramai untuk membantu golongan OKU dari segi pemberian latihan dan
kemahiran untuk bekerja.
2. Menyediakan kemudahan khusus
• Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU.
• Misalnya,penyediaan tempat duduk khas untuk golongan OKU dalam pengangkutan
awam seperti bas ekspress dan kad diskaun tambang sebanyak 25 % kepada
golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan bas ekspress.
3. Membuka peluang pekerjaan
• Pihak kerajaan mewujudkan bengkel pekerjaan untuk membantu golongan OKU
bagi menggalakkan mereka bekerja dan berdikari.
• Sebagai contoh,Bengkel Daya Sungai Petani dan Bengkel Daya Klang.
• Bengkel ini menawarkan pekerjaan dalam bidang bakeri,dobi,nurseri dan jahitan.
4. Memberikan insentif
• Mewujudkan pelbagai skim bagi membantu menempatkan golongan OKU dalam
pekerjaan.
• Menyediakan elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM 350 sebulan.
• Menggalakkan golongan OKU untuk bekerja dan berdikari
5. Menyediakan perkhidmatan sokongan
• Pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti program khidmat bantu
di rumah.
• Program ini menyediakan perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh
sukarelawan kepada warga emas dan OKU di rumah
• Antara perkhidmatan yang diberikan adalah seperti pembersihan diri,menjadi rakan
berbual,membawa ke hospital dan menyediakan makanan serta minuman.
Kesimpulan
• Pihak kerajaan telah berusaha agar kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan
penuh golongan OKU dalam masyarakat dilaksanakan.
• Walau bagaimanapun,usaha tersebut memerlukan kerjasama yang bersepadu
daripada semua pihak.

2
Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

Soalan 18 : Kebanjiran warga asing di negara ini telah meningkatkan pelbagai kes
jenayah dan hal ini memberi kesan kepada negara.Bincangkan.
Pendahuluan
• Sejak akhir-akhir ini banyak kes yang berlaku di negara kita dikaitkan dengan
kebanjiran warga asing.
Punca kebanjiran warga asing (Fokus soalan)

1. Faktor desakan hidup.


• Kebanyakan warga asing yang datang ke negara kita berasal dari keluarga yang susah.
• Jika mereka tidak mendapat pekerjaan atau diberhentikan kerja oleh majikan,atas
desakan dan kesempitan hidup mereka sanggup melakukan jenayah untuk meneruskan
hidup mereka.
2. Faktor kelemahan penguatkuasaan undang-undang
• Kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu
faktor peningkatan kes jenayah warga asing.
• Tapisan yang tidak ketat menyebabkan penjenayah-penjenayah dari negara luar mudah
memasuki ke negara kita atas alasan mencari kerja.
3. Faktor sikap
• Warga asing sanggup menyalahgunakan pas lawatan untuk menjadi pelacur kerana
pendapatannya lumayan.
• Kebanyakkan pelacur-pelacur warga asing ini datang dari negara Thailand,Indonesia
dan Filipina.
Kesan peningkatan kes jenayah warga asing kepada negara (Fokus Soalan)

4. Mencemarkan imej negara


• Peningkatan kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing di negara kita akan
menjejaskan imej negara.
• Hal tersebut akan menjejaskan kedatangan pelancong asing dan juga pelaburan asing
akan berkurang.
5. Mengancam keselamatan negara
• Peningkatan kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing akan memberi ancaman
kepada keselamatan negara.
• Rakyat tempatan berasa tidak selamat dan selesa dengan kebanjiran warga asing di
kawasan mereka.
Kesimpulan
• Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jenayah
yang dilakukan oleh warga asing.

3
Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

Soalan 19 : Banyak masalah yang wujud dalam industri air terutamanya di bandar.
Jelaskan.
Pendahuluan
• Air dan sanitasi dilihat sebagai dua cabaran utama untuk kesinambungan hidup
penempatan manusia di bandar sehingga ada pakar yang berkata bandar menjadi porak
peranda jika tidak ada bekalan air minuman yang baik kualitinya.
Masalah yang wujud dalam industri air di bandar (Fokus soalan)

1. Tekanan air rendah


• Permintaan air yang semakin meningkat di dalam kawasan bandar menyebabkan
tekanan air semakin rendah.
• Kesulitan akan dialami oleh penduduk terutama rumah flat.
2. Pencemaran air
• Pencemaran air ini berlaku disebabkan kadar pencemaran tinggi yang dilepaskan oleh
semua peringkat masyarakat dan industri ke dalam sungai.
• Hasil buangan sisa toksik oleh kilang dan domestik oleh masyarakat akan menjejaskan
kualiti air minuman berikutan sumber air iaitu sungai telah tercemar.
3. Paip air yang using
• Bandar-bandar lama masih mempunyai sistem perpaipan yang sudah usang.
• Keadaan semakin mencabar apabila operator air terpaksa menyelenggarakan paip-paip
yang sudah usang ini.
• Proses penyelenggaraan ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berlaku kerana
operator air terpaksa menutup paip air.
4. Kekurangan bekalan air
• Kemusnahan tadahan air hujan akibat aktiviti pembalakan menyebabkan takungan
kekeringan dan air sungai tercemar akibat daripada sisa tinggalan balak.
• Sumber air yang kering dan tercemar menyebabkan agak sukar untuk menyalurkan air
yang bersih dalam kuantiti yang cukup kepada pengguna
5. Permintaan yang tinggi
• Penduduk yang tinggal di bandar semakin meningkat menyebabkan permintaan tinggi
untuk kegunaan domestik dan bukan domestik.
• Permintaan yang tinggi menyebabkan kos air terawat menjadi mahal berikutan kos
membawa air terawat dari lokasi yang jauh ke kawasan permintaan yang tinggi adalah
sangat mahal.
Kesimpulan
• Air merupakan keperluan manusia yang utama.
• Semua pihak hendaklah menjaga kualiti air sungai supaya bekalan air minuman kita
berkualiti.

4
Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

Soalan 20 : Dasar Sosial Negara berhasrat untuk melahirkan anggota masyarakat yang
berupaya mengembang potensi diri dalam persekitaran yang sihat.Jelaskan
bagaimana rakyat dapat merealisasikan hasrat tersebut.
Pendahuluan
• Setiap anggota masyarakat mempunyai potensi diri masing-masing.
• Terdapat pelbagai cara rakyat dapat merealisasikan hasrat dasar negara untuk
melahirkan anggota masyarakat yang berupaya mengembang potensi diri dalam
persekitaran yang sihat.
Langkah rakyat mengembangkan potensi diri dalam persekitaran yang sihat (Fokus
soalan)

1. Meningkatkan ilmu pengetahuan


• Dengan meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dapat menguasai banyak perkara.
• Melalui ilmu pengetahuan juga rakyat dapat bersaing secara sihat untuk berjaya dengan
lebih cemerlang di mana sahaja mereka berada.
2. Mengamalkan nilai murni
• Nilai murni yang diamalkan dapat membentuk rakyat yang lebih bersahsiah dan mulia.
• Rakyat mampu membezakan perbuatan yang baik dan buruk serta melihat kesan amalan
tersebut.
3. Melalui aktiviti sukan
• Rakyat yang mempunyai kelebihan dalam bidang ssukan dapat mengembang potensi
diri dalam acara sukan yang diminati.
• Hal ini akan membantu negara melonjak nama negara melalui sukan.
4. Menjadi pemimpin pasukan yang baik
• Bermula dengan memimpin satu pasukan yang kecil seseorang dapat mengembang
potensi diri untuk menjadi pemimpin.
• Dalam hal ini seseorang itu akan berusaha untuk melengkapkan diri dengan nilai-nilai
kepimpinan yang baik.
5. Menjadi sumber tenaga kerja yang produktif
• Rakyat juga berpotensi sebagai anggota penjawat awam atau tenaga kerja yang mahir
dalam bidang tertentu
• Dengan adanya kemahiran tertentu dapat meningkatkan lagi pengeluaran atau kejayaan
sektor pekerjaan masing-masing.
Kesimpulan
• Sememangnya menjadi hasrat negara untuk melihat rakyat mengembang potensi dengan
cara yang sihat demi kesejahteraan bersama

5
Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

Soalan 21 : Jenayah dalam kalangan remaja semakin meningkat.Pengaruh rakan


sebaya bukan punca utama peningkatan jenayah ini.Bincangkan.
Pendahuluan
• Gejala jenayah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
• Golongan remaja telah didapati mula terlibat melakukan jenayah ini secara berleluasa.
Punca utama peningkatan jenayah dalam kalangan remaja (Fokus soalan)

1. Pengaruh rakan sebaya


• Kebiasaannya golongan remaja lebih mendengar pendapat rakan sebaya berbanding
nasihat orang tua.
• Mereka akan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk melakukan jenayah
dengan anggapan untuk berseronok tanpa memikirkan akibat buruk yang menimpa
mereka.
2. Kelemahan individu
• Individu remaja juga mempunyai kelemahan masing-masing
• Ramai dalam kalangan mereka tidak dapat membezakan perbuatan baik dan buruk
serta tidak mampu memberi nasihat kepada rakan-rakan.
3. Masalah keluarga
• Remaja yang melakukan jenayah kebanyakkannya datang daripada anak-anak yang
kurang kasih sayang keluarga dan mempunyai masalah keluarga.
• Mereka dibiar tanpa perhatian ahli keluarga dan sanggup untuk memilih jalan hidup
sendiri jika kedua ibu bapa sudah berpisah.
4. Media sosial
• Limpah siaran berunsur negatif dalam media sosial telah menyebabkan remaja mudah
mengambil contoh-contoh yang tidak sihat.
• Pengaruh ini telah menular setiap masa kerana remaja hari ini sukar dipisahkan
dengan media sosial.
5. Tekanan sekolah
• Remaja juga terlibat dalam kes disiplin sekolah kerana melanggar peraturan sekolah.
• Hal ini akan menjadi tekanan kepada mereka sehingga berani melakukan jenayah ke
atas guru disiplin mereka di luar sekolah sebagai tindakan membalas dendam.
Kesimpulan
• Semua pihak hendaklah bekerjasama membendung gejala ini.
• Pendekatan yang bijaksana harus digunakan untuk mendekati golongan remaja ini.

6
Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

Soalan 22 : Pelbagai usaha dilakukan untuk mengupayakan Pendidikan Teknikal


dan Latihan Vokasional (TVET) sejajar dengan perkembangan semasa.Huraikan.
Pendahuluan
• Pendidikan TVET semakin diperlukan untuk menuju ke arah negara maju dan
sejahtera.
• TVET juga diharapkan untuk menjadi pembekal guna tenaga mahir kepada negara.
• Oleh itu terdapat pelbagai usaha untuk memajukan TVET.
Usaha meningkatkan keupayaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET) (Fokus soalan)

1. Meningkatkan kemahiran dan latihan tenaga pengajar


• Kemahiran tenaga pengajar TVET perlu ditingkatkan lagi melalui latihan di dalam dan
luar negara terutama dalam bahagian sektor pekerjaan sebenar.
• Tenaga pengajar yang mahir dalam menjalankan latihan di dalam industri tempatan
dan luar negara akan mampu mendidik pelajar untuk mendapat gambaran sebenar
tentang TVET
2. Menstrukturkan kurikulum
• Kurikulum TVET juga perlu dikaji semula dan diperhalusi dengan menambahbaik
elemen tertentu agar seimbang dan menarik sesuai dengan pasaran pekerjaan
• Sebagai contoh,kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dalam pelbagai bahasa.
3. Memantapkan sistem penilaian
• Sistem penilaian perlu dimantapkan lagi ke atas mata pelajaran teknik dan vokasional.
• Misalnya,penilaian hasil kerja individu dan kumpulan perlu diambil kira bukan hanya
bergantung kepada teori semata-mata.
4. Mengambil pelajar baru berkualiti
• Pelajar baru yang lebih berkualiti,serius dan berkeyakinan diutamakan.
• Proses pengambilan pelajar harus diperketatkan agar hanya memilih pelajar-pelajar
yang serius untuk mempertingkatkan kebolehan diri.
• Pengambilan mereka ini akan dapat mempengaruhi prestasi keseluruhan.
5. Menambah peruntukan dan biasiswa
• Pihak kerajaan perlu menambah peruntukan untuk membiayai TVET agar TVET
dapat menyediakan prasarana yang lengkap dan sesuai dengan perkembangan terkini
bagi menarik pelajar-pelajar baharu.
• Penambahan pemberian biasiswa juga mampu menarik minat lebih ramai pelajar
untuk menceburi bidang ini.
Kesimpulan
• Semua pihak perlu berganding bahu untuk meletakkan TVET setanding dengan negara
luar.

7
Pengajian Am 900/2 Sosial dan Budaya Local Publication

Soalan 23 : Semangat kesukanan para pemain sahaja tidak memadai untuk


meningkatkan mutu sukan negara.Bincangkan.
Pendahuluan
• Semangat kesukanan memang perlu ada pada setiap pemain.
• Akan tetapi aspek-aspek yang lain juga diperlukan untuk meningkatkan mutu sukan.
Langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara adalah dengan memberi
penekanan kepada (Fokus soalan)

1. Semangat kesukanan
• Semangat kesukanan perlu ada pada setiap pemain
• Pemain akan menjadi lebih bersemangat,tidak putus asa dan menghormati keputusan
pengadil dalam setiap pertandingan.
2. Kesihatan
• Kesihatan amat penting untuk menjamin mereka boleh bermain dengan baik.
• Jika tidak sihat mereka tidak mampu untuk berlatih dan hal ini akan memberi
kemenangan kepada pihak lawan.
• Sebagai contoh,pemain bola sepak yang tidak mempunyai tahap kecergasan yang baik
mungkin tidak boleh bersaing dengan pemain yang cergas dari segi kepantasan
3. Ilmu dan teknik kemahiran
• Tanpa ilmu dan teknik kemahiran seseorang pemain akan menggunakan cara yang
salah.
• Setiap permainan mempunyai tatacara dan teknik tertentu.
• Pengambilan jurulatih yang mahir dalam sukan dikuasai dapat meningkatkan
kemampuan seseorang atlet.
4. Galakan kerajaan
• Kerajaan perlu memberi galakan kepada semua pemain
• Setiap pasukan yang menang perlu diberi hadiah galakan dan insentif.
• Pemberian ini akan memberi motivasi kepada pemain untuk menang.
5. Sambutan penyokong
• Sokongan penyokong perlu untuk menguatkan semangat kesukanan dalam mana-mana
pertandingan.
• Sambutan penyokong yang hambar akan mematahkan semangat pemain.
Kesimpulan
• Semua pihak-pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha untuk memajukan sukan
negara
• Semangat kesukanan sahaja belum memadai.