Anda di halaman 1dari 1

Hari Kemerdekaan

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Seluruh penduduk Malaysia menyambutnya dengan penuh
semangat. Jalur gemilang dikibarkan di mana-mana sahaja. Ada yang diletakkan di kawasan sekolah,
rumah dan juga yang di lekatkan di kereta.

Ani dan keluarganya juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan pada
tahun ini. Pada tanggal 31 Ogos, mereka sekeluarga berkumpul di Dataran Merdeka. Tepat jam12.00
tengah malam, semua rakyat Malaysia melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali. Ani juga melaungkan
“MERDEKA” dengan penuh bersemangat.

Dia berasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Dalam hatinya, dia berjanji untuk menjadi
seorang rakyat Malaysia yang berguna. Dia akan sentiasa menjaga nama baik negara Malaysia walau di
mana pun dia berada.

Anda mungkin juga menyukai