Anda di halaman 1dari 2

SJK TAMIL LADANG SEREMBAN

KERTAS KONSEP
Program “ Jom Ke Sekolah”
Peringkat Sekolah 2019

1.0 Pendahuluan
Program ”Jom ke Sekolah” merupakan program yang julung kali diadakan secara rasmi
di SJK TAMIL LADANG SEREMBAN secara berterusan, yang mana program ini akan
berjalan sepanjang tahun. Antara masalah utama yang mengekang kemajuan
pencapaian akademik dan keberkesanan P&P di sekolah ini adalah masalah ketidak
hadiran murid ke sekolah, masalah ponteng sekolah. Menyedari hakikat ini, maka pihak
pentadbir sekolah telah merangka dan merancang program ini sebagai salah satu cara
untuk mengatasi masalah ini. Matlamat utama program ini adalah untuk
menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah dan mengelakkan gejala ponteng
sekolah dengan memberikan insentif berbentuk hadiah kepada para murid yang
mempunyai peratus kehadiran 100% pada setiap bulan. Program ini akan berjalan
sepanjang tahun dan melibatkan semua murid SJK Tamil Ladang Seremban. Diharap
dengan berjalannya program ini, para murid SJK Tamil Ladang Seremban akan
lebih bermotivasi untuk hadir ke sekolah seterusnya menjayakan proses
P&P dan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik sekolah dalam
penilaian peperiksaan sejajar dengan objektif sekolah, iaitu mempertingkatkan
pencapaian kelulusan murid-murid sama ada untuk peperiksaan dalaman atau
peperiksaan awam.

2.0 Objektif
2.1 Meningkatkan peratusan kehadiran murid-murid ke sekolah di SJK Tamil
Ladang Seremban.
2.2 Mengurangkan gejala ponteng sekolah dan meningkatkan motivasi pelajar
untuk hadir ke sekolah.

3.0 Sasaran
Semua murid SJK Tamil Ladang Seremban.

4.0 Tempat
Tapak perhimpunan SJK Tamil Ladang Seremban.

5.0 Tarikh Pelaksanaan


Tarikh : 11.02.2019
Hari : Isnin
Masa : 7.00 pagi hingga 8.00 pagi
6.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : En.Ravi Peruman PJK
Guru Besar
Pengerusi : En.Subramaniam
Penolong Kanan HEM
Penyelaras Program : Pn.S.Elandevi (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari : Pn.Mareyayee
AJK : Semua guru SJK Tamil Ladang Seremban.

7.0 Anggaran Perbelanjaan Kewangan


Rujuk Lampiran 1

10.0 Penutup
Secara keseluruhannya, diharapkan agar program ini akan terus berjalan
dengan lancar dan murid akan memberikan respon yang menggalakkan.
Objektif program untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah juga
diharap akan tercapai agar para murid dapat bersama menjayakan proses P&P,
seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka, khususnya dalam
peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. …………………………….
(ELANDEVI A/P SAMPAT) (EN.SUBRAMANIAM)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING GURU PENOLONG KANAN HEM

Disahkan oleh,

…………………………………

Anda mungkin juga menyukai