Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL.

1. Devi penganut agama Hindu. Dia bersembahyang di ___________.


A. kuil
B. masjid
C. gereja
D. tokong

2. Makan beralaskan daun pisang adalah kebiasaan kaum ini.Makanan yang


biasa dimakan adalah tose,capati, dan dalca.Pernyataan ini merujuk kepada
kaum __________.
A. Melayu
B. India
C. Iban
D. Kadazan

3. Rakan-rakan yang baik akan saling _______________ antara satu sama lain.
A. mendengki
B. bekerjasama
C. bergaduh
D. membenci

4. Rakan sekelas anda sedang kesakitan. Anda patut______________


A. membiarkannya
B. memberitahu guru
C. mengusiknya
D. memerhatikannya
5. Antara berikut merupakan tanggungjawab kepada sekolah, KECUALI
I-menjaga nama baik sekolah
II-menghormati guru dan rakan
III-mengganggu rakan-rakan
IV- menyusahkan guru disiplin dengan masalah disiplin
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Kamu ternampak dua orang murid sedang bertengkar di kantin sekolah.


Tindakan yang akan kamu lakukan ialah _____________.
A. mendiamkan diri.
B. masuk campur.
C. melaporkan kepada guru yang bertugas.
D. memerhatikan mereka bertengkar.

7. Kumari terpecahkan pasu bunga kesayangan ibunya. Apakah yang patut


dia lakukan?
A. Mendiamkan diri.
B. Cepat-cepat bersembunyi.
C. Memberitahu ibunya perkara sebenar dan meminta maaf.
D. Mengganti pasu bunga yang pecah dengan pasu yang baru.

8. Bagaimanakah caranya kita mengeratkan hubungan dengan jiran


tetangga?

A. Membantu mereka jika mereka ditimpa kesusahan.


B. Berpura-pura tidak mengenali mereka.
C. Tidak memperdulikan mereka.
D. Meminta nombor telefon bimbitnya
9. Nilai murni yang ada pada diri Ah Chong ialah _____________.
A. berani
B. jujur
C. rajin
D. berhemah tinggi

10. Sebagai anak,kita mestilah taat,hormat,dan bersopan terhadap anggota


keluarga kita untuk mewujudkan______________ .
A. kemesraan
B. keberanian
C. kejayaan
D. kesenangan

11. Apabila kita melakukan sendiri kerja-kerja harian tanpa meminta bantuan
keluarga kita, itu menandakan bahawa kita mengamalkan nilai____________ .
A. kasih sayang terhadap keluarga
B. terima kasih
C. kejujuran
D. baik hati
12. Orang yang ____________ ialah orang yang beradap sopan dan berbudi
pekerti mulia dengan semua orang.
A. rajin
B. cerdik
C. berpangkat
D. berhemah tinggi

13. Munirah menolong ibunya mengemas rumah. Dia tidak meminta sebarang
upah dari ibunya. Munirah seorang anak yang__________ .
A. suka menunjuk-nunjuk
B. sederhana
C. ikhlas
D. pandai

14. Manusia yang ikhlas akan_______________ oleh masyarakat.


A. dipermainkan
B. disanjung
C. dibenci
D. dihina

15. Bilik tidur perlu dikemas supaya _________ dan ceria.


A. cuci
B. kotor
C. bersih
D. berhabuk

16. Xin Yi tinggal seorang diri di rumah. Dia perlu __________________.


A. membuka pintu rumahnya.
B. mengunci pintu rumahnya.
C. merapatkan sahaja pintu rumahnya.
D. bermain-main di depan pintu.
17. Kamu sekeluarga berkelah di tepi tasik. Sebelum pulang, ibu meminta kamu
mengutip semua sampah. Apakah tindakan kamu?

A. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tasik.


B. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tong sampah.
C. Mengutip sampah dan meninggalkan longgokan sampah di bawah pokok.
D. Mengutip sampah dan membiarkannya di tempah berkelah.

18. Apakah maksud vandalism?


A. Perbuatan merosakkan harta benda dan kemudahan awam.
B. Perbuatan membaiki kemudahan awam.
C. Perbuatan menjaga kemudahan awam.
D. Membersih dan mencuci kemudahan awam

19. Lampu jalan berhampiran dengan rumah kamu tumbang. Kamu sepatutnya
A. memberitahu ayah agar dia dapat melaporkan perkara itu kepada pihak
berkuasa.
B. mengajak rakan-rakan mengubah kedudukan lampu tersebut.
C. bermain di atas tiang lampu tersebut.
D. ambil tiang kemudian jual untuk mendapatkan wang saku

20. Berikut adalah kegunaan sungai kepada manusia,KECUALI


A. sebagai air minuman
B. tempat membuang sampah sampah sarap
C. sebagai sumber kegunaan harian seperti untuk mandi dan lain-lain.
D. tempat memancing ikan
BAHAGIAN B
(10 MARKAH)

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan tandakan (x) pada pernyataan
yang salah.(10 markah)

1. Adik boleh memukul abang atau kakak jika tidak berpuas hati
dengan mereka.

2. Kita dibenarkan mentertawakan cara penganut agama lain


beribadat.

3. Jika kita bersalah terhadap anggota keluarga, kita haruslah


meminta maaf.

4. Anak-anak perlu diajar untuk berdikari sejak dari kecil lagi.

5. Atan menutup telinganya apabila ibunya sedang


menasihatinya.

6. Kempen Penjimatan Air dan Elektrik akan berjaya jika


mendapat sokongan masyarakat sepenuhnya.

7. Kempen Antirokok bertujuan untuk menggalakkan


masyarakat merokok.

8. Lim mentertawakan Daniel yang terjatuh dari basikal.

9. Kerosakan peralatan di taman permainan membahayakan


kanak-kanak yang menggunakannya.

10. Lorentosa rajin belajar kerana dia tahu hanya orang-orang


yang rajin berusaha akan berjaya.
BAHAGIAN C
(10 MARKAH)

Garis jawapan yang betul.

1. Orang yang (berdikari, berani) tidak mengharapkan bantuan orang lain.

2. Jangan memanggil kawan kita dengan panggilan yang (baik , buruk) dan

yang dibencinya.

3. Murid yang sering meminta pertolongan orang lain ialah murid yang tidak

mempunyai sikap (sombong , berdikari ).

4. Pembakaran sampah secara terbuka akan menyebabkan pencemaran

(udara, air).

5. Kita hendaklah menggunakan ( basikal , jejantas ) ketika melintas jalan raya.

6. Patuhilah peraturan dan undang-undang jalan raya untuk mengelakkan

(keletihan,kemalangan).

7. Kita digalakkan menanam pokok bunga di ( halaman , belakang ) rumah

agar persekitaran menjadi lebih indah.

8. Pada bendera negeri Pulau Pinang terdapat gambar pokok (durian,

Pinang).

9. Hutan simpan adalah hutan yang dijaga dan pokoknya (tidak boleh ,boleh)

ditebang.

10. Kita perlu makan makanan yang (manis, berkhasiat) untuk kekal sihat.
BAHAGIAN D
(10 MARKAH)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

menyusahkan menghormati berdoa menolak

mengunci belajar didermakan

berkawanlah rajin membahayakan

1. Rumah kawan Samy terbakar,Samy mengeluarkan duit tabungnya untuk


____________________kepada kawannya itu.

2. Rama rajin ke kelas tuisyen kerana dia tahu jika dia___________________,


dia akan berjaya dalam peperiksaan.

3. Kita mestilah___________________orang yang lebih tua daripada kita.

4. Raju dan Ah Meng mengajak Amin memancing di sungai. Amin


________________ pelawaan mereka dengan baik.

5. Berlumba basikal di jalan raya dilarang kerana perbuatan tersebut akan


_______________________diri.

6. Jasa guru terlalu banyak terhadap kita,oleh itu kita perlu membalas
jasanya dengan_________________________bersungguh-sungguh.

7. Pei Shi mencuci kasut dan bajunya sendiri kerana dia tidak mahu
________________ keluarganya.
8. __________________dengan semua orang sama ada mereka miskin atau
kaya.

9. Kita harus bersembahyang dan ________________untuk meminta


pertolongan daripada Tuhan.

10. Aisyah________________pintu rumahnya ketika ibu dan ayahnya tiada di


rumah.

-------------------------------KERTAS SOALAN TAMAT-----------------------------------

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,


___________________ ______________________
(NUR SHAHIRA BINTI ISMAIL) (PN. NORFADLIANA BINTI MOHD NOR)
KETUA PANITIA MORAL GPK 1

Anda mungkin juga menyukai