Anda di halaman 1dari 3

Skema Hadis Tg 5 2016

HADIS: ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH

2 i. Maksud wali Allah SWT [2x1m=2m]


-Manusia biasa yang beriman, bertaqwa,beristiqamah melaksanakan
perintah Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya secara zahir
dan batin
ii. Bentuk ancaman Allah SWT terhadap orang yang memusuhi waliNya [1x2m=2m]
- Allah S.W.T akan memerangi orang yang memusuhi para
waliNya/ menurunkan bala/ bencana

iii. Tujuan Allah SWT memberi ancaman memerangi orang yang [1x2m=2m]
memusuhi waliNya.
- Untuk menjaga maruah agama Islam
- Untuk memelihara kemuliaan dan kemurnian agama Islam
- Supaya golongan tertentu tidak mudah mempermainkan dan
memperkotak-katikkan agama Islam
3 i. Jenis-jenis amalan tersebut. [2 x1m= 2m]
- Amalan fardhu
- Amalan sunat

ii. Dua kelebihan orang yang sentiasa melakukan amalan tersebut. [2 x2m= 4m]
- Mendapat keredhaan Allah/ dirahmati/ diberkati
- Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
- Dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
- Jiwa sentiasa berada dalam keadaan tenteram
iii. Dua pengajaran hadis. [2 x 2m=4m]
- Orang mukmin wajiblah melakukan ibadah fardu dengan penuh
ketaatan supaya ibadah diterima.
- Kita hendaklah berusaha menambahkan ilmu pengetahuan agar
dikasihi Allah SWT.
- Kita hendaklah banyak beribadah kerana Allah mengasihi
hambanya yang memelihara ibadah wajib.
- Kita hendaklah sentiasa solat sunat kerana Allah mengasihi
hambanya yang melakukan ibadah sunat.
4 i. Maksud “An-Nawafil”
- Amalan-amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT [1x2m=2m]

ii. Dua kelebihan mengamalkan amalan nawafil dalam kehidupan seorang [2 x2m= 4m]
Skema Hadis Tg 5 2016

pelajar.
- Sentiasa disayangi oleh Allah S.W.T
- Hidupnya diberkati oleh Allah
- Terpelihara daripada melakukan maksiat seperti zina
- Doanya sentiasa dimakbulkan Allah S.W.T
- Diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda
- Sentiasa merasa nikmat beribadah
iii. Dua contoh ibadah nawafil [2 x1m= 2m]
- Solat sunat
- Puasa sunat
- Membaca Al Quran
- Sentiasa berdoa
- Qiamulail
- Berzikir
- Bersedekah
5 i. Dua contoh amalan wajib [2 x1m= 2m]
- Menunaikan solat
- Berpuasa dibulan Ramadan
- Menunaikan haji
- Mengeluarkan zakat
ii. Dua contoh amalan sunat yang dapat menghubungkan sesama [2 x 1m=2m]
manusia.
- Menjaga silaturrahim
- Nasihat menasihati satu sama lain
- Ziarah menziarahi
- Berbudi bahasa dalam bermuamalat
iii. Dua kelebihan bagi orang yang melakukan amalan sunat. [2 x 2m=4m]
- Sentiasa disayangi oleh Allah S.W.T
- Hidupnya diberkati oleh Allah
- Terpelihara daripada melakukan maksiat seperti zina
- Doanya sentiasa dimakbulkan Allah S.W.T
- Diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda
- Sentiasa merasa nikmat beribadah

iv. Melakukan amalan nawafil akan menjadikan kita seorang yang [4 markah]
sentiasa bersyukur (1m) kerana diberi nikmat kesihatan dan
pancaindera yang sempurna (1m). Jika ibadat nawafil dilakukan
berterusan doa mudah dimakbulkan dan penghidupan menjadi lebih
sempurna(1m). Oleh yang demikian sebagai umat Islam kita perlulah
istiqamah melakukan ibadat nawafil bagi menampung ibadat
wajib.(1m)
Skema Hadis Tg 5 2016