Anda di halaman 1dari 1

Peranan Pengurusan Sekolah dalam tindakan susulan dalam Program Pendidikan

Pemulihan

i.Memastikan Jawatankuasa Pemulihan Khas sekolah ditubuhkan dan mempengerusikan


Jawatankuasa Program Pemulihan Khas.

ii.Mengenalpasti dan mencalonkan guru pemulihan khas yang terdiri daripada guru
terlatih yang mempunyai latihan khusus dalam bidang Pemulihan Khas.

iii.Memastikan Guru Pemulihan Khas dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

iv.Sekiranya tiada guru pemulihan, maka guru besar perlu melantik seorang guru yang
menepati kriteria sebagai guru Pemulihan Khas.

v.Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Guru PemulihanKhas, (seperti melanjutkan


pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji) Guru Besar perlu melantik seorang
guru terlatih dan mengikut prosedur.

vi.Sebarang urusan pertukaran Guru Pemulihan Khas (opsyen/sekolah) mestilah


mendapat persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu.

vii.Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru bermasalah kesihatan, guru bermasalah
disiplin, guru kontrak, guru pool tidak boleh dilantik sebagai GPKhas.

Anda mungkin juga menyukai