Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 3

Pakej pengajaran dan pembelajaran (pdp) menggunakan teknologi dapat menarik


minat murid untuk belajar. Hal ini kerana pakej pdp ini mengandungi kombinasi teks, grafik,
animasi, audio dan video (Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, 2004). Untuk memastikan
keberkesanan pakej pdp ini, instrumen penilaian digunakan. Menurut Lu (2004), nilai sesuatu
maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian bergantung kepada betapa
sempurnanya sesuatu instrumen penilaian tersebut direka bentuk. Dengan adanya instrumen
penilaian ini, kita boleh melihat sejauh mana keberkesanan, kelemahan dan kekuatan pakej
pdp tersebut. Oleh itu, penambahbaikan ke atas pakej pdp boleh dibuat.

Pakej pdp yang dihasilkan akan dinilai melalui empat aspek. Aspek pertama ialah
pengisian dan kandungan. Kedua, pedagogi. Ketiga ialah kualiti media. Aspek keempat ialah
kreativiti pakej. Bukan itu sahaja, saya turut memberikan soalan terbuka untuk dijawab oleh
responden supaya penambahbaikan terhadap pakej pdp yang dihasilkan oleh saya dapat
dibuat. Contoh soalan terbuka ialah nyatakan kelemahan dan kekuatan pakej pdp yang
dihasilkan. Insturmen penilaian pakej pdp saya ini telah dijawab oleh lima orang responden
daripada kelas saya.

Saya telah menggunakan carta palang untuk memudahkan menganalisis setiap aspek
dalam instrumen penilaian. Rajah 1 menunjukkan carta palang bagi aspek pengisian dan
kandungan. Rajah 2 menunjukkan carta palang bagi aspek pedagogi manakala rajah 3
menunjukkan carta palang bagi aspek kualiti media. Rajah 4 pula menunjukkan carta palang
bagi aspek kreativiti pakej.
Rajah 1: Pengisisan/ Kandungan
6

5
Bilangan Responden

0
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5 soalan 6
Soalan

skala 1 skala 2 skala 3 skala 4 skala 5

Berdasarkan rajah 1, saya mendapati bahawa kelima-lima responden memberikan


skala 5 (amat sesuai) kepada pernyataan menepati Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) untuk pendidikan khas (soalan 1). Ini bermaksud pakej pdp yang dihasilkan adalah
mengikut KSSR untuk pendidikan khas. Selain itu, bagi pernyataan fakta dan konsep mudah
difahami (soalan 2) seorang responden memberikan skala 4 (sesuai) dan selebihnya
memberikan skala 5 kepada pernyataan tersebut. Kelima-lima responden memberikan skala
5 kepada pernyataan bermakna untuk murid (soalan 3). Hal ini bermaksud aktiviti pdp yang
diajar melalui pakej pdp ini adalah bermanfaat untuk murid. Seterusnya bagi soalan 4 iaitu
sesuai dengan kebolehan murid, kelima-lima responden memberikan skala 5 kepada
pernyataan tersebut. Pakej pdp yang dihasilkan adalah untuk murid masalah pembelajaran
yang lebam. Kelima-lima responden bersetuju pakej pdp tersebut boleh digunakan oleh murid
yang lebam dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bagi soalan 5. kelima-lima responden
memberikan skala 5 kepada pernyataan isi pengajaran berkaitan dengan pengetahuan sedia
ada murid. Hal ini kerana, murid tersebut telah mengenal haiwan. Pakej pdp yang dihasilkan
adalah untuk mengaitkan haiwan dengan bunyi haiwan tersebut. Akhir sekali, kelima-lima
responden memberikan skala 5 kepada pernyataan dapat menambahkan pengetahuan murid.
Apabila murid menggunakan pakej pdp ini, murid dapat menambahkan pengetahuannya iaitu
mengetahui bunyi haiwan bukan semata-mata mengenal haiwan tersebut sahaja.
Rajah 2: Pedagogi
6

5
Bilangan Responden

0
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5 soalan 6
Bilangan soalan

skala 1 skala 2 skala 3 skala 4 skala 5

Berdasarkan rajah 2, saya mendapati bahawa kelima-lima responden memberikan


skala 5 kepada pedagogi yang digunakan dalam pakej pdp iaitu amat bersesuaian dengan
tahap kognitif murid (soalan 1). Kognitif murid masalah pembelajaran adalah berbeza dengan
murid yang normal. Oleh itu, pedagogi yang sesuai perlu digunakan untuk mengajar murid ini.
Selain tu, kelima-lima responden memberikan skala 5 kepada pernyataan murid dapat
melibatkan diri secara aktif dalam kelas (soalan 2). Dengan adanya pakej pdp ini, setiap murid
mendapat peluang untuk aktif dalam kelas dan bukan hanya menerima pdp sahaja. Tiga orang
responden memberikan skala 3 kepada pernyataan meningkatkan interaksi dengan guru
(soalan 3) manakala dua orang responden lagi memberikan skala 4 kepada pernyataan
tersebut. Ini menunjukkan pakej pdp ini kurang meningkatkan interaksi murid dengan guru.
Hal ini kerana, pakej pdp tersebut lebih berpusatkan murid. Seterusnya, kelima-lima respoden
memberikan skala 5 kepada pernyataan dapat merangsang minda murid untuk memahami
pembelajaran (soalan 4). Hal ini kerana dengan penggunaan media dalam teknologi guru
dapat memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid (Rosenberg,
2001). Bagi pernyataan guru mengaitkan ilmu baharu dengan pengetahuan sedia ada murid,
dua orang responden memberikan skala 4 manakala lagi tiga responden memberikan skala
5. Pakej pdp ini sememangnya mengaitkan pengetahuan sedia ada murid (kenal haiwan)
dengan ilmu baharu iaitu bunyi haiwan. Akhir sekali, kelima-lima responden memberikan skala
5 kepada pernyataan mengikut pembelajaran abad ke-21 (soalan 5). Jadi, penghasilan pakej
pdp ini adalah bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21.
Rajah 3: Kualiti Media
6

5
Bilangan Responden

0
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5 soalan 6
Bilangan soalan

skala 1 skala 2 skala 3 skala 4 skala 5

Berdasarkan rajah 3, saya mendapati bahawa tiga orang responden memberikan


skala 3 kepada pernyataan imej dan tulisan yang digunakan adalah jelas dan mudah difahami
manakala dua orang responden lagi memberikan skala 4 kepada pernyataan tersebut.
Menurut Amdur 2007, pemilihan fon yang jelas, ringkas dan mempunyai ketinggian-x serta
ukuran lebar huruf yang sesuai membantu dalam meningkatkan kebolehbacaan teks. Hal ini
bermaksud, tulisan dan jenis fon yang sesuai mempengaruhi murid-murid untuk membaca
sesuatu teks. Dalam pakej yang dihasilkan, saiz fon kecil yang digunakan. Ini akan
memberikan masalah kepada murid untuk membaca arahan dan membuat aktiviti dalam
pakej pdp tersebut. Kelima-lima responden memberikan skala 5 kepada pernyataan di soalan
2 hinggan soalan 6. Kelima-lima responden bersetuju gambar dan perkataan yang digunakan
dalam pakej pdp mempunyai warna yang menarik, berkesan untuk pengajaran, tahan lama
dan tidak mudah rosak, dapat meningkatkan inkuiri murid dan mempunyai kepelbagaian
bentuk, saiz dan gaya yang menarik. Ini menunjukkan kualiti media yang digunakan dalam
pakej pdp adalah baik.
Rajah 4: Kreativiti Pakej
6

5
Bilangan responden

0
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5 soalan 6
Bilangan soalan

skala 1 skala 2 skala 3 skala 4 skala 5

Berdasarkan rajah 4, saya mendapati bahawa kelima-lima responden memberikan


skala kepada pernyataan dapat menarik minat murid untuk belajar dan merangsang murid
untuk berfikir. Hal ini kerana, media seperti gambar yang digunakan dalam pakej pdp dapat
bertindak sebagai penarik dan perangsang kepada murid untuk belajar. Kelima-lima
responden memberikan skala 3 kepada pernyataan penggunaan bahan konkrit yang sesuai
dalam pdp. Ini menunjukkan responden-responden kurang bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Hal ini kerana pakej pdp ini mengajar bunyi haiwan. Bahan konkrit kurang diperlukan
untuk mengajar bunyi haiwan kepada murid. Selain itu, tiga orang responden memberikan
skala 4 kepada pernyataan warna, saiz huruf dan gambar yang digunakan dapat menarik
perhatian murid manakala dua orang responden memberikan skala 5 kepada pernyataan
tersebut. Akhir sekali, kelima-lima responden memberikan skala 5 kepada pernyataan
mengintegrasikan unsur seni visual dalam pakej. Dalam pakej pdp ini, pelbagai media
digunakan. Antaranya ialah animasi, gambar, video dan audio. Ini menjadikan pakej pdp lebih
menarik. Kelima-lima responden juga memberikan skala 5 kepada pernyataan pakej dapat
dikendalikan dengan mudah dan menarik. Hal ini kerana, di setiap bahagian ada disediakan
arahan yang mudah dan susun atur pakej adalah menarik iaitu mengikut prinsip reka letak
CASPER iaitu C-Contrast, A-Alignmnet, S-Simplicity, P-Proximity, E-Emphasis dan R-
Repitition.
Ringkasnya, pakej pdp yang dibuat oleh saya ini mempunyai kelebihan dan
kekurangannya. Kelebihan pakej yang dibuat ialah menggabungkan pelbagai media. Antara
media yang digunakan ialah gambar, video, audio dan animasi. Gabungan media-media ini
membolehkan murid lebih memahami pdp yang ingin disampaikan oleh guru. Bukan itu
sahaja, murid juga lebih fokus kepada sesi pdp. Antara kekurangan pakej ini yang dinyatakan
oleh responden ialah penggunaan saiz fon kurang sesuai. Penggunaan saiz fon yang kurang
sesuai boleh mendatangkan masalah kepada murid untuk belajar. Hal ini kerana, perkara
tersebut boleh membuatkan fokus mereka terganggu. Oleh itu, penambahbaikan perlu
dilakukan pada pakej pdp ini supaya murid dapat belajar menggunakan pakej pdp ini dengan
lebih baik dan berkesan. Selain itu, pakej pdp yang dihasilkan mestilah kreatif dan
menggabungkan lebih banyak media. Hal ini kerana menurut Chareuman (2005) proses
pembelajaran yang efektif dan efisien hanya dapat dicapai melalui penggunaan kreativiti
media. Jelaslah, penggabungan media dalam pakej pdp dapat membantu sesi pdp menjadi
lebih menarik dan berkesan. Dengan ini, hasrat Falsafah Kebangsaan Negara iaitu untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat
direalisasikan.
Bibliografi

Amdur, D.A. (2007). Typographic Design in The Digital Studio: Design Concepts. Canada:
Thomsan.

Chareuman, A. (2005). Jurnal Pembelajaran Efektif, 9-16.

Lu, J., Yu, C., Liu, C., & Yao, J.E. (2003). Technology acceptance model for wireless
Internet. Internet Research: Electronic Networking Applications and Policy, 13, 206-
22.

Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, (2004). Malaysian Perspective: Designing Interactive
Multimedia Learning Environment for Moral Values Education. Educational
Technology & Society, 7 (4), 143-152.

Noriati A.Rashid, et.al. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor:
Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Rahani Wahid & Ahmad Zamzuri Mohamad Ali. (2011). Adakah Jenis Fon Memberi Kesan
Terhadap Kebolehbacaan Teks Bahasa Melayu Di Laman Web? Jurnal teknologi
pendidikan Malaysia. Jilid 1, Nombor 3.

Rosenberg.J.M. (2001). E-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in The Digital Age.
USA: McGraw-Hill.

Thulasimani Munohsamy. (2014).Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam


Pendidikan. Institut Teknologi Brunei. Jurnal IPA Bil.23.

Zamri Mohammod & Mohamed Amin (editor) (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai