Anda di halaman 1dari 9

Hadith Mushkil Berkaitan “Al-‘Ain Itu Adalah Benar” : Satu Analisa

Nabilah Baqiyah Binti Mohd Sabri (P93603)1


Ummu Karamah Binti Alias (P93611)1
Mahirah Binti Mokhtar (P93607)1
Dr Arif Bin Nazri

1
Pusat Kelestarian Turath Islami, FPI Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Malaysia;

*nabilahbaqiyah@gmail.com

Abstrak

Hadis mengenai “cAin itu benar” merupakan antara hadis yang dikategorikan sebagai
hadis yang menimbulkan keraguan dan pelbagai persoalan dalam masyarakat. Oleh
itu, artikel ini bertujuan menjelaskan dan menganalisa hadith mushkil mengenai „cain
itu benar‟ dengan membincangkan definisi, jalur periwayatan dan lafaz hadis, status
hadis, isu-isu yang terdapat di dalam hadis dan pandangan ulama berkenaan hadis
„cain itu benar‟. Metodologi kajian ini melibatkan kajian tekstual dan analisis
dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa penyakit al-cain ini benar-benar wujud
dan dapat terjadi kepada sesiapa sahaja, termasuklah diri sendiri. Penyakit cain dapat
berlaku sama ada pandangan seseorang terhadap apa yang dilihatnya merupakan
pandangan yang disebabkan hasad dengki ataupun kekaguman. Walau bagaimanapun,
penyakit al-cain ini dapat diatasi dan diubati sekiranya seseorang itu menghidapinya.
Oleh itu, artikel ini akan merungkai cara mengatasi dan mengubati penyakit cain
berpandukan hadis-hadis Rasulullah SAW. Kesimpulannya, penyakit al-cain ini
perlulah diambil perhatian kerana ia boleh memberi kesan yang negatif kepada fizikal
dan spiritual seseorang. Oleh itu, masyarakat awam tidak seharusnya mengambil
mudah mengenai penyakit al-cain dan sentiasa mengamalkan ayat-ayat ruqyah yang
telah diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai benteng diri daripada terkena penyakit
al-cain.

Keywords: Hadith Mushkil, Hadis Mengenai “cAin Itu Benar”, Penyakit cAin

PENDAHULUAN

Hadith mushkil merupakan hadis Rasulullah SAW yang terdapat kekeliruan serta
keraguan dalam memahami kandungannya. Hadis tersebut kelihatan pelik apabila
diukur dari aspek sains, ilmu perubatan moden, tamadun mutakhir dan logik akal.
Hadith-hadith mushkil ini memberi kesan yang negatif kepada masyarakat kerana ia
menimbulkan persoalan kepada masyarakat sekaligus mendatangkan keraguan kepada
kebenaran sesuatu hadis. Di samping itu, terdapat juga masyarakat yang menjadikan
hadith mushkil sebagai salah satu faktor untuk menolak hadis tersebut secara
keseluruhan dan tidak berpegang kepada Syariat Islam yang terkandung di dalamnya
(Hafiz Firdaus 2003). Oleh itu, para ulama sama ada ulama terdahulu mahupun ulama
yang terkemudian berusaha untuk memberi perhatian yang khusus terhadap hadith
mushkil bagi mengatasi pandangan negatif terhadap hadith Rasulullah SAW
(Luqmanul Hakim 2011).
Justeru itu, memandangkan hadith mushkil perlu diulas dengan lebih
mendalam, artikel ini berusaha merungkai serta memfokuskan perbahasan hadis
berkenaan „cain itu adalah benar‟ dengan menggunakan kaedah pendekatan hadith
mushkil yang telah disusun oleh ulama hadis. Berdasarkan pengkajian, menurut Ibnu
Kathir, al-cain dalam hadis ini membawa makna kepada penyakit dan pengaruh
dengki mata (al-cain) (Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri 2009). Manakala menurut Al-
Hafiz Ibn Hajar al-„Asqalani (2008), “hakikat penyakit al-cain adalah pandangan
dengan cara yang baik, namun kemudian bercampur dengan dengki yang berasal
daripada tabi‟at yang keji sehingga mengakibatkan bahaya bagi orang yang dilihat.
Melihat kepada kedua-dua pendapat ini, dapatlah difahami bahawa penyakit al-cain
ini sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada orang yang menghidapinya. Oleh
itu, artikel ini turut menjelaskan cara dan kaedah yang terbaik bagi mengatasi dan
mengubati penyakit al-cain berlandaskan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah
SAW.

DEFINISI MUSHKIL DAN cAIN

Definisi Mushkil Dari Sudut Bahasa Dan Istilah

Mushkil dari segi bahasa menurut Ibnu Faris berasal dari perkataan “shakala” yang
membawa maksud dua perkara yang saling menyerupai. Beliau menambah, huruf ‫ش‬
,‫ك‬ dan ‫ ل‬adalah dua perkara yang sama. Contohnya dikatakan : ‫ىذا شكل ىذا‬
yang bermaksud, “yang ini sama dengan yang ini” (Ibnu Faris 1979). Ibn Manzur
dalam Lisan al-Arab pula menyebutkan "‫األمر‬ ‫"أشكل‬ yang bermaksud “masalah ini
samar” iaitu ianya mempunyai lebih daripada satu makna sehingga menimbulkan
ketidakjelasan dan kesamaran (Ibnu Manzur 1994).

Dari segi istilah, mushkil menurut Al-Jurjani (1983) bermaksud “sesuatu


(kalimat) yang tidak diketahui maknanya kecuali dengan proses pengkajian setelah
pencarian maknanya”. Manakala definisi mushkil dalam konteksnya sebagai salah
satu cabang ilmu dalam „Ulumul Hadis menurut Imam al-Hakim (1977) adalah
“Pengetahuan tentang sunnah-sunnah (hadis-hadis) Rasulullah SAW yang
bertentangan dengan hadis yang serupa dengannya, kemudian para pengikut mazhab
berhujah atau berdalil dengan salah satu darinya (kedua hadis yang seolah-olah
bertentangan), padahal keduanya sama kekuatannya dari sudut kesahihan dan
kelemahannya”.

Manakala Dr. Nurudin „Atar Hafizhahullah (1977) pula memberi definisi


bahawa “Ia adalah hadis yang bertentangan dengan kaedah-kaedah (dalam syariat),
sehingga menimbulkan salah faham makna yang batil, atau adanya kontradiksi antara
hadis tersebut dengan nas (dalil) syar‟i yang lain”.
Definisi Al-cAin Dari Sudut Bahasa Dan Istilah

Al-cain dari segi bahasa pula diambil daripada perkataan „ana-ya‟inu yang bermaksud
“apabila menatapnya dengan matanya”. Menurut Ibn Manzur dalam Lisan al-„Arab,
perkataan cain ialah „hassah al-basar wa al-ru‟yah (pancaindera bagi penglihatan dan
untuk melihat). Ibn Sakit menyatakan bahawa al-cain ialah mata yang digunakan oleh
orang yang melihat. Orang yang menyebabkan cain disebut al-„a‟in manakala orang
yang terkena cain disebut al-ma‟in (Ibn Manzur 1994).

Manakala dari sudut istilah, penyakit al-cain adalah penyakit yang disebabkan
oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub
atau iri hati dan dengki terhadap apa yang dilihatnya sehingga menyebabkan orang
tersebut sakit (Ibnu Athir 1979). Ibn Hajar menyatakan bahawa cain adalah
pandangan dengan cara yang baik namun disertai hasad yang berasal dari tabiat yang
keji, sehingga menyebabkan bahaya terhadap orang yang dilihat (Wahid „Abdussalam
2001).

Penyakit cain adalah sejenis penyakit yang menimpa jiwa atau badan
seseorang disebabkan oleh pandangan mata orang yang dengki ataupun disertai
dengan rasa takjub atau kagum, sehingga dapat dimanfaatkan oleh syaitan. Penyakit
ini juga boleh menimbulkan bahaya dan mudarat bagi orang yang terkenanya (Ibnu
Athir 1979).

Firman Allah SWT:


‫صا ِرِى ْم‬ ِ ِ ‫وإِ ْن ي َك‬
َ ْ‫ك ِِبَب‬
َ َ‫اد الَّذي َن َك َف ُروا لَيُ ْزل ُقون‬
ُ َ َ
(al-Quran, al-Qalam 68:51)

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu hampir-hampir menggelincir dan


menjatuhkan kamu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan
dan kebencian)”.

Menurut Ibn Abbas, Ibn Mujahid dan lain-lain, (‫ك‬ ِ


َ َ‫ )لَي ْزل ُقون‬bermaksud “memberiُ
pengaruh kepadamu” manakala (‫صا ِرِىم‬
َ ْ‫ ) ِِبَب‬bermaksud “dengan pandangan mereka”,
ْ
iaitu mereka melakukan „ain kerana hasad dan kebencian yang membuak-buak
(Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri 2009).
JALUR PERIWAYATAN DAN LAFAZ HADIS (cAIN ITU BENAR)

ِ ٍ ِ َّ ‫ حدَّثَنَا عب ُد‬،‫اق بن نَص ٍر‬ ِ


ُ‫ َع ْن أَِِب ُىَريْ َرَة َرض َي ا ََّّلل‬،‫ َع ْن ََهَّام‬،‫ َع ْن َم ْع َم ٍر‬،‫الرزَّاق‬ َْ َ ْ ُ ْ ُ ‫َحدَّثَنَا إ ْس َح‬
‫الو ْش ِم‬ ِ
َ ‫ْي َحق» َونَ َهى َع ِن‬ َ « :‫صلَّى هللاُ َعلَْيو َو َسلَّ َم قَ َال‬
ُ ْ ‫الع‬ ِ ِ
َ ‫َّب‬
ِّ ‫ َعن الن‬،ُ‫َعْنو‬
(Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tibb, Bab al-cAin Haqq, No. 5740)

Maksudnya:

Ishaq bin Nashr menyampaikan kepadaku dari „Abd al-Razzaq, dari Ma‟mar, dari
Hammam, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: cAin (penyakit yang
disebabkan pandangan mata) itu benar-benar ada dan Baginda melarang tatu.

Hadis berkaitan penyakit cain dengan lafaz yang berbeza:

ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
ُ ْ ‫ « الْ َع‬:‫اَّللُ َعلَْيو َو َسلَّ َم‬
‫ لَ ْو َكا َن َش ْيءٌ َسابَ َق‬،‫ْي َحق‬ َ َّ ‫ول‬ ُ ‫ قَ َال َر ُس‬:‫اس قَ َال‬ٍ َّ‫َع ْن ابْ ِن َعب‬
»‫استُ ْغ ِس ْلتُ ْم فَا ْغ ِسلُوا‬
ْ ‫ َوإِ َذا‬،‫ْي‬
ُ ْ ‫الع‬
َ ُ‫ال َق َد َر َسبَ َقْتو‬
(Muslim, Sahih al-Muslim, Kitab al-Salam, Bab al-Tibb wa al-Marad wa al-Ruqa,
No. 2188)

Maksudnya:

Daripada Ibnu „Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Penyakit cain (yang
timbul dari pengaruh jahat pandangan mata) benar adanya. Seandainya ada
sesuatu yang dapat mendahului ketentuan takdir, tentulah pengaruh pandangan
mata akan mendahuluinya. Oleh itu, apabila kamu (orang yang dianggap
penyebab cain) disuruh mandi, maka hendaklah kamu mandi (agar airnya dapat
dijadikan sebagai penawar bagi orang yang terkena cain.

Status Hadis

Hadis pertama yang dinyatakan di atas berstatus sahih dan telah diriwayatkan oleh al-
Bukhari di dalam Kitab Sahihnya di dalam Kitab al-Tibb. Imam Muslim juga telah
meriwayatkan dalam kitabnya, Sahih Muslim dalam kitab al-Adab manakala Imam al-
Tirmidhi meriwayatkan dalam Kitab Sunannya dalam kitab al-Tibb.

Bagi hadis yang kedua juga berstatus sahih iaitu yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim dalam Sahih Muslim di dalam Kitab al-Salam. Hadis tersebut juga telah
diriwayatkan oleh.Imam al-Tirmidhi dalam Jami‟ al-Tirmidhi dalam kitab al-Tibb.
ISU-ISU BERKENAAN HADIS AL-cAIN

Apakah sebenarnya al-cain? (Hafiz Firdaus 2003). Benarkah al-cain boleh


menyebabkan sihir dan penyakit apabila seseorang memandang kepada sesuatu?
(Hafiz Firdaus 2003). Adakah al-cain itu benar-benar ada dan boleh berlaku dan
bagaimanakah al-cain itu terjadi? (Al-Marbawi 2008). Sekiranya penyakit al-cain
benar-benar wujud, bagaimanakah cara mengubatinya? (Al-Marbawi 2008). Perkara
inilah yang menjadi tanda tanya dan persoalan yang memerlukan jawapan dan
pandangan daripada para ulama.

Pandangan Ulama Mengenai Al-cAin

Penyakit pandangan mata dikenali dengan (al-cain). Orang yang menyebabkan


penyakit al-cain disebut dengan al-ca‟in manakala orang yang terkena al-cain disebut
dengan al-macin (Wahid Abdussalam 2001). Terdapat segolongan orang yang tidak
mempercayai tentang hakikat kewujudan penyakit al-cain ini, namun kewujudannya
telah terbukti dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Al-cain
benar-benar wujud dan tidak boleh mengingkarinya kerana telah dijelaskan
kewujudannya di dalam al-Quran dan hadis.

Al-cain ini terjadi apabila pandangan mata seseorang dapat menyebabkan


orang yang dipandangnya menjadi sakit, lemah atau disihir (Hafiz Firdaus 2003).
Perkara ini menjadi tanda tanya iaitu bagaimana dengan hanya pandangan mata boleh
menyebabkan seseorang menjadi sakit dan lemah. Terdapat pendapat yang
mengatakan bahawa al-cain juga dapat menyebabkan kematian. Pendapat ini adalah
berdasarkan hadis Rasulullah SAW iaitu daripada Jabir RA bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda: “‫ابلعْي‬ ‫ يعين‬-‫ ”أكثر من ميوت من أميت بعد قضاء هللا وقدره ابألنفس‬yang
bermaksud “kebanyakan orang yang mati daripada umatku setelah qada‟ dan qadar
Allah adalah kerana mata (al-cain)” (Muhammad, Muhammad & Abdul Aziz 2007).

Menurut al-Marbawi, “al-cain terjadi disebabkan pandangan mata orang yang


berhasad” (Al-Marbawi 2008). Al-Qasthalani di dalam kitabnya al-Mawahib al-
Ladduniyah pula menjelaskan bahawa “al-cain dapat berlaku disebabkan racun mata
yang datang daripada mata orang yang berhasad ke dalam badan orang yang
dipandangnya, maka orang yang dipandang tersebut mendapat mudarat dengan takdir
Allah SWT” (Al-Marbawi 2008). Ibn Hajar menyatakan bahawa “hakikat al-cain
adalah pandangan dengan cara yang baik namun bercampur dengan dengki yang
berasal daripada tabi‟at yang keji sehingga mengakibatkan bahaya bagi orang yang
dilihatnya” (Wahid „Abdussalam 2001).

Ibn al-Qayyim al-Jauzi menyatakan bahawa setiap orang yang menyebabkan


penyakit al-cain mempunyai sifat dengki dan tidak semua yang bersifat dengki boleh
menyebabkan penyakit al-cain iaitu al-cain juga boleh berlaku disebabkan kekaguman
kepada seseorang. Asal al-cain ialah perasaan kagum yang ditimbulkan oleh
seseorang terhadap sesuatu perkara, kemudian diikuti dengan kehendak nafsu yang
jahat, dan dibantu dengan „racun‟ daripada pandangan matanya kepada orang yang
tertentu. Kadang-kala, seseorang dapat menyebabkan penyakit al-cain kepada dirinya
sendiri dan kadang-kala penyakit al-cain yang berlaku kepada orang lain bukan kerana
keinginannya, tetapi adalah disebabkan tabiatnya sendiri. Inilah sejahat-jahat manusia
(Muhammad, Muhammad & Abdul Aziz 2007).

Jenis-Jenis cAin

Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauzi, “al-cain dapat terjadi disebabkan pandangan mata
manusia dan jin” (Ahmad 2017).

Selain pandangan mata manusia, jin juga dapat menyebabkan penyakit al-cain.
Ummu Salamah RA menerangkan bahawa pada suatu ketika, Rasulullah SAW pernah
melihat warna wajah seorang hamba wanita di rumahnya berbeza daripada kebiasaan.
Baginda SAW bersabda: “‫النَّظْرة‬
َc ‫استَ َرقُوا ََلَا فَِإ َّن ِِبَا‬
ْ ” (Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,
Kitab al-tibb, Bab ruqyah al- ain, No.5739) yang bermaksud “Jampikanlah untuknya
kerana dia terkena al-nazrah”. Al-Nazrah bermaksud sesuatu yang berasal daripada
jin (Al-Baghawi 1983).

Perbezaan cAin Dengan Sihir


c
Ain berbeza dengan sihir kerana cain boleh berlaku dengan hanya rasa takjub sama
ada beserta iri hati ataupun tanpa iri hati. Manakala sihir pula memerlukan syarat iaitu
penyihir itu melakukan suatu perbuatan kufur ataupun syirik untuk membolehkan sihir
itu berkesan (Muallij Mustaqim 2010).

PENGUBATAN DAN CARA MENGATASI AL-cAIN

Penyakit al-cain dapat diubati dengan beberapa cara iaitu pertama, dengan bacaan
doa. Jibril AS pernah meruqyah Nabi SAW dan di antara bacaan doanya ialah doa
yang bermaksud: “Dengan nama Allah, aku meruqyahmu daripada segala sesuatu
yang menyakitimu dan daripada kejahatan setiap manusia atau pandangan mata yang
dengki. Allahlah yang menyembuhkan kamu dan dengan nama Allah aku
meruqyahmu” (Muhammad, Muhammad & Abdul Aziz 2007).

Kedua, mandi. Orang yang telah menyebabkan orang lain terkena al-cain
perlulah mandi dan sisa air mandiannya itu disiram ke tubuh orang yang terkena al-
c
ain. Perkara ini dapat dilihat ketika sahabat Rasulullah SAW iaitu Sahl yang terkena
al-„ain rebah dan tidak sedarkan diri disebabkan oleh pandangan „Amir bin Rabi‟ah.
Rasulullah SAW memerintahkan agar „Amir mandi. Lalu „Amir membasuh mukanya,
kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, jari jemari kedua belah kakinya dan
menggosok pakaian yang melekat pada tubuhnya dan menadah air tersebut di dalam
sebuah bekas. Kemudian, air itu disiramkan kepada bahagian kepala Sahl dan tulang
belakangnya dari arah belakang. Tidak lama selepas itu, Sahl kembali sedar dan
menjadi seperti sedia kala (Muhammad, Muhammad, & Abdul Aziz 2007).

Ketiga, bacaan ruqyah. Rasulullah SAW menyuruh agar pesakit al-cain diubati
dengan ruqyah (jampi-jampian). Jampi yang dimaksudkan ialah dengan membaca dua
surah terakhir dalam al-Quran iaitu surah al-Falaq dan surah al-Nas (Hafiz Firdaus
ِ ‫أَعوذُ بِ َكلِم‬
‫ات هللا‬
2003). Antara doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah SAW ialah “
َ ُْ
ِ ‫َّام‬
‫ات ِم ْن َشِّر َما َخلَ َق‬ َّ ‫ ”الت‬yang bermaksud “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah
Allah yang sempurna daripada segala kejahatan yang telah dicipta”. Rasulullah SAW
ٍ ْ ‫ان وَى َّام ٍة وِم ْن ُك ِل َع‬
ٍ ِ ‫أَعوذُ بِ َكلِم‬
ِ ِ َّ ‫ات هللا الت‬
juga sering membaca doa “ ‫ْي‬ ّ َ َ َ‫َّامات م ْن ُك ِّل َشْيط‬ َ ُْ
‫ ”َل َّم ٍة‬yang bermaksud “Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah
yang sempurna, daripada syaitan, binatang berbisa, dan daripada setiap pandangan
mata yang tercela yang boleh membawa kepada penyakit al-cain” (Muhammad,
Muhammad, & Abdul Aziz 2007). Selain itu, al-cain dapat dihindari apabila
seseorang mengucapkan maa shaa Allah, laa quwwata illa billah apabila melihat
sesuatu yang menakjubkan (Ibn Hajar 2008).

PERBINCANGAN

Berdasarkan pendapat ulama, al-cain berlaku disebabkan pandangan mata sama ada
pandangan mata manusia ataupun jin. Apabila seseorang melihat kepada sesuatu
objek dengan perasaan hasad atau kekaguman yang luar biasa tanpa menyebut nama
Allah, al-cain dapat terjadi kepada perkara yang dilihat tersebut. Al-cain boleh berlaku
kepada manusia, haiwan serta tumbuhan. Manusia yang terkena al-cain akan jatuh
sakit, ataupun pengsan, ataupun berubah warna wajahnya dan al-cain juga dapat
menyebabkan kematian kepada seseorang termasuklah haiwan. Begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan iaitu tumbuhan yang terkena al-„ain akan rosak dan musnah.

Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW, dapatlah


dinyatakan bahawa penyakit al-cain ini benar-benar wujud dan dapat terjadi kepada
sesiapa sahaja. Pandangan mata yang berhasad ataupun kekaguman terhadap sesuatu
perkara ataupun objek dapat menyebabkan al-cain terjadi sekiranya pandangan mata
tersebut tidak disertai dengan nama Allah SWT dan ucapan doa. Kadang-kala,
seseorang dapat menyebabkan penyakit al-cain kepada dirinya sendiri dan kadang-
kala penyakit al-cain yang berlaku kepada orang lain bukan kerana keinginannya.
Orang yang menyebabkan al-cain kepada orang lain mungkin tidak sedar bahawa
dialah yang menyebabkan orang yang dilihat mendapat mudarat.

Justeru, al-cain dapat diatasi sekiranya pandangan terhadap sesuatu objek


disertai dengan ucapan doa dan pujian kepada Allah SWT. Orang yang merasa takjub
apabila melihat sesuatu, maka hendaklah segera mendoakan keberkatan untuknya dan
memuji Allah SWT. Manakala orang yang terkena al-cain perlulah dibacakan ruqyah
dan dimandikan dengan sisa air orang yang menyebabkannya terkena cain. Mandi
merupakan antara cara pengubatan yang paling mujarab. Dalam pada itu, Rasulullah
SAW sentiasa mengingatkan umatnya agar melindungi diri dengan bacaan-bacaan
doa dan ayat-ayat al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran yang boleh dibaca untuk
melindungi diri daripada al-cain ialah surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-ikhlas,
surah al-Falaq dan surah al-Nas. Rasulullah SAW memerintahkan umatnya
membentengi diri dengan membaca surah-surah ini sebelum tidur, menghembuskan
ke telapak tangan dan disapu ke seluruh badan.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, isu berkenaan hadith mushkil iaitu hadis “al-cain adalah
benar” merupakan isu yang sangat penting dan perlu dititikberatkan. Hadis ini
perlulah diteliti dan dikaji secara lebih mendalam. Hasil kajian membuktikan bahawa
hadis berkenaan penyakit cain benar-benar wujud dan ia bukanlah suatu hadis yang
pelik. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadis-hadis
Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang kebenaran penyakit cain dan kesan-kesan
yang timbul disebabkan penyakit cain ini. Justeru, hadis ini perlulah diimani dan
diyakini kerana ianya merupakan hadis yang sahih dan tsabit daripada Rasulullah
SAW. Penyakit cain dapat berlaku kepada seseorang disebabkan perasaan hasad
dengki ataupun rasa kagum yang tidak disertai dengan nama Allah. Oleh itu,
masyarakat perlulah cakna dan mengambil sikap berwaspada terhadap penyakit cain
ini agar tidak terkena penyakit cain dan tidak menyebabkan orang lain terkena
penyakit cain. Perkara ini dapat diatasi dengan amalan yang telah diajarkan oleh
Rasulullah SAW iaitu memuji Allah SWT apabila melihat sesuatu, sentiasa
mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran
sebagai benteng diri agar terhindar daripada penyakit cain.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim
Abdullah Basmeih. 1983. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri.
Ahmad. 2017. Mukhtasar za‟ad al-ma‟ad fi hady khayr al-„ibad li Ibn Qayyim al-
Jawziyyah. Madar al-watan li al-nashr.
Al-Bukhari. Terj : Dr. Subhan Abdullah Idris. 2012. Ensiklopedia Hadis al-Kutub al-
Sunnah 2 (Shahih Bukhari 2). Jakarta: Penerbit al-Mahira. Vol. 2.
Al-Baghawi. 1983. Sharh al-Sunnah. Beirut: Al-Maktab al-Islamiyy.
Al-Hakim. 1977. Ma‟rifat „Ulumil Hadits. Beirut, Lubnan: Darul Kutub Al-„Ilmiah.
Al-Jurjani. 1983. Al-Ta‟rifat. Beirut: Darul Kutub Al-„Ilmiah.
Al-Marbawi. 2008. Bahru al-Madzi (Syarah Mukhtashar Shahih al-Tirmidhi Juzu‟
14). Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Al-Tirmidhi. Terj: Tim Darussunnah, Misbakhul khair & Solihin. 2013. Ensiklopedia
Hadis al-Kutub al-Sunnah 6 (Jami‟ al-Tirmidhi). Jakarta: Penerbit al-Mahira.
Dr. Nurudin „Atar. 1997. Manhajun Naqd Fi „Ulumil Hadits. Syria: Darul Fikr
Damsyik.
Hafiz Firdaus. 2003. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Mushkil. Johor: Perniagaan
Jahabersa.
Ibn Hajar. Terj: Amiruddin. 2008. Fathul Baari (Penjelasan Kitab Shahih al-
Bukhari). Jakarta: Pustaka Azzam.
Ibnu Athir. 1979. An-Nihayah Fi Gharib Al-Hadis wa Al-Athar. Al-Maktabah Al-
„Ilmiah.
Ibnu Faris. 1979. Mu‟jam Maqayis al-Lughah. Dar al-Fikr.
Ibnu Manzur. 1994. Lisan Al-Arab. Beirut: Dar al-Sodir.
Lukmanul Hakim. 2011. Jurnal Substantia, Metod Penelitian Hadits Musykil.
Fakultas Ushuluddin IAIN Ar-Raniry. Banda Aceh.
Muhammad, Muhammad, & Abdul Aziz. 2007. Fatwa Jin dan Sihir (Menghurai
Kemusykilan Berkaitan Jin dan Sihir). Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd..
Mahmud at-Thohan. 2012. At-Taiysir Mustholah Al-Hadis. Pakistan: Al-Bushra
Publishers.
Muallij Mustaqim. 2010. Thibbun Nabawi Perbuatan Wahyu Nabi. Klinik Muallij
Islamiyah.
Muslim al-Naisaburi. Terj: Masyari & Tatam Wijaya. 2012. Ensiklopedia Hadis al-
Kutub al-Sunnah 4 (Shahih Muslim 2). Jakarta: Penerbit al-Mahira.
Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri. 2009. Shahih Tafsir Ibnu Kathir Jilid 9. Bogor:
Pustaka Ibnu Kathir.
Tahir Abd al-Rahim. 2009. Al-Hasad: Dirasah Quraniyyah. Tesis Sarjana Usuluddin.
Universiti al-Najah al-Wataniyyah Palestin.
Wahid „Abdussalam. 2001. Sihir: Keampuhan al-Quran Dalam Membentengi Diri
Dari Pengaruh Sihir Serta Terapi Pengubatannya Pada Penderita Akibat Sihir.
Jakarta: Cendekia Sentra Muslim.

Anda mungkin juga menyukai