Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 7

Bilangan Jurnal : 7/12


Minggu : Minggu Ketujuh
Tempoh : 10 September 2018 – 14 September 2018
Tajuk : Disiplin Murid-Murid Semasa Waktu Rehat

1. Masalah / Peristiwa
Sepanjang pemerhatian saya pada minggu ini, saya dapati bahawa murid murid
sering berlari ke kantin apabila tiba masa rehat. Hal ini berpunca apabila murid
berebut-rebut untuk mendapatkan masakanan. Keadaan lantai yang tidak rata boleh
menyebabkan murid terjatuh apabila mereka berlari. Selain itu mereka juga tidak
beratur semasa membeli makanan. Insden makanan dan minuman tertumpah
berpunca daripada murid-murid bertolak ketika beratur membeli makanan. Hal ini
telah menyusahkan guru, penyelaras kantin, kumpulan janitor dan murid itu sendiri.
Masalah seperti ini kerap berlaku kepada kumpulan murid lelaki manakala tidak
pernah berlaku untuk kumpulan murid perempuan. Setelah tamat waktu rehat, murid-
murid tidak bergegas pulang ke kelas sejurus tamat waktu rehat. Mereka banyak
meluangkan masa untuk bersembang sesama sendiri daripada terus pulang ke kelas.

2. Analisis
Saya mendapati bahawa masalah ini berpunca daripada sikap murid-murid itu
sendiri. Mereka terlalu ghairah untuk mendapatkan makanan semasa rehat
sehinggakan mereka sanggup bertolak antara satu sama lain. Penghayatan nilai
murni tidak diaplikasikan semasa mereka berada di kantin tersebut. Murid murid yang
bertolak semasa beratur ini lebih mementingkan diri sendiri dan tidak memberi
peluang kepada murid lain untuk mendapatkan makanan. Masalah murid tidak masuk
kelas setelah tamat waktu rehat adalah berpunca daripada budaya murid-murid itu
sendiri. Mereka sering kali tidak mengendahkan loceng yang berbunyi menandakan
tamatnya waktu rehat dengan terus menjamah hidangan sambil berbual-bual antara
satu sama lain.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Bagi masalah ini, saya perlu mencadangkan untuk guru bertugas memberi teguran
terutamanya semasa perhimpunan pagi. Selain itu, guru yang bertugas perlu
menjawa kawasan kantin supaya disiplin murid-murid terkawal terutamanya semasa
membeli makanan dan minuman dan setelah tamat waktu rehat. Budaya murid lewat
masuk ke kelas dapat dibanteras sekiranya meraka mula mengamalkan untuk terus
pulang awal ke kelas sejurus tamat waktu rehat. Guru bertugas amat memainkan
peranan penting bagi isu ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya memanjangkan masalah ini dapat saya aplikasikan sehingga minggu hadapan
dan minggu-minggu yang seterusnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................