Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI NUH DENGAN BAHTERANYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian.

Salam sejahtera pembuka bicara (nashid ummiku sayang)


Qisasul Anbiya’ dengarkan bersama
Kisah Nabi Nuh dengan bahteranya
Jadikan renungan kita semua.

Nabi Nuh a.s. merupakan keturunan ke 9 dari Nabi Adam. Ayahnya bernama Lamt bin
Metusyalih bin Idris. Baginda seorang yang bijaksana, penyabar dan tegas.

Kaumnya telah kembali menyembah berhala akibat hasutan iblis laknatullah.

Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 25 :


    

“Dan sesungguhnya , Kami telah utuskan Nabi Nuh kepada kaumnya.

Ya rakan-rakan…..

Semailah sifat sabar dalam diri kita dan…. jangan berputus asa dalam apa jua perkara.
Pembunuhan kejam yang berlaku kepada adik ‘Dirang’ bukti manusia telah hilang
kesabarannya.

Hebat sungguh tentangan diterima ( syair )


Patung berhala disangka berkuasa
Berdakwah nabi di jalan mulia
Tetap bersabar sepanjang usia.

Rakan-rakan sekalian…..

Nabi Nuh…. terus berusaha berdakwah agar kaumnya meninggalkan patung berhala.
Namun…. sia-sia belaka.

Nabi Nuh berkata, “Wahai…. kaumku, tinggalkan patung berhala. Allah amat murka orang
mensyirikkannya”.

Jawab kaumnya, “ahhhh…tak perlu menasihati kami! Kami tau apa yang kami lakukan”.

Nabi terus diejek… dihina… bahkan dipukul, mereka terus ingkar dan mencabar supaya
azab diturunkan.
1
Firman Allah Taala dalam Surah Hud ayat 32 :
       

“Datangkanlah azab Allah Yang Engkau janjikan kepada kami, jika betul Engkau
dari orang-orang Yang benar".

Kita hendaklah saling menghormati dan berkasih sayang sesama insan.

Program sekolah penyayang yang dilaksanakan bukti pentingnya kasih sayang disemai
dari peringkat akar umbi.

Setelah 950 tahun Nabi Nuh berdakwah, kaumnya tetap engkar, hanya segelintir yang
.beriman. Lalu Nabi Nuh memohon kepada tuhan

: Baginda berdoa
Ya tuhanku, janganlah engkau sesekali sediakan sejengkal tanah pun buat orang-orang “
kafir di muka bumi ini kerana jika engkau berikan peluang bagi mereka, maka mereka
”.akan sesatkan hamba-hambamu
:Allah berfirman dalam surah Hud ayat 37

   


”.Dan hendaklah kamu membuat sebuah kapal dengan penjagaan dan wahyu kami “

,Rakan-rakan yang saya hormati sekalian


Kapal dibina siang dan malam tanpa menghiraukan ejekan dan kejian, tatkala bahtera
.siap dibina, dibawa masuk pengikut beriman dan haiwan berpasangan

2
Surah Hud ayat 41 :

    

“Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '.

Lihatlah penghinaan kaum kafir yang sengaja mencuit sensitiviti umat Islam sedunia
dengan menyiarkan 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam akhbar Denmark. Ini
adalah bukti kebencian mereka terhadap agama Islam.
.
..…Tidak lama kemudian

Langit cerah mendung tiba-tiba .. ( sajak )


Awan berarak , taufan melanda
Turun hujan dengan lebatnya
Terpancar air serata buana
Sekelip mata tenggelam semua
Amaran Tuhan terbukti jua…

,Ya rakan-rakan

.Taatilah Allah kerana azabnya amat pedih

Sekali lagi kita digemparkan dengan amaran tsunami akibat gempa bumi yang melanda
aceh baru-baru ini. Alhamdullilah syukur tsunami tidak terjadi

Ya rakan-rakan,

Dalam keadaan yang penuh ngeri itu, terpandang Nabi Nuh kepada anak dan isterinya.

3
Hiba hatinya tiada terkira
Anak dan isteri terkorban jua
Turunnya wahyu pengubat duka selimut putih
Orang kafir bukan saudara
Insan derhaka

Ini bertepatan dengan firman Allah Surah Hud ayat 46

     

”Hai Nuh sesungguhnya dia bukan termasuk keluarga kamu“

Rakan-rakan,

Akhirnya , bahtera Nabi Nuh selamat berlabuh di atas Bukit Judi. Subhanallah ! Allah
telah memberi kemenangan kepada orang yang beriman dan membinasakan orang-
orang yang ingkar kepada perintahNya.

Pepatah ada mengatakan “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.
Oleh itu , taubatlah , insaflah sementara waktu masih ada.

Tangan dihulur menyusun sembah, ( pantun )


Terkasar bahasa harap dimaafkan,
Kisah Nuh berakhir sudah,
Moga kita beroleh pedoman.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai