Anda di halaman 1dari 6

IMPAK GLOBALISASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi


pemangkin utama proses pengglobalisasian dunia. Walaupun secara umumnya
globalisasi itu lebih memberi kesan kepada bidang pendidikan.
Alam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah
dalam kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah
kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh
berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang jauh.
Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada
manusia. Ciptaan pelbagai yang begitu canggih mampu mendekatkan sesuatu
perjalanan atau sebagainya.
Impak positis seterusnya,Globalisasi juga akan meningkatkan kesediaan
kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, maka individu akan
berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era
semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai individu yang proaktif
dilahirkan.
Kesan positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna
individu belajar untuk masa hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini
menjamin masa hadapan individu yang berfikiran terbuka. Globalisasi dalam
sistem pendidikan membawa perubahan dari budaya pembelajaran sepanjang
hayat.Ini bermakna individu belajar untuk masa hadapannya.Pembelajaran secara
berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran terbuka.Selain
itu,Diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang
sudah mempunyai kerjaya untuk mengembangkan potensi sumber manusia.Ia
memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara .
Impak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang
bertanggungjawab. Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus
globalisasi yang berlaku tidak mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat
setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan memastikan globalisasi
yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti
masyarakat.
Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru.
Kemahiran teknologi yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat
penting dalam memberi persaingan yang hebat antara negara-negara membangun
lain.Jika kita dilihat sekarang, penggunaan komputer dan telefon pintar dalam
membantu memudahkan pengurusan harian,mencari maklumat dan peluang
pekerjaan.Secara tidak langsung, anak yang sejak kecil dibiasakan menggunakan
komputer sedang dilatih suatu keterampilan yang amat penting bagi saat mereka
menganjak dewasa dan masuk dalam dunia kerja. Kemahiran teknologi yang ada
pada sesebuah negara menjadi kayu ukur kepada negara lain berkenaan kemajuan
negara tersebut.
Tambahan pula, era globalisasi membawa perubahan bahawa pendidikan
negara terbuka kepada dunia luar.Menurut Hussain Mohamed (1998) Globalisasi
Dalam Pendidikan ,Dewan Masyarakat menyatakan bahawa :
Globalisasi menyebabkan pendidikan lebih terbuka kepada dunia luar
samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di
negara kita. .

Ini menunjukkan pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.

Impak positif yang lain ialah membawa perubahan dalam alam guru. Dalam
alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik dan berupaya menyesuaikan diri untuk
menghadapi perubahan dari masa ke masa. Guru dinamik sahaja dapat mengatasi
cabaran baru yang sering timbul. Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan
peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu
masyarakat dan Negara.

Impak positif seterusnya adalah,, berlaku persaingan sihat dalam meningkatkan


mutu pendidikan dan inovasi. Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran
teknologi yang baru.Kemahiran teknologi yang baru atau inovasi ini merupakan
perkara yang sangat penting dalam memberi persaingan yang hebat antara negara-
negara membangun lain.Contohnya, Tiga bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) Ramakrishna di sini, muncul pemenang pingat emas dalam
pertandingan 35th Beijing Youth Science Creation di China 25 Mac lalu.
S Durrghashini, P Kumuthasshri dan G Sugheson yang berusia 13 tahun
memenangi pertandingan itu melalui ciptaan kotak sejuk beku mesra alam yang
direka sejak dua tahun lalu.Contoh kedua adalah
Sugheson yang kini berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit
Jambul berkata, idea itu tercetus apabila menyedari kotak sejuk beku yang ada di
pasaran memberi kesan kepada alam sekitar. Contoh-contoh yang dinyatakan
tersebut dibuktikan bahawa globalisasi memberi kesan baik dalam era pendidikan
ini.

Namun begitu, arus globalisasi juga mempunyai impak negatif. Impak ini
seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan sejagat. Antara impak negatif yang
sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan teknologi yang tidak
terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti
peperangan dan sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak
sepatutnya. Ini perlu dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang
lain ialah pengkomersilan pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan
ilmu di laman maya. Ilmu yang diberi bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya
bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi. Seterusnya ialah penularan kes-kes
jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada individu yang sanggup berbuat
demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah. Ramai
yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda yang menarik tetapi
memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan pelbagai kes jenayah siber
seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian hari.
Impak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi
daripada kecekapan diri sendiri. Sikap kebergantungan ini semakin hari semakin
serius. Banyak mesin yang dicipta bagi menggantikan kudrat manusia. Harus
diperingatkan disini bahawa tidak semua kerja atau beban perlu diselesaikan
dengan menggunakan mesin atau robot. Sikap sebegini akan lebih membuat
manusia malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara. Melalui globalisasi juga
impak negatif ketara dilihat pada negara-negara yang mundur. Ini kerana
kurangnya faktor jaringan perhubungan atau teknologi melingkungi negara
tersebut. Akibatnya, negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih membangun.
Selain itu, kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat
melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya
dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan
bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa
kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa
Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat membuat tanggapan
negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis
pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat
meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja
salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat
pelajar untuk mengikuti PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional
kepada sekolah teknik dan vokasional. Di mana pelajar-pelajar yang layak
memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional
ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau
IPT. Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor
pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah
cerah. (Sufean Hussein (1996).
Menurut Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan
negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun
menubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan
keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu
persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan masih
belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar sudah tentu akan
memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal inilah
yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara menjadi
graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiran
yang ada pada mereka digunakan untuk tujuan negatif seperti pecah amanah,
memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri dan berbagai-bagai lagi.
Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat dalam konteks pendidikan dan latihan
teknik dan vokasional melalui perubahan dan perkembangan yang berlaku dari
masa ke semasa. Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk
mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam
petikan rencana “Pendidikan Sebagai Satu Industri” dalam
Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, “Selepas kemerdekaan sistem
pendidikan negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk
menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita
berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru
dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat”.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan


bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada
menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita
perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena
globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai
perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Tumpuan yang
keterlaluan pada salah satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini.
Jika Malaysia ingin menjadi negara industri yang sihat dan kukuh ia perlu
mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas yang kukuh serta
pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai