Anda di halaman 1dari 2

SYAFIQ YAP CHEE HOE ABDULLAH (P99437)

Rumusan: A Needs Analysis of English for Specific Purposes (ESP) Course For Adoption Of
Communicative Language Teaching : (A Case of Iranian First-Year Students of Educational
Administration)
by
Samira Atefi Boroujeni and Fateme Moradian Fard

Dalam artikel tersebut bertujuan untuk mewujudkan suasana persekitaran bagi perubahan
dalam pengajaran bahasa Inggeris di universiti-universiti tempatan dengan melaksanakan
“Pengajaran Bahasa Komunikatif” (CLT) sebagai kaedah mengajar bahasa dan lebih
berkesan untuk melahirkan pelajar fasih dalam berbahasa Inggeris. Seseorang yang
mempunyai kemahiran bahasa Inggeris adalah lebih baik dalam kehidupan seharian mereka.
Instrumen pengumpulan data mempuyai dua borang soal selidik untuk pelajar dan guru
berdasarkan (Ali Khan, 2007). Bilangan responden kajian ini adalah terdiri daripada 90 orang
pelajar dan 30 orang guru dalam bidang pentadbiran pendidikan yang berkelulusan Ijazah
dalam Pentadbiran Pendidikan dan mempunyai pengalaman mengajar antara tiga hingga
sepuluh tahun. Dengan ini, kita dapat disimpulkan bahawa “penguasaan bahasa” adalah
penting dalam menerajui perubahan pengajaran berkesan dalam kajian ini untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa akan datang dan juga dapat memperkembang
diri dalam bidang-bidang kerjaya tersebut pada masa hadapan. Dapatan kajian terbukti
bahawa kemahiran lisan menjadi pilihan utama dalam kajian berbanding kemahiran
mendengar, membaca dan menulis. Pelajar perlu mempelajari semua kemahiran dalam
bidang bahasa yang meliputi tatabahasa dan perbendaharaan kata. Pelajar memerlukan
persekitaran kelas yang kondusif bagi memupuk semangat belajar dengan kerja-kerja
individu mahupun berkumpulan, dan juga aktiviti seperti permaina, kuiz dan lain-lain. Hal ini
menunjukkan mereka memerlukan kelas yang berdekatan dan kondusif di pusat
pembelajaran dan juga peranan seorang guru berwatakkan sebagai pemudahcaraan dan
juga sumber rujukan. Oleh itu, pelajar memainkan peranan penting dalam kajian bahasa
Inggeris ini. Secara kesimpulannya, terdapat kecenderungan yang kuat terhadap “Pengajaran
Bahasa Komunikatif” (CLT) dalam bidang pengajian tertentu sahaja. Maka, kesimpulannya
tidak boleh dianggap sebagai tanda penerimaan dalam sistem pendidikan lain di Iran.

Anda mungkin juga menyukai