Tujuan
Mengkaji bilangan kumbang beras dalam sampel beras berbeza dan masa simpanan yang
berbeza.
Pemboleh ubah
Eksperimen 1: Antara sampel A dan B
(i) Dimanipulasi: Jenis beras
(ii) Bergerak balas: Bilangan kumbang beras
(iii) Dimalarkan: Jisim sampel beras
Hipotesis
i) Eksperimen 1
Jenis beras berbeza mempunyai bilangan kutu beras yang berbeza.
Sampel beras B (beras huma) mempunyai bilangan populasi kumbang beras yang
lebih banyak berbanding sampel beras A (beras biasa).
ii) Eksperimen 2
Sampel beras C (diperam 2 bulan) mempunyai bilangan kutu beras yang lebih banyak
berbanding dalam sampel beras A (diperam 1 bulan).
Pengenalan
Kumbang beras (nama saintifik: Sitophilus oryzae) dijumpai di kawasan tropika dan
sub-tropika dan merupakan sejenis serangga perosak (Entomology and Plant Pathology,
2018). Kumbang beras merupakan organisma yang menjadikan beras atau bijirin lain seperti
gandum, barli, dan jagung sebagai habitatnya. Kumbang beras ini boleh hidup dan membiak
1
dengan subur dalam longgokan beras atau bijirin dengan suhu persekitaran dalam lingkungan
27℃ hingga 28℃ dan kelembapan 60%. Kumbang beras yang dibiarkan membiak dalam
beras dengan makanan yang mencukupi dan suhu yang sesuai akan merosakkan beras
kerana beras akan menjadi rapuh, manakala bahan kumuh kumbang beras dalam bentuk
habuk beras akan menyebabkan kualiti beras menurun. Oleh itu, penyimpanan beras
memerlukan teknologi khusus untuk mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok
simpanan beras seperti pengawalan suhu dan kelembapan persekitaran.
Kumbang
dewasa
Pupa
Larva
Telur
Kitar hidup kumbang beras yang dipanggil ‘rice weevil’ dalam bahasa Inggeris
menyerupai proses metamorfosis rama-rama. Kumbang beras betina mengeluarkan 4 biji
telur setiap hari secara purata dan boleh hidup selama empat hingga lima bulan dan
mengeluarkan 250 hingga 400 telur sepanjang hayatnya (Entomology and Plant Pathology,
2018). Telur-telur kumbang beras mengambil masa tiga hari untuk menetas dan hidup di
dalam bijirin beras selama 18 hari sebagai larva sambil memakan bijirin daripada bahagian
dalam (Entomology and Plant Pathology, 2018). Selepas 18 hari, larva menjadi pupa dan
kekal dalam keadaan tersebut selama 5-16 hari (Entomology and Plant Pathology, 2018).
Kemudian, imago kumbang keluar daripada pupa tetapi kekal berada di dalam bijirin beras
selama tiga hingga empat hari sehingga kulit luarannya menjadi keras dan matang dan
menjadi kumbang dewasa (Entomology and Plant Pathology, 2018).
Dalam amali ini, kami dikehendaki untuk mengkaji populasi kumbang beras dalam tiga
sampel beras yang telah melalui kaedah penyediaan berbeza dari segi jenis beras dan masa
peraman beras. Sampel A adalah beras biasa yang diperam selama 1 bulan dan mengalami
hanya sedikit kerosakan, sampel B adalah beras huma yang diperam selama 1 bulan dan
juga mengalami sedikit kerosakan, manakala sampel C adalah beras biasa yang diperam
selama 2 bulan yang mengalami kerosakan yang teruk.
2
Susunan radas
Bikar 150ml
Piring petri
Sudu plastik
Forseps
Kertas putih
Sampel beras
Mikroskop compound
Foto 3 – Penggunaan mikroskop compound untuk memerhari sampel beras dan kumbang
beras
3
Foto 4 – Sampel beras A (Beras biasa diperam selama 1 bulan)
4
Prosedur
5
Keputusan Keseluruhan
A 23 7.66
B 48 16.00
C 235 78.33
Analisis data
50
40
30
23
20
10
0
A (Beras biasa) B (Beras huma)
Sampel beras
6
Eksperimen 2 – Sampel A dan sampel C (Masa peraman berbeza)
200
150
100
50
23
0
A (Diperam 1 bulan) C (Diperam 2 bulan)
Sampel beras
7
Pemerhatian menggunakan mikroskop
Sampel A
Sampel beras
Sampel B
Sampel C
Peringkat tumbesaran
kumbang beras
8
Foto 8 – Jumlah populasi kumbang beras dalam ketiga-tiga sampel beras
Warna Putih jernih (lutsinar) Putih pekat (legap) Putih (agak lutsinar)
Bau Tiada bau hapak Sedikit bau hapak Bau hapak yang
agak kuat
Jadual 4 – Ciri-ciri dan kualiti yang diperhatikan pada ketiga-tiga sampel beras
9
Perbincangan
Kumbang beras merupakan serangga perosak yang hidup dan membiak dalam beras.
Beras merupakan makanan dan sumber karbohidrat yang berupaya membekalkan sejumlah
tenaga yang besar kepada kumbang beras. Menurut Wong, Teh & Hasimah Azit (2012),
karbohidrat adalah makronutrisi pembekal tenaga yang tinggi iaitu sebanyak 400 kalori bagi
setiap 100g. Oleh itu, beras dapat menyediakan habitat yang kondusif kepada pembiakan
kumbang beras kerana keperluan hidup seperti makanan, tempat pembiakan dan tempat
perlindungan wujud. Di samping itu, kumbang beras juga memerlukan kelembapan sekitar
60% dan suhu di antara 27℃ hingga 28℃ iaitu keadaan optimum bagi memaksimumkan
pertambahan populasi seperti yang dinyatakan oleh Universiti Oklahoma dalam laman
sesawang Entomology and Plant Pathology (2018).
Dalam amali ini, kumbang beras dalam sampel A memiliki bilangan paling sedikit diikuti
dengan sampel B dan C. Sampel A yang merupakan beras biasa yang dikilang dan dijual
secara komersial. Ini menyebabkan kemungkinan beras ini telah didedahkan kepada bahan
pengawet dan pembunuh kumbang beras untuk memastikan beras dapat tahan lama dan
tidak mengalami kerosakan yang teruk. Faktor masa peraman yang singkat iaitu selama 1
bulan juga mempengaruhi pembiakan kumbang beras dalam sampel beras ini. Menurut
Entomology and Plant Pathology (2018), kumbang beras mengambil masa selama 26 hingga
40 hari untuk melalui fasa daripada telur sehingga menjadi kumbang yang matang dan boleh
membiak. Disebabkan oleh masa peraman yang singkat, kumbang beras tidak sempat untuk
menjadi matang dan menghasilkan telur. Sampel B pula adalah beras huma yang diproses
secara tempatan dan kurang terdedah kepada bahan-bahan kimia seperti peluntur (bleach)
dan pengawet. Selain itu, beras ini juga berwarna putih legap yang menunjukkan kandungan
kanji dalam bijirin yang tinggi (Wong, Teh & Hasimah Azit, 2012). Ini menggalakkan
pembiakan kumbang beras disebabkan kandungan kanji dalam bijirin yang tinggi. Kanji
adalah sejenis karbohidrat kompleks dalam bijirin yang dimakan dan akan terurai kepada
glukosa iaitu sumber tenaga kepada kumbang beras. Dengan kehadiran sumber tenaga yang
banyak, kumbang beras dapat membiak dengan lebih baik dalam sampel beras B berbanding
dengan sampel beras A. Sampel beras C pula adalah beras biasa tetapi diperam selama 2
bulan. Walaupun kadar pembiakan sampel C tidak setinggi sampel B, namun tempoh masa
yang diberikan telah memberi ruang kepada lebih banyak kumbang untuk menjadi dewasa
dan seterusnya menghasilkan telur dan terus membiak secara eksponen (Kamaludin A.
Rashid, 2012). Sekiranya dibiarkan lebih lama lagi, kadar pertambahan populasi kumbang
beras akan semakin mendatar disebabkan oleh faktor pengehad iaitu sumber makanan yang
tidak dapat menampung pertambahan populasi (Kamaludin A. Rashid, 2012).
10
Daripada amali ini, dapat diperhatikan bahawa semakin tinggi populasi kumbang
beras, semakin rendah mutu beras. Sekiranya dilihat secara fizikal, beras yang terdedah
kepada kumbang beras kelihatan berdebu disebabkan oleh bahan kumuh kumbang beras
yang terhasil daripada diet yang sepenuhnya berasaskan beras. Disamping itu, beras juga
rapuh dan memiliki ketumpatan yang lebih rendah. Sebagai contoh, semasa menimbang jisim
beras, kami mendapati beras daripada sampel C kelihatan lebih banyak berbanding dengan
beras sampel A dan B yang berjisim sama. Ini kemungkinan disebabkan oleh kehadiran
ruang-ruang kosong di dalam butiran beras yang telah didiami oleh larva kumbang beras.
Selain itu, warna sampel beras C yang memiliki populasi kumbang beras tertinggi juga agak
kuning berbanding sampel beras lain. Ini kemungkinan kerana di samping dapat menampung
pembiakan kumbang beras, persekitaran beras yang lembap juga boleh menggalakkan
pertumbuhan fungi yang mengeluarkan spora berwarna kekuningan iaitu Aspergillus spp. dan
Penicillium spp. (Solomon, Berg & Martin, 2004). Kehadiran fungi jenis ini mengeluarkan
aroma yang kurang menyenangkan dan sekiranya dibiarkan lebih lama, ekologi beras ini
mungkin tidak lagi sesuai untuk didiami oleh kumbang beras (Solomon, Berg & Martin, 2004).
Kehadiran kumbang beras sudah semestinya memberi impak negatif terhadap mutu
beras. Beberapa kaedah telah dikenalpasti dapat membasmi kumbang beras tanpa
menjejaskan kualiti beras. Kaedah pertama adalah melalui fumigasi menggunakan gas metil
bromida mengikut protokol iaitu dalam kuantiti yang selamat dan dikawal. Gas metil bromida
mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti bawang putih. Kaedah ini terbukti berkesan
kerana bau bawang putih tidak disukai oleh kumbang beras (Entomology and Plant Pathology,
2018). Walaubagaimanapun, syarikat yang melakukan fumigasi mesti mendapatkan
kelulusan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah ini kerana
pendedahan kepada gas ammonia dalam kuantiti yang berlebihan adalah berbahaya kepada
manusia. Sebagai kaedah alternatif, pengilang juga boleh mengawal suhu dan menggunakan
produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti menurunkan suhu persekitaran kepada
kurang daripada 18℃ dan menggunakan bawang putih yang sebenar. Selain itu, penggunaan
minyak biji Neem juga merupakan produk berasaskan tumbuhan yang sangat berkesan dalam
mengawal pembiakan kumbang beras (Entomology and Plant Pathology, 2018). Kaedah
menjemur beras di bawah matahari terik juga boleh mengeluarkan kumbang beras daripada
beras disebabkan oleh peningkatan suhu dan kehilangan kelembapan yang melebihi paras
optimum bagi menampung kamandirian hidup kumbang beras (Solomon, Berg & Martin,
2004).
11
Masalah yang dihadapi dan jalan penyelesaian
Kesimpulan
Sampel beras A iaitu beras biasa yang diperam selama 1 bulan memiliki jumlah
bilangan kumbang beras paling sedikit iaitu 23 dengan min sebanyak 7.66. Sampel beras B
iaitu beras huma yang diperam selama 1 bulan memiliki jumlah bilangan kumbang beras yang
sederhana banyak iaitu 48 dengan min 16. Sampel beras C iaitu beras biasa yang diperam
selama 2 bulan memiliki jumlah bilangan kumbang beras yang paling banyak iaitu 235 dengan
min 78.33.
Dalam eksperimen 1, jenis beras berbeza mempunyai bilangan kutu beras yang
berbeza dan dapat diperhatikan bahawa sampel beras B (beras huma) mempunyai bilangan
populasi kumbang beras yang lebih banyak berbanding sampel beras A (beras biasa).
Dalam eksperimen 2, sampel beras C (diperam 2 bulan) mempunyai bilangan kutu beras
yang lebih banyak berbanding dalam sampel beras A (diperam 1 bulan).
Oleh itu, populasi kumbang beras akan bertambah sekiranya suhu persekitaran
berada pada suhu optimum, kumbang mendapat akses kepada nutrien yang mencukupi
seperti beras huma yang tinggi kandungan kanji (kaya dengan karbohidrat), dan diperam
dalam tempoh masa yang panjang.
12
Rujukan
Kamaludin A. Rashid. (2012). College Biology. (Edisi Pertama). Shah Alam. IPTA
Publications Sdn. Bhd.
Solomon, E. P., Berg, L., & Martin, D. W. (2004). Biology. Boston, MA: Cengage Learning
Wong, T.C., Teh, L.H. & Hasimah Azit. (2012). Biologi Tingkatan 5. Selangor. IMS Books
Trading Sdn. Bhd.
13