Anda di halaman 1dari 6

Tajuk

Ujian-ujian makmal untuk air

Tujuan
Untuk mengkaji kualiti air melalui analisis warna, rasa, bau, suhu, kekeruhan, dan pH air.

Hipotesis
Air longkang lebih tercemar berbanding air sungai

Bahan dan Radas


Tiga sampel air daripada pelbagai sumber, termometer, pH meter, cetakan Ceper Sacchi
(printed Sacchi DIsc), bikar, silinder penyukat, botol air berisi air suling dan kertas tisu
pengelap, penunu Bunsen, botol bermulut sempit dan gabus.

Pengenalan
Pencemaran air berlaku apabila kualiti air merosot disebabkan oleh pencemaran
bahan kimia berbahaya. Air dikatakan tercemar apabila tidak sesuai untuk digunakan
mengikut fungsinya yang tertentu. Pencemaran air boleh berlaku dalam dua cara iaitu
fenomena alam dan kesan aktiviti manusia.
Gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut taufan, el nino, la nina, dan banjir
merupakan antara fenomena alam semulajadi yang menyebabkan pencemaran air yang
signifikan.
Selain itu, pencemaran air juga disebabkan oleh aktiviti manusia seperti perindustrian,
kegiatan domestik, perlombongan, pertanian, dan perikanan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan
sahaja mencemarkan air melalui pelepasan sisa toksik berbentuk cecair, tetapi juga sisa-sisa
berbentuk pepejal yang mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik. Sisa-sisa organik
daripada sistem kumbahan juga menyebabkan peningkatan keperluan oksigen biokimia
(BOD) air. Peningkatan aras BOD bermaksud kandungan oksigen terlarut dalam air berada
pada paras rendah daripada normal sehingga hidupan akuatik kekurangan oksigen untuk
berespirasi.
Kualiti air ditentukan dengan menganalisis sifat fizikal seperti perubahan bau, rasa,
warna, kekeruhan, dan suhu; dan sifat kimia seperti nilai pH air.
Berikut merupakan parameter fizikal bau, rasa, warna, suhu, dan kekeruhan yang
digunakan untuk menentukan kualiti air.
a. Bau
Air yang berbau, selain tidak estetis juga tidak disukai oleh masyarakat. Bau air dapat
memberi petunjuk terhadap kualitas air, misalnya bau amis dapat disebabkan oleh adanya
algae dalam air tersebut. Berdasarkan Keputusan Menteri Kesehatan RI Nomor
907/MENKES/SK/VII/2002, diketahui bahwa syarat air minum yang dapat dikonsumsi
manusia adalah tidak berbau.
b. Warna
Air yang bersih adalah tidak berwarna. Air yang berwarna menunjukkan bahawa
kemungkinan terdapat cairan kimia dan mikroorganisme berwarna dalam air. Ini menghalang
penembusan cahaya matahari ke dalam air untuk membantu proses fotosintesis oleh
tumbuhan akuatik. Berikut merupakan ramalan kandungan air yang memiliki warna berbeza:

Warna Kandungan
Kemerahan Oksida besi
Keperangan atau
Oksida mangan
kehitaman
Kehijauan Kalsium karbonat
Bahan-bahan organik (tannin, lignin, asid humus daripada
Keperangan
pereputan tumbuhan)

c. Rasa
Air minum biasanya tidak mempunyai rasa (tawar). Air yang memiliki rasa
menunjukkan kehadiran zat terlarut yang boleh membahayakan kesihatan.
d. Suhu
Ujian suhu membantu menentukan kadar tindak balas biokimia dalam persekitaran
akuatik dan sememangnya sama ada ia dapat berlaku sama sekali. Jika suhu air terlalu tinggi,
ini dapat mengehadkan keupayaan air untuk memegang oksigen dan mengurangkan kapasiti
organisma untuk menentang pencemar tertentu.
e. Kekeruhan
Kekeruhan adalah proses mengukur jumlah bahan terampai dalam air, atau lebih
ringkas, betapa jelasnya air itu. Jika air berada pada tahap kekeruhan yang tinggi, proses
fotosintesis tumbuhan akuatik akan terjejas kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi
air. Oleh itu, terdapat kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam air kerana tidak ditukarkan
kepada oksigen, Ini mengganggu respirasi organisma-organisma akuatik lain.
Parameter kimia yang digunakan untuk mengukur kualiti air adalah nilai pH. Nilai pH
digunakan untuk menentukan kadar asid/bes dalam air. Kebanyakkan organisma akuatik
hanya dapat bertahan dalam lingkungan pH 6 hingga 8. Kepekatan ion hidrogen dalam air
bersih yang neutral adalah 10-7 g/l. Julat pH adalah antara skala 0 hingga 14. Klasifikasi nilai
pH adalah seperti yang berikut :
 pH = 7 menunjukkan keadaan neutral
 0 < pH < 7 menunjukkan keadaan berasid
 7 < pH < 14 menunjukkan keadaan bes (alkali)
Air minuman yang terbaik adalah bersifat neutral dan tidak bersifat asid atau bes untuk
mencegah pelarutan bahan berbahaya seperti logam berat dan sebagainya. Nilai pH piawai
untuk air minuman adalah pada julat 6.5 hingga 8.5 sahaja. Pengukuran pH penting untuk
mengetahui keadaan larutan dan kecenderungan tindak balas kimia yang terjadi antara air
dan bahan terlarut pencemar.

Susunan radas
Prosedur

i) Warna
1. Warna sampel air A dibandingkan dengan air suling dan diperhatikan menggunakan
mata kasar.
2. Keputusan direkodkan ke dalam jadual.
3. Langkah 1 hingga 2 diulang dengan menggantikan sampel air A dengan sampel air B
dan C.
ii) Bau
1. 40ml sampel air A dimasukkan ke dalam botol bermulut sempit dan ditutup
menggunakan gabus.
2. Botol dipanaskan dalam kukus air 40℃ selama beberapa minit.
3. Botol dikeluarkan daripada kukus air dan gabus dibuka.
4. Bau gas yang keluar daripada botol direkodkan ke dalam jadual.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggantikan sampel air A dengan sampel air B.
iii) Suhu
1. 50ml sampel air dimasukkan ke dalam bikar.
2. Suhu sampel air diambil menggunakan termometer.
3. Keputusan direkodkan ke dalam jadual.
4. Langkah 1
iv) Kekeruhan
1. Cetakan Ceper Sacchi diletakkan pada dasar silinder penyukat
2. Sampel air A dimasukkan secara perlahan-lahan sehingga cetakan Ceper Sacchi
pada dasar silinder penyukat tidak kelihatan.
3. Isipadu air direkodkan ke dalam jadual.
4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggantikan sampel air A dengan sampel air B
dan C.
v) pH
1. 50ml sampel air A dimasukkan ke dalam bikar.
2. Meter pH dikalibrasi menggunakan larutan buffer
3. Meter pH dipindahkan ke dalam bikar berisi sampel air A.
4. Bacaan pada meter pH direkodkan ke dalam jadual.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang dangan menggantikan sampel air A dengan sampel air B
dan C.
vi) Rasa
1. Rasa sampel air A, B dan C diramalkan menurut nilai pH air.
2. Ramalan direkodkan ke dalam jadual.
Keputusan

Ujian Sampel A Sampel B Sampel C


Warna

Bau

Rasa (ramalan)

Suhu

Kekeruhan

pH

Jadual 1
Kesimpulan

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Rujukan

Beckett, B. S. (1986). Biology: A modern introduction. New York, NY: Oxford University Press,
USA.

Solomon, E. P., Berg, L., & Martin, D. W. (2004). Biology. Boston, MA: Cengage Learning

Anda mungkin juga menyukai