Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH KERAJAAN ABASSIYAH (750-1258M)

PENGASAS KERAJAAN BANI ABBASIYYAH


 Beliau ialah Abdullah bin Muhammad dan lebih terkenal dengan gelaran Abu al-Abbas as-Saffah,lahir
di wilayah al-Hamimah tahun 104 Hijrah.

 Dilantik menjadi Khalifah ‘Abbasiah yang pertama ketika berlakunya serangan tentera Abu Muslim
yang bergerak mara dari Khurasan untuk merampas kuasa dari kerajaan Umaiyah.Sebelum dilantik
menjadi Khalifah beliau telah diserahkan memimpin kaum ‘Abbasiah oleh Ibrahim bin Muhammad
yang telah ditahan di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri.

 Beliau adalah seorang yang gagah berani,kuat ingatan dan bersikap keras terhadap kaum Bani
Umaiyah,saangat suka berperang hingga digelar as-Saffah yang bererti penumpah darah.

 Dalam masa memegang teraju pemerintahan,beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat
menjalinkan tindakan-tindakan keras terhadap orang-orang yang menjadi musuhnya terutama kaum
Bani Umaiyah.

 Mereka diburu dan dikejar dengan hebatnya di mana-mana sahaja mereka berada.Tindakan seperti
itu juga dijalankan terhadap orang-orang yang telah berjasa besar dalam gerakan mendirikan
kerajaan ‘Abbasiah dahulu termasuklah Abu Salmah al-Khalali,kerana dicuriga memindahkan
pemerintahan kepada keluarga Saiydina Ali dari kaum Syiah.

PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH


 Pusat pemerintahan kerajaan bani ABBASIYYAH pada permulaannya terpecah kepada tiga bahagian
iaitu kufah di iraq, humaimah di syria, dan akhir skali baghdad di, iraq

1
 Ketiga-tiga pusat ini memainkan peranan penting dalam kejayaan bani ABBASIYYAH menjatuhkan
kerajaan bani Umayyah

 Di Kufah, ia diketuai oleh abu abbas al-saffah, beliau memimpin golongan mawali iaitu orang islam
yang bukan berketurunan arab (parsi, barbar, turki) untuk melakukan pemberontakan terhadap
khalifah bani umayyah.

 Semasa pemerintahan khalifah kedua bani ABBASIYYAH " iaitu ABU JAAFAR AL-MANSYUR" pusat
pemerintahan kerajaan Bani ABBASIYYAH berpindah dari Kufah, Iraq ke Humaimah, Syria.

 Kemudian, Khalifah JAAFAR AL-MANSYUR, memindahkan skali lagi pusat pemerintahan dari
Humaimah, syria ke kota Baghdad, Iraq.

CORAK PEMERINTAHAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH


 Mengekalkan pemerintahan bercorak khalifah yang diwarisi oleh satu keturunan sahaja iaitu dari
keturunan Abu Abbas-as saffah pengasas kerajaan bani ABBASIYYAH

ANTARA KHALIFAH KERAJAAN ABBASIYYAH


Khalifah Biodata Sumbangan
Abu al-Abbas - Khalifah yang pertama - Mengasaskan Kerajaan
Abdullah as-Saffah - Tempoh pemerintahan: 4 tahun 9 Abbasiyyah
bulan - Menghapuskan
- Tarikh: 132-136 Hijrah (750-754 pemberontakan
Masihi)
Abu Jaafar al- - Beliau ialah saudara kandung as- - Kota Baghdad sebagai ibu
Mansur Saffah kota
- Tempoh pemerintahan: 22 tahun (136- - Memperbaiki system cukai
158 Hijrah bersamaan 754-775 - Membuat saliran
Masihi) - Menyediakan pasar-pasar
Harun al-Rasyid - Khalifah Abbasiyyah yang paling - Menghasilkan kitab al-kharaj
warak dan terkenal - Mewujudkan jawatan Ketua
- Memerintah selama 23 tahun satu Hakim
setengah bulan (170-192 Hijrah - Menubuhkan Baitul Hikmah,
bersamaan 786-8809) pusat pengembangan ilmu
pengetahuan
- Kota Baghdad sebagai pusat
perdagangan, ilmu
pengetahuan dan
kebudayaan
terkemuka
Al-Makmun - Namanya ialah Abdullah Abu al- - Menggiatkan usaha
Abbas al-Makmun Putera Harun al- menterjemahkan pelbagai
Rasyid bidang ilmu
- Menjadi khalifah selama 20 tahun - Menyediakan biasiswa
(198-218 Hijrah bersamaan 813-833 kepada pelajar-pelajar
Masihi) cemerlang

2
Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah

SUMBANGAN KERAJAAN ISLAM ZAMAN BANI ABBASIYYAH


 Mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 9 masihi. Sewaktu pemerintahan khalifah HARUN
AL-RASHID dan anaknya yang bernama AL-MAKMUM ( 786-833M).

 Pada masa tersebut, kegiatan ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui kegiatan
penulisan dan penterjemahan.

 Kota baghdad telah muncul sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual islam hasil
kajian daripada karya-karya Yunani, Rom, Parsi, dan Tamadun indus.

 Pelbagai tokoh dalam bidang ilmu pengetahuan dalam bidang PENULISAN dan PENTERJEMAHAN
telah muncul.

 Dalam bidang penulisan dilakukan mengikut tiga cara:

1. Mencatat segala percakapan dan idea


2. Mengumpul idea yang serupa dan dibukukan
3. Mengarang dan menterjemahkan buku

 Pada masa ini sebuah intitusi ilmu pengetahuan yang dikenali sebagai BAITUL-HIKMAH telah dibina
dibaghdad

 Intitusi tersebut menjadi pusat pengumpulan ilmu pengetahuna para cendekiawan islam dari bidang
agama. sejarah, dan ilmu-ilmu keduniaan seperti perubatan, matematik, dan sains.

ZAMAN KERUNTUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH


 Bermula semasa pemerintahan khalifah yang ke 9 iaitu al-wasith tahun 840M. Beliau gagal
melakukan perubahan dalam pentadbiran yang terus dikuasai oleh orang Turki.

 Khalifah ABBASIYYAH terus dikuasai oleh orang turki dan parsi, mereka yang berbangsa arab semakin
dipinggirkan

 Menjelang kurun ke 9 juga berlaku perpecahan dalam kerajaan bani ABBASIYYAH. perpecahan ini
adalah akibat dari timbulnya pelbagai fahaman dalam islam seperti syiah, muktazilah, yang gagal
dikawal oleh khalifah ABBASIYYAH.

 Kesannya beberapa wilayah kekuasaan bani ABBASIYYAH telah memisahkan pentadbiran mereka dari
kekuasaan khalifah. ini berlaku kerana mereka tidak mahu tunduk kepada khalifah ABBASIYYAH yang
terlalu mengikut telunjuk orang parsi dan turki.

 Kemuncak kejatuhan kerajaan bani ABBASIYYAH adalah pada tahun 1258m, semasa dibawah
pemerintahan khalifah al-mu’ tasim. Pada masa ini seorang menteri yang bernama umaiyuddin
muhammad al-qami (seorang syi’ah) telah berlaku khianat. dan akhirnya tentera monggol dibawah
pimpinan Hulaghu khan berjaya memusnahkan bagdad.

3
Kemusnahan yang berlaku kepada Baghdad semasa berlakunya serangan Mongol pada tahun 1258
tiada tolok bandingnya. Tidak pernah terjadi di dalam pengalaman umat Islam, kehancurannya
menyamai apa yang Baghdad alami ketika itu, hingga menguji umat Islam, bagaimanakah mereka
melihat peristiwa itu dan merumuskannya (Ahsan 1966).

Ibn al-Athir di dalam catatannya berkenaan hal ini di dalam al-Kamil fi al-Tarikh telah berkata:

“Selama bertahun-tahun, aku mendiamkan diri daripada menyebut tentang hal ini. Aku dapati ia
terlalu mengerikan, jijik dan mengganggu fikiranku.Siapakah yang mungkin berasa mudah untuk
menceritakan tentang kemusnahan Islam dan Muslim? … Oh, alangkah baiknya ibuku tidak
melahirkan aku, atau aku mati sebelum ini dan terus dilupakan! Laporan ini meliputi cerita
berkenaan dengan… bencana begitu besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menggemparkan
seluruh dunia, dan Muslim terutamanya. Jika ada yang mengatakan bahawa semenjak hari pertama
Tuhan mencipta manusia mereka tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini, sesungguhnya
dia telah berkata benar. Dan semenjak hari ini hingga ke saat akhir kehidupan di dunia ini, tidak
mungkin dunia akan menyaksikan sesuatu sepertinya” (Spuler 1988)