Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016

1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS (Amni)

-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum……… Salam sejahtera


dan Salam Satu MalaysIa,

-Yang berusaha Tn.Hj Muhammaed Noor bin Ibrahim, Guru Besar SK


Bandar Putra,
-Yang dihormati Puan Intan Junizah bt Abd Hamed, GPK Pentadbiran,
Pn Norliza bt Ahmad GPK Hal Ehwal Murid, Puan Azizah bt Mohd
Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,guru-guru, dan rakan-rakan
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra sekalian.

Kami, Nur Amni bt __________________ dari kelas 6 Arif, dan Wan


Nuraishah bt Meor Azmi ,dari kelas 4 Arif adalah pengacara pada
majlis ini.

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi


di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan
Majlis Pelancaran PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA pada
hari ini. Untuk pengetahuan semua, program KEM MEMBACA 1
MALAYSIA ini dilancarkan serentak 1 Malaysia . Ucapan terima kasih
juga kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada Pusat Sumber dan pihak sekolah. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Untuk makluman semua, matlamat majlis KEM MEMBACA 1


MALAYSIA ini diadakan, adalah kesinambungan Pelancaran Program
NILAM pada bulan Februari yang lalu. Semoga minda rakan-rakan
tentang kepentingan membaca tidak hilang dan luntur dek peredaran
masa..Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada rakan-rakan
untuk menyertai pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang Kem
Membaca 1 Malaysia ini diadakan.

2. Bacaan doa,( wan Nuraishah)

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh saudara Najmi Hakim b. Mohd Najib dari
kelas 5 Arif. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Najmi Hakim bin Mohd Najib atas bacaan doa itu tadi.
3. Ucapan Guru Besar dan perasmian (Amni)

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Tn.Hj Muhammed


Noor bin Ibrahim untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Pelancaran KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhammed Noor bin


Ibrahim atas kesudian merasmikan Majlis Pelancaran KEM
MEMBACA 1 MALAYSIA 2016. Terima kasih tuan.

Kita teruskan majlis dengan menyaksikan GImik Pelancaran KEM


MEMBACA 1 MALYSIA 2016. Untuk melaksanakan Gimik ini,
dijemput sekali lagi, Tuan guru besar untuk membacakan sebuah buku
cerita (Giant Book) kepada murid-murid SK Bandar Putra. Sesi soal
jawab pula akan diadakan selepas itu di mana, rakan-rakan yang dapat
menjawab soalan akan menerima cenderamata. Dipersilakan. Tn. Guru
Besar.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj Muhammed Noor bin Ibrahim


atas kesudian melancarkan gimik Pelancaran KEM MEMBACA 1
MALAYSIA sebentar tadi. Terima kasih sekali lagi.
4. Persembahan (Aishah)

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Marilah sama-sama kita saksikan dua persembahan yang akan


disampaikan oleh rakan-rakan kita.

Persembahan pertama, adalah persembahan deklamasi sajak yang akan


disampaikan oleh Wan Nuraina Husna bt Wan Harun dari kelas 4 Arif.
Dipersilakan.

Terima kasih, Wan Nuraina Husna.

Seterusnya, marilah kita mendengar pula seuntai pantun yang akan


disampaikan oleh _________________________________ dari kelas 5
Arif. Dipersilakan.

Terima kasih, ____________________________ atas kesudian


melafazkan rangkap-rangkap pantun nasihat yang sungguh dalam
maknanya. Terima kasih sekali lagi.
5. Penyampaian sijil (Amni)

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan


berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan seperti melalui pembacaan buku-buku .
Oleh itu, murid-murid yang banyak membaca sepatutnya diberi
penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat kepada
rakan-rakan yang lain untuk terus meminjam dan membaca buku dalam
mengejar ilmu dan cita-cita.

-Hadirin sekalian

- Majlis mempersilakan Pn. Intan Junizah bt Abd Hamed, Guru


Penolong Kanan Pentadbiran,mengiringi Tuan HJ Muhammed Noor bin
Ibrahim Guru Besar SK Bandar Putra tampil ke hadapan pentas untuk
menyempurnakan penyampaian sijil. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

- Dijemput peminjam buku terbanyak bagi bulan Februari 2016


o –
o –
o –

- Seterusnya dijemput peminjam buku terbanyak bagi bulan Mac


2016
-
o –
o –
o –
o –
o –
Terima kasih diucapkan kepada Puan Intan Junizah dan Tn.Hj.
Muhammed Noor bin Ibrahim kerana sudi menyampaikan sijil-sijil .

6. Penutup. (Aishah)

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.Semoga program yang


dirancang ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, Wassalamualaikum………….

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai