Anda di halaman 1dari 9

persekolahan mereka.

Juga kebanyakan daripada mereka secara fizikalnya hadir ke

sekolah tetapi dengan pemikiran yang kosong, mereka ini gagal menggunakan

peluang dan pengalaman yang disediakan dalam pembelajaran(Kid Source online,

1993).

Tambahan pula dengan pemikiran hanya untuk cemerlang didalam

peperiksaan akan mempunyai masa depan yang cerah, mendorong murid hanya

menumpukan perhatian di dalam mata pelajaran akademik . Mata pelajaran yang lain

seperti seni, sivik, pendidikan jasmani dan lain-lain yang tidak terdapat di dalam

peperiksaan awam diabaikan kepentingannya.

Bagi mata pelajaran pendidikan jasmani, matlamat yang diingin dicapai

adalah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan

amalan kecergasan. Mata pelajaran pendidikan jasmani menekankan gaya hidup

yang sihat dan aktif seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan JASMANI berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berterampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (Sukatan Pelajaran

Rendah dan Menengah: Pendidikan Jasmani, 1999)

2
1.1 Latar Belakang Kajian

Mengikut (Mc Collum & Blair) di dalam buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani

oleh Mohd Sofian (2006), ”Kita percaya apa yang akan dipelajari bukanlah

sebahagian latihan sahaja, tetapi disesuaikan kepada pelajar yang tertentu, tugasan

atau latihan yang tertentu, juga ada keseimbangan antara sokongan dan cabaran yang

disediakan”. Oleh sebab itu pelajar di dalam kelas pendidikan jasmani bukan sahaja

terdiri daripada pelajar yang berkebolehan semulajadi dalam kemahiran motor juga

pelbagai tahap kemahiran dan kemampuan mereka. Ada antaranya yang terdiri

daripada golongan kurang upaya, lemah dan tidak berkemahiran, kurang keyakinan

diri, tahap sosio ekonomi yang rendah, datang dari budaya dan bangsa yang

berlainan, juga berlainan jantina. Maka golongan ini perlu diberi tumpuan bagi

mengenal pasti masalah mereka dan memberi keyakinan diri serta memotivasikan

mereka.

Guru secara menyeluruh perlu bersikap lebih terbuka dan berpandangan luas,

sentiasa mengemas kini pengetahuan yang sedia ada serta berupaya dalam

memberikan penekanan terhadap objektif psikomotor, kognitif dan afektif pelajar

dalam meningkatkan keyakinan diri serta memotivasikan mereka dalam

pembelajaran. Motivasi mengikut Rink (2002) merupakan salah satu aspek yang

kritikal dan penting dalam pembelajaran kerana pembelajaran adalah satu proses

yang aktif. Setiap orang mesti terlibat dalam proses yang berlaku bagi memastikan

pembelajaran itu wujud dan untuk memastikan pelajar itu tahu bahawa pembelajaran

itu adalah sesuatu yang bermakna. Kekurangan kejayaan akan mengurangkan

motivasi, perhatian kepada sesuatu aktiviti dan sebarang potensi pembelajaran itu

adalah penting dalam kehidupan.

3
Justeru, sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah

penting. Ini adalah kerana sikap mereka akan menjejaskan proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani. Jadi, saya menjalankan kajian mengenai sikap

murid terhadap Pendidikan Jasmani ini diharap dapat mengenal pasti sikap mereka

terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan seterusnya mencari faktor utama

yang mempengaruhi sikap mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

1.2 Pernyataan Masalah

Pendidikan Jasmani adalah satu perkara yang mencuba mendidik kanak-kanak

melalui pendekatan aktiviti. Perkara ini menitikberatkan penyertaan murid-murid

dalam kegiatan-kegiatan jasmani yang dirancangkan dalam pelajaran-pelajaran

Pendidikan Jasmani. Oleh kerana demikian pendekatannya, sekolah-sekolah

mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kelengkapan yang minimun dan

mencukupi untuk membenarkan guru-guru melaksanakan pelajaran dengan berkesan

dan memuaskan. Begitu juga, murid-murid akan menikmati kepuasan dan faedah-

faedah daripada pelajaran yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang

mencukupi. Kekurangan alatan akan mengurangkan minat murid terhadap mata

pelajaran Pendidikan Jasmani.

Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, beliau haruslah menunjukkan

kesungguhan dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Guru Pendidikan

Jasmani harus mempunyai minat dalam bidang Pendidikan Jasmani, sentiasa aktif

dalam kegiatan-kegiatan sukan, mempunyai kemahiran-kemahiran asas dalam

pelbagai sukan dan permainan, bersikap positif, selalu memajukan diri dan seorang

4
yang sabar dan cenderung dalam mengajar kanak-kanak. Jika guru Pendidikan

Jasmani tidak mempunyai kesungguhan dalam mengajar mata pelajaran pendidikan

jasmani, contohnya tidka memakai pakaian sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani

dijalankan, maka minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani akan

kurang. Jadi, guru mampu menjejaskan minat pelajar terhadap mata pelajaran

Pendidikan Jasmani.

Lazimnya bagi sekolah sesi pagi pelajaran Pendidikan Jasmani dijadualkan

pada waktu-waktu yang awal dan bagi sekolah sesi petang sebaliknya. Peraturan ini

adalah pengetahuan umum dan tidak patut dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Keadaan iklim Negara kita yang memaksa susunan yang demikian. Tetapi juga

berlaku susunan jadual waktu yang kurang sesuai di sekolah. Waktu Pendidikan

Jasmani yang disusun pada waktu tengah hari akan menjejaskan proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ini adalah kerana waktu tengah hari adalah

waktu yang paling panas. Pelajar akan berasa kurang selesa jika Pendidikan Jasmani

diajar pada waktu ersebut. Seterusnya menjejaskan minat mereka terhadap mata

pelajaran Pendidikan Jasmani.

Pendidikan Jasmani memberi banyak faedah kepada murid, tetapi ada juga di

kalangan murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Ini berlaku adalah kerana mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini tidak ada

peperiksaan, markah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak akan direkod.

Justeru, kebanyak murid tidak begitu mementingkan serta berminat terhadap mata

pelajaran Pendidikan Jasmani ini. Mereka lebih mementingkan kepada akademik

yang akan diberi gred.

Pendidik mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak memainkan peranan di dalam

mendidik pelajar dan memotivasikan pelajar yang menyebabkan pelajar tidak minat

5
beriadah(Virgilio, 1997). Kajian ini dilakukan di Amerika Syarikat. Berikut adalah

beberapa contoh amalan tersebut:

 Membosankan, ulangan, latih-tubi aktiviti kecergasan ( lari sekeliling padang

setiap kelas)

 Beriadah berkumpulan

 Permintaan yang tidak fleksibel

 Kadar aktiviti yang rendah di dalam kelas

 Penggunaan teknik pengajaran langsung secara berterusan

 Peralatan yang digunakan dalam keadaan yang tidak elok

 Guru yang tidak bermotivasi

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan

Jasmani di kalangan murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis dari segi

aspek sikap guru dan metodologi guru serta aspek utama yang mempengaruhinya.

Kajian ini akan memberi kepentingan kepada pelbagai pihak, antara

kepentingannya adalah seperti berikut:

1. Dapatan kajian ini dapat memberi gambaran kepada guru Pendidikan Jasmani

di Sekolah Kebangsaan Jejawi, Jejawi, Perlis tentang minat murid tahun 5

terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dari aspek sikap guru dan

metodologi guru.

6
2. Melalui dapatan kajian ini, kita dapat mengenal pasti aspek utama yang

mempengaruhi minat murid tahun 5 terhadap mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan seterusnya melihat sama ada faktor jantina dan faktor keturunan

dapat mempengaruhi dapatan atau tidak.

Pendidikan Jasmani bertujuan melahirkan kewarganegaraan yang berkesan

dan

kecekapan kemasyarakatan. Jika pelajar berminat terhadap mata pelajaran

Pendidikan Jasmani, maka tujuan untuk melahirkan kewarganegaraan yang berkesan

dan kecekapan kemasyarakatan boleh dicapai.

1.4 Objektif Kajian

Dalam menjalankan satu kajian, mesti mempunyai beberapa objektif yang ingin

dicapai. Kajian yang akan saya jalankan ini juga tidak dikecualikan, kajian saya

mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai, antaranya adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti sikap murid tehadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani di

kalangan murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis dari aspek

sikap guru dan metodologi guru.

2. Membandingkan sikap di antara murid perempun dan murid lelaki tahun 5 di

Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis terhadap mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dari aspek sikap guru dan metodologi guru .

7
3. Mengenal pasti aspek utama yang mempengaruhi sikap murid tahun 5 di

Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis terhadap mata pelajaran Pendidikan

Jasmani.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan, terdapat beberapa persoalan yang perlu

dijawab, antaranya adalah seperti berikut:

1. Adakah terdapat perbezaan diantara sikap lelaki dan perempuan tahun 5 yang

lain keturunannya terhadap pendidikan jasmani?

2. Adakah terdapat perbezaan sikap murid terhadap pendidikan jasmani melalui

persepsi mereka terhadap sikap guru?

3. Adakah terdapat perbezaan sikap murid terhadap pendidikan jasmani melalui

persepsi mereka terhadap metodologi yang digunakan oleh guru?

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Perlis iaitu Sekolah

Kebangsaan Jejawi, Perlis. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang akan saya

jalankan pratikum fasa 2 pada 11 Ogos 2008 hingga 26 September 2008. Justeru,

untuk memudahkan mendapatkan dapatan kajian saya, saya memilih sekolah

tersebut.

8
Berikut merupakan sekolah yang akan saya jalankan kajian, tarikh saya

jalankan kajian serta sampel pilihan bagi kajian saya:

Sekolah yang dipilih : Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis.

Tarikh : Dalam tempoh 11 Ogos 2008 hingga 26

September 2008.

Sampel kajian : 60 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan

Jejawi Perlis.

Sampel bagi kajian ini adalah murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jejawi

yang berumur 11 tahun. Jumlah bagi murid tahun 5 adalah seramai 100 orang.

Sampel bagi kajian saya ialah 60 orang, ia terdiri daripada 27 murid lelaki dan 33

murid perempuan. Saya memilih murid tahun 5 adalah kerana murid pada tahun 5

boleh memahami soalan yang akan saya soalkan dalam soal selidik saya. Jadi, untuk

memudahkan saya mendapatkan data, saya memilih murid tahap 2 iaitu tahun 5.

Saya akan mengedarkan borang soal selidik kepada semua murid tahun 5 dan minta

mereka menjawab dengan jujur dalam sehari. Saya akan membuat kajian ini dalam

tempoh masa pratikum saya iaitu 11 Ogos 2008 hingga 26 September 2008.

Dapatan kajian ini hanya khusus kepada Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis

sahaja. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan.

9
1.7 Definisi Operasional

Tajuk kajian saya ialah “Sikap murid tahun 5 terhadap mata pelajaran Pendidikan

Jasmani di Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis dari aspek sikap guru dan metodologi

guru.” Definisi operasional bagi beberapa perkataan dalam tajuk kajian saya adalah

seperti berikut:

Definisi Sikap

Menurut Kamus Dewan & Pustaka edisi ketiga (2002), sikap didefinisikan sebagai,

1. tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh, boleh dirumuskan sebagai sifat fizikal

yang dipamerkan dari segi luaran. 2. Gaya berdiri, bergerak, berpakaian dan

sebagainya. 3. Perbuatan atau pandangan berdasarkan pada sesuatu pendapat, fikiran

dan lain-lain.

Definisi guru

Menurut Kamus Dewan & Pustaka edisi ketiga (2002), guru boleh di definisikan

sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh.

Definisi metodologi

Menurut Kamus Dewan & Pustaka edisi ketiga (2002), ,metodologi boleh di

definisikan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan

dalam sesuatu kegiatan disiplin dan sebagainya.

10

Anda mungkin juga menyukai