Anda di halaman 1dari 4

Formatted: Font: +Headings (Cambria), 12 pt

SJK(T) TUN SAMBANTHAN

ததததத ததத தததத ததததததததத தததததததததததத


JALAN SUNGKAI, 35500 BIDOR,
PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH : ABD0075

TEL/FAKS : 05-4340016
ABD0075@1bestarinet.yes.my

Laporan Program Hari Kantin


SJK(T) TUN SAMBANTHAN, BIDOR, PERAK

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan telah mengadakan Hari Kantin pada
9 September 2016 di Dataran Terbuka sekolah. Majlis Hari Kantin telah dirasmikan
oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, iaitu Datuk Ihsan bin Haji Ramli yang juga
merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah
Kebangsaan Satria Perdana. Majlis Hari Kantin telah dimulakan tepat pada pukul 8.00
pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang. Majlis pada hari tersebut dibuka kepada orang
ramai dan kupon-kupon disediakan untuk melicinkan urus niaga pada hari tersebut.
Semua guru terlibat dalam aktiviti Hari Kantin dengan dibantu oleh para pelajar yang
dipilih oleh guru-guru berkenaan.

Antara program yang telah dijalankan semasa Hari Kantin ialah pesta jualan makanan,
minuman,permainan dan Rumah Hantu . Makanan pelbagai kaum disediakan oleh
para guru dan pelajar seperti nasi lemak, ayam goreng,ubi kentang goring, burger,
jagung rebus dan ais krim. Ada juga gerai yang menjual makanan tradisi pelbagai kaum
seperti lemang, wajik, penganan dan sebagainya. Air batu campur, air tebu, ais yang
dikisar dan air bergas turut dijual di bahagian gerai minuman. Rata-rata para
pengunjung berpuas hati dengan kepelbagaian makanan dan minuman yang dijual
semasa Hari Keusahawanan. Para guru dan pelajar yang berniaga pula tidak menang
tangan sentiasa melayan para pelanggan yang membeli makanan jualan mereka.
Selain itu, terdapat juga 2 permainan yang menarik minat murid. Dengan harga yang
berpatutan, kedai-kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan terutamanya dikalangan
pelajar sekolah dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sambutan paling hebat dilihat
di Rumah Hantu kerana keghairahan pengunjung untuk merasai kejutan yang akan
didalam rumah hantu ini.
Selain itu, pada hari ini juga diadakan program pameran hasil kerja para pelajar
sekolah. Antara hasil kerja yang dipamerkan ialah model sebatang rokok sempena
kempen Tak Nak oleh para pelajar Lukisan dan Teknologi Kejuruteraan. Selain itu,
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya juga telah mempamerkan hasil kerja mereka seperti
carta nilai-nilai murni dan tayangan video tentang aktiviti-aktiviti kelab. Di samping itu,
para pengunjung juga dapat melihat para pelajar melukis batik, kaligrafi dan seni khat
secara langsung di dewan sekolah. Pameran dan foto-foto tentang kejayaan sekolah
turut dipamerkan pada Hari Kantin seperti foto kejayaan Kelab Hoki yang telah
menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan, foto beberapa orang pelajar yang telah
menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan dan sebagainya. Dengan mengadakan
pameran, para pengunjung dapat mengetahui perkembangan dan aktiviti yang telah
dijalankan oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2015. Sebagai serampang dua mata,
pameran yang diadakan juga merupakan promosi bagi pihak sekolah agar para
pengunjung menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah pada- masa
depan. Manakala ibu bapa juga dengan senang hati membenarkan anak-anak mereka
menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Program lain yang diadakan sempena Hari Kantin ialah aktiviti permainan. Sebagai
contohnya rumah hantu yang dijalankan oleh Persatuan Sejarah dan Geografi. Bayaran
yang dikenakan untuk masuk ke rumah hantu adalah sebanyak RM2. Banyak
pengunjung beratur di luar kelas untuk merasai pengalaman seram apabila berada di
dalam rumah hantu. Rata-rata pengunjung menyatakan bahawa mereka berasa
seolah-olah berada di dalam sebuah rumah lama yang penuh dengan hantu-hantu
yang menyeramkan. Selain itu, diadakan juga aktiviti memancing ikan, meneka jumlah
berat kacang, memecahkan belon dan membaling bola ke arah patung. Kanak-kanak
pula mereka boleh bergembira dengan permainan tema yang diadakan di padang
sekolah seperti bermain gelongsor, buaian dan memanjat tali sarang lelabah. Di
samping itu, belon-belon secara percuma turut diedarkan kepada kanak-kanak oleh
badut yang menceriakan suasana pada hari tersebut dengan telatah lucunya ketika
mengusik kanak-kanak. Salah satu aktiviti permainan yang paling mendapat perhatian
para pengunjung ialah menunggang kuda dengan bayaran RM5 selama 20 minit.
Walaupun agak mahal namun aktiviti ini merupakan suatu pengalaman baharu bagi
para pengunjung yang tidak pernah merasai menunggang kuda.
Sebagai acara selingan pada hari tersebut, Kelab Muzik sekolah telah memainkan lagu-
lagu mengikut permintaan para pelajar dan pengunjung. Bayaran yang dikenakan
adalah sebanyak 50 sen untuk sebuah lagu. Banyak pilihan lagu yang ke udara
mengikut permintaan seperti rentak jazz, sentimental, rock, balada dan asli. Para
pelajar paling menyukai aktiviti ini kerana nama pembeli dan penerima lagu disebut
oleh juruhebah yang bertugas. Dalam segmen ini, banyak guru menerima lagu
daripada para pelajar dengan ucapan terima kasih kerana telah membimbing mereka
dalam bidang pelajaran. Hakikatnya, acara ini berjaya memupuk sikap menghargai
guru dalam kalangan pelajar. Sambil melihat program yang lain, para pengunjung
juga memasang telinga untuk mengenal pasti sama ada nama mereka dihadiahkan
lagu atau tidak. Sambutan yang hangat oleh para pelajar menyebabkan sebanyak 600
buah lagu dipasang sepanjang majlis Hari Kantin berlangsung. Sambil menyelam,
minum air, sebenarnya satu per tiga hasil kutipan untuk acara ini akan didermakan
kepada Rumah Anak Yatim Bakti yang terletak bersebelahan dengan sekolah kami.
Secara tidak langsung para pelajar didedahkan dengan sikap masyarakat penyayang
dan bantu-membantu antara satu dengan yang lain.
Akhir kata, Hari Kantin yang dijalankan berjaya mengutip hasil yang melebihi sasaran
yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Keseluruhan kutipan untuk Hari Kantin adalah
sebanyak RM30,000 Pihak sekolah telah menyasarkan kutipan sebanyak RM15,000
Pencapaian ini membanggakan pihak sekolah yang diibaratkan seperti kecil tapak
tangan, nyiru ditadahkan. Para pengunjung yang terdiri daripada masyarakat
setempat merupakan sumber sokongan utama kejayaan pihak sekolah. Walaupun
warga sekolah terpaksa mengorbankan hari Ahad mereka, namun apabila melihat
kejayaan yang diperoleh hati tetap berasa puas. Pengetua mengumumkan bahawa
hari Isnin ialah cuti peristiwa dan warga sekolah bolehlah berehat pada hari tersebut.

Dilaporkan oleh, 20 2016

………………………
(PN.N.SIVABAKIYAVATHI)
Setiausaha Hari Kantin,
Sjk(T) Tun Sambanthan

Anda mungkin juga menyukai