Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 57

ُ ‫ َح ْمدا ً يُ َوا ِفي ِنعَ َمهُ َويُكا َ ِف‬، َ‫ب ال َعاْلَ ِميْن‬
‫ئ‬ ِ ‫ ال َح ْمدُ ِ َّّلِلِ َر‬،‫الر ِحي ِْم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
َ ‫س ْل‬
.‫طاْنِ َك‬ َ ‫َم ِز ْيدَهُ يا َ َربَّنَا لَ َك ال َح ْمدُ َك َما يَ ْنبَ ِغ ْي ِل َجالَ ِل َو ْج ِه َك ال َك ِري ِْم َو‬
ُ ‫ع ِظي ِْم‬
‫يَا هللا يَا َر ْح َمان يَا َر ِحيْم‬
Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan dan naungan-Mu ke atas majlis
perhimpunan kami ini dengan keberkatan dan keredhaan-Mu. Ya Allah, sempena Kemerdekaan
Malaysia ke-57 ini kami mengangkat tangan, demi memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadrat-Mu,
atas nikmat kemerdekaan dan pembangunan yang Engkau kurniakan ke atas negara kami.

Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke atas negara kami, keamanan dan
kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari segala perkara yang boleh mengganggu-gugat
keharmonian dan keutuhan perpaduan, rasa hormat menghormati sesama rakyat yang kami nikmati
ketika ini.

‫الل ُه َّم يَا هللا‬


Engkau padukanlah, Ya Allah, hati kami dengan kasih sayang, jiwa kami dengan rasa penghormatan
dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga kami bersatu, memadu kekuatan, demi membina
kecemerlangan dan memacu kemajuan, rohani dan jasmani sebagai pengisian kemerdekaan ibu
pertiwi tercinta.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu jua, Ya Allah, agar dibimbinglah hati kami dengan hidayah-Mu,
dicucurilah diri kami dengan pandangan rahmat-Mu, dan dibantulah kami dengan sifat Rahim-Mu, agar
kami terus bersatu, dan bersama gerak menuju matlamat yang satu, untuk membina dan
membangunkan watan kami yang merdeka, maju dan berdaya saing, demi mempertahan watan kami
yang berdaulat dan disegani di persada dunia di bawah naungan rahmat dan nikmat-Mu.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami, teguhkanlah hati kami dengan
kesabaran, luruskan tujuan kami dengan kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti dengan
penuh ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah kejayaan, di dunia dan
kebahagiaan di akhirat.

ُ‫صلَّى هللا‬ َ ‫ َو‬.‫ار‬ َ َ‫عذ‬


ِ َّ‫اب الن‬ َ ‫سنَةً َوقِنَا‬ َ ‫اآلخ َرةِ َح‬ ِ ‫سنَةً َوفَي‬ َ ‫َربَّنَا آتِنَا فِي الد ْنيَا َح‬
َ ‫ب ال ِع َّز ِة‬
‫ع َّما‬ ِ ‫س ْب َحانَ َربِ َك َر‬ ُ ، َ‫ص ْح ِب ِه أ َ ْج َم ِع ْين‬
َ ‫علَى آ ِل ِه َو‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّمد َو‬ َ
. َ‫ب ال َعالَ ِم ْين‬ َ ‫علَى ال ُم ْر‬
ِ ‫س ِل ْينَ َوال َح ْمدُ ِ َّّلِلِ َر‬ َ ‫سالَم‬ َ ‫ َو‬، َ‫صفُ ْون‬
ِ َ‫ي‬

Anda mungkin juga menyukai