Anda di halaman 1dari 12

Program Latihan Untuk Guru 2015

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAJUK 1.0 MEMAHAMI PENGATUR CARAAN


A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.
2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam
kehidupan seharian.
3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
tugasan.
4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan.
5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan
sesuatu tugasan.
6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan.
7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital
sedia ada.
8. Menyatakan contoh bahasa pengatur caraan yang digunakan untuk menulis atur
cara komputer.

B. Kandungan Pengajaran

1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.


1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan
dalam atur cara komputer.
1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian.
1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk
melakukan tugasan.
1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi
sesuatu peralatan digital.
1.6 Menyatakan bahasa pengatur caraan yang digunakan untuk menulis atur cara
komputer.

1.1 MENYENARAIKAN KEGUNAAN ATUR CARA KOMPUTER DALAM


PERKAKASAN HARIAN

Atur cara komputer merupakan satu siri arahan langkah demi langkah yang
memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Arahan ini diberi untuk melaksanakan
sesuatu tugas seperti pengiraan, perbandingan dan sebagainya. Sesuatu atur cara

1 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

dapat dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengatur caraan. Antara contoh bahasa
pengatur caraan ialah JAVA Script, Visual Basic, HTML dan Action Script seperti dalam
Jadual 1.1.1.

Ikon Nama Bahasa Pengatur cara

JAVA Script

MS Visual Basic

HTML (Hypertext Markup Language)

Action Script

Jadual 1.1.1: Ikon dan Nama Bahasa Pengatur caraan

Atur cara ditulis oleh pengatur cara (programmer) dengan menggunakan bahasa
pengatur caraan. Kerjaya pengatur cara ini adalah sangat mencabar namun boleh
memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengatur cara yang terkenal di dunia ialah Bill
Gates dan Steve Jobs. Antara aplikasi yang dibangunkan oleh pengatur cara
termasuklah permainan komputer seperti Angry Bird, Candy Crush dan Talking Tom.

Selain itu, pengatur cara juga boleh menghasilkan pelbagai bahan multimedia kreatif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh bahan multimedia yang
dihasilkan termasuklah teaching courseware, VLE Frog dan i-Think.

1.2 MEMBUAT PERKAITAN ANTARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN


DENGAN SATU SET ARAHAN DALAM ATUR CARA KOMPUTER

Atur cara komputer adalah satu set arahan tertib yang mengarahkan komputer
melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan
bahasa pengatur caraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai
pengatur caraan komputer.

2 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

Dalam kehidupan seharian kita melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pakaian
menggunakan mesin basuh, menggunakan lif dan menggunakan ketuhar gelombang
mikro untuk memasak. Setiap aktiviti ini mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti
supaya mencapai hasilnya. Sebenarnya langkah-langkah ini merupakan satu set
arahan dalam atur cara komputer.

a) Perkaitan langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam


atur cara komputer.

Situasi: Ahmad ingin menziarahi rakannya yang sakit di sebuah hospital. Untuk
mencapai matlamat ini, dia perlu mengikut langkah-langkah yang tertib seperti yang
ditunjukkan dalam Contoh 1 di bawah.

Contoh 1:
Menaiki bas yang menuju ke hospital
Membayar tambang
Tiba di hospital
Turun dari bas
Berjalan menuju ke lif hospital
Menekan butang naik ke atas Atur cara komputer lif
Tunggu pintu lif terbuka
Masuk ke dalam lif
Menekan butang ke tingkat lima
Menekan butang tutup pintu lif
Tunggu pintu lif tertutup Atur cara komputer lif
Sampai di tingkat lima
Tunggu pintu lif terbuka
Keluar dari lif

Jika diteliti langkah-langkah yang dilakukan oleh Ahmad, didapati Ahmad mencapai
matlamatnya dengan bantuan atur cara komputer seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
1.2.1. Jadual ini menunjukkan perbandingan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan
set arahan dalam atur cara komputer.

Langkah-langkah aktiviti harian Set arahan atur cara komputer

3 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

Berjalan menuju ke lif hospital Menerima input daripada pengguna


(cth: untuk naik ke atas)
Menekan butang naik ke atas
Pintu lif terbuka seketika
Tunggu pintu lif terbuka
Pintu lif tertutup
Masuk ke dalam lif
Menerima input daripada pengguna
Menekan butang ke tingkat lima (cth: tingkat 5)
Menekan butang tutup pintu lif Lif sampai di tingkat lima
Tunggu pintu lif tertutup Pintu lif terbuka seketika
Sampai di tingkat lima Pintu lif tertutup
Tunggu pintu lif terbuka
Keluar dari lif

Jadual 1.2.1: Perbandingan langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan atur cara

1.3 MENULIS BEBERAPA SET ARAHAN YANG MENGGAMBARKAN AKTIVITI


HARIAN

Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan, iaitu
langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini mempunyai persamaan dengan set
arahan dalam atur cara komputer.

Cuba teliti aktiviti harian yang dilakukan oleh guru, sebelum guru masuk ke dalam bilik
darjah, guru telah membuat banyak persediaan mengikut langkah-langkah yang tertib.
Langkah-langkah ini perlu supaya objektif Pembelajaran dan Pengajaran tercapai.
Begitu juga dengan langkah-langkah persediaan memulakan permainan bola jaring.
Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam Contoh 2 dan Contoh 3 di bawah.

Contoh 2:
Situasi: Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan


Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
Memilih pedagogi yang sesuai
Menyediakan bahan bantu belajar

4 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

Memastikan bahan bantu belajar berfungsi


Masuk ke dalam kelas
Memastikan kelas kondusif untuk PdP
Menjalankan sesi PdP
Membuat penilaian formatif
Refleksi PdP

Contoh 3:
Situasi: Permainan bola jaring

Murid bersedia dengan pakaian sukan


Berjalan ke gelanggang bola jaring
Murid memanaskan badan
Undian dibuat untuk memulakan permainan
Murid mengambil posisi masing-masing
Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan
Murid mula bermain
Wisel penamat dibunyikan
Murid keluar padang
Tamat

Aktiviti 1:
Berdasarkan gambar diberi tuliskan langkah-langkah aktiviti harian dan satu set arahan
dalam atur cara komputer bagi satu perkakasan yang telah dipilih dengan menggunakan
persembahan slaid.

Keperluan perkakasan:
1. Gambar Projektor LCD.

5 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

2. Gambar Kamera Digital.


3. Gambar Pencetak Pelbagai Guna.

Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit)


1. Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi sekeping gambar perkakasan.
3. Setiap kumpulan menyediakan slaid persembahan dan membentangkan hasil
perbincangan.

Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara:

Bil Gambar Langkah-langkah aktiviti harian Set Atur cara


1  Pastikan kabel disambungkan Mula
dari komputer ke projektor
LCD. Hidupkan komputer
 Suis dihidupkan dan tekan
Sambung komputer pada
butang ON.
projektor LCD
 Tunggu sehingga lampu
projektor LCD terpasang.
 Setkan resolusi paparan dan Hidupkan suis projektor LCD
Cadangan tekan butang paparan skrin di
jawapan Tekan butang ON lampu
komputer. projektor akan terpasang
 Apabila paparan yang sama
kelihatan pada skrin komputer Setkan tetapan (fokus, resolusi,
dan layar putih, projektor sedia zoom)
untuk digunakan.
Tekan butang paparan skrin di
komputer

Tamat.
2

Jadual 1.3.1: Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara

1.4 MENULIS SATU SET ARAHAN BAGI BEBERAPA PERALATAN DIGITAL


DALAM MELAKUKAN TUGASAN

Peralatan digital ialah alat elektronik yang boleh menerima, menyimpan, memproses
atau menghantar maklumat digital. Contoh peralatan digital yang biasa digunakan
dalam melakukan tugasan harian ialah kamera digital, perakam video digital, kalkulator,
jam tangan pintar, robot dan peti sejuk pintar.

6 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

Peti sejuk pintar Jam tangan Perakam video digital Kamera digital
pintar

Contoh 4: Set arahan peralatan digital (robot)


Robot yang sedang berjalan di khalayak ramai dan mengelak daripada bertembung dengan
manusia.

Mula

Robot melangkah ke hadapan

Jika bertembung dengan objek

Robot akan berhenti seketika

Robot akan mengubah haluan ke kiri atau kanan

Robot terus berjalan ke hadapan

Tamat

Aktiviti 2: Susunan set arahan atur cara komputer berdasarkan gambar.

Keperluan perkakasan:
1. Gambar dan set atur cara:
a) Projektor LCD
b) Kamera Digital
c) Pencetak Pelbagai Guna
d) Ketuhar Gelombang Mikro
2. Sampul surat
3. Kertas A4 berwarna
4. Gam
(Terdapat empat set atur cara yang berbeza)

7 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit)


1. Guru diminta memilih kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan akan diberi sampul surat yang mengandungi gambar dan set
arahan bagi satu peralatan digital.
3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun arahan mengikut tertib supaya menjadi
atur cara.
4. Semakan jawapan bersama Jurulatih Utama.

Cadangan jawapan bagi set atur cara:


a) Projektor LCD
Mula
Hidupkan komputer
Sambung komputer pada projector LCD
Hidupkan suis projektor LCD
Tekan butang ON lampu projektor akan menyala
Setkan tetapan (fokus, resolusi, zoom)
Tekan butang paparan skrin di komputer
Tamat

b) Kamera Digital
Mula
Masukkan bateri
Tekan butang ON
Jika ambil gambar di luar rumah
Pilih tetapan outdoor
Fokus pada objek
Tekan butang dan rakam gambar
Jika ambil gambar di dalam rumah
Pilih tetapan indoor
Fokus pada objek
Tekan butang dan rakam gambar
Tamat

8 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

c) Pencetak Pelbagai Guna


Mula
Hidupkan pencetak
Pilih fungsi salin/imbas/cetak yang dikehendaki pada menu
Pilih saiz kertas
Jika pilihan salin (copy)
Tetapkan bilangan salinan
Tekan butang mula untuk salin (copy)
Jika pilihan imbas (scan)
Hidupkan komputer
Pencetak akan imbas dan simpan hasil dalam komputer
Jika pilihan cetak
Cari dokumen yang dikehendaki dalam komputer
Cetak dokumen
Matikan pencetak dan komputer
Tamat

d) Ketuhar Gelombang Mikro


Mula
Masukkan makanan yang ingin dipanaskan.
Pastikan suis ketuhar telah dihidupkan.
Tekan butang ON pada ketuhar.
Tetapkan suhu dan masa yang dikehendaki.
Tekan butang START.
Makanan akan dipanaskan
Makanan telah siap dipanaskan
Tamat

1.5 MEMBINA ARAHAN-ARAHAN TAMBAHAN DALAM ATUR CARA UNTUK


MENAMBAH FUNGSI SESUATU PERALATAN DIGITAL

9 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

Untuk mengelakkan robot daripada terlanggar objek apabila berjalan di khayalak ramai
yang penuh sesak, pengatur cara telah menambahbaikkan fungsi robot supaya robot itu
lebih efisien.

Mula
Robot melangkah ke hadapan
Jika bertembung dengan objek
Robot akan berhenti seketika
Robot akan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan
Robot terus berjalan ke hadapan
Jika di kiri dan kanan robot ada objek
Robot akan berhenti seketika Arahan Tambahan

Robot akan mengeluarkan bunyi beep, beep


Tamat

Aktiviti 3:
Merujuk pada Aktiviti 2, setiap kumpulan diminta untuk membina arahan tambahan dalam
atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital.

Cadangan jawapan bagi set atur cara tambahan:

a) Projektor LCD
Mula
Hidupkan komputer
Sambung komputer pada projector LCD
Hidupkan suis projektor LCD
Tekan butang ON lampu projektor akan terpasang
Setkan tetapan (fokus, resolusi, zoom)
Tekan butang paparan skrin di komputer
Jika ingin memainkan cakera padat
Arahan tambahan
Masukkan cakera padat ke dalam pemain cakera padat
Tekan butang play
Tamat

10 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

b) Kamera Digital
Mula
Masukkan bateri
Tekan butang ON
Jika ambil gambar di luar rumah
Pilih tetapan outdoor
Fokus pada objek
Tekan butang dan rakam gambar
Jika ambil gambar di dalam rumah
Pilih tetapan indoor
Fokus pada objek
Tekan butang dan rakam gambar
Jika ingin paparkan pada layar
Setkan pada tetapan Arahan tambahan
Pancar pada layar
Tamat

c) Pencetak Pelbagai Guna


Mula
Hidupkan pencetak
Pilih fungsi salin/imbas/cetak yang dikehendaki pada menu
Pilih saiz kertas
Jika pilihan salin (copy)
Tetapkan bilangan salinan
Tekan butang mula untuk salin (copy)
Jika pilihan imbas (scan)
Hidupkan komputer
Pencetak akan imbas dan simpan hasil dalam komputer
Jika pilihan cetak
Cari dokumen yang dikehendaki dalam komputer
Cetak dokumen

11 1.0 Memahami Pengatur caraan


Program Latihan Untuk Guru 2015

Jika ingin menghasilkan objek tiga dimensi


Arahan tambahan
Setkan pada tetapan cetak tiga dimensi
Matikan pencetak dan komputer
Tamat

12 1.0 Memahami Pengatur caraan