Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN JIMAH BARU

PROJEK 5 CILANTRO

-1-
PERBADANAN MUZIUM MELAKA
KERTAS KERJA
PAKEJ KEMBARA ILMU @ MUZIUM SEJARAH

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan pihak
pengurusan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bagi pelaksanaan
Pakej Kembara Ilmu @ Muzium Sejarah.

2.0 PENGENALAN

2.1 Pakej Lawatan Ilmiah di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)


telah dimulakan di sejak tahun 2017 bermula di Hang Tuah Centre,
kemudian diikuti oleh Muzium Warisan dan Sejarah Naning dan Galeri
Ketua Menteri Melaka.

2.2 Unit Kompleks Muzium Sejarah melihat pakej sebegini amat baik untuk
turut diadakan di kompleks ini dalam memastikan pelawat terutama
pelajar-pelajar dari sekolah dan institusi pengajian tinggi dapat
menimba ilmu pengetahuan berkaitan sejarah, kesenian dan
kebudayaan yang terdapat di muzium dengan kaedah yang santai dan
menyeronokkan.

-2-
3.0 PENGISIAN PROGRAM

3.1 Program dirangka untuk dilaksanakan dalam masa setengah (1/2) hari
dengan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

3.1.1 Lawatan Berpandu ke Muzium Sejarah & Etnografi


3.1.2 Aktiviti di Muzium Sastera (kuiz/jejak bahasa)

3.1.3 Aktiviti di Perkarangan Muzium Pemerintahan Demokrasi


(permainan rakyat)

Cadangan aturcara pakej seperti di LAMPIRAN A.

4.0. AHLI JAWATANKUASA PAKEJ KEMBARA MUZIUM 2019

PENASIHAT : PN.SANIAH BT ABDUL SAMAD (Guru Besar SKJB )

PENGERUSI 1 : PN ROSWATI BINTI YUSOF-GPK AKADEMIK SKJB

NAIB PENGERUSI 2 : TN HJ ROSLI B AHMED -GPK HEM

PENYELARAS : PN.GNAMBIGAI A/P RAMANATHAN

SETIAUSAHA : EN.KIRITHARAN ELUTHAZAN A/L NARAYANAN

BENDAHARI PN.NOOR AZIZAH BT ABDULLAH

-3-
5.0 SASARAN PESERTA

Murid-murid Tahun 5 Cilantro Jumlah 40 orang

6.0 ASAS – ASAS PERTIMBANGAN

5.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti program


bermanfaat di muzium.

5.2 Menggalakan pelajar-pelajar menjadikan muzium sebagai destinasi


lawatan utama.

5.3 Mempromosikan muzium bukan sekadar tempat pelancongan


sebaliknya sebagai pusat pendidikan tidak formal yang menekankan
hal berkaitan ilmu dan pendidikan.

5.4 Meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar untuk berfikiran lebih kreatif


dan kritis.

-4-
7.0

ATURCARA
PAKEJ KEMBARA ILMU @ MUZIUM SEJARAH

MASA PERKARA

9.00 pagi : Pendataran Peserta dan Taklimat

9.15 pagi : Aktiviti 1


Lawatan Berpandu di Muzium Sejarah & Etnografi
"Bermesra"dengan artifak

10.00 pagi : Aktiviti 2


Jejak Bahasa/ Santai Berpuisi di Muzium Sastera
Permainan "Roda Impian"

11.00 pagi : Aktiviti 3


Kuiz Kenegaraan (indoor) di Muzium Pemerintahan
Demokrasi

11.45 pagi : Aktiviti 4


Aktiviti Berkumpulan (outdoor) di Perkarangan Muzium
Pemerintahan Demokrasi

1.00 petang : Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan

: Makan tengah hari

: Bersurai

-5-
8.0. ANGGARAN PERBELANJAAN

Yuran Penyertaan RM30.00

Bas RM20.00

Kudapan RM10.00

Jumlah RM60.00

9.0. SUMBER KEWANGAN

MURID RM60.00 X 40= RM2400.00

GURU RM60.00 X 4 = RM 240.00

JUMLAH RM2640.00

10.0.PENUTUP
Semoga dengan segala usaha yang dijalankan melalui program yang dirancang ini
mampu membuahkan hasil yang lebih baik iaitu mampu melahirkan pelajar-pelajar
yang cemerlang untuk tahun ini dengan restu yang MAHA ESA.

Kertas kerja ini disediakan oleh;


Disahkan oleh,

........................................................ …………………………………
(GNAMBIGAI A/P RAMANATHAN)
SETIAUSAHA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR
SK JIMAH BARU 2019

-6-
-7-
-8-