Anda di halaman 1dari 4

TUGAS-TUGAS WARDEN ASRAMA

1 Membantu mengurus kemasukan penghuni asrama.

1.1 Penyediaan borang/dokumen/jadual kehadiran harian penghuni

1.2 Taklimat kemasukan dan peraturan asrama

1.3 Orientasi penghuni baru.

2 Menyediakan takwim serta Jadual Harian Asrama dan menentukan penghuni-


penghuni mematuhinya.

3 Menguatkuasakan, bertanggungjawab dan mempastikan peraturan asrama


dipatuhi dan mengambil tindakan atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan
prosedur yang ditetapkan.
4. Bertanggungjawab di atas kelakuan penghuni-penghuni asrama.
5. Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan di atas laporan
harian asrama dan Ketua Dormitori.

6. Mengurus murid sakit dan urusan rawatan yang bersesuaian untuk


mendapatkan rawatan termasuk menghubungi ibu bapa dengan segera
sekiranya berlaku kecemasan.

7. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua/Penolong Kanan HEM.


Sekiranya berlaku kecemasan, Pengetua/PK HEM hendaklah dihubungi
dengan serta merta. (Di asrama yang mempunyai Ketua Warden, tugas ini
hendaklah dilaksanakan oleh beliau)

8. Menyelia/memantau aktiviti –aktiviti harian dan berkala;


Contohnya:
a. Kelas Persediaan malam dan hari cuti Sabtu/Ahad.
b. Waktu Solat
c. Waktu makan
d. Aktiviti gotong –royong
e. Pertandingan antara dormitori
f. Majlis Makan Beradab
g. Waktu riadah
h. Waktu senggang
i. Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

9. Memantau Pengawas bertugas menjalankan “roll-call”


*(roll-call) : memanggil nama daripada daftar

10 Mengadakan pemeriksaan dan “roll-call” mengejut.

11 Menguruskan kebenaran keluar/masuk penghuni asrama pada masa cuti,


hujung minggu dan pada masa-masa tertentu seperti outing/bermalam di luar .

12 Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan


Ketua-Ketua dormitori.

13 Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitory, bilik-


bilik khas, tandas, bilik air, persekitaran serta dewan makan. ( Rujuk
Instrumen Pemantauan Asrama BPI, KPM )

14 Memantau atau memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil


tindakan susulan.

15 Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan


Pentadbiran Asrama.

12.1 Minit mesyuarat terdahulu

12.2 Laporan bulanan asrama

12.3 Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikut


16 Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama
sekurang-kurangnya sebulan sekali.

17 Menyediakan Anggaran Belanjawan Aktiviti Tahunan Asrama.

18 Mengumpul data/maklumat penghuni untuk :-

18.1 Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan

18.2 Mengumpul mata keseluruhan sistem rumah

18.3 Menghantar Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran


Negeri.

19 Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian dan pembangunan


sahsiah murid asrama yang sesuai dengan pertumbuhan rohani, jasmani,
sosial yang sihat dalam kalangan penghuni-penghuni serta mengawal selia
aktiviti yang dijalankan.

20 Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel kepemimpinan murid atau


penghuni asrama.

21 Mengadakan latihan kecemasan/kebakaran fire drill atau pengungsian


bangunan untuk langkah keselamatan murid asrama sekurang-kurangnya 2
kali setahun.

22 Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan, peralatan asrama,


kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan
melaporkan kerosakan kepada penyelia asrama.

23 Menyelia dan memantau kebajikan penghuni berkaitan :-

23.1 Makanan/menu di Dewan Makan ketika ketiadaan Penyelia Asrama.

23.2 Keselesaan di asrama

23.3 Kesihatan
23.4 Keselamatan diri dan barang-barang penghuni asrama

23.5 Biasiswa atau bantuan

24 Mengawas kebersihan diri penghuni dan kawasan persekitaran asrama


dengan mengadakan gotong-royong mingguan.

25 Membantu Penyelia Asrama dalam pungutan bayaran asrama,


perkhidmatan kebersihan, keselamatan dan penguatkuasaan kontrak
bekalan makanan asrama, Buku Stok, Buku Resit, semasa ketiadaan Penyelia
Asrama.

26. Mengawasi kerja kakitangan asrama.

27. Mengawas penggunaan air dan elektrik oleh penghuni-penghuni supaya tidak
melebihi had yang telah ditentukan.

28. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat –
pelawat yang tidak diingini datang ke asrama.

29 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari masa ke semasa.