Anda di halaman 1dari 44

Bab 4

Teori Kritikan Kesusasteraan

Pengenalan
Teori Kritikan kesusasteraan merupakan salah satu genre dalam
kesusasteraan. Hubungan karya kesusasteraan dengan teori kritikan
kesusasteraan saling berhubung-kait. Teori kritikan kesusasteraan
berfungsi mengenal-pasti ciri-ciri karya yang bermutu. Melalui ciri-ciri
tersebut, kritikan sastera berperanan memberi saranan dan garis
panduan kepada penulis menghasilkan karya bermutu.

Definisi Kritikan Kesusasteraan


Menurut Hashim Awang (1985) kritikan kesusasteraan ialah satu usaha
mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan
sistematik. Yang dikatakan jujur kerana pengkritik mesti membukti
status karya berkenaan sama ada bermutu atau tidak bermutu. Untuk
membuktikan status karya, pengkritik mesti bersifat adil, benar dan
sah. Manakala, sistematik kerana pembedahan terhadap karya
dilakukan secara ilmiah dan setiap kesimpulan berasaskan analisis
yang dilakukan. Proses menganalisis karya itu pula mesti berasaskan
sesuatu teori atau pendekatan pilihan. Penggunaan teori atau
pendekatan itu, sebaiknya, hendaklah dijelaskan oleh pengkritik.
Dalam buku Glosori Mini Kesusasteraan Melayu (1987) Hashim Awang
menjelaskan kritikan sastera sebagai kegiatan memerikan,
mempertimbangkan, menganalisis atau menilai karya seni. Kritikan
sastera berusaha mencari kekuatan dan kelemahan karya berdasarkan
sesuatu teori atau pendekatan. Manakala
Rahman Shaari (1989) menjelaskan kritikan sastera sebagai tulisan
yang mengandungi penilaian atau reaksi pembaca terhadap karya
sastera. Penilaian dan reaksi itu mungkin secara serius atau

49
sebaliknya. Jika penilaian atau reaksi itu berasaskan teori, maka ia
dianggap serius, dan begitu sebaliknya.

Daripada tiga pendapat itu didapati inti idea mengenai kritikan sastera
ialah penilaian, analisis dan pertimbangan (keputusan analisis) dan
teori atau pendekatan. Justeru, penekanan dan maksud kritikan
sastera dapat dirumuskan sebagai satu usaha membuat penilaian
terhadap sesebuah karya. Penilaian itu melibatkan usaha menganalisis
dan mempertimbangkan analisis untuk menentukan kekuatan dan
kelemahan karya. Analisis itu pula berdasarkan teori atau pendekatan
tertentu sebagai kayu ukur karya. Mungkin hasil penilaian, antara satu
teori dengan satu teori lain, adalah berbeza. Walaupun penilaian
menggunakan teori A mendapati karya berkenaan tidak bermutu,
belum tentu demikian juga apabila menilai menggunakan teori B. Jika
kedua-dua teori, A dan B, mendapati karya itu lemah maka sahlah
bahawa karya berkenaan lemah atau tiada nilai sastera. Dan, begitulah
sebaliknya.

Secara umum terdapat dua kategori pendekatan dalam kajian karya


kesusasteraan. Pertama, pendekatan ekstrinsik, iaitu mengkaji karya-
karya kesusasteraan dengan menggunakan ilmu bantu di luar bidang
kesusasteraan seperti ilmu Sejarah, Sosiologi, Sains dan sebagainya.
Kedua, pendekatan intrinsik, iaitu mengkaji karya-karya kesusasteraan
dengan menggunakan teori, kaedah dan ilmu kesusasteraan. Terdapat
beberapa teori mengkaji karya kesusasteraan yang dikemukakan oleh
sarjana Barat dan sarjana Malaysia. Antara teori-teori mengkaji karya
kesusasteraan yang dikemukakan oleh sarjana Malaysia ialah Teori
Takmilah oleh Shafie Abu Bakar, Teori Rasa Fenomenologi (Sohaimi
Abdul Aziz), Teori Teksdealisme, dan Teori Taabudiyyah (Mana Sikana),
Teori Puitika Sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh), Teori
Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang), Teori SPB4L (Mohd Yusuf

50
Hassan), Teori Konseptual – Kata Kunci (Mohammad Mokhtar Hassan),
dan lain-lain. Dari segi pendekatan pula terdapat Pendekatan Adab
oleh Zahir Ahmad dan Pendekatan Citra oleh Maniyamin bin Haji
Ibrahim. Manakala antara teori mengkaji karya kesusasteraan dari
Barat yang sering digunakan di Malaysia ialah Teori Formalistik, Teori
Struktural, Teori Feminis dan Teori Sosial. Sebaik-baiknya, karya-karya
kesusasteraan Malaysia hendaklah dikaji menggunakan teori dan
pendekatan sendiri kerana cita rasa lebih menepati.

Fungsi Kritikan Kesusasteraan


Terdapat beberapa fungsi kritikan kesusasteraan, antaranya, pertama,
membuat penilaian terhadap sesebuah karya. Ini merupakan fungsi
utama kritikan kesusasteraan. Melalui kritikan akan dapat diketahui
kekuatan atau keistimewaan, dan sebaliknya, sesebuah karya.
Pengkritik akan menjelaskan sebab karya itu dianggap kuat / bermutu
dan sebab karya itu dianggap lemah.

Kedua, Mencetuskan pemikiran baharu dan percambahan minda.


Pembaca atau penulis karya juga berhak menilai sesuatu kritikan. Ada
kalanya, hasil kritikan itu diterima dan ada kalanya tidak diterima.
Sama ada idea atau pemikiran pengkritik itu diterima atau ditolak,
pembaca atau penulis boleh mengemukakan idea baharu untuk
menyanggah atau memperkembangkan idea asal pengkritik. Ada
kalanya pula, penulis atau pengkritik lain akan mempertahankan idea
penulis berkenaan menyebabkan berlakunya polemik. Polemik adalah
penting dalam kegiatan kesusasteraan. Ia membantu merancakkan
perkembangan kesusasteraan dan ilmu. Dari polemik itu akan
mencetus pemikiran baharu. Misalnya, pihak yang tidak bersetuju
dengan Teori Formalistik akan mengemukakan idea baharu untuk
menggantikannya. Teori pengganti dikenali sebagai Teori Struktural.
Kemudian, Teori Struktural dikembangkan pula oleh pengkritik lain dan

51
dinamakan Teori Struktural Genetik, Teori Struktural Dinamis dan
begitulah seterusnya. Idea menghasilkan Teori Persuratan Baru oleh
Mohd. Afandi Hassan tercetus kesan daripada kritikan beliau terhadap
Syarahan Perdana Dr. Muhammad Haji Salleh yang berjudul Puitika
Melayu: Satu Pertimbangan. Idea menghasilkan Teori Rasa-
Fenomenologi oleh Suhaimi Abdul Aziz adalah kesan daripada kritikan
terhadap Teori Fenomenologi (dari Barat) dan Teori Rasa (dari India).

Ketiga, berkaitan dengan fungsi kedua ialah kritikan dapat


menghasilkan karya, genre atau subgenre baharu. Hasil daripada
polemik atau ketidaksetujuan terhadap sesuatu idea akan melahirkan
cadangan alternatif. Misalnya, penolakan oleh Mohd Afandi Hassan
terhadap Teori Puitika Melayu oleh Muhammad Haji Salleh telah
melahirkan Teori Persuratan Baru. Beliau juga menghasilkan subgenre
cerpen yang dikenali sebagai espen.Reaksi Raja Azmi dan Ibrahim Ali
terhadap novel Shit karya Shahnon Ahmad telah menghasilkan novel
masing-masing bertajuk Jijik (Raja Azmi) dan novel bertajuk Babi
(Ibrahim Ali).

Keempat, menyedarkan penulis atau mempertingkatkan mutu


penulisan. Walaupun penilaian pengkritik terhadap sesuatu karya itu
dianggap buruk, namun pengarang atau penulis lain boleh ambil
iktibar untuk mempertingkatkan mutu karya berikutnya. Sebab-sebab
sesebuah karya dianggap tidak bermutu merupakan tip paling
berharga untuk penulis menghasilkan karya baharu yang lebih
bermutu.
Kelima, merancakkan kegiatan kesusasteraan. Dengan adanya kritikan
terhadap sesebuah karya secara tidak langsung telah mewarnai dan
memperkembangkan kegiatan kesusasteraan di tanah air. Penulis,
pelajar dan masyarakat dapat memanfaatkan kritikan tersebut melalui
saranan-saranan yang dikemukakan. Manakala organisasi berkaitan

52
seperti universiti, jabatan-jabatan kebudayaan, Dewan Bahasa dan
Pustaka dan persatuan penulis misalnya, dapat turut sama
merancakkan kegiatan kritikan melalui penganjuran seminar, bengkel
dan pertemuan penulis. Aktiviti seumpama ini, selain mencetuskan
motivasi, dapat juga mengeratkan hubungan kalangan penulis dengan
khalayak, perpaduan antara kaum dan malah boleh menjadi salah satu
sumber tarikan dalam industri pelancongan negara.

Keenam, menurut Rahman Shaari (1981) fungsi kritikan sastera dapat


memperjelaskan aspek-aspek penting dalam binaan sesebuah karya.
Aktiviti menilai karya kesusasteraan tidak akan terlepas daripada
memperkatakan perihal kekuatan dan kelemahan karya berkenaan.
Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dianggap kurang bermutu
oleh ahli panel Peraduan Mengarang Novel sempena 10 Tahun Dewan
Bahasa dan Pustaka, dan pengkritik Mohd Affandi Hassan, namun bagi
A. Teeuw novel Salina dianggap bermutu dan mencapai taraf
antarabangsa. Perbezaan ini terjadi kerana bagi pihak yang menolak
novel Salina, mereka menilai dari aspek moral manakala pihak yang
menerima, mereka menilai dari aspek seni sastera dan nilai
kemanusiaan sejagat. Oleh sebab itu saya menyarankan, lebih baik
menganalisis karya-karya kesusasteraan Malaysia menggunakan teori
atau pendekatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Hal
inilah yang dikatakan ‘dapat memperjelaskan aspek-aspek penting
dalam karya’ sebagai bukti hujahan terhadap penerimaan dan
penolakan. Seterusnya, apabila pengkritik membicarakan aspek-aspek
yang membina karya secara tidak langsung telah memperkenalkan
aspek-aspek kesusasteraan itu sendiri. Misalnya gaya bahasa jenis
matafora, personifikasi, atau plot bentuk kronologi atau teknik naratif,
imbas kembali dan sebagainya.

53
Ketujuh, mempraktikkan sesuatu teori kesusasteraan. Telah dijelaskan
bahawa menganalisis karya-karya kesusasteraan hendaklah
berasaskan sesuatu teori atau pendekatan. Hal ini bertujuan agar
kritikan berkenaan tidak tersasar daripada tujuan / objektif, hasil
kritikan lebih jelas difahami, idea dalam hasil kritikan tidak bercampur
dengan elemen-elemen tidak diperlu atau bias, juga hasil analisis
menjadi lebih tepat, benar dan sah. Mengapakah A. Teeuw mengatakan
novel Salina bermutu, manakala panel hakim Pertandingan Mengarang
Novel Sempena 10 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Mohd.
Afandi Hassan mengatakan novel Salina tidak bermutu. Hal ini wujud
kerana perbezaan teori atau pendekatan yang digunakan. A. Teew
merupakan sarjana Barat dan tidak sensitif dengan isu seks.
Sebaliknya, sarjana Malaysia amat sensitif dengan isu seks. Oleh sebab
itu, teori dari Barat tidak sesuai digunakan sewenang-wenangnya
untuk menganalisis karya-karya kesusasteraan Malaysia.

Ciri-ciri Kritikan Kesusasteraan


Terdapat sekurang-kurangnya enam ciri kritikan kesusasteraan.
Pertama, sanjungan. Terdapat kritikan yang bersifat memuji karya,
terutama karya yang dinilai itu menepati teori, idealisme dan cita rasa
pengkritik. Pengkritik akan memaparkan aspek-aspek yang baik dan
menarik dalam karya berkenaan sebagai bukti dan alasan
sanjungannya itu. Pengkritik juga akan cenderung memuji pengarang.
Demikian juga hal sebaliknya jika karya itu dianggap lemah. Walau
bagaimanapun, sebaik-baik sanjungan atau kejian itu hendaklah
jangan berlebih-lebihan dan berpadanan dengan hasil karya.

Kedua, teguran. Dalam setiap kritikan akan ada teguran yang


dikemukakan oleh pengkritik. hal ini merupakan lumrah kritikan dan
teguran itu hendaklah diterima secara matang. Pengkritik akan
menyatakan kelemahan-kelemahan binaan karya untuk diteladani oleh

54
pembaca atau penulis karya berkenaan. Aspek teguran adalah
bergantung pada fokus kritikan. Ada kalanya aspek watak dan
perwatakan, peristiwa, latar, gaya bahasa dan lebih-lebih lagi cara
pengarang mengekspresi ceritanya. Novel Shit karya Shahnon Ahmad
dibuat teguran kerana cerita, pengolahan cerita dan bahasa yang
digunakan menjurus ke arah kelucahan dan melanggar adat kritikan
Melayu. Demikian, cerpen Langit Makin Mendung dikritik kerana tema
dan peristiwa cerita yang bersalahan dengan fakta sebenar.

Ketiga, saranan. Di samping membuat teguran, pengkritik juga akan


membuat saranan untuk membaiki kelemahan yang dipaparkan.
Terpulang kepada penulis dan khalayak untuk memanfaatkan saranan
tersebut.

Keempat, menggunakan teori atau pendekatan. Mengkritik karya


kesusasteraan adalah berbeza dengan menulis esei kesusasteraan.
Dalam kritikan kesusasteraan hendaklah menggunakan teori atau
pendekatan yang sesuai. Hal ini agar kritikan tidak terbabas, bercelaru,
penerangannya jelas dan mudah difahami oleh khalayak. Teori atau
pendekatan merupakan landasan arah dan corak kritikan.

Kelima, menganalisis. Setiap kritikan melibatkan usaha ‘mencarik-


carikan’ karya. Carikan-carikan karya itu akan dibahas dan dianalisis
berdasarkan teori atau pendekatan tertentu. Di samping itu, bahan
yang ‘dicarik-carikan’ itu akan dihubungkan dengan pelbagai aspek
sama ada aspek dalam karya mahupun aspek di luar karya. Malah,
akan dihubungkan juga dengan pendapat-pendapat tokoh, disiplin ilmu
dan fenomena yang berlaku dalam masyarakat. Novel Tivi karya
Shahnon Ahmad misalnya, ditolak oleh Hashim Awang kerana
menganggap karya itu tidak sesuai dengan Teori Perkaedahan Melayu
dan juga bertentangan dengan adab dan budaya Melayu. Aspek ‘adab

55
dan budaya Melayu’ itu merupakan aspek luar karya. Walau aspek luar,
hubungannya dengan karya adalah penting kerana ia akan
menggambarkan moraliti masyarakat Melayu secara keseluruhannya.
Penolakan itu dibuat setelah pengkritik membuat analisis dan bahasan.

Keenam, penilaian. Berkaitan dengan analisis ialah membuat penilaian.


Pengkritik akan merumuskan analisisnya setelah melakukan penilaian
dalam pelbagai aspek. Melakukan penilaian adalah penting demi
keadilan pada karya, penulis, pembaca dan diri pengkritik itu sendiri.
Oleh sebab itu, pengkritik harus mempunyai beberapa ciri dan
sekalgus sebagai prinsip untuk landasan kritikan. Ciri-ciri tersebut
ialah;

(a) tidak bias,


(b)bersikap adil,
(c) berilmu,
(d)jujur,
(e) bertanggungjawab,
(f) berusaha sedaya-upaya,
(g)matang atau rasional,
(h)memahami teks dan persekitaran, dan
(i) rajin membuat kajian berkaitan.

Beberapa Contoh Teori Kritikan Kesusasteraan


(a) Teori Formalistik
Teori formalistik atau struktur atau disebut juga textbook merupakan
pendekatan yang bertujuan mengkaji aspek-aspek dalaman atau
intrinsik karya. Contoh aspek dalaman seperti tema, persoalan, plot,
gaya bahasa dan lain-lain lagi. Komponen yang membina karya sastera
ialah tema, plot, perwatakan, latar, bahasa, teknik, persoalan, sudut
pandangan dan sebagainya; meneliti bagaimana komponan itu

56
diadun / diolah; apakah ada kesesuaian dan keseimbangan/
kesepaduan dalam bentuk dan isi karya. Aspek dalaman sesebuah
karya yang dibincangkan dalam Teori Formalistik ialah;

(a) tema
Tema sebagai gagasan atau persoalan utama yang dikemukakan
dalam sesebuah karya. Seseorang pengkritik akan dapat menentukan
persoalan utama dalam karya setelah menghayati keseluruhan hasil
karya dan menganalisis peristiwa-peristiwa penting dalam karya.

(b) Plot
Pengkritik melihat plot berdasarkan hukum sebab akibat. Plot terbina
dalam tiga segmen / bahagian, iaitu segmen permulaan / permukaan,
segmen perkembangan (perumitan / konflik dan klimaks) dan segmen
peleraian / pengakhiran. Kemantapan plot sesebuah karya sastera
akan dianalisis oleh pengkritik dengan menunjukkan kekuatan dan
kelemahan jalinan ceritanya

(c) Watak dan perwatakan


Watak menjadi penggerak utama dalam perkembangan plot dan tema
cerita. Watak mengalami pelbagai peristiwa, watak bercerita,
berinteraksi dengan diri. Pengkritik akan mengupas bagaimana
pengarang memperkenalkan, mendedah dan mengindentifikasikan
watak. Pengkritik juga melihat watak dari sudut peranan dan fungsi
dalam karya. Seterusnya pengkritik akan membuktikan perwatakan
yang ditampilkan itu berkesan atau tidak.

(d) Gaya Bahasa


Berkenaan sejauh mana kejayaan atau kegagalan seseorang
pengarang menggolah bahasa hingga jadi menarik dan tepat. Kejayaan
sesebuah karya banyak bergantung pada kekuatan dan keindahan

57
bahasa. Aspek bahasa yang diberi penekanan ialah diksi, pemilihan
kata, penyusunan ayat, bahasa perbandingan seperti simile, metafora,
personifikasi, perlambangan, anafora serta nada.

(e) Latar
Kajian berkenaan latar tempat, latar masa, latar budaya dan latar
masyarakat. Ia melibat gambaran masa, latar tempat dan masyarakat
pada masa lepas, masa kini atau masa akan datang. Tempatnya pula
mungkin di alam realiti atau alam super natural (alam ghaib) atau di
laut, di darat, di angkasa, di bandar, di kampung dan sebagainya.

Antara ciri-ciri Teori Formalistik ialah (a) mengkaji karya kesusasteraan


dari aspek unsur dalaman sahaja; (b) boleh mengkaji satu-satu aspek
sahaja atau sebilangan aspek atau keseluruhan aspek dalam karya; (c)
kajian meneliti unsur-unsur seni atau aspek yang membina karya atau
aspek yang terdapat dalam karya itu sahaja; (d) analisis kajian tidak
dikaitkan dengan unsur-unsur di luar karya seperti latar belakang
pengarang, pengaruh masyarakat dan budaya sekitar; dan (e) tidak
dibuat analisis perbandingan antara satu aspek dengan satu aspek lain
dalam karya berkenaan. Misalnya, menghubungkaitkan aspek tema
dengan watak dalam karya berkenaan. Ertinya, perbincangan dan
penilaian terhadap aspek-aspek itu adalah secara terpisah. Di bawah
ialah contoh kritikan menggunakan Teori Formalistik.

SYAIR JONG PECAH DARI SUDUT FORMALISTIK


Oleh Nassury Ibrahim

Syair Jong Pecah karya Adibah Amin yang termuat dalam


antologi Kerusi tergolong dalam syair peristiwa, iaitu
tentang peristiwa perpecahan bangsa. Pengarang
menceritakan sebab dan akibat perpecahan sesuatu

58
bangsa serta harapannya. Di dalamnya terkandung
pelbagai nasihat untuk diambil iktibar daripada
perpecahan bangsa pada masa lampau.

Syair Jong Pecah bertemakan cinta, iatu cinta kepada


negara. Adibah Amin mengisahkan jatuh- bangun
sesebuah negara. Negara berkenaan pernah masyhur dan
terkenal kerana rakyat dan pemerintah hidup bersatu-
padu. Akibat kelalaian rakyat, negara berkenaan telah
jatuh ke tangan penjajah menyebabkan rakyat hidup
menderita. Setelah sekian tahun dijajah, rakyatnya telah
bersatu menentang penjajahan dan akhirnya berjaya.
Walaupun kedaulatan negara itu dapat ditegak semula,
namun kini rakyat negara itu telah kembali berpecah.
Dari segi bentuk, Syair Jong Pecah mempunyai 12 rangkap
yang setiap rangkap masing-masing mempunyai empat
baris. Setiap baris pula mempunyai antara empat hingga
lima patah perkataan. Suku katanya pula antara sembilan
hingga sebelah suku kata. Syair ini dimulai dengan
pengenalan pada dua rangkap awal dan satu rangkap
akhir sebagai penutup. Kesemua rima akhirnya ialah a-a-a-
a.

Terdapat beberapa jenis gaya bahasa dalam Syair Jong


Pecah. Pertama, gaya anafora, iaitu perulangan diksi pada
awal baris. Diksi yang diulang ialah ‘entah’ yang terdapat
dalam rangkap keempat, sebagaimana petikan di bawah.

Entah di mana salah dan silap


Entah siapa lalai dan lelap

59
Kedua, simpulan bahasa, iaitu satu bahasa kiasan yang
merujuk makna tersirat. Contohnya, perkataan ‘bunga
bangsa’ yang bermaksud pahlawan yang berjuang
menuntut kemerdekaan. Selain itu, terdapat simpulan
bahasa ‘harga diri’ yang bermaksud maruah diri.

Dari segi diksi, terdapat penggunaan bahasa Arab.


Contohnya, Assalamualaikum, rahman dan Ilahi. Terdapat
juga penggunaan bahasa daerah, iaitu rebeh yang
bermaksud robek atau terkulai. Perkataan ‘sajikan’ pula
adalah bermaksud mempersembahkan. Manakala diksi
‘jong’ pula merupakan simbol yang bermaksud negara
atau bangsa. Sebenarnya Jong ialah sejenis kapal.
Pengarang mengibaratkan jong atau kapal sebagai sebuah
negara. Kalau jong pecah akan menyebabkan ia tenggelam
dan memusnahkan semua muatannya.

Syair ini turut diwarnai oleh unsur bunyi asonasi dan


aliterasi. Kedua-dua unsur ini telah menjadikan Syair Jong
Pecah terasa indah dan menyakinkan apabila dibaca.
Contoh asonasi ialah pada baris yang berbunyi, ‘negara
dan bangsa menempa nama.’ Dalam baris ini terdapat
pengulangan vokal a. Manakala, contoh alisterasi ialah
pada baris yang berbunyi, ‘sebuah syair saya sajikan,’
iaitu pengulangan konsonan s.

Kesimpulan, walaupun Syair Jong Pecah merupakan hasil


karya yang dicipta dalam masyarakat moden dan tidak
mengalami campur tangan anggota masyarakat lain
sebagaimana kebanyakan karya tradisional, namun karya
ini amat baik untuk diteladani. Ia menepati ciri syair yang

60
bermutu, sebagaimana ditunjukan dalam binaannya.
Tambahan pula syair ini kaya dengan nilai dan pengajaran.
Antaranya, pertama, keteguhan, keamanan, kedaulatan
dan kemasyhuran negara dapat dicapai jika rakyat dan
pemimpinya hidup bersatu-padu dan bersama-sama
menentang musuh; kedua, rakyat dan pemimpin yang lalai
dan berpecah belah akan menyebabkan negara hilang
kedaulatan dan dijajah oeh kuasa luar; ketiga, dalam
negara yang berdaulat, rakyat akan hidup aman damai
dan dapat menikmati kekayaan hasil ekonomi; dan
keempat setiap rakyat mesti berjuang untuk
mendaulatkan negaranya.
(b) Teori Struktural
Teori Struktural (TS) dikemukakan oleh Claudio Levi Strauss, dan
dikembangkan oleh Ferdinand de Saussure. Maksud struktur ialah
susunan, sistem dan pengaturan sesuatu organisasi atau dinamakan
bentuk. Istilah struktural digunakan dalam pendekatan formalistik,
manakala strukturalisme merupakan aliran pemahaman atau
pegangan seseorang. Antara tokoh-tokohnya ialah Roman Jacbson, Jan
Mukarovsky, Felix Fodicka, Roland Bathes, Tvetzan Todorov, David
Daiches, I.A. Richards, Rene Wellek, Austin Warren, Alan Tate, Cleant
Brook dan lain-lain.

Teori Struktural menganggap teks terhasil daripada gabungan


beberapa komponen yang membentuk karya. Setiap komponen itu
saling berkaitan dan membantu membina mutu karya. Ia tidak berdiri
sendiri. Sebaliknya, fungsi setiap komponen itu berperanan bagi
melengkapkan kesatuan teks / karya sastera. Karya dibangunkan
melalui jalinan harmonis setiap binaannya hingga menjadi utuh. Setiap
komponen karya mempunyai perkaitan rapat hingga membentuk
sebuah karya yang unggul. Jika salah satu daripada komponennya

61
tidak mantap, maka struktur karya itu dianggap pincang dan karya itu
dianggap tidak bermutu. Ibarat sebuah rumah. Keteguhan sesebuah
rumah kerana keteguhan binaan setiap komponennya. Komponen
rumah terdiri daripada dinding, tiang, lantai, bumbung dan
sebagainya. Jika salah satu daripada komponennya, misalnya tiang
patah, maka binaan rumah dianggap tidak teguh dan tidak selamat
dihuni atau rumah yang tidak sempurna.

Demikianlah juga kekuatan sesebuah karya, sangat bergantung pada


binaan komponennya. Apabila membicarakan sesebuah karya
menggunakan Teori Struktural, pengkritik harus menghubungkaitkan
binaan setiap komponen dan menilai kesesuaian, sebelum
menganggap karya berkenaan bermutu atau tidak. Berkenaan hal ini,
Rahman Shaari (1998: 141) menjelaskan;

Pendekatan struktural sastera hakiki menitikberatkan


hubungan-hubungan yang menjadikan sesebuah karya itu
satu sistem. Pemerhatian terhadap aspek gaya mungkin
meninggikan kesedaran seseorang terhadap aspek isi.
Jalinan yang menyatukan gaya dengan isi diberikan
perhatian. Tidak syak lagi Pendekatan Struktural akan
mengarah ke Pendekatan Semiotik, kerana pemerhatian
terhadap sesuatu aspek akan menyebabkan pembaca
memperoleh makna yang lebih jauh daripada makna
kamus kata-kata yang digunakan oleh sasterawan.

Menilai karya menggunakan Teori Struktural boleh dilaksanakan dari


aspek struktur fizik atau ekstrinsik atau struktur batin atau intrinsik.
Atau, membandingkan binaan dua komponen karya berkenaan sahaja,
sebagaimana dinyatakan oleh Rahman Shaari di atas. Struktur fizik
terdiri daripada diksi, bahasa kias, pencitraan, versifikasi, tipografi,
peristiwa, watak dan sebagainya. Manakala struktur batin: tema,
perasaan, amanat, nada / suasana, pemikiran, perwatakan, plot dan
sebagainya.

62
Berkaitan rapat dengan Teori Struktural ialah Teori Formalistik, Teori
Struktural Genetik dan Teori Struktural Dinamik. Teori Formalistik
membicarakan setiap komponen karya tanpa menghubungkaitkan
antara komponen dan menilai kesesuaian antara komponen-komponen
lain dalam karya berkenaan. Teori Struktural membicarakan satu-satu
komponen dan menghubungkaitkan kesesuaiannya dengan komponen
lain dalam karya berkenaan. Teori Struktural Genetik menilai
komponen karya dan kesesuaiannya dengan komponen lain, dan
menghubungkaitkan pula dengan sejarah pengarang dan latar
belakang masyarakat yang melahirkan karya tersebut. Mereka anggap
struktur karya tidak dapat difahami tanpa memahami masyarakat
yang telah melahirkan atau mencetuskan idea hingga lahir karya
berkenaan. Contohnya, kelahiran novel Shit oleh Shahnon Ahmad.
Manakala Teori Struktural Dinamik pula mengkaji karya dalam rangka
semiotik, membincangkan sistem tanda yang digunakan oleh
pengarang. Ada dua fungsi yang merujuk pada tanda, iaitu pertama,
bersifat otonom – tidak menunjuk di luar dirinya, dan kedua, bersifat
informasi – menyampaikan fikiran, perasaan dan gagasan. Kedua-
duanya saling berkaitan dan dianggap dinamis. Kedinamisan itu kerana
sifat kreatif pembaca yang mempunyai konvensi yang selalu berubah,
gemar membaca sistem tanda dan mencipta sistem tanda,
menyebabkan tafsir sastera terus berkembang selaras dengan
perubahan dan perkembangan sistem tanda dan sistem nilai dalam
masyarakat. Dalam hal ini, di samping menjelaskan elemen yang
membentuk karya, pengkritik juga bertanggungjawab menjelaskan
perkaitan sistem tanda antara pengarang, realiti, karya dan pembaca
dengan bersumberkan konvensi kod sastera, kod bahasa dan kod
budaya masyarakat.

63
Antara kebaikan dan Keburukan Teori Struktural ialah analisis karya
bersifat adil kerana dapat mengelakkan pengkritik daripada memihak
kepada pengarang, terutama pengarang yang ada hubungan sosial
dengannya. Manakala, antara keburukannya pula ialah penekanan
hubungan antara komponen dalam karya secara tidak langsung
menafikan kebebasan pengarang dan unsur-unsur estetika semasa
dalam karya.

Berikut ialah contoh kritikan menggunakan Teori Struktural. Perhatikan


ayat yang dihitamkan. Isi ayat itu menghubungkan antara satu aspek
dengan satu aspek yang lain.
SYAIR JONG PECAH DARI SUDUT STRUKTURAL
Oleh Nassury Ibrahim

Syair Jong Pecah karya Adibah Amin yang termuat dalam


antologi Kerusi tergolong dalam syair peristiwa, iaitu
tentang peristiwa perpecahan bangsa. Pengarang
menceritakan sebab dan akibat berlaku perpecahan
sesuatu bangsa dan harapannya. Dalamnya terkandung
pelbagai nasihat untuk diambil iktibar kesan daripada
perpecahan bangsa pada masa lampau.

Syair Jong Pecah bertemakan cinta, iatu cinta kepada


negara. Adibah Amin mengisahkan jatuh- bangun
sesebuah negara. Negara berkenaan pernah masyhur dan
terkenal kerana rakyat dan pemerintah hidup bersatu-
padu. Akibat kelalaian pemerintah dan rakyat, negara
berkenaan telah jatuh ke tangan penjajah menyebabkan
rakyat hidup menderita. Setelah sekian tahun dijajah,
rakyatnya telah bersatu menentang penjajahan dan
akhirnya berjaya. Walaupun kedaulatan negara itu dapat

64
ditegak semula, namun kini rakyat negara itu telah
kembali berpecah. Pemilihan konsep dan imej jong
dan dipadankan dengan konsep negara adalah
sesuai dengan tema syair kerana jong yang rosak
akan tenggelam. Demikian sesebuah negara yang
rosak (rakyat dan pemerintah tidak bersatu) juga
akan musnah (tenggelam).

Dari segi bentuk, Syair Jong Pecah mempunyai 12 rangkap


yang setiap rangkap masing-masing mempunyai empat
baris. Setiap baris pula mempunyai antara empat hingga
lima patah perkataan. Suku katanya pula antara sembilan
hingga sebelah suku kata. Syair ini dimulai dengan
pengenalan pada dua rangkap awal dan satu rangkap
akhir sebagai penutup. Kesemua rima akhirnya ialah a-a-a-
a. Dari segi binaan dan penstrukturan bentuk adalah
sesuai sebagai sebuah syair yang sempurna dan
tema cinta akan negara seumpama sebuah negara
yang berdaulat, lengkap dengan pemerintah, yang
diperintah dan sistem pemerintahan sebuah negara
merdeka.

Terdapat beberapa jenis gaya bahasa dalam Syair Jong


Pecah. Pertama, gaya anafora, iaitu perulangan diksi pada
awal baris. Diksi yang diulang ialah ‘entah’ yang terdapat
dalam rangkap keempat. Gaya pengulangan itu
menimbulkan kesayuan dan kekesalan rasa. Nada
kesayuan itu penting dan sesuai dengan tema dan
mesej syair yang membicarakan tentang kejatuhan
sesebuah kerajaan. Perhatikan gaya perulangan itu
sebagaimana petikan di bawah.

65
Entah di mana salah dan silap
Entah siapa lalai dan lelap

Kedua, simpulan bahasa, iaitu satu bahasa kiasan yang


merujuk makna tersirat. Contohnya, perkataan ‘bunga
bangsa’ yang bermaksud pahlawan yang berjuang
menuntut kemerdekaan. Selain itu, terdapat simpulan
bahasa ‘harga diri’ yang bermaksud maruah diri.
Penggunaan lambang dan kiasan itu berpadanan
dengan ciri dan tema syair ini, dan juga ciri
kesusasteraan itu sendiri. Apabila mengkritik
pemerintah atau golongan lebih berkuasa adalah
sesuai dengan penggunaan kata-kata kiasan demi
menjaga statusnya dan hubungan dengan golongan
bawahan.

Dari segi diksi, terdapat penggunaan bahasa Arab.


Contohnya, Assalamualaikum, rahman dan Ilahi. Terdapat
juga penggunaan bahasa daerah, iaitu rebeh yang
bermaksud robek atau terkulai. Perkataan ‘sajikan’ pula
adalah bermaksud mempersembahkan atau
menghidangkan. Frasa ‘sajikan’ yang merujuk
‘menghidang’ merupakan bahasa istana.
Penggunaannya sesuai kerana syair ini
menggambarkan perpecahan golongan pentadbir
iaitu pengendali jong. Jika raja merupakan pemerintah
di istana, pengendali jong merupakan pemerintah
sepanjang pelayaran jong berkenaan. Manakala diksi ‘jong’
pula merupakan simbol yang bermaksud negara atau
bangsa. Sebenarnya Jong ialah sejenis kapal. Pengarang
mengibaratkan jong atau kapal sebagai sebuah

66
negara, manakala penumpangnya ialah rakyat.
Perlambangan ini sesuai dan tepat dengan maksud
syair berkenaan. Pengarang menggunakan istilah
‘jong pecah’ untuk menggambarkan tema
perpecahan kalangan pemerintah.

Syair ini turut diwarnai oleh unsur bunyi asonasi dan


aliterasi. Kedua-dua unsur ini telah menjadikan Syair Jong
Pecah terasa indah dan menyakinkan apabila dibaca. Ia
sesuai dengan tema dan mesej kekesalan
pengarang terhadap peristiwa yang berlaku. Contoh
asonasi ialah pada baris yang berbunyi, ‘negara dan
bangsa menempa nama.’ Dalam baris ini terdapat
pengulangan vokal a. Manakala, contoh alisterasi ialah
pada baris yang berbunyi, ‘sebuah syair saya sajikan,’
iaitu pengulangan konsonan s.

Kesimpulan, walaupun Syair Jong Pecah merupakan hasil


karya yang dicipta dalam masyarakat moden dan tidak
mengalami campur tangan anggota masyarakat lain
sebagaimana kebanyakan karya tradisional, namun karya
ini amat baik untuk diteladani. Ia menepati ciri syair yang
bermutu, sebagaimana ditunjukan dalam binaannya.
Tambahan pula syair ini kaya dengan nilai dan pengajaran.
Antaranya, pertama, keteguhan, keamanan, kedaulatan
dan kemasyhuran negara dapat dicapai jika rakyat dan
pemimpinya hidup bersatu-padu dan bersama-sama
menentang musuh; kedua, rakyat dan pemimpin yang lalai
dan berpecah belah akan menyebabkan negara hilang
kedaulatan dan dijajah oleh kuasa luar; ketiga, dalam
negara yang berdaulat, rakyat akan hidup aman damai

67
dan dapat menikmati kekayaan hasil ekonomi; dan
keempat setiap rakyat mesti berjuang untuk
mendaulatkan negaranya.

Jika kritikan di atas dihubungan dengan mana-mana negara yang


pernah wujud atau mengaitkan pengalaman penulis hidup dalam
masyarakat berpecah belah, misalnya dikaitkan dengan peristiwa krisis
moral pemimpin Malaysia sejak tahun 1997, maka kritikan itu tidak lagi
menepati pendekatan struktural, sebaliknya menjurus pada
pendekatan strukturalisme genetik.

(c) Teori Femenisme


Dari segi sejarah fahaman Femenisme bermula sejak abad ke 18 di
Barat apabila golongan wanita berasa mereka tidak mendapat hak
sewajarnya dalam bidang pendidikan, pemilikan harta, hak mengundi
dan bergerak bebas dalam masyarakat, sebagaimana kaum lelaki. Hal
ini bukan bermakna kaum Feminis menentang kaum lelaki. Pendokong
Feminis menganggap bahawa mereka menentang lelaki bukan secara
melulu atau radikal. Mereka hanya menentang hargemoni lelaki yang
berlaku dalam masyarakat.

Secara umumnya, feminis ialah gerakan wanita menuntut hak dan


kewanitaannya daripada monopoli lelaki. Dalam sastera, gerakan
feminis mula dicetuskan olehVirginia Woolf, seorang sasterawan wanita
Inggeris. Virginia Woolf bertindak memberontak dan cuba
menghancurkan bentuk-bentuk konvesional novel yang diwarnai dan
mewarnai kaum lelaki. Ahli keluarganya, terutama ayah dan ibunya
sangat mendasari karya Virginia. Malah, ayahnya menjadi contoh bagi
Virginia dalam hal keintelektualan dan minatnya terhadap
kesusasteraan. Beliau sedaya-upaya berusaha mengangkat kaum
wanita, dalam novel-novelnya, agar setaraf dengan kaum lelaki.

68
Setelah menghasilkan novel terakhirnya, Virginia Woolf mengalami
krisis jiwa, yang akhirnya membawa kematian.

Menurut Goefe (Sugihastuti, 2000: 37) feminisme ialah teori tentang


persamaan antara laki-laki dan perempuan dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial. Ia juga merujuk kegiatan berorganisasi yang
memperjuangkan hak-hak dan kepentingan wanita.
Terdapat beberapa konsep dasar berkenaan Feminis yang perlu
difahami. Konsep-konsep tersebut ialah ‘feminis’, ‘femele’, dan
‘feminin’. Menurut Toril Moil, yang dikatakan ‘feminis’ ialah merujuk
kepada isu dan kedudukan politik; ‘femele’ (wanita) merujukkepada
aspek fizikal atau biologi, manakala ‘feminin’ (kewanitaan) pula
merujuk kepada tingkah laku yang bersesuaian dengan adat
kebudayaan.

Pelbagai definisi Femenisme dikemukakan oleh para pendukungnya.


Antaranya ialah Juliet Mitchel (1971) yang menganggapnya sebagai
aliran yang menyokong kuat hak asasi dan emansipasi wanita,
pembebasan dan hak persamaan wanita. Cecilia Ng (1994)
mengatakan ideologi yang mendasari pembebasan wanita ini ialah
kepercayaan bahawa wanita menderita kerana mereka wanita
sedangkan wanita juga perlukan ruang untuk bergerak bebas dalam
masyarakat serta turut menyumbangkan kepada perkembangan
negara.

Sebenarnya, definisi Feminis bergantung pada pemahaman, ideologi,


persepsi, agama, adat budaya bangsa yang memperjuangkannya serta
meliputi pelbagai disiplin ilmu. Mary Wollstonecraff dalam bukunya
Vindication of the Rights of Woman (1789) cuba mengangkat taraf
wanita secara berhemah. Pandangan beliau dalam bukunya itu
dianggap sebagai ‘manifesto feminisme moden’ kerana menggalakkan

69
dan mempertahankan wanita dalampencarian ilmu. Beliau
menyarankan agar wanita membentuk peribadi dan minda wanita
sejati yang perkasa.

Kritikan Feminisme dalam karya kesusasteraan berusaha


menyelongkar peranan dan kedudukan wanita sama ada dalam karya
penulis lelaki mahupun wanita dalam karya-karya penulis wanita
sendiri. Aspek yang ditekankan ialah berkenaan pendapat dan persepsi
pengarang lelaki terhadap kaum wanita yang meliputi aspek perasaan,
aksi dan pemikiran, dan menghubungkannya dengan kehidupan nyata.
Adakah ia bersifat dan memberi kesan positif, atau sebaliknya.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada sesebuah karya untuk
dimasukkan dalam kategori Femenis. Mengikut Cheri Register (1975)
mengatakan antara ciri-ciri tersebut seperti (a) karya hendaklah
menjadi forum untuk wanita, (b) pengetahuan mengenai pengalaman
lelaki dan wanita penting bagi mewujudkan persefahaman, (c)
menyarankan watak contoh yang dapat diteladani, (d) karya juga
mestilah menonjolkan semangat persaudaraan dan kasih-sayang, dan
(e) karya atau peranan wanita itu hendaklah dapat menimbulkan
kesedaran melalui pengalaman yang dilalui oleh watak-watak wanita
berkenaan.

Kesimpulannya, Teori Feminisme merupakan teori yang


membincangkan peranan dan kedudukan wanita dalam pelbagai
aspek. Peranan wanita meliputi sumbangan wanita yang digambarkan
dalam karya, manakala kedudukannya pula meliputi status dan
persepsi para penulis dalam menjanakan watak wanita dalam karya.
Justeru, teori ini sebenarnya menyaran pembaca mengkaji perihal
wanita dalam karya dalam pelbagai sudut. Di bawah ialah contoh
kritikan sastera menggunakan Teori Feminisme.

70
Imej Wanita Peniup Semangat
dalam Kumpulan Sajak Debu di Kaca Karya Zahari
Hasib

Oleh Nassury Ibrahim

Terdapat 24 daripada 83 buah sajak dalam kumpulan sajak


Debu di Kaca karya Zahari Hasib yang membicarakan
tentang wanita. Daripada 24 itu pula hanya dua sahaja
yang membicarakan tentang wanita peniup semangat.
Imej wanita sebagai peniup semangat sesuai dengan
falsafah orang tua-tua yang mengatakan bahawa tangan
yang menghayun buaian itu boleh menggegarkan dunia
dan di sebalik kejayaan seseorang lelaki tersembunyi
peranan wanita. Mereka menjadi penyumbang motivasi
kepada kaum lelaki dan ahli keluarganya. Dalam sejarah
Islam, kaum wanita turut sama membantu kaum lelaki
dalam pelbagai peperangan. Bahkan, sebahagian
penyumbang kejayaan Nabi Muhamamad s.a.w
menegakkan syiar Islam datangnya daripada isteri baginda
sendiri iaitu Siti Khadijah (rh).

Zahari Hasib membicarakan imej wanita sebagai peniup


semangat lewat puisinya berjudul Dongeng Tukang Kasut,
dan Esok Saya Mati. Tukang kasut yang dipuji oleh gadis
cantik menganggapnya sebagai upah yang tidak
ternilaikan. Lebih-lebih lagi, apabila gadis berkenaan

71
membuat perbandingan seorang tukang kasut yang sihat
lebih baik daripada empat orang raja yang sakit. Ada
alasan bagi tukang kasut rasa gembira. Pertama, beliau
dipuji oleh gadis cantik. Kedua, gadis cantik menganggap
beliau sebagai lelaki sihat. Ketiga, beliau dibandingkan
dengan raja, satu institusi yang dianggap mulia dalam
masyarakat, dan keempat, status kesihatan beliau lebih
baik daripada status kesihatan empat orang raja. Dari segi
hukum alam, raja dianggap mempunyai sumber ekonomi
dan kekuasaan yang kukuh berbanding dengan tukang
kasut. Sepatutnya raja mempunyai tahap kesihatan yang
tinggi.

Puji-pujian merupakan motivasi penting kepada manusia.


Nilainya tidak terbanding dengan wang ringgit. Seorang
buruh akan lebih kuat bekerja apabila dipuji oleh majikan.
Seorang suami akan rasa bangga apabila dipuji isteri, dan
sebaliknya. Berkenaan hal ini, melalui sajak Esok Saya
Mati, Zahari Hasib mencatatkan;

bila aku hidup


aku dapat beristeri lembut dan cantik
dia suruh aku supaya rajin-rajin menu lis

Di manakah bukti motivasi bahawa dorongan isteri


menjadi sumber semangat dan tenaga kepada seorang
suami? Zahari Hasib menegaskan:

dan bila esok saya mati


lalu tinggallah mereka
tapi aku bangga
sebab sebelum mati
aku telah sempat menjadi penyair.

72
Demikian, betapa pentingnya peranan wanita dalam hidup
lelaki. Mereka bukan sahaja sebagai teman hidup, malahan
wanita berperanan sebagai peniup semangat kaum lelaki
mencapai kejayaan.
(d) Teori kemasyarakatan / sosiologi
Pendekatan sosiologi adalah mengkaji perihal masyarakat dan
persekitarannya. Pendekatan ini amat menganalisis perihal masyarakat
dalam karya dan menghubungkaitkannya dengan realiti masyarakat di
luar karya kesusasteraan. Ia termasuklah berkenaan ideologi penulis
dalam karya dan kesannya, sikap masyarakat terhadap karya dan
kesannya, peranan penulis dan pengaruhnya terhadap masyarakat,
sikap masyarakat umum terhadap karya kesusasteraan, hak cipta dan
sebagainya. Para sosiologi melihat bahawa karya kesusasteraan
menjadi cerminan corak masyarakat pada zamannya. Dalam karya
kesusasteraan dipercayai terakam pandang dunia masyarakatnya. Hal-
hal yang dirakam dalam karya dipercayai diambil daripada peristiwa
benar yang berlaku dalam masyarakat. Penulis hanya merakam
kembali sebagai renungan para pembaca. Selain perihal
kemasyarakatan, dalam Teori Sosial juga tidak terlepas perihal budaya,
politik, ekonomi dan sebagainya kerana semuanya berperanan
mencorakkan susun lapis masyarakatnya.

Umumnya, hasil-hasil karya yang berkaitan dengan masyarakat


mementingkan dua perkara, iaitu berkenaan dengan sasterawan yang
mencipta genre sastera itu sendiri, dan berkaitan dengan fungsi dan
pengaruh kesusasteraan terhadap masyarakat. Biodata pengarang
akan membantu untuk memberi maklumat kenapa sesebuah karya itu
dihasilkan. Contoh novel Salina dihasilkan disebabkan kesan langsung
yang dialami oleh pengarangnya. Kesan langsung itu cuba dipindahkan
kepada pembaca untuk menilai kesannya. Novel Salina bukanlah

73
imaginasi melulu pengarang tanpa sebarang fakta benar yang terjadi.
Manakala fungsi dan pengaruh karya kesusasteraan terlihat daripada
kesan yang dirasai oleh pembaca.
Kesimpulannya, Teori Sosial mengkaji perihal masyarakat dalam karya
dan kesannya terhadap pembaca, atau pengaruh masyarakat di alam
realiti dan kesannya terhadap pengarang dan karya kesusasteraan.
Aspek yang dibicarakan meliputi semua hal yang berkaitan tingkah
laku manusia. Di bawah ialah contoh kritikan sastera menggunakan
Teori Sosial.

Imej Sungai dalam Sajak


Oleh Nassury Ibrahim

Imej sungai telah lama terungkap dalam sajak. Sungai


dalam kalangan orang-orang India bukan sahaja memberi
ilham kreatif, malah mereka yang beragama Hindu
menganggap sungai sebagai suci. Sungai Gangga yang
tidak henti mengalir dipercayai dapat membersihkan dosa
manusia. Demi sucinya Sungai Gangga sering diungkapkan
lewat mantera, nyanyian dan sajak / puisi.

Li Po, penyair genius Tiongkok klasik, juga tidak


ketinggalan mengungkapkan imej sungai dalam sajaknya.
Sungai dengan sifat semula jadi, di kelilingi bukit dan
tumbuhan, dihiasi biru langit, jerit siamang dan cerah
bulan, sering memercikkan ingatan terhadap teman-
teman. Perjalanan (berperahu) tidak terasa jauhnya. Hal ini
menjadi kelaziman dalam sajak-sajak Tiongkok
sebagaimana tergambar dalam petikan puisi Li Po berjudul
Belayar Ke Chiang-Ling di bawah.

74
Waktu subuh kutinggalkan Po-ti di tengah mega
dadu
pulang ke Chiang-ling jauhnya seribu batu
tak sunyi kedengaran jerit siamang di dua tebingnya
tanpa sedar perahuku melewati gunung nan luas.
Hal yang sedemikian juga terlihat dalam kalangan orang-
orang Jepun. Imej sungai di samping gunung, bunga,
bulan, salju, rumput dan pohonan merupakan lambang-
lambang keindahan yang mengiringi upacara minum teh
menjelang bulan Mei. Malah menurut Yasunari Kawabata,
Ikenobo Seno, pakar pengubah bunga, memilih sungai
(dan gunung) sebagai perbandingan terhadap kejayaan
dan kegembiraannya.

Sebenarnya, imej sungai kedapatan dalam semua


tamadun seni manusia. Demikian imej juga sungai
terungkap dalam kesusasteraan Melayu. Imej sungai
digunakan sebagai rujukan teladan, rasa kekaguman,
percintaan, hal-hal spiritual dan rekreaksi. Paling ketara
ialah dalam pantun, baik sebagai pembayang mahupun
mengungkapkan maksud hati.

Sungai kantan bertembok batu,


Tempat orang membuat perahu;
Ayam jantan memang begitu,
Pandai berkokok bertelur tak tahu.
Anak punai anak merbah,
Pandai ia membuat sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Ini pula hati orang.

Dalam seni persembahan dan pengubatan Melayu juga


mempunyai hubung kait dengan sungai. Misalnya dalam
mantera pembomohan sering kedapatan imej-imej
tempatan. Masyarakat yang tinggal berhampiran sungai

75
akan menggunakan imej sungai dengan segala isinya
sebagai sebahagiaan daripada ilmu perbomohan. Sungai
dan segala isinya dianggap mempunyai penjaga yang
perlu dihormati. Keceluparan mulut dan pelakuan negatif
terhadap sungai dan segala isinya akan membawa padah
seperti penyakit dan mala petaka. Tidak ketinggalan, imej
sungai juga terungkap dalam seni mantera pengasih,
sebagaimana mantera yang diucapkan oleh Jiwa bt. Hj.
Omar di bawah, yang dipetik oleh Harun Mat Piah..

Sungai Nipah Sungai Gemuruh


Tiga dengan Sungai Ati-Ati
Bagai dikipas engkau tubuh
Bagai dilambai engkau hati.

Kalau kau tak makan susu ibu


Tak kena buatan aku
Kalau engkau makan
Engkau terkena buatan aku.

Penggunaan imej sungai dalam karya kreatif menjangkau


sajak moden. Pada peringkat awal pertumbuhan sajak
Melayu moden Semenanjung amat sukar ditemui imej
sungai. Para penyair dekad 1940-an dan 1950-an lebih
gemar mengungkap sajak-sajak perjuangan kemerdekaan.
Dalam tahun 1969, Latiff Mohidin telah menulis sebuah
sajak berjudul Sungai Mekong. Sajak kemanusiaan ini
berbeza dengan sajak-sajak sezaman dari segi
pengolahan. Latiff tidak membangkitkan daya juang
pembaca. Sebaliknya, Latiff berusaha mencari kedamaian
dan menginsafkan pembaca akan kesan buruk
peperangan. Katanya

76
Sungai Mekong
akhirilah tari siang riakmu
kulihat di dasarmu
kuntum-kuntum berdarah
batu-batu luka

Sajak ini merakamkan penderitaan rakyat Vietnam di


tangan tentera Amerika. Penderitaan itu digambarkan
secara metafora bahawa ’ribut dari utara akan tiba /
tebingmu akan pecah / airmu akan merah / dan arusmu
akan lebih keras / dari Niagara.’ Latiff Mohidin
mengingatkan bahawa air Sungai Mekong akan dipenuhi
darah pemiliknya.

Sebuah lagi sajak berimej sungai dituliskan oleh Zakaria Ali


berjudul Sungai. Zakaria Ali memetaforakan sungai
sebagai manusia. Arus sungai sebagai usia, hulu sungai
sebagai pemulaan kelahiran manusia, dan muara sebagai
alam kehidupan selepas alam dunia. Pada dua baris
terakhir puisi, Zakaria Ali mencatatkan;

Dan di lautan ia belum pasti ingin bercampur


sebab dirinya tawar dan badannya penuh lumpur.

Dengan memfokuskan kepada manusia, ungkapan dua


baris itu sangat filosofis. Wujudnya pertentangan batiniah
antara alam sebelum dengan alam bakal dihadapi. Adakah
alam baharu itu sama dengan alam yang telah dilalui?
Adakah alam baharu itu dapat menerima arus sungai
seadanya sebab terdapat perbezaan antara alam sungai
dengan alam lautan: tawar-masin, tenang-berombak,

77
berlumpur-jernih dan panjang-luas. Merenungi mesej sajak
ini mampu mendidik manusia berjiwa takmilah.
Perihal sungai juga mendapat perhatian kalangan penyair
generasi baharu. Abu Bakar Othman misalnya, mengarap
rasa kesalnya kerana masyarakat tidak menghargai
sungai. Melalui sajak Cinta Manusia Mudah Berubah, Abu
Bakar Othman mendedahkan sikap manusia yang seolah-
olah ’habis manis sepah dibuang’ atau ’susu diberi dibalas
tuba.’ Kian hari manusia semakin hilang perasaan cinta
terhadap sungai. Tidak ada lagi ’tenang jiwa, jernih wajah,
kemeras menongkah mudik’ atau seluang, keli, kelah dan
seberau kerana kini sungai dipenuhi ’titik-titik hitam cemar
melukis sejarah duka’ daripada tangan manusia. Pelbagai
sisa makanan dan teknologi dibuang ke dalam sungai
sehingga airnya busuk dan segala hidupannya mati.
Walhal, sungai sangat berguna dan penting dalam
kehidupan harian manusia.

Demikian sekilas pandang berkenaan imej sungai dan


kehidupan manusia. Sejak dahulu hingga kini dan dalam
semua tamadun, sungai membantu manusia melestarikan
hidupnya. Malangnya, manusia tidak pernah menghargai
peranan terhadap mereka. Sungai sering dicemari dengan
segala macam aktiviti manusia.

(e) Teori Teksdealisme


Teori Teksdealisme dikemukakan oleh Mana Sikana sewaktu
berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kata ’teksdealisme’
adalah gabungan daripada perkataan ’teks’ dan ’idealisme.’ Desakan
yang melahirkan teori ini ialah (a) kejayaan atau pengaruh rakan-rakan
yang mencipta teori sendiri. Misalnya, Muhammad Haji Salleh

78
mencipta Teori Puitika Sastera Melayu, dan Hashim Awang mencipta
Teori Perkaedahan Melayu; (b) kesan pembacaan, mengkaji,
mengaplikasi, pemikiran dan proses penciptaan teori oleh sarjana
Barat Derrida, Lacan dan Kristeva; (c) kesan daripada membaca dan
mengkaji Hikayat Hang Tuah dan tulisan-tulisan mengenainya; (d) demi
untuk melahirkan karya-karya yang bersifat unggul yang ditulis oleh
pengarang-pengarang tempatan. (e) untuk memberi satu landasan
kepada penulis-penulis muda berkarya dan mencapai karya yang
unggul; (f) perubahan aliran atau pemikiran dalam kritikan karya
kesusasteraan dari moden kepada pascamoden; dan (g) kesan
membaca pengalaman penteori-penteori Barat mencipta teori
mengkaji karya kesusasteraan.

Menurut Mana Sikana, falsafah teori ini berasaskan keinginan setiap


pengarang mahu meletakkan karyanya pada tahap keunggulan. Untuk
tujuan itu, pengarang dituntut agar berani dan bijaksana melahirkan
karya. Yang dimaksudkan berani ialah mengemukakan idea atau
pemikiran baharu dan melakukan pembaharuan. Manakala, yang
dikatakan bijaksana ialah menghasilkan karya dengan penuh
kesedaran dan bergerak dalam landasan keilmuan. Pengarang harus
melahirkan karya yang bersifat idealistik, meta dan ontologikal.
Justeru, Mana Sikana mendefinisikan Teori Teksdealisme sebagai
susunan idea dan pengalaman yang mengandung makna berlapis-lapis
dengan mempunyai sifat-sifat keunggulannya kerana nilai dan mutu
(seni sastera) yang tinggi.

Ciri-ciri teks / karya yang unggul, antaranya ialah (a) teks itu
menggambarkan keperibadian atau kepengarangan penulisnya; (b)
teks itu mempunyai daya tarikan yang mengerakkan naluri khalayak;
(c) teks itu mempunyai lapisan-lapisan makna yang signifikan; dan (d)

79
teks itu mempunyai kelainan daripada teks-teks sebelum atau sesama
zamannya.

Terdapat empat prinsip Teori Teksdealisme. Pertama, prinsip kehadiran.


Prinsip ini menganalisis karya berasaskan kehadiran fakta-fakta yang
membina teks dan sumber fakta itu, cara fakta itu hadir dan bertapak
dalam teks, dan fungsi dan kesan kehadiran fakta berkenaan. Kedua,
prinsip pelanggaran, iaitu pertimbangan sama ada mahu mengekalkan
atau merubah sesuatu untuk mencapai keunggulan teks / karya.
Daripada dua prinsip itu, lahirnya prinsip ketiga iaitu prinsip
pengukuhan. Dalam aspek ini, Teori Teksdealisme menganalisis
langkah-langkah, unsur-unsur dan mekanisme yang dilakukan oleh
pengarang untuk mengukuhkan karyanya, agar mencapai tahap
unggul. Tahap keunggulan termasuklah karya yang dihasilkan itu
mempunyai kelainan daripada karya yang sedia ada, di samping
kekuatan seni sasteranya. Oleh sebab itu, aspek ini mengkaji usaha-
usaha pengukuhan yang dilakukan oleh pengarang, menjelaskan
bagaimana prinsip pengukuhan itu dilakukan, dan ketiga apakah fungsi
dan kesan pengukuhan tersebut?

Keempat, prinsip keperibadian, iaitu karya itu mewakili diri pengarang


sebagai seorang yang beridealisme. Karya yang dihasilkan tidak
mempunyai unsur atau bayangan atau pengaruh daripada karya-karya
orang lain. Dalam prinsip ini akan dikaji usaha-usaha pengarang untuk
mencapai tahap keperibadian, menjelaskan sifat-sifat keperibadian
pengarang dalam karyanya itu, mendedahkan bagaimana prinsip
keperibadian itu dilakukan, dan kesan daripada keperibadian itu
terhadap karya dan pengarang. Usaha mencapai prinsip keperibadian
melibatkan idealisme pengarang.

80
Ada dua idealisme pengarang, iaitu idealisme objektif menekankan
konsep yang lahir daripada alam semula jadi yang menjadi produksi
minda. Ia melibatkan usaha pengarang melepaskan dirinya daripada
pengaruh dan ikatan persekitaran. Ia berkait rapat dengan
pengalaman berinteraksi dengan alam pesekitaran dan dunia
kepengarangannya. Kedua, idealisme subjektif yang menekankan
sensasi, hasil persepsi pengarang setelah berinteraksi dengan alam
persekitarannya, iaitu percampuran idea dan kesan pengalaman.
Persepsi pengarang dapat digali dalam isi teks mahupun luar teks
seperti dari imej kulit depan buku sehingga imej di kulit belakang buku.
Isi dan kulit buku mesti mesti serasi, berwacana dan dari keserasian
dan kewacanaan itu akan menghasilkan keunggulan teks. Tegas Mana
Sikana (2005: 508), ”Kulit-kulit buku yang dihiasi dengan tulisan-tulisan
kaligrafi tidak semestinya membayangkan ia merupakan sebuah karya
Islam seandainya moraliti dalam penceritaan tersebut bersifat
ambigous dan disangsikan.”

kesimpulannya, Teori Teksdealisme mencari sebuah teks kesusasteraan


yang unggul, baik dari segi isi, proses kehadiran, pelanggaran dan
peidentitian mahupun imej kulit karya berkenaan. Di bawah ialah
contoh kritikan menggunakan Teori Teksdealisme.

Kritikan Cerpen Seha Karya Shahnon Ahmad


dari Sudut Teori Teksdealisme
Oleh Mana Sikana

Shahnon Ahmad sebagai penulis telah mencapai dan


memiliki individualisme. MaIah, dalam genre novel ia
dianggap sebagai Raja Novelis Malaysia. Saya merasakan
untuk seratus tahun Iagi pun kita tidak akan dapat
melahirkan pengarang seperti Shahnon Ahmad,

81
keunggulannya pada nilai teks-teksnya, terutamanya
tematiknya tentang Malay Power yang sudah tegak
sebagai idealisme kepengarangannya. Definisi sasteranya
adalah kekuata:n Melayu Islamnya. Mungkin generasi-
generasi akan datang akan mencirikonsepsikan teks-teks
kanonnya bagi membina teori sastera Melayu. Tentulah
mengikuti "'Seha" saya mengharapkan suatu kehadiran
penuh pengukuhan. Kekuatan Shahnon Ahmad yang
jarang ada pada pengarang lainnya ialah ia sudah
mempunyai subjek individual, membentuk idealisme
individuaIistik dan individual author. Begitu juga Shahnon
Ahmad memiIiki individual style, individual-self dan
individual action. Itulah yang bermain dalam benak saya
sewaktu saya mengembangkan bacaan ideaIistik saya.

Rupa-rupanya harapan itu tidak dikecewakan. Setelah


membaca . dan menelitinya dapatlah saya simpuIkan,
bahawa cerpen ini adaIah suatu pengembangan dan
pengukuhan daIam jalur Shahnon Ahmad dengan dunia
Melayu: kemiskinan dan sebagai teks ia mempunyai jati
dirinya sendiri. Kita menemukan sebuah keluarga atuk dan
nenek yang menghabiskan usia mereka di persawahan, di
Banggul, desa yang biasa kita temui daIam teks-teks
Shahnon Ahmad sebelumnya. Sesuai dengan kampung
yang telah merana dan sakit akibat pembangunan dan
nostalgia kepada kekuatan kampungnya sebagai
pengeluar padi, narasi bergerak perIahan, mengenal
situasi penuh melankolik dan segaIa teIah musnah oleh
sejarah. Dengan cara demikian simpati pembaca aktifkan
oleh rangsangan pemeriannya terutama pada latarnya
yang telah mendeterminasikan dan mencoraksikapkan

82
perwatakannya yang begitu setia pada kampung
halamannya dan perlahan demi perlahan kita sampai
kepada ide pokok cerpen ini: bersawah di Kuala Lumpur.

Pembangunan teIah diperlihatkan sebagai suatu agen


pemusnah. Kilang-kilang yang menjajah perkampungan itu
mendesak penduduk kepada suatu falsafah hidup yang
bertentangan dengan nilai-nilai sebelumnya. Tidak sahaja
kepada warga pendudulnya, juga kepada hidup-hidupan
yang menjadi sumber rezeki pesawah seperti haruan, keli,
sepat dan lain-lainnya turut menjadi mangsa
pembangunan, yang ada kini ialah haruan atau keli atau
sepat yang palsu. Shahnon Ahmad dengan jelasnya
menggambarkan ·kesan pembangunan itu dan kita pun
turut merasakannya. Pun kita sedar persoalan di BangguI
itu tidak bererti selesai sebaik sahaja selesai cerpen itu
kita baca. Cukup banyak indikasi bahawa masyarakat
perkampungan yang kelihatannya dihadirkan dengan
keadaan lemah dan dilemahkan menyediakan pertanyaan-
pertanyaan tentang dasar budaya kita, dan mungkin kita
pun perlu menjawabnya untuk mengatasi kesakitan itu.

Meskipun cerpen ini terlalu panjang untuk sebuah ide yang


pendek itu, tetapi kejayaan memerdekakan kesan
kolonialisme sawah di BangguI yang penuh sejarah itu bagi
sepasang manusia seperti atuk dan nenek bukanlah
senang. Sikap dan kesedaran manusia bukan mudah
dirubah. Shahnon Ahmad bagaikan berkata kepada orang--
orang Melayu tidak ada apa lagi yang harus di tunggu di
kampung berhijrahlah ke bandar. Rasionaliti modenisme
seakan-akan projek yang belum selesai dalam menangani

83
krisis yang muncul dalam takdir kehidupan Melayu.
Permasalahan keluarga, kampung dan Melayunya tidak
pernah usang di tangan Shahnon Ahmad Meskipun
realisme yang dihantui mekanisme Barat yang sering
berlaku fallacy atau pemalsuan dan penipuan; tetapi
realisme ala Malaysia Shahnon Ahmad tidak pernah
berbuat demikian. Itulah realitinya MeIayu. Dan teks-teks
begini membuat kita lebih intens terhadap hidup dan cuba
memahaminya dari resah gelisahnya. Dalam teks-teks
sedemikian Shahnon Ahmad tidak pernah
menyembunyikan maknanya, kecuali apabila beliau
bertekskan realisme magis atau eksistensialisme. Benar
juga, kita pun harus bertanya kepada pengarang, untuk
apa menyembunyikan makna seandainya ia perlu
didedahkan? Shahnon Ahmad terkenal kerana
keberaniannya dalam aspek ini, meski berhubung dengan
jargon politik. Keberanian ini membuat Shahnon Ahmad
adalah contoh penting luar biasa kepada penulis lainnya.

Kekuatan pada cerpen Shahnon Ahmad ini ialah pada


peIenturan bahasanya. Ia selembut sutera dan sehalus
seni itu sendiri. Kita cepat mesra dan masuk ke dalam
fikiran teks. Pemikirannya dimagiskan oleh stail Shahnon
yang tepat, padat dan terasa ujaran kekampungan.
Pembaca yang berasaI dari kampung Ialu telah
meninggalkannya, pasti memperoleh kepuasan atas kata-
kata yang jelas, rinci, jernih dan asli sebagai gambaran
suatu episod tentang kehidupan yang tenangtetapi
bergelora, manis tetapi pahit. Babasa dan realiti selalunya
tidak sekata. Bahasa boleh membohongi reaIiti dan realiti
pula boleh membohongi babasa. Justeru, pada orang

84
kampung yang telah mastautin di bandar, babasa telah
digagapkan oleh sejarah. Maka teks Shahnon Ahmad ini
adaIah Iisanterafinya.

Kita menyaksikan Shahnon Ahmad mengukuhkan teksnya


dengan penghadiran slave morality melalui watak Seha.
Watak ini membangunkan ketakutan hidup di desa dan
mengontrol, menyakin dan menawan jiwa atuknya yang
telah lama tertindas dalam otoriti dan emosi tradisinya. Di
sinilah praxis teks ini, yang menjadi sintesis dari ideologi
kepengarangan Shahnon Ahmad sehingga personaliti atuk
yang sebenar mengalami perpecahan dan semacam
mengalami suatu fatalisme dapat dirubah oleh seorang
cucu. DaIam konteks ini saya melihat realisme Shahnon
Ahmad lebih bercorak reaIisme personal. Ia menyaksikan
suatu pembinasaan terhadap nilai, suatu epoche kepada
Melayu kampung yang selama ini dipertahankan Atuk.
Telah sampai masanya, Melayu harus melakukan
penghijrahan. Tuntutannya bagaikan penghijrahan
junjungan Nabi Muhammad S.a.w. dari Makah al-
Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah. Inilah suatu
semiosis, makna simbol yang diketengahkan daIam cerpen
"Seha" teks Shahnon Ahmad ini.

(f) Teori Takmilah


Teori Takmilah diperkenalkan oleh Dr. Shafie Abu Bakar, mantan
pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ia dianggap teori
kritikan karya sastera Islam. Hal ini kerana Teori Takmilah berpaksikan
tauhid dalam segala aspek keilmuan Islam dan berusaha melahirkan
insan syumul yang bersifat uluhiyah dan rubudiyah. Istilah Takmilah

85
bertalian dengan sifat “Kamal” Allah yang bererti sempurna. Takmilah
menyempurnakan sesuatu yang dengannya akan menjadi sempurna.
Maksudnya, melalui Teori Takmilah sesuatu yang dianggap sempurna
oleh manusia (sebenarnya belum sempurna di sisi agama) akan
menjadi lebih sempurna. Kesempurnaan itu dilihat dari segi akidah,
tauhid, akhlak dan ilmu. Kesemuanya hadir dalam kesatuan. Hubungan
Takmilah itu berkait pula dengan sifat-sifat Jamal, Qahhar dan Jalal
Allah. Kesatuan hubungan itu dapat difahami, misalnya dalam kes
cerpen ‘Langit Makin Mendung’ karya Kipandjikusman. Nilai sasteranya
tinggi dan ceritanya juga menarik. Namun, dari awal cerita lagi
Kipandjikusman menyatakan rasa tidak puas hati Nabi Muhammad
terhadap Tuhannya. Dari segi realiti peristiwa, sebenarnya tidak ada
petisyen yang menandakan rasa tidak puas hati Nabi Muhammad
terhadap Allah. Walaupun dari segi teori pembinaan karya, cerpen
‘Langit Makin Mendung’ adalah sempurna dan tepat, namun dari segi
realiti peristiwa sebenar adalah fitnah.

Ertinya, dari segi ilmunya ada, tetapi dari segi akidah dan tauhid Islam
adalah sebaliknya. Tidak ada kebersatuan antara nilai akidah, tauhid,
akhlak dan ilmu keislaman dengan nilai sastera (rujuk buku Pleidoi
Sastra: Kontroversi Cerpen ‘Langit Makin Mendung’ Kipandjikusman,
2004). Teori Takmilah tidak mengasingkan nilai seni sebagai tuntutan
hati nurani manusia mencintai dan mendekati tuhannya. Malah, pada
situasi tertentu, seni juga dianggap salah satu jalan menuju ke rumah
Tuhan. Salah satu konsep seni dalam persuratan Melayu ialah
penyempurnaan rohani bagi tujuan menyucikan jiwa, menambahkan
ketakwaan, melahirkan suasana harmoni dan membentuk kerajaan adil
yang diredhai Allah (Maniyamin bin Haji Ibrahim, 2006: 211 – 214).
Menurut hadis riwayat Bukhari dari Ubay bin Ka’ab, Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang bermaksud, “Sebahagian syair ada
mengandungi hikmah kebijaksanaan.”

86
Teori Takmilah direka untuk aplikasi terhadap semua karya bagi
mengesan dan mengukur nilai keislaman dalam karya. Pada satu posisi
mungkin karya itu bebas daripada nada keislaman, tetapi setelah
dianalisis mungkin baru terserlah citra keislamannya. Demikian
sebaliknya, sesebuah karya yang kelihatan bernada keislaman, setelah
dianalisis didapati citra sebaliknya. Mungkin ianya berlaku di luar alam
sedar pengarang.

Teori Takmilah menekankan tiga komponen penting iaitu pengarang,


karya dan khalayak. Semuanya harus bermula daripada kesedaran
tauhid pengarang yang menuangkan kesedaran itu ke dalam karya
untuk membangkitkan kesedaran tauhid pembaca. Ketiga-tiganya
memperlihatkan sifat sempurna lagi menyempurnakan, yang menjadi
sifat Allah dan lambang kesempurnaan-Nya. Karya yang indah mesti
berpaksikan kebenaran, kebaikan dan keadilan. Ianya tercerna dalam
hubungan sikap dan perlakuan manusia terhadap Allah, sikap dan
perlakuan manusia sesama makhluk Allah, serta sikap dan perlakuan
manusia dengan alam persekitarannya.

Keindahan dan kesempurnaan karya sastera meliputi keindahan isi dan


bentuk. Jika isi baik tetapi disampaikan dalam bentuk yang tidak
sesuai, atau bentuk baik tetapi isi tidak sesuai, maka karya itu
dianggap tidak indah dan tidak sempurna. Isi dan bentuk karya mesti
sama-sama indah, sebagaimana maksud ‘susastra’ itu sendiri, dan
ianya berpandukan anjaran al-Quran. Walaupun aspek struktur karya
sama, namun Teori Takmilah melihat aspek strukturnya mesti tidak
bertentangan dengan isi, bertepatan dengan genre, bahasanya tepat,
isinya mudah difahami dan tidak bertentangan dengan ajaran agama.

87
Dari segi isi pula karya itu mesti dapat memberi teladan atau hikmah
kepada pembaca. Satu hal yang ditegaskan oleh Dr. Shafie Abu Bakar
bahawa Teori Takmilah melihat segala kejadian atau peristiwa sebagai
indah, baik peristiwa itu menggembirakan mahupun peristiwa itu
mendukacitakan. Yang penting peristiwa itu mempunyai hikmah atau
memberi hikmah kepada manusia bagi menyempurnakan akidah atau
kesejahteraan dirinya. Peristiwa sebuah bas ekspres di Malaysia yang
terhumban ke dalam gaung pada 13 Ogos 2007, hingga mengorbankan
22 orang penumpang merupakan peristiwa yang mendukacitakan.
Namun, peristiwa ini dapat memberi hikmah jika rakyat dan kerajaan
Malaysia melalui agensi yang berkaitan menyusun strategi agar
peristiwa seumpamanya tidak berulang. Sasterawan yang peka akan
menyusun episod-episod kehidupannya, sama ada episod yang
menggembirakan dan lebih-lebih lagi episod yang mendukacitakan,
hingga menghasilkan satu bentuk cerita yang menarik, bernilai
sastera, berhikmah dan dapat mentakmilahkan jiwa pembaca.

Bagi memantapkan teori Dr. Shafie Abu Bakar menggarisi tujuh prinsip
Teori Takmilah, iaitu (1) Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal, (2)
Prinsip kerasulan sebagai insan Kamil, (3) Prinsip keislaman yang
bersifat Akmal, (4) Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul,
(5) Prinsip sastera bercirikan estetik dan bersifat Takmilah, (6) Prinsip
pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri, dan (7) Prinsip
khalayak yang bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil. Di
bawah ialah satu contoh kritikan menggunakan Teori Takmilah.

Ombak Besar Tsunami dan Ketakmilahan kepada


Penyair
Oleh Nassury Ibrahim

88
Peristiwa ombak besar Tsunami yang melanda Aceh telah
dirakamkan dalam puisi dan prosa kerana peristiwa itu
sangat menyayat rasa hati. Namun begitu, dalam Teori
Takmilah bukan peristiwa itu yang penting, betapa besar
atau penting sekali pun peristiwa itu. Yang menjadi
tuntutan Teori Takmilah ialah apakah kesan peristiwa yang
dipersajakan itu dapat membangkitkan kesedaran atau
memberi hikmah kepada penyair dan kemudian
dipersajakan untuk membangkitkan hikmah kepada
pembaca. Hal ini bererti bahawa berhikmah atau tidak
berhikmah sesuatu peristiwa yang digarap ke dalam sajak
adalah bergantung pada cara dan persepsi penyair
mengolahnya.

Antara penyair yang tersentuh perasaannya terhadap


kesan tragedi ombak besar Tsunami yang melanda Aceh
pada 26 Disember 2004 itu ialah penyair L.K. Ara.
Perhatikan sajak beliau yang berjudul ‘Wahai Tuhan’ yang
dimuatkan dalam antologi Ziarah Ombak di bawah ini.

Wahai Tuhan
tak ada lagi yang kami punya
semua milikmu
telah kau ambil kembali
yang tinggal hanya
sepotong tubuh
yang rapuh
dan suka mengeluh.

Sajak ini mendedahkan rasa sedih yang amat yang dirasai


oleh mangsa Tsunami. Semuanya habis ditelan Tsunami,
kecuali aku lirik yang kini berada dalam keadaan putus asa

89
atau kesal atau kecewa dengan malapetaka itu. Bukti
perasaan putus asa, kesal dan kecewa aku lirik dapat
dikesan pada baris di bawah.

yang tinggal hanya


sepotong tubuh
yang rapuh
dan suka mengeluh

Dari persepsi Teori Takmilah, sajak ini tidak memberi


kesedaran kepada jiwa pembaca. Tidak terlihat usaha
pengarang mencari hikmah di sebalik peristiwa ombak
besar tsunami itu sebagai teladan hidup dirinya dan
seterusnya diserapkan kepada pembaca. Penonjolan aspek
diri ‘yang rapuh / dan suka mengeluh’ itu bertentangan
dengan prinsip Teori Takmilah iaitu prinsip sastera yang
bersifat takamul, prinsip sastera bercirikan estetik dan
bersifat Takmilah, dan prinsip pengkarya mengistimalkan
diri. Ajaran agama Islam sendiri melarang umat-Nya putus
asa atau berkeluh-kesah. Saya fikir, jika baris akhir sajak
itu ditambah, misalnya ‘Ya, Allah / Kau berilah petunjuk,’
akan mendekatkan sajak ini dengan Teori Takmilah.

Hal ini berbeza dengan sajak beliau berjudul ‘Saat Hening,’


juga termuat dalam antologi Ziarah Ombak, dan sajaknya
juga berkenaan ombak besar Tsunami, sebagaimana di
bawah ini.

Setelah gempa
setelah gelombang tsunami
tinggal puing
inilah saat hening
sujud kepada-Mu.

90
Melalui baris ‘sujud kepada-Mu’ terlihat prinsip pengkarya
seharusnya mengistimalkaqn diri. Baris itu juga
membuktikan wujudnya kesedaran Tauhid, dan hikmah
yang membijaksanakan, yang dapat dikongsi bersama
dengan pembaca. Penyair tidak menggambarkan sikap
mengeluh dan putus asa, sebaliknya penyair menyeru
pembaca melalui hasil karyanya agar mendekatkan diri
dengan Tuhan. Kegembiraan dan kedukacitaan merupakan
ujian Tuhan. Dalam Islam, orang yang gemar berfikir dan
sentiasa ambil ikhtibar daripada rasa kegembiraan dan
kedukacitaan dianggap sebagai orang yang sempurna
akalnya. Salah satu peristiwa yang menghikmahkan itu
ialah tragedi ombak besar tsunami.

Berdasarkan dua sajak L. K. Ara itu, kita dapati bahawa


walaupun penyair menulis sajak berasaskan peristiwa
sama, namun tidak semua sajaknya itu memberi kesan
positif kepada pembaca. Sajak Wahai Tuhan tidak memberi
kebaikan kepada pembaca kerana bersifat pasif. Hal
sebaliknya terlihat pada sajak Saat Hening menggunakan
persepsi orang bertakwa. Penyair menegaskan bahawa
walau apapun yang berlaku kita perlu bersyukur, dan lebih-
lebih lagi, kerana terselamat daripada musibah berkenaan.
Saranan itu menepati ajaran Islam dan seruan yang
terdapat dalam Teori Takmilah.

Kesimpulan
Teori atau pendekatan kritikan sastera dibina bertujuan menganalisis
karya sastera mengikut kriteria masing-masing. Tujuannya ialah
memahami mesej atau amanah, struktur penceritaan, kandungan
cerita, membantu pembaca memahami teks, dan juga membantu

91
pengarang mempertingkatkan mutu karya. Melalui analisis terhadap
karya akan terpancar rahsia-rahsia yang dapat membantu membina
kualiti kehidupan pembaca. Walaupun karya sastera dihasilkan untuk
tujuan menghiburkan masyarakat, namun di sebalik hiburan itu terselit
mutiara peristiwa yang dapat diteladani oleh pembaca.

92