Anda di halaman 1dari 18

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Kenalpasti Isu Utama yang Dibincangkan dalam 2-6


Persidangan Tersebut
2.1 Punca Permasalahan

3.0 Penyelesaian Masalah dan Perlaksanaan Dasar 6 - 10

4.0 Bentuk dan Kriteria Penilaian Dasar yang Digunapakai 10-11

5.0 Nyatakan Teknik Pelaksanaan Dasar Yang Dicadangkan Dalam Isu 12 - 15


Tersebut
5.1 Hak
5.2 Kuasa
5.3 Dorongan

6.0 Kesimpulan 16

7.0 Rujukan 17 - 18

1.0 PENGENALAN

218514|218536|218671|218833 1
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Dasar merupakan satu kenyataan umum yang mengandungi maklumat mengenai

apa yang ingin dicapai. Dasar mengandungi strategi pelaksanaan yang terkandung di

dalamnya program, projek dan undang-undang yang berusaha ke arah pencapaian

matlamat yang ditetapkan. Contohnya Dasar Penswastaan, Dasar Wanita Negara dan

sebagainya. Dasar awam yang berkesan mampu mencorakkan pembangunan

masyarakat yang seimbang sekaligus menjadikan negara mampu bersaing di peringkat

antarabangsa dan berjaya menghadapi cabaran glbalisasi pada masa sekarang. Malah

ia juga dapat memberi faedah kepada sesebuah negara berbanding dengan negara lain

dari aspek comparative advantage untuk menarik minat orang asing untuk datang

melabur. Tugasan individu dalam subjek GMGA 3033 Operasi Penilaian Dasar Awam

ini adalah pelajar dikehendaki untuk memilih satu isu utama yang dibahaskan dalam

Laporan Parlimen yang berlaku sepanjang tahun 2014 (Penggal Kedua) untuk Dewan

Rakyat (Hansard). Kemudian berdasarkan laporan berkenaan pelajar perlu mengupas

matlamat utama isu, bentuk penyelesaian dasar yang dicadangkan dan kaedah

pelaksanaan dasar yang diputuskan atau kaedah mahupun teknik yang dicadangkan

oleh pelajar itu sendiri (sekiranya tidak dibincangkan dalam laporan tersebut. Laporan

yang saya pilih sebagai tajuk tugasan bagi 26 November 2016. Laporan Parlimen ini

menyentuh agenda utama iaitu program kesihatan yang mana melihat kepada sejauh

mana keberkesanan program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) didalam

melahirkan agen-agen perubahan kesihatan masyarakat daripada kalangan anggota

KEMAS dan JKKK untuk membudayakan amalan hidup sihat di kalangan masyarakat

yang kerap kali dibangkitkan oleh setiap ahli Dewan Rakyat yang menghadiri

persidangan tersebut. Ia menjadi tajuk perbincangan yang hangat di kalangan

kebanyakan ahli Dewan Rakyat yang hadir persidangan. Agenda kesihatan yang

dibincangkan dalam Laporan Parlimen ini melibatkan penyakit yang tidak berjangkit

218514|218536|218671|218833 2
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

seperti diabetes mellitus atau penyakit kencing manis dan hypertension atau darah

tinggi. Namun terdapat juga contoh penyakit tidak berjangkit yang lain seperti

penyakit jantung, penyakit hati, asma, penyakit buah pinggang, barah, Alzheimer,

batu karang, obesiti, strok dan penyakit-penyakit genetik.

2.0 KENAL PASTI ISU UTAMA YANG DIBINCANGKAN DALAM


PERSIDANGAN TERSEBUT
Merujuk kepada Bab 3, Penetapan Agenda iaitu dalam kolum 3.2. Isu yang
menjadi agenda terdapat beberapa isu yang selalu mendapat perhatian seperti berikut :
 Crisis proportions - krisis yang sukar diselesaikan secara semulajadi
 Particularity - isu yang bergantung kepada perkara lain
 Emotive - isu yang menjadi perhatian umum
 Wide Impact - kesan yang mendalam terhadap masyarakat
 Power and Legitimacy - berkaitan kuasa dan autoriti oleh golongan
elit politik
 Fashionable - masalah masa kini. Contohnya penyakit batuk kering

Isu yang dikenal pasti sebagai isu utama dalam Laporan Parlimen untuk Dewan

Rakyat (Hansard) yang bertarikh 26 November 2014 ini yang telah dibangkitkan oleh

kebanyakan ahli Dewan Rakyat adalah perkara yang berkait rapat dengan program

kesihatan. Di sini kami menilai isu kesihatan sebagai isu Wide Impact iaitu yang

memberikan kesan yang mendalam terhadap masyarakat kerana isu ini melibatkan

keseluruhan rakyat pada masa itu. Selain itu, isu yang turut berkaitan dalam

permasalahan ini ialah isu Emotive kerana ia turut menjadi perhatian masyarakat

umum.

2.1 PUNCA PERMASALAHAN

Teknik-teknik penstrukturan masalah yang digunapakai adalah Teknik

Sinektik. Teknik ini merupakan salah satu cara untuk membantu mengenal pasti

218514|218536|218671|218833 3
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

masalah yang mempunyai persamaan dan digunakan untuk menggalakkan kita

menghargai tentang kepentingan membandingkan masalah-masalah awam yang

mempunyai persamaan antara satu sama lain. Tiga bentuk analogi yang boleh

digunapakai oleh penganalisis dalam membandingkan masalah awam yang wujud

iaitu :-

1. Analogi Peribadi

Analogi ini membayangkan diri kita sendiri yang menghidapi penyakit

tersebut. Sebagai contoh penyakit Darah Tinggi, dimana keadaan tersebut

memberi kesan sampingan kepada pesakit setelah pengambilan ubat. Antara

kesan-kesan yang akan dialami ialah seperti mengantuk, kadang-kala

mengalami masalah pendengaran dan sering lupa.

2. Analogi Langsung

Merujuk kepada masalah yang mempunyai kaitan dengan masalah lain

contohnya penyakit kencing tikus. Penganalisis mengaitkan penyakit ini

secara langsung dengan pengalaman dalam mengawal penyakit kencing tikus

yang merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh haiwan. Kesan

penyakit ini ialah demam teruk yang berlarutan yang boleh mengakibatkan

maut.

3. Analogi Fantasi

Penganalisis menggunakan khayalan tertentu dalam mencari persamaan

dalam sesuatu masalah. Contohnya penyakit kusta di mana pesakit

218514|218536|218671|218833 4
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

diasingkan secara langsung daripada orang lain di suatu tempat yang khusus

untuk mengelak penularan penyakit tersebut.

Antara punca-punca permasahan yang telah dikenalpasti adalah :-

1. Corak pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang.

Pengambilan terlalu banyak gula, garam, lemak dan kolesterol akan

memberi kesan terhadap kesihatan tubuh badan kita. Selain itu, bahan kimia

seperti bahan perisa, bahan pewarna dan pengawet juga boleh memudaratkan

sistem saraf manusia dan menyebabkan penyakit kanser.

2. Cara kehidupan zaman moden yang kurang sihat

Punca daripada pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi

dengan pelbagai toksin menyebabakan kesihatan manusia terjejas. Cara

hidup manusia yang kurang bersenam mengakibatkan bahan buangan

bertoksin terkumpul di dalam usus dan menyebabkan sembelit dan najis

berlonggok. Ia juga menjejaskan daya kesihatan badan. Ini akan

menyebabkan kita mudah untuk mendapatkan penyakit.

3. Tahap kebersihan tempatan yang kurang memberansangkan

Semua orang patut peka terhadap kebersihan diri sendiri dan alam sekitar

kerana setiap kotoran atau air yang bertakung dapat meningkatkan peluang

untuk bakteria atau parasit membiak. Bakteria yang mengambil kesempatan

untuk membiak di air yang bertakung adalah vibrio cholera dan virus

denggi yang menyebabkan taun dan demam denggi.

4. Aktiviti pemanasan global

218514|218536|218671|218833 5
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Apabila suhu meningkat akan meningkatkan peluang untuk virus dan

bakteria merebak. Oleh itu, jangkitan virus, bakteria dan kuman ialah

pembawa penyakit yang semakin berleluasa misalnya cirit-birit, demam

denggi, malaria, penyakit paru obstruktif kronik dan kanser kulit.

3.0 PENYELESAIAN MASALAH DAN PELAKSANAAN DASAR

Sehubungan itu, program-program kesihatan di anggap sebagai satu tindakan

yang wajib dititikberatkan. Kita tidak mahu Malaysia terus mencatat peningkatan

dalam angka kematian hanya disebabkan amalan budaya yang tidak sihat. Salah satu

program yang dimaksudkan ialah Program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa

Negara). Program KOSPEN mempunyai beberapa objektif iaitu : -

1. Membentuk komuniti sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya

hidup sihat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan tahap sosial

ekonomi serta pembangunan yang mapan.

2. Mendekatkan dan meluaskan capaian program komuniti bagi membentuk

komuniti sihat, bebas dari penyakit NCD (penyakita tidak berjangkit) yang

merupakan beban utama negara masa kini.

3. Menambah nilai program dan aktiviti-aktiviti di bawah KEMAS melalui

penerapan elemen pendidikan asas pencegahan dan prosedur mudah

pengesanan faktor risiko penyakit NCD.

4. Mewujudkan sekumpulan sukarelawan kesihatan terlatih di kalangan ahli

komuniti.

KOSPEN turut merangka tiga strategi pelaksanaan bagi memperkasakan individu dan

komuniti mengenai gaya hidup yang sihat. Strategi-strategi tersebut ialah :-

218514|218536|218671|218833 6
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

 Meningkatkan kesedaran individu dan komuniti tentang penyakit tidak

berjangkit, faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang berkaitan, langkah

pencegahan asas serta prosedur mudah pengesanan faktor risiko penyakit

tidak berjangkit ini;

 Menterjemah pengetahuan kesihatan kepada perubahan tingkah laku yang

sesuai dengan penduduk setempat;

 Mewujudkan persekitaran yang menyokong gaya hidup yang sihat.

Aktiviti KOSPEN merangkumi lima skop pencegahan penyakit tidak berjangkit yang

utama iaitu makan secara sihat, hidup yang aktif, tidak merokok, pengurusan berat

badan yang unggul dan akhir sekali adalah pengesanan penyakit tidak berjangkit pada

peringkat awal melalui saringan kesihatan.

Datuk Dr. S. Subramaniam menjelaskan bahawa inisiatif Komuniti Sihat

Perkasa Negara (KOSPEN) yang dilancarkan oleh beliau pada 13 Februari 2014

dibangunkan untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat dengan membendung beban

penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat di Malaysia iaitu diabetes mellitus

atau penyakit kencing manis dan hypertension atau darah tinggi. Kedua-dua penyakit

ini berfungsi faktor risiko yang sama iaitu amalan pemakanan yang tidak sihat,

merokok dan obesiti. Oleh yang demikian, skop aktiviti KOSPEN terdiri daripada

pemakanan sihat, hidup yang aktif, pengurusan berat badan, tidak merokok dan

aktiviti saringan penyakit tidak berjangkit dan faktor risikonya. Beliau juga

menegaskan bahawa kementerian berusaha mendekatkan program-program kesihatan

kepada masyarakat melalui pembentukan kumpulan sukarelawan kesihatan dari

kalangan masyarakat yang dikenali sebagai Gerak Sihat Malaysia (GSiM). Mereka

yang akan menerima latihan khusus oleh kementerian akan menjadi agen perubahan

218514|218536|218671|218833 7
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

ke arah gaya hidup sihat di locality yang mengambil bahagian dan merekalah yang

sebenarnya merupakan functional unit bagi KOSPEN di locality yang mengambil

bahagian.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa secara permulaan, program ini telah

dimulakan dengan KEMAS kerana untuk mendekati khususnya mereka yang ada di

dalam kampung-kampung luar bandar di mana kegiatan KEMAS ialah satu kaedah

yang aktif dan mereka menjadi agensi yang paling sesuai untuk kita mendekati

dengan kumpulan di luar bandar. Di dalam fasa kedua, kementerian telah menjalinkan

satu kerjasama dengan rukun tetangga supaya program yang sama boleh dibawa

kepada kumpulan-kumpulan rukun tetangga mahupun di luar bandar ataupun di

bandar. Selepas itu kementerian mempunyai pandangan yang terbuka untuk

melibatkan agensi-agensi yang lain termasuk apa yang telah dicadangkan oleh ahli

Dewan Rakyat yang lain. Manakala kesannya akan dikaji selepas program ini telah

diteruskan untuk satu jangka masa yang sesuai di mana KPI (Key Performance

Indicator) yang akan menentukan kejayaannya nanti. Daripada cara program ini

dibuat, segala maklumat yang diperoleh di peringkat akar umbi akan dimasukkan

kepada satu database dan database ini akan diperiksa dan disemak secara berterusan

untuk memastikan keberkesanan program ini. Apa yang jelas ialah motif utama

program kesihatan ini adalah untuk membawa perubahan dalam cara gaya hidup

rakyat Malaysia supaya satu langkah untuk membendung beban yang kitahadapi

melalui apa yang dipanggil sebagai non-communicable diseases.

Selain daripada yang dinyatakan di atas terdapat juga beberapa masalah yang

berkait dengan program kesihatan yang telah dibangkitkan oleh ahli Dewan Rakyat.

Antaranya ialah :

218514|218536|218671|218833 8
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

 Bajet atau peruntukan yang besar untuk merealisasikan perancangan

pelaksanaan program kesihatan. Ini berikutan bajet yang perlu disediakan akan

dibahagikan kepada kumpulan dan bahagian tertentu;

 Kerjasama yang jitu daripada beberapa agensi, jabatan, JKKK dan sebagainya

dalam usaha bersama-sama melaksanakan program kesihatan yang telah

dirangka misalnya penjagaan kawasan sekitar kediaman dan perkampungan,

pendidikan awal kanak-kanak dan pendedahan kesihatan kepada warga emas

yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di semua peringkat usia.

 Usaha dalam menentukan anggota yang berkebolehan bagi menjalankan

program kesihatan terutamanya dalam aspek saringan kesihatan bagi

mengurangkan kadar kesilapan yang berlaku;

 Menentukan aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian dengan budaya dan juga

faktor usia masyarakat di tempat-tempat tertentu dalam menjayakan program

kesihatan.

Beberapa kenyataan atau masalah sampingan yang wujud di atas telah diteliti dan

dicadangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian namun jika masyarakat tidak

bersatu maka ia tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Pihak berkepentingan harus

tahu memainkan peranan mereka dalam mendekatkan diri dengan masyarakat

setempat. Contoh aktiviti sihat yang seringkali kita lihat pada masa kini yang boleh

dianggap sebagai satu trend adalah penganjuran Larian Beramai-ramai seperti Larian

Seni, Youth Run, Kempen Berjalan 1000 Langkah, Larian Amal Penyayang, Larian

Hari Malaysia, Balloon Run, Larian Pewaris 2016 dan sebagainya. Program sihat

sebegini kebiasaannya adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu

golongan yang susah hasil daripada bayaran yuran setiap peserta larian dan habuan

218514|218536|218671|218833 9
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

kepada peserta pula berbentuk medal serta baju t-shirt. Walau bagaimanapun, tujuan

utamanya adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan tidak lalai dengan

penjagaan kesihatan dalam kehidupan mereka.

4.0 BENTUK DAN KRITERIA PENILAIAN DASAR YANG

DIGUNAPAKAI

Menurut Wholey dalam Lester (2000) mengatakan bahawa penilaian dasar awam

ialah penilaian atau assessment yang dilakukan ke atas keseluruhan dasar dan

program nasional berdasarkan sama ada memenuhi objektif yang ditetapkan, ataupun

melihat kepada keberkesanan dua atau lebih program dalam mencapai objektif yang

sama.

Bentuk penilaian dasar yang digunakan ialah Penilaian Terhadap Proses

(Process Evaluation). Bentuk penilaian ini memfokuskan kepada cara-cara atau

means dasar dan program yang disampaikan kepada kumpulan sasaran. Bentuk ini

menekankan cara program dilaksanakan dan pihak penilai akan membuat penilaian ke

atas aktiviti program dan juga melihat kepada kepuasan kumpulan sasaran terhadap

perkhidmatan yang ditawarkan. Dua bentuk kriteria yang sesuai untuk melakukan

penilaian dasar tersebut ialah :-

1. Keberkesanan (effectiveness)

Keberkesanan membawa maksud adakah hasil yang diharapkan dapat dicapai

melalui pelaksanaan sesuatu program yang dilaksanakan. Melalui program

KOSPEN, kami melihat wujud pelbagai aktiviti yang positif dan kesemua

program yang dijalankan mampu memberi kesedaran kepada golongan sasaran.

Contoh aktiviti sihat yang seringkali kita lihat pada masa kini yang boleh

218514|218536|218671|218833 10
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

dianggap sebagai satu trend adalah penganjuran Larian Beramai-ramai seperti

Larian Seni, Youth Run, Kempen Berjalan 1000 Langkah, Larian Amal

Penyayang, Larian Hari Malaysia, Balloon Run, Larian Pewaris 2016 dan

sebagainya. Program sihat sebegini kebiasaannya adalah bertujuan untuk

mengutip dana bagi membantu golongan yang susah hasil daripada bayaran yuran

setiap peserta larian dan habuan kepada peserta pula berbentuk medal serta baju

t-shirt. Walau bagaimanapun, tujuan utamanya adalah untuk melahirkan

masyarakat yang sihat dan tidak lalai dengan penjagaan kesihatan dalam

kehidupan mereka.

2. Kesesuaian (appropriateakness)

Kesesuaian merujuk kepada adakah hasil yang diharapkan iaitu objektif

pelaksanaan program yang dilaksanakan berbaloi dan memberi impak kepada

masyarakat. Hasil daripada pelaksanaan program kesihatan telah mampu

melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup sihat. Secara tidak

langsung ia mengurangkan kadar statistik penyakit dalam negara.

5.0 NYATAKAN TEKNIK PELAKSANAAN DASAR YANG DICADANGKAN

DALAM ISU TERSEBUT

Menurut Stone (1988) terdapat lima bentuk penyelesaian masalah yang boleh

digunakan untuk mengatasi masalah awam. Bentuk-bentuk penyelesaian dasar ini

boleh dijadikan sebagai kaedah untuk mengaplikasikan sesuatu dasar bagi masalah

awam tertentu. Lima kaedah penyelesaian tersebut adalah;

 Dorongan
 Hak

218514|218536|218671|218833 11
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

 Fakta
 Peraturan
 Kuasa

Daripada teknik yang dinyatakan ada dua teknik penyelesaian dasar yang dicadangkan

untuk mengatasi masalah yang berlaku semasa sesi persidangan tersebut. Antaranya

ialah :

5.1. Hak

Apabila kita bercakap mengenai hak, kita akan lihat hak-hak yang ada pada

seseorang. Contohnya, hak untuk bergerak, hak untuk bersuara, untuk

mendapatkan pelajaran, kesihatan dan banyak lagi. Walaupun hak adakalanya

bertentangan dengan kepentingan politik dalam pentadbiran sesebuah negara,

tetapi hak juga merupakan pendekatan atau sebagai jalan penyelesaian yang

digunakan oleh kerajaan untuk membentuk tingkahlaku masyarakat bagi

mencapai tujuan yang kolektif. Adalah menjadi hak rakyat negara kita untuk

mendapatkan kesihatan yang baik serta kemudahan-kemudahan yang mencukupi

semasa mereka memerlukan dan mendapatkan rawatan. Ringkasnya, apa yang

dimaksudkan dengan hak ialah setiap individu berhak untuk menyuarakan

pendapat masing-masing dalam bersama-sama memberi idea bagi menyelesaikan

masalah seperti mana yang diperdebatkan dalam Parlimen iaitu untuk melahirkan

agen-agen perubahan di kalangan kakitangan KEMAS dan JKKK. Secara tidak

langsung, ia juga menunjukkan bahawa masyarakat berhak untuk mendapatkan

kehidupan yang harmoni, selamat, dan bebas daripada segala penyakit yang

membahayakan. Ibarat pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati.

5.2. Kuasa

218514|218536|218671|218833 12
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Konsep kuasa merupakan salah satu daripada konsep utama pengkajian politik.

Segala kegiatan atau proses politik dikatakan berkisar atas persoalan kuasa.

Konsep kuasa membawa pelbagai maksud dan ia terpulang kepada keadaan

tertentu dalam masa istilah tersebut digunakan. Kuasa didefinisikan sebagai

sejenis keupayaan atau ciri semula jadi pemerintah. Ia juga dianggap sebagai

sejenis keupayaan untuk menyelesaikan masalah, melaksanakan sesuatu di mana

manusia yang boleh mendatangkan sifat kesetiaan di kalangan orang

perseorangan. Kuasa juga bermaksud pengaruh, bercorak kawalan dan juga

dikerah untuk mempengaruhi ketaatsetian rakyat. Jika ia digunakan secara

berkesan ia boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain.

Pendekatan ini merujuk kepada kuasa kepada pihak tertentu sebagai salah satu

cara untuk menyelesaikan masalah. Selalunya pemberian kuasa ini lebih kepada

pihak yang mempunyai pengaruh di dalam sesuatu komuniti. Ia juga

memudahkan pihak tersebut untuk menjalankan kuasanya. Misalnya melalui

pendekatan kuasa yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang

diterajui oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada masa itu sudah pasti

beliau dapat menangani setiap masalah dan mengatasinya dengan baik tanpa

menghampakan mana-mana pihak yang berkaitan. Pada masa yang sama,

bebanan terhadap permasalahan yang dialami mudah untuk diselesaikan secara

aman dan teratur. Kuasa juga dilihat sebagai satu jalan penyelesaian yang sangat

berkesan kerana jika dilihat dari sudut politik, apabila pihak atasan menggubal

sesuatu dasar maka pelaksanaannya dianggap sebagai suatu perkara yang wajib

dipatuhi. Dalam aspek usaha KOSPEN melahirkan agen-agen perubahan di

kalangan kakitangan KEMAS dan JKKK akan dapat berjalan dengan lancar

218514|218536|218671|218833 13
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

kerana telah wujudnya dasar-dasar yang bersesuaian hasil daripada pemerhatian,

perundingan dan juga persetujuan pihak-pihak berkepentingan.

5.3 Dorongan

Dorongan membawa maksud sorongan, tolakan mahupun asakan daripada satu

pihak kepada satu pihak yang lain untuk melakukan sesuatu. Dorongan dilakukan

adalah disebabkan beberapa tujuan yang tersendiri. Dalam isu program kesihatan

misalnya, dorongan dilihat sebagai satu aspek jalan penyelesaian yang terbaik

kerana dengan pelbagai aktiviti sihat yang dianjurkan mampu membantu

masyarakat untuk menjalani hidup yang lebih sihat di samping memberi banyak

manfaat lain seperti wujudnya silaturrahim yang akrab, boleh berkongsi

maklumat terutamanya hal-hal kesihatan dan banyak lagi. Pihak JKKK dan juga

anggota KEMAS boleh bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti riadah ataupun

larian kesihatan kepada orang awam demi memberi pendedahan yang luas

tentang bahaya tidak menjaga kesihatan sedari awal dan dapat memupuk

semangat kesukanan dalam diri masyarakat.

Kini, kita sering melihat dan mendengar pelbagai aktivit larian amal amnya

terlalu banyak diadakan yang bertujuan bukan sahaja untuk pendedahan

maklumat kesihatan kepada masyarakat malah membantu golongan-golongan

yang memerlukan dengan menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan

perkhidmatan. Aktiviti sebegini semakin mendapat sambutan yang positif dan

pada yang sama dapat melahirkan rasa kebertanggungjawaban dalam masyarakat

tentang peri pentingnya hidup saling bantu-membantu. Banyak inisiatif yang akan

diperolehi hasil daripada menyertai program larian berkenaan. Antaranya ialah

baju percuma, kasut, pingat dan juga wang tunai. Ia dibuka dalam beberapa

218514|218536|218671|218833 14
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

kategori seperti kategori terbuka, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan

pelajar sekolah. Ringkasnya, dengan dorongan sebegini pencapaian yang ingin

dikecapi oleh KOSPEN mampu direalisasikan dengan jayanya.

6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, dasar-dasar kerajaan yang digubal dan dilaksanakan selaras

dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana

sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah-berubah mengikut

nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Melalui

persidangan ini maka kerajaan seharusnya membuat keputusan terhadap sesuatu dasar

atau tidak bagi mengatasi setiap permasalahan yang timbul kerana dengan

penggubalan dan pelaksanaannya, ia mampu memberi kesan terhadap pembangunan

218514|218536|218671|218833 15
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

negara yang seimbang. Setiap dasar yang diwujudkan oleh kerajaan mempunyai

tujuan dan matlamatnya tersendiri. Dasar yang digubal adalah bertujuan untuk

menyelesaikan masalah-masalah awam yang dihadapi oleh kerajaan. Ada ketikanya

kerajaan menjangkakan apakah masalah yang bakal dihadapi oleh rakyat dan langkah-

langkah pro aktif segera diambil untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat

diatasi dengan jayanya. Untuk itu, adalah amat penting sesuatu dasar itu perlu dikaji

semula bagi memperbaiki perkhidmatan kesihatan terhadap sesetengah masyarakat

yang mengalaminya dari semasa ke semasa.

7.0 RUJUKAN

Centre for Health Equity, Training, Research and Evaluation UNSW. 2008. Action
on Health Inequalities: Early Intervention and Chronic Condition Self-
Management. University of New South Wales. Sydney.

Chee, H.L. 1990. Health and Healthcare in Malaysia. Present trends and
implications for the future. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tinggi
Universiti Malaya.

Chew, S.C. 2007. Occupational Stress among Teachers in Grede A and Grede B
Chinese Primary Schools, Manjong District, Perak. Bachelor of Science in
Environmental and Occupational Health Thesis. Universiti Putra Malaysia.

218514|218536|218671|218833 16
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

ESCAP & UNICEF. 1984. Basic community services through primary health care.
Training approach. Bangkok.

Foong, M.C. 2008. Prevalence of Occupational Stress and Job Psychological


Charecteristics among a Glass Factory Worker in Pulau Pinang. Bachelor of
Science in Environmental and Occupational Health Thesis. Universiti Putra
Malaysia.

Haliza MR, and Mohd Yunus A. 2006. More than Patient Care: The Community
Medicine Attachment and Community Follow-up Modules. Brunei Journal of
Health. Universiti Brunei Darul Salam. 1: 69-73.

Hassan, STS, Jamaludin,H, Yunus A, M, et al. 2007. Framing ICT and drivers to
enhance rural health research strategies. The Electronic Journal of
Information System in Developing Countries.

Hassan, STS, Jamaludin,H, Yunus A, M, et al. 2008. ICT enables and strategies
for rural research. The Communication Initiative Network.

International Focus. 2008. Number 12: 3-4. April 2008. Primary healthcare
approach in Malaysia. (editorial).

Juliana J, Zainuddin Z., et al., 2005.Indoor air quality inside buses and its
implication to respiratory health among bus drivers in Klang valley.
Malaysian Journal of Public Health Medicine 5(3).

Malaysian Qualification Agency (MQA). 2008. Malaysian Qualification


Framework. Petaling Jaya.

Ministry of Health Malaysia. 2004. Division of Family Health Development


Annual Report 2003.

Ministry of Health Malaysia. 2006 Annual Report Ministry of Health 2005.

Ministry of Health Malaysia. 2006 My Health. Kuala Lumpur. Health Status of


Malaysia 2005.

Ministry of Health Malaysia. 2006. Health Facts 2005.

218514|218536|218671|218833 17
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Ministry of Health Malaysia. 2007. Petunjuk-petunjuk Kesihatan, 2006

Ministry of Health Malaysia. 2007. Annual Report 2006.

Merican, I. 2008. Primary health care in Malaysia. Beyond Alma Ata. Keynote
address paper. 1st Asean Regional Primary Care Conference. 8th. Febuary
2008. Ministry of Health Malaysia & Academy of Physician Malaysia. Kuala
Lumpur.

Merican, I. 2008. 30 years after Alma Ata: Haressing the passion and moving PHC
forward. Keynote address paper. 1st the National Primary Care Conference
Malaysia. Sunway Convention Centre, Sunway. Ministry of Health Malaysia
& Academy of Physician Malaysia. Kuala Lumpur.

Mohd Yunus A. (Ed.) 2005. Community Health Medicine (SPK 3817) Student
Guidebook. Department Community Health. Faculty of Medicine and Health
Sciences. UPM. Serdang.

Mohd Yunus A., and Md Idris MN. 1995. Klinik Secara Bersyarikat: Beberapa
Strategi dan Panduan Pengurusan. Jurnal Perubatan UKM, 17: 75 – 89.

Mohd Yunus A., Sherina, MS. et al. 2004. The prevalence of cardiovascular risk
factors in a rural community. Malaysian Journal of Nutrition, 10(1): 5-12 .

218514|218536|218671|218833 18