Anda di halaman 1dari 5

Cabaran Membangunkan Modal Insan

Dalam usaha membangunkan modal insan, kerajaan telah menghadapi beberapa


cabaran hebat. Sebagai status negara yang sedang membangun, negara kita
sememangnya menghadapi cabaran yang semakin mencabar dari segi semua aspek
seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Namun begitu, cabaran itu seumpama
pembangkit semangat negara bangsa untuk bergerak lebih maju ke hadapan.

Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, cabaran yang paling hangat
sekali yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan adalah dari aspek pendidikan. Pendidikan
merupakan satu medium yang terpenting sekali bagi membentuk jati diri modal insan
yang akan memimpin negara. Pendidikan yang mampu menaikkan nama negara
adalah pendidikan yang diiktiraf oleh dunia. Segala kekurangan dalam sistem negara
hendaklah segala diperbaiki dan diperbaharui supaya modal insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi mampu dilahirkan dalam satu angka yang
besar.
Warga pendidik merupakan golongan yang amat penting sebagai instruktur di sekolah
mahupun di peringkat tinggi seperti di Universiti, kolej-kolej, maktab dan sebagainya.
Warga pendidik sentiasa menghadapi cabaran di dalam usaha negara yang ingin
melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global. Tanpa warga
pendidik yang amanah dan prihatin sudah pasti usaha melahirkan modal insan kelas
pertama akan tergendala.

Selain itu, aspek ekonomi juga turut memberikan cabaran yang kuat kepada pihak
kerajaan. Hal ini kerana perkembangan globalisasi yang sangat cepat dan kompetitif.
Negara terpaksa memberikan saingan sehingga ke peringkat akal umbi untuk merebut
peluang-peluang ekonomi di pasaran antarabangsa. Dari aspek ekonomi ini, negara
bukan sahaja menghadapi cabaran persaingan dari negara-negara luar sahaja. Negara
juga menghadapi beberapa cabaran yang wujud di dalam negara kita sendiri juga.
Oleh itu, segala cabaran yang dihadapi oleh negara, adalah satu tanggungjawab
bersama kita sebagai rakyat Malaysia. Kerjasama yang berterusan haruslah diberikan
oleh lapisan masyarakat agar modal insan yang kita lahirkan dapat menjadi
pembangkin utama untuk merealisasikan impian Wawasan 2020.

Cabaran Dalam Pendidikan

Cabaran dari aspek pendidikan yang dihadapi oleh Pendidikan Negara dan Pendidikan
Islam dalam pembangunan modal insan adalah disebabkan kelemahan penguasaan
kemahiran 3M dalam kalangan pelajar terutamanya menulis dan membaca tulisan
jawi bagi subjek Pendidikan Islam dan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris bagi matapelajaran lain. Secara tidak langsung, perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek secara seimbang dan menyeluruh tidak dapat dijana kerana
nilai-nilai pembelajaran yang diterapkan tidak mampu diserap dan dibentuk dalam diri
pelajar.

Kemahiran penguasaan 3M dalam kalangan pelajar merupakan satu aspek penting


dalam meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan
pelajar dengan perlaksanaan KBSR dan KBSM di sekolah-sekolah selaras dengan
pembangunan modal insan yang diharapkan oleh Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (2006-2010) dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Ia merupakan satu fokus
dan strategi yang dilakukan bagi membangunkan modal insan terhadap penguasaan
3M ini bagi memastikan pelajar mempunyai minda kelas pertama.

Selain itu juga, ia merupakan satu langkah ke arah memperkasakan sekolah


kebangsaan ke arah meningkatkan kecemerlangan terhadap pemantapan kurikulum
dengan memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. perkara ini juga termasuk
dalam fokus Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Oleh itu jika
permasalahan kegagalan pelajar menguasai 3M ini masih berlarutan, maka cabaran
Malaysia dalam membangunkan modal insan melalui sistem Pendidikan Islam dan
Pendidikan Negara pasti tidak tercapai dan menemui kegagalan.

Cabaran seterusnya yang perlu difikirkan oleh negara ialah cabaran untuk
mewujudkan rakyat minda kelas pertama. Dalam hal ini, ia bukan satu perkara yang
mudah tetapi tidak pula mustahil untuk dicapai jika masing-masing pihak yang
bertanggungjawab tahu memainkan peranan dan menentukan fokus ke arah mencapai
matlamat tersebut. Pemupukan minda kelas pertama hanya akan wujud insan yang
mempunyai kualiti dalam semua aspek kehidupannya baik dari segi pendidikan,
tingkah laku (moral), pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang
tinggi serta tahu apa perananannya kepada agama, masyarakat dan negara.

Rakyat yang kurang kesedaran sivik, cetek pemikirannya dan mengutamakan hiburan
semata-mata sudah pasti tidak berupaya untuk memiliki minda kelas pertama seperti
yang diidamkan kerajaan iaitu berilmu (intelektual) dan berperibadi mulia. Adalah
dirasakan IPT pada hari ini perlu mengadakan satu pembaharuan agar pengetahuan
teknikal dan insaniah diletakkan seiring tanpa memberatkan pengetahuan teknikal
semata-mata. Pembangunan modal insan sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana
Menteri secara tidak langsung berkait rapat dengan isu kualiti produk IPT hingga
dikatakan mengakibatkan lambakan graduan yang tidak memiliki pekerjaan.

Puncanya pada masa kini adalah disebabkan graduan tidak berketerampilan dan tidak
memiliki kemahiran, khususnya kemahiran insaniah sebagaimana yang dituntut oleh
majikan, di samping pasaran kerja yang kompetitif. IPT perlu menjana graduan yang
memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti
intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan
sebagainya.

Untuk menangani isu ini, maka Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan
pendekatan yang menyeluruh dengan memperkenalkan kemahiran insaniah (KI) (soft
skills) yang telah dilancarkan oleh Datuk Mustapa Mohamed baru-baru ini. KI
merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang
berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan,
kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

Selain daripada itu, di era globalisasi ini juga menuntut agar modal insan yang
dilahirkan nanti boleh berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain.
Sistem pendidikan pada hari ini perlu menyediakan satu infrastruktur yang
membolehkan seseorang individu itu memperkembangkan ilmu yang dimiliki dan
bukannya menjadikan ilmu yang dimiliki sebagai aset di perpustakaan atau di rak
buku. Bak kata pepatah Cina, beri seseorang seekor ikan dan anda telah
membekalkannya makanan untuk sehari, tetapi jika berinya kail dan ajarnya
bagaimana cara menangkap ikan dan anda telah membantu membekalkan makanan
untuk selama-lamanya.

Salah satu perkara yang kurang diberi perhatian dan dianggap remeh oleh sesetengah
pihak ialah peranan kegiatan ko-kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Tidak
dapat dinafikan aktiviti ko-kurikulum dapat melahirkan insan yang sihat tubuh
badannya, mental dan fizikalnya. Ramai masyarakat negara kita tidak mengetahui
apakah peranan kegiatan ko-kurikulum ini dalam pembentukan modal insan.
Hal ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya khususnya di IPT agar kegiatan ini
mendatangkan faedah dan pada masa yang sama modal insan dapat dijana melalui
aktiviti yang dijalankan. Pembentukan pasukan Palapes misalnya dapat menjana
kerjasama berpasukan, “decision making”, disiplin serta leadership di kalangan
mahasiswa. Begitu juga dengan kegiatan seperti Silat, olahraga, kompang, kesenian,
dan sebagainya perlu dipastikan agar ia dapat menyumbangkan ke arah pembentukan
modal insan dan bukan semata-mata untuk memenuhi kredit yang diwajibkan.

Cabaran Kepada Para Pendidik

Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat
sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih buat memacu
kegemilangan.Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besar di bahu
pendidik. Mereka terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan
potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau pelajar.Pendidikan penting dalam
menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah,
berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk
mengisi ruang pemodenan menuju wawasan 2020.Antara tugas penting warga
pendidik dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul dalam
membina kepemimpinan mantap.
Personaliti unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat
amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan.Cabaran
warga pendidik pastinya pada menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan
personaliti unggul itu. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian
itu. Di antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat dan
bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa
Inggeris sebagai penambah nilai modal insan dikenal pasti antara perkara yang amat
dititikberatkan.

Selain itu, pendidikan sains adalah usaha memperkasakan minda saintifik di kalangan
murid. Rangsangan minda mampu melahirkan murid yang berfikir secara kreatif dan
inovatif serta mempunyai daya inkuiri tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1
Technology Challenge and Robotic kendalian Kementerian Pelajaran memberikan
pendedahan minat berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak
muda.Galakan penggunaan ICT pula dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah rendah
dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat di
dalam pemikiran bercorak futuristik.

Cabaran Dalam Ekonomi


Keadaan ekonomi semasa masih lagi menggalakkan. Asas ekonomi negara terus
kukuh, termasuk tabungan yang tinggi, kadar pengangguran yang rendah dan inflasi
yang terkawal. Keyakinan penggunaan dan sentiment pelabur pula semakin mantap.
Berdasarkan perangkaan terkini, pertumbuhan ekonomi negara didorong oleh
kegiatan ekonomi dalam negeri, iaitu :

•Pertama, perbelanjaan permintaan dalam negeri terus mantap dengan peningkatan


penggunaan dan pelaburan sector swasta yang disokong oleh pengukuhan kuasa beli
rakyat, pendapatan korporat yang meningkat serta kadar faedah yang rendah.

•Kedua, jumlah pinjaman dalam sistem perbankan terus meningkat sebanyak 8.3
peratus. Prestasi sector perbankan pula kian kukuh dengan paras Hutang Tak
Berbayar atau NPL nyata berkurangan daripada 6.8 peratus pada Februari 2004
kepada 5.8 peratus pada bulan Februari 2005.

•Ketiga, kedudukan perdagangan negara terus kukuh dengan imbangan perdagangan


negara berada pada kedudukan lebihan selama 88 bulan berturut-turut sejak bulan
November 1997.

Perangkaan di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara pada masa ini
berada pada landasan yang kukuh untuk terus maju dan berkembang. Sungguhpun
demikian, kita perlu meningkatkan lagi usaha memandangkan negara berhadapan
dengan persekitaran luar yang masih tidak menentu dan kian mencabar. Era
globalisasi menyebabkan berlakunya persaingan di pasaran antarabangsa. Keadaan ini
menyebabkan harga minyak tinggi, peningkatan kadar faedah, bencana alam seperti
gempa bumi, penularan penyakit, ketegangan geopolitik dan keganasan, di samping
kebangkitan ekonomi baru seperti China dan India turut memberi cabaran kepada kita.
Selain itu, cabaran dalam negeri juga perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah
usaha untuk meningkatkan trickle down effect dalam ekonomi supaya faedah
pertumbuhan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kualiti hidup rakyat
dapat diperkukuhkan lagi sementara kos kehidupan terus terkawal, peluang pekerjaan
diperbanyakkan (termasuk kepada para graduan) dan usaha terus diambil untuk
meningkatkan tahap daya saing negara dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang
mantap.
Dalam hal ini, penerokaan sumber pertumbuhan baru perlu dipertingkatkan, termasuk
dalam sektor perkhidmatan dan pertanian. Umpamanya, sektor pertanian mempunyai
potensi yang tinggi. Contohnya, dalam kegiatan ternakan ikan laut, ikan hiasan,
haiwan berbaka baik dan penanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan serta herba.
Sektor swasta pula turut memainkan peranan supaya lebih dinamik dan lebih banyak
membuat pelaburan di dalam pertanian dan juga sektor-sektor lain supaya terus
menerajui pertumbuhan ekonomi.

Sungguhpun kita berhadapan dengan cabaran luaran dan dalaman, pertumbuhan


ekonomi negara dijangka terus kukuh. Oleh yang demikian, kita perlu bekerja dengan
lebih gigih untuk mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi bagi mengimbangi
pertumbuhan yang perlahan, terutamanya semasa negara mengalami krisis kewangan
Asia pada tahun 1997 dan 1998.
Cabaran Dalam Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan awam selalu berubah. Namun begitu, kadar perubahan dunia menjadi
lebih pesat, lebih-lebih lagi dalam masa satu dekad yang lalu. Dunia kini semakin
kompetetif. Ia membawa cabaran besar kepada semua sektor dalam negara, termasuk
sektor awam. Jika dahulu Malaysia bersaing dengan negara membangun lain, kini
Malaysia harus bertanding dengan negara-negara lain dipelosok dunia. Perkhidmatan
awam mempunya peranan yang besar untuk menyahut cabaran ini, supaya Malaysia
lebih berdaya saing. Kita tidak boleh lagi bertanding atas kerendahan kos pekerja atau
atas penyediaan pakej insentif semata-mata. Kita sudah termasuk dalam kategori
negara yang harus bersaing atas asas kualiti, sama ada kualiti barangan mahupun
kualiti perkhidmatan dan ini termasuklah perkhidmatan awam.

Pelabur asing, usahawan tempatan, pekerja berpengetahuan tinggi semuanya akan


berinteraksi dengan anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan aktiviti mereka,
dari hal-hal besar seperti permohonan permit eksport, kepada hal-hal kecil seperti
pembaharuan eksport. Sektor swasta, sama ada orang asing atau tempatan,
memerlukan perkhidmatan yang cekap dan memudahkan pekerjaan mereka. Jika
perkhidmatan yang baik tidak dapat diberikan, peniaga dan pelabur akan mencari
negara lain, di mana kualiti perkhidmatan dipentingkan.

Begitulah derasnya arus dunia sekarang, yang cepat dan efisen mendapat habuan luar
biasa, sementara yang lambat dan tidak cekap akan mendapat sisa-sisa. Oleh itu,
sektor awam harus menjadi pemberi khidmat dan pemudah cara kepada aktiviti sektor
swasta. Malah peranan sektor awam ini telah dijelaskan melalui Dasar Pensyarikatan
Malaysia yang bermula pada tahun 1983.

Jesteru itu, dari luar sempadan, kita menghadapi cabaran arus dunia yang semakin
deras dan bergelora. Dari dalam pula, kita menghadapi cabaran besar untuk
memenuhi keperluan rakyat yang semakin bertambah. Pada tahun 1990 hingga 2002,
jumlah penduduk Malaysia bertambah daripada 18 juta ke 24 juta, iaitu peningkatan
sebanyak 33 peratus. Dalam jangka masa yang sama, jumlah anggota perkhidmatan
awam bertambah daripada 1.06 juta ke 1.23 juta orang, iaitu sebanyak 16 peratus,
separuh daripada kadar peningkatan penduduk negara. Peningkatan dalam beban kerja
ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan melalui sistem berkomputer dan
penambahbaikan proses kerja. Walaupun begitu, kita tidak dapat menafikan bahawa
tanggungjawab anggota perkhidmatan awam telah meningkat.

Seperti perubahan arus dunia, kita juga tidak dapat lari dari peningkatan keperluan
dan kesedaran rakyat. Apabila sesebuah negara menjadi semakin maju, dan rakyatnya
semakin berpengetahuan, tuntutan ke atas kualiti perkhidmatan awam sentiasa
meningkat. Anggota perkhidmatan awam adalah daripada kalangan rakyat. Oleh itu,
rakyat haruslah bersama-sama dengan perkhidmatan awam untuk meningkatkan
kualiti dan mengejar pembaikan, supaya kita dapat menjadi satu masyarakat maju
dalam erti kata sebenar.

http://kapitnewpicture.blogspot.com/2010/02/cabaran-membangunkan-modal-insan.html

Anda mungkin juga menyukai