Anda di halaman 1dari 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN NANAS

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2/2019

Tarikh : 19 Februari 2019

Masa : 2.15 – 3.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Pekan Nanas

Pengerusi : En. Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 49/52

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Bacaan doa oleh Ustaz Armizam.


1.2 Ucapan penghargaan kepada guru-guru kerana telah bertungkus lumus dalam
melatih murid dalam kejohanan olahraga zon Pekan Nanas begitu juga dalam
pertandingan sukan permainan peringkat zon dan juga Daerah Pontian.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Puan Nurazlina binti Aziz


Disokong oleh En. Mohd NurulKhalbi bin Ab. Halim

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
-tiada-

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Fokus Pengurusan


4.1.1 Kehadiran
 Waktu kehadiran guru ke sekolah selewatnya 7.20 pagi.
 Mulai Februari, kehadiran lewat akan dikeluarkan kad hijau.
 Menjadi tanggungjawab guru mengemaskini waktu balik pada perakam
waktu. Guru diberi kelonggaran untuk meminta bantuan rakan sekerja untuk
kemaskini waktu balik.
 Setiap kali pergerakan keluar dan masuk guru ke sekolah perlu direkodkan
dan dimaklumkan kepada pentadbir.

4.1.2 Cuti Rehat Khas


 Pengisian pada aplikasi HRMIS perlu direkodkan 3 hari sebelum bagi
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

urusan semakan dan pengesahan.


 Kelonggaran diberikan jika hal-hal kecemasan, guru perlu mengisi selepas
bercuti.

4.1.3 Kertas Kerja


 Permohonan peruntukan sekolah dalam kertas kerja aktiviti perlu
menggunakan bahagian lajur yang betul ( rujuk Cik Fazlina )
 Permohonan peruntukan dari PIBG Sekolah dalam kertas kerja aktiviti perlu
disertakan surat mohon sumbangan PIBG.

4.1.4 Teacher’s Target/ Keberhasilan PBPPP


 Akan dimasukkan dibawah sub kategori pengurusan (TUMS)
 Keberhasilan PBPPP perlu lengkapkan profil dan kajian tindakan
 Taklimat lanjut akan diperincikan dalam perjumpaan mengikut SG

Makluman: Semua guru


Tindakan: Semua guru
4.2 Fokus Kurikulum
4.2.1 Semakan Buku Latihan
 Penghantaran buku latihan untuk semakan adalah megikut jadual yang telah
ditetapkan dalam takwim pengurusan kurikulum.
 Penandaan buku latihan perlu diseraraskan mengikut subjek.
 Bincang lebih lanjut dan buat penetapan dalam perjumpaan PLC panitia.

Tindakan: Semua guru

4.2.2 Program Panitia


 Program pagi selepas bacaan mathurat dikendalikan oleh panitia teras
mengikut giliran.
 Guru yang terlibat perlu menyediakan bahan lebih awal.
 Program panitia dibantu bersama guru bertugas di dewan

Tindakan: Semua guru


4.2.3 Pengurusan Kelas
 Susun atur meja dan kerusi murid perlu mengikut kehendak sekolah amanah
(secara kluster)..
 Fizikal kelas perlu ada ciri-ciri PAK21..
 Guru perlu beri perhatian dengan ketetapan waktu PdPC. Pergerakan guru
dari kelas ke kelas berikutnya tidak mengambil masa yang lama.
 Students Resources box akan diberi untuk setiap kelas. Di dalamnya ada
perbagai

Tindakan: Semua guru


4.2.4 Pengurusan Kelas
 Susun atur meja dan kerusi murid perlu mengikut kehendak sekolah amanah
(secara kluster)..

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

 Fizikal kelas perlu ada ciri-ciri PAK21..


 Guru perlu beri perhatian dengan ketetapan waktu PdPC. Pergerakan guru
dari kelas ke kelas berikutnya tidak mengambil masa yang lama.
Makluman: Semua guru
Tindakan: Semua guru

4.2.5 Pentaksiran Bilik Darjah


 Guru perlu merancang PBD dengan baik khususnya bagi murid tahap 1
kerana tiada lagi peperiksaan.
 Pelaksanaan perlu dicatat dalam RPH pada bahagian aktiviti AFL dan impak
(refleksi guru).
Tindakan: Semua guru

4.2.6 Pelaporan
 Guru perlu memastikan PBD yang telah dirancang dan mula dilaksanakan
secara bertulis, lisan, pemerhatian atau projek telah dicatat dalam pelaporan
setiap mata pelajaran yang diajar.
 Rekod pelaporan perlulah sentiasa dibawa bersama RPH semasa PdPC di
dalam kelas.
Tindakan: Semua guru

4.3 Fokus Hal Ehwal Murid


4.3.1 Pengurusan kelas
 Buku pemantauan kelas perlulah diisi oleh setiap guru yang menjalankan
PdPC di dalam kelas. Guru perlu catatkan maklumat sekiranya berlaku isu
disiplin dikalangan murid di dalam kelas.
 Memastikan keadaan fizikal kelas berada pada tahap kebersihan yang baik.
 Arahkan murid untuk kemas disekitar kerusi dan meja 1 minit sebelum
PdPC bermula dan 1 minit sebelum balik.
 Memastikan kerusi dan meja di dalam kelas sentiasa dalam keadaan
tersusun dan kemas dan murid peril melaksanakan tugasan mengikut jadual
bertugas di dalam kelas.
Tindakan: Semua guru

4.3.2 eKehadiran
 Segala isu berikutan kehadiran murid ke sekolah telah dibawa ke peringkat
tertinggi.
 Guru kelas perlu mengemaskini kehadiran murid hanya pada laman web
rasmi APDM bagi memastikan tidak berlaku ralat.
Tindakan: Guru Kelas
Guru Pembantu
4.3.3 Learning Walk Bilik Darjah
 Guru bertugas mingguan bertanggung jawab melaksanakan pemantauan
berpandukan 18 item yang perlu ada di dalam kelas.
 Rekod pemantauan dijalankan secara atas talian bertujuan untuk kelestarian
kelas yang kondusif.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan: Guru Bertugas Mingguan

4.4 Fokus Kokurikulum


4.4.1 Pencapaian Murid
 Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding di peringkat zon mahupun
daerah.
 Guru yang bertanggungjawab membawa murid ke pertandingan perlu
membuat laporan aktiviti yang standard bagi tujuan dokumentasi
Tindakan: Semua guru

4.4.2 Makluman Pengurusan Murid dan Aktiviti Luar


 Guru yang mengurus murid ke pertandingan atau aktiviti luar sekolah perlu
sertakan makluman jadual latihan, surat pengecualian sekolah agama, surat
kebenaran dan juga belanjawan pengurusan aktiviti.
Tindakan: Semua guru

4.4.3 Penglibatan Guru


 Guru perlu tepati waktu dan sentiasa bersama murid ketika 1M1S iaitu pada
jam 7.30 hingga 8,30 pagi dan perjumpaan kokurikulum bermula jam 11.50
pagi hingga 12.50 tengah hari.
Tindakan: Semua guru

4.4.4 Perancangan program dan Aktiviti


 Segala perancangan program dan aktiviti kokurikulum perlu mengikut format
OPPM. Penerangan lanjut berkaitan OPPM Kokurikulum akan dimaklumkan
dalam PLC.
 Penyelaras dan ketua setiap unit perlu memastikan penghantaran OPPM
dan perjalanan program dan aktiviti dijalankan dengan baik.

Tindakan: Penyelaras dan ketua Unit


4.4.5 Sukan Tahunan Sekolah
 Perjalanan latihan, sukan tara dan kejohanan yang sebenar perlu dirancang
lebih awal mengikut tarikh-tarikh yang diputuskan dalam takwim.
 Persiapan prop tema untuk pasukan perbarisan rumah sukan, persembahan
sorakan perlu dirancang lebih awal.
 Kutipan sumbangan dari murid untuk pengurusan rumah sukan perlu
membuat permohonan melalui PIBG.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum
Ketua Rumah Sukan

HAL-HAL LAIN
 En. Muhammad Alif mengingatkan semua guru bertugas memastikan
penggunaan mikrofon mudah alih perlu disimpan selepas rehat tahap 1 dan
rehat tahap 2.
 En. Abdul Razak memaklumkan:
i. Program bersalaman sempena majlis perpisahan cikgu Haslina Mohd

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Noor.
ii. Program panitia waktu pagi bagi Panitia Matematik pada hari isnin tidak
dapat dilaksanakan kerana kekangan waktu disebabkan bacaan
mathurat lambat dimulakan.
iii. Susunan kerusi meja di dalam bilik darjah perlu diselaraskan. Boleh
rujuk kelas 5 Terbilang sebagai panduan.
iv. permohonan papan tulis bergrid untuk kegunaan guru-guru matematik
dalam PdPC.
 Pn. Hawa memaklumkan kerosakan kipas di kelas 3C mohon diambil
tindakan segera.
 Pn. Ilhami memaklumkan lantai di kelas 5C dan mohon tindakan segera
untuk dibaiki.
 Pn. Mariah memberi respon kepada isu program panitia pada waktu pagi,
beliau meminta guru bertugas perlu datang awal untuk beri arahan kepada
murid mengetuai bacaan mathurat.
 Pn. Farina Shila memaklumkan soket plug di kelas 6T kurang berfungsi dan
memohon tindakan segera diambil.
 En. Ahmad Firdauz memaklumkan program Mesyuarat Agung PIBG kali ke
40 akan diadakan pada 23 Februari 2019.
Tindakan: Semua guru

PENUTUP
a. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(NUR SAZRINA BINTI SAIMI) (AHMAD FIRDAUZ ABDULLAH TAHRIN)

Guru Bertugas Mingguan SK Pekan Nanas Guru Besar SK Pekan Nanas


Tarikh : 26 Februari 2018 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai