Anda di halaman 1dari 8

Nota Kawad

KAWAD TANPA SENJATA DALAM KEDUDUKAN STATIK


BIL PERKARA KATA PERINTAH/ PERGERAKAN

1 Kawad Tanpa Senjata Arahan kawad:


“ Skuad, Skuad……. Sdia”
1.1 Sedia
Pergerakan:

1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pergelangan kaki


(angklet) atau setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak di
sebelah kaki kanan.
2. Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja
serentak dengan kiraan “Satu”.

1.2 Senang diri Arahan kawad:


“ Senang…… Dri”

Pergerakan :
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet bawa ke
sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi dengan kiraan “Satu”,
2. Masa itu juga bawa kedua-dua tangan ke belakang tangan
kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang.

1.3 Rehatkan diri Arahan kawad:


“ Rehatkan.... Dri”

Pergerakan:
1. Lemahkan semua anggota badan & kepala.
2. Tangan dinaikkan di atas punggung serentak dengan kiraan
“Satu”.

1.4 Membentuk Skuad Arahan kawad:


“ Tiga barisan di hadapan saya... Grak”
(Jadikan tiga berisan)
Pergerakan:
Anggota dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kira-
kira 6 langkah di hadapan jurulatih.

1.5 Langkah ke Hadapan Arahan kawad:


“...... langkah ke hadapan.... Grak”(Contoh: “1 langkah ke
hadapan.....Grak”)

Pergerakan:
1. Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri sejauh satu inci
ke hadapan dengan kiraan “Satu”.
2. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke
tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.

1.6 Langkah ke Belakang Arahan kawad:


“....... Langkah ke Belakang....Grak”

Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet tolak ke
belakang sejauh 30 inci dengan kiraan “Satu”.
2. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke
tumit kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.

1.7 Langkah ke Kanan Arahan kawad:


“....... Langkah ke Kanan....Grak”

Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan bawa
ke sebelah kanan sejauh 12 inci .
2. Letakkan hujung kaki kanan ke bumi dengan kiraan “Satu”.
3. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak rapat di sebelah
kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.

1.8 Langkah ke kiri Arahan kawad:


“....... Langkah ke Kiri....Grak”

Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan bawa ke
sebelah kiri sejauh 12 inci.
2. Letakkan hujung kaki kiri ke bumi dengan kiraan “Satu”.
3. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat di
sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.

1.9 Membetul-kan barisan Arahan kawad:


“Ke Kanan.........Lurus”
a. Ke Kanan Lurus.
Pergerakan:
1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.
2. Anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kiri ke hadapan
sejauh 15 inci dan letakkan tapak ke bumi dengan kiraan “Satu”
3. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki
kiri dengan kiraan “Dua”.
4. Pada masa sama palingkan muka memandang ke kanan
kecuali orang nombor satu di dalam setiap barisan, dan anggota
di dalam barisan hadapan angkat tangan kanan paras bahu
melalui belakang orang di kanannya kecuali penanda kanan.
5. Setelah itu angkat kaki kiri separas angklet dan hentakkan di
sebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga” dan terus hentak kaki
kanan / kiri berturut-turut mengambil lurus.
6. Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan
tunggu perintah “Pandang Depan”

Peringatan:
Jika kawad dengan senjata (tangan kanan memegang senjata)
orang dalam barisan hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah
kiri serta pandang kanan.

b. Pandang Depan Arahan kawad:


“ Pandang ....... Dpan”

Pergerakan:
Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke
hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk kembali ke
kedudukan sedia.

c. Ke Kiri Lurus Arahan kawad:


“Ke Kiri...... Lurus”

Pergerakan:
1. Pergerakan adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali
semua anggota dalam barisan belakang paling ke kiri.
2. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam dan anggota
nombor satu dalam barisan tengah dan belakang hendaklah
menentukan jarak.

d. Luruskan Barisan Arahan kawad:


“Luruskan.......... Barisan”

Pergerakan:
1. Penanda diam, anggota lain dengan pantas angkat kaki kiri
separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan.
2. Pada masa yang sama palingkan muka ke kanan serentak
angkat tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang orang
di kanannya.
3. Hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut bergerak ambil
lurus.

1.10Nombor Arahan kawad:


“ Skuad.......... Nombor”

Pergerakan:
Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor
(membilang) dari kanan ke kiri.
1.11Buka/ tutup Barisan Arahan kawad:
“ Buka Barisan....... Grak”
a. Buka Barisan
Pergerakan:
1. Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu
langkah ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraan “Satu”.
2. Ambil satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci
dengan kiraa “Dua”.
3. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga” balik ke kedudukan
sedia.
4. Bagi anggota barisan belakang, pergerakan dibuat secara
mengundur dua langkah ke belakang dimulakan dengan kaki kiri
mengikut jarak dan kiraan sama dengan barisan hadapan.

b. Tutup barisan Arahan kawad:


“Tutup Barisan........Grak”

Pergerakan:
1. Anggota barisan hadapan membuat pergerakan sepertimana
anggota barisan belakang semasa “Buka Barisan” (Mengundur).
2. Bagi anggota barisan belakang pula membuat pergerakan
sepertimana anggota barisan hadapan semasa pergerakan “Buka
Barisan” (langkah ke hadapan).

1.12Berpusing Arahan kawad:


“ Bergerak ke kanan, kanan....... Sing”
a. Berpusing ke kanan
Pergerakan:
1. Lutut lurus
2. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
3. Angkat kaki kiri separas angklet
4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

b. Berpusing ke kiri Arahan kawad:


“Bergerak ke Kiri, kiri ....... Sing”

Pergerakan:
1. Lutut lurus.
2. Pusing badan 90 darjah ke kiri dengan kiraan “Satu”.
3. Angkat kaki kanan separas angklet
4. Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.

c. Berpusing ke belakang Arahan kawad:


“Bergerak ke kiri, Belakang ........ Sing”
(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan
hadapan (Penanda) berada di sebelah kiri).

Pergerakan:
1. Lutut lurus.
2. Pusing badan 180 darjah ke belakang melalui sebelah kanan
dengan kiraan “Satu”.
3. Angkat kaki kiri separas angklet
4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

Arahan kawad:
“Bergerak ke Kanan, Belakang...Sing”

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan


hadapan (Penanda) berada di sebelah kanan.)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
“Menghadap ke Belakang, Belakang.... Sing”

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke


hadapan)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
“Menghadap ke Hadapan, Belakang.... Sing”

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke


belakang)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

d. Berpusing separuh kanan Arahan kawad:


“Bergerak ke kanan, Separuh.......Kanan.”

Pergerakan:
1. Kedudukan lutut lurus.
2. Pusing badan 45 darjah ke separuh kanan dengan kiraan
“Satu”.
3. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet.
4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.
e. Berpusing separuh kiri Arahan kawad:
“Bergerak ke kiri, Separuh.......Kiri.”

Pergerakan:
1. Kedudukan lutut lurus.
2. Pusing badan 45 darjah ke separuh kiri dengan kiraan “Satu”.
3. Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet.
4. Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.

1.13Bersurai dan keluar baris Arahan kawad:


“Keluar......Baris”
a. Keluar baris
Pergerakan:
Ingatan: 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
“keluar baris” digunakan 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki
semasa: kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”
- Anggota dalam kelas. 3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan
- Jurulatih memberi kiraan “Satu” terus ke hadapan dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan
penerangan . bersurai.
(berbeza dengan bersurai, ianya belum tamat. Hanya bersurai
sementara dan anggota tidak dibenarkan keluar dari kawasan
latihan.

b. Bersurai Arahan kawad:


“Ber.........surai”

Ingatan: Pergerakan:
Tujuan bersurai adalah 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
menandakan tamatnya latihan 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki
/ aktiviti. kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”
3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan
kiraan “Satu” terus ke hadapan dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan
bersurai.

Arahan kawad:
Ingatan: “Pegawai di padang/ dalam baris, Ber........surai”
“Pegawai di padang”
digunakan untuk skuad Pergerakan:
pegawai. 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki
kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”.
3. Buat pergerakan hormat dengan kiraan “Satu”.
4. Turun tangan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan
“Dua”.
5. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan
kiraan “Satu” , terus ke hadapan dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan
bersurai.
1.14Paras Arahan kawad:
“Tinggi ke Kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan....Paras”

Pergerakan:
Ingatan: 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
Semua anggota buat 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki
pergerakan keluar baris kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”.
kemudian beratur mengikut 3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan
tinggi masing-masing dan kiraan “Satu” , terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan
berdiri sedia menunggu “Dua”, “Tiga” dan terus beratur dalam satu barisan.
perintah seterusnya.

Arahan kawad:
“Dari Kanan.......Nombor”

Pergerakan:
Anggota menyebut bilangan nombor dari kanan ke kiri.

(Anggota sebelah kanan sekali menyebut nombor “Satu”, yang


lain mengikut dengan nombor “Dua” dan seterusnya sehingga
anggota terakhir dalam barisan. Semasa membilang kepala tegak
ke hadapan. )

Arahan kawad:
“Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke
belakang......... Grak”

Pergerakan:
1. Ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 darjah ke hadapan
dengan kiraan “Satu”.
2. Angkat kaki kanan separas angklet dan
3. Hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik
ke kedudukan sedia.
4. Bagi anggota yang mengundur, mula dengan kaki kiri
mengikut jarak dan kiraan yang sama.

Arahan kawad:
“Penanda diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, kanan dan
kiri......... Grak”

Pergerakan:
1. Anggota barisan nombor ganjil dengan pantas pusingkan
badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki
kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”.
3. Bagi anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan
kiraan yang sama.

Arahan kawad:
“Jadikan tiga barisan di hadapan saya, dari kiri/kanan....cpat
jalan”

Pergerakan:
1. Langkah ke hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) mulakan
dengan kaki kanan dengan memacakkan tumit ke bumi.
2. Orang nombor genap ikut belakang orang nombor ganjil.
3. Orang nombor satu tetap menjadi orang nombor satu barisan
hadapan.
4. Nombor tiga jadi nombor satu barisan tengah.
5. Nombor lima jadi nombor satu barisan belakang.
6. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan
Ingatan: seterusnya sehingga anggota yang penghabisan.
Apabila sampai di tempat
ditetapkan, anggota
dikehendaki belok ke kiri dan
mengambil jarak dan lurus
dengan betul serta berhenti di
tempat masing-masing dalam
kedudukan sedia.

“KAWAD ASAS DISIPLIN”