Anda di halaman 1dari 8

Soalan 2

Bagaimana gaya pembelajaran berkait dalam pengajaran dan pembelajaran komputer


dan video serta cara mengaplikasikannya.

Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam
Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang
berasaskan komputer. Komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman
komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti hubungan interaktif, pengulangan dan
maklum balas dan peneguhan.Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan
yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Gaya pembelajaran visual berkait dalam pengajaran dan pembelajaran komputer dan
video. Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks
berbentuk perkataan dalam paparan komputer.Mereka lebih mengingati dan memahami arahan
dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks dalam paparan video. Murid “visual” tidak
memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar
melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika
mereka hendak mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984).

Untuk anak dengan gaya belajar visual, guru akan lebih banyak menggunakan media-
media atau gambar pada wihtboard. Hal itu berguna untuk memberikan kesempatan kepada
siswa melihat apa yang mereka pelajar. Bukan itu sahaja ekspresi guru dan bahasa tubuh guru
juga sangat penting untuk membuat mereka lebih mudah memahami masud dan tujuan.

GAYA PEMBELAJARAN AUDITORI

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “auditori” belajar dengan mendengar perkataan
yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat
atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman audio, mengajar murid
lain dan berbincang dengan guru (Murdoch Teacher Center, 1984).Contohnya murid ini dapat
menceriakan semula cerita yang didengarnya melalui komputer .Ini adalah kerana mereka
tertarik dengan bunyi-bunyi yang mereka dengar. Ciri-ciri murid ini adalah mereka lebih cepat
menyerap apa yang didengarnya, menggerakkan bibr mereka dan mengucapkan tulisan di buku
ketika membaca, dapat mengulangi kembali an menirukan nada, irama, dan warna suara, bagus
dalam berbicara dan bercerita.

GAYA PEMBELAJARAN KINESTATIK

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui
pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat
mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on. (Murdoch
Teacher Center, 1984).Contohnya, murid lebih gemar akan permainan yang melibatkan
komputer .Mereka lebih aktif bermain menggunakan komputer berbanding dengan aktiviti yang
tidak menggunakan komputer.

GAYA PEMBELAJARAN FELDER

Felder merupakan penyelidik utama yang mengkaji gaya pembelajaran, pertama bersama
Solomon (Felder & Solomon 1970) dan kajian yang sama diteruskan lagi bersama dengan
Silverman (Felder & Silverman 1988) dengan sedikit perubahan. Model Index of Learning Style
Questionnaire Felder dan Solomon (1970) mengenal pasti empat dimensi gaya pembelajaran
yang diterbitkan daripada Index of Learning Style Questionnaire. Empat dimensi itu ialah input
(visual atau verbal), pemprosesan (aktif atau reflektif), pengamatan (kepekaan atau intuisi) dan
kefahaman (sequential atau global). Jadual meringkaskan maksud dimensi tersebut.

Visual Verbal
Input Lebih suka membaca, melihat Lebih suka mendengar apa
imej, carta, gambarajah dan yang diucapkan termasuk
animasi. membaca perkataan
bertulis dan mendengar suara
hati.
Aktif Reflektif
Pemprosesan Lebih suka belajar dengan Lebih suka belajar secara
melakukan aktiviti dengan mendengar,
sendiri. Dengan ini proses menonton dan memikir.
belajar adalah secara
langsung.
Kepekaan Intuisi
Pengamatan Membina pandangan daripada Lebih suka kepada teori,
data dan eksperimen. model dan
pentafsiran.
Sequential global
Kefahaman Perlukan maklumat bahagian Pelajar ini memerlukan
yang kecil untuk memahami gambaran
gambaran secara keseluruhan. keseluruhan sebelum
dipersembahkan
bahagian yang kecil. Perlukan
maklumat
dalam konteks sebenar dan
gambaran
keseluruhan memperlihatkan
kejelasan
bahagian kecil.
Cara Mengaplikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Audio Visual Dalam Bilik Darjah

Pengajaran dan pembelajaran abad ke- 21 ini sudah sangat sinonim dengan peralatan
ICT seperti komputer riba,projector LCD,digitil ink dan sebagainya .Aplikasi peralatan ini
memainkan peranan yang besar dalam gaya pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah
seseorang guru atau pendidik.Apakan lagi anak-anak didik pada zaman ini seawal kanak-kanak
berumur 3 tahun sehingga sekolah menengah lebih mahir dalam penggunaan pelbagai softwear
berbanding guru-guru atau ibubapa mereka sendiri. Mengikut Sharifah Maimunah (2003),
Pengarah Pusat Perkembangan semenjak tahun2003 subjek Matematik dan Sains telah diajar
menggunakan Bahasa Inggeris.Melalui teknologi maklumat (ICT),menjadi satu kelebihan pelajar
memahami dan mendalami pengajaran dan pembelajaran lebih optimum melalui pencarian
pelbagai punca yang kebanyakan dalam Bahasa Inggeris.

Dunia ICT menjadi buruan utama dalam bidang pentadbiran, pendidikan, pertanian.
perindustrian dan mengejar arus pembangunan yang pesat dan kecanggihan menjadi kebanggaan
sesuatu negara.Negara kita Malaysia juga berusaha tidak ketinggalan terutamanya dalam
pendidikan.Persaingan positif harus seimbang dengan perkembangan teknologi dan bidang
pendidikan. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik
mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan
pelajar Malaysia.

Dalam tugasan ini kami telah membahagikan kepada beberapa bahagian bagi cara
mengaplikasikan beberapa teknik pembelajaran yang melibatkan komputer dan video sebagai
salah satu aktiviti atau interaksi dalam proses pembelajaran bilik darjah.Senarai di bawah
merupakan beberapa alat audio visual dan softwear yang agak kerap diaplikasi oleh guru-guru
sewaktu pembelajaran.Contoh-contoh seperti di bawah:

 Penggunakan video dalam pengajaran

 Penggunakan lagu

 Penggunakan power point.

 Kuiz
 Kahoot

 Quizess

 Menunjukkan eksperimen di youtube

1.Tatacara penggunakan video dalam pengajaran

Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal
insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak. Walau apa sahaja formatnya,
fungsinya masih sama terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik
darjah.

 Maklumat lebih realistik


 Mampu merangsang pelbagai deria
 Memudahkan proses pengulangan
 Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
 Mampu meraih emosi dan mengubah sikap
 Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan

2.Tatacara penggunakan power point.

Microsoft Power Point merupakan salah satu daripada perisian persembahan grafik yang
popular. Program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid yang
menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transparensi.

a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka

bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.

c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.

d) Dapat melahirkan animasi slaid.


e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan

karangan

3.Tatacara penggunaan lagu.

Penggunaan lagu sebagai sumber pembelajaran menjadi tarikan utama pada kanak-kanak
malahan remaja.Pembelajaran ini melahirkan suasana yang gembira dan terhibur.Media lebih
mudah mempercepatkan daya mengingat kata-kata dalam seni kata lagu.

 Pemilihan lagu yang sesuai serta penggunaan tatabahasa dan bermanfaat.


 Lagu-lagu dengan irama menarik dan mudah diingat.
 Pilih irama yang dikenal dan sederhana, seperti “
 Pilih lagu yang dinyanyikan dengan banyak pengulangan
 Pilih lagu yang memiliki cerita; mendeskripsikan sesuatu atau seseorang,
 Mengikut minat murid, beri murid untuk memilih lagu-lagu kegemaran mereka

4. Tatacara penggunakan youtube

Youtube adalah salah satu item dalam laman sesawang iaitu sebuah tapak web
pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California.
Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad
Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Tapak web ini membenarkan para pengguna untuk
memuat naik, menonton, memberi penilaian, berkongsi, menambahkan ke kegemaran,
melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti
WebM, (Wikipedia, 12 Mac 2019.

Komal dan rakan – rakannya (2012) berpendapat ‘YouTube adalah sebagai medium
pendidikan baru dan kesedaran dalam bidang perubatan. Penggunaan video ini dapat
membolehkan doktor dan pelajar lebih memahami suatu prosedur pembedahan dengan jelas dan
mudah berbanding hanya berpandukan pembacaan buku – buku ilmiah.(Tan;A.Carol,2013)
 Komunikasi yang efektif, efisien dan baik
 Lambang komunikasi dari pernyataan yang berbentuk abstrak menjadi konkrit

5.Tatacara penggunakan Kahoot

Kahoot ialah satu permainan interaktif yang berlandaskan teknologi pengajaran dan
pembelajran.Guru-guru boleh membina soalan kuiz,menghadkan bilangan soalan,memantau
jawapan dan tugasan yang diberi berdasarkan pengajaran yang berlaku.

Rujukan

Adams, D.M & Hamm, M. (1994). New Designs For Teaching and Learning : Promoting
Active Learning In Tomorrow's Schools. San Francisco, CA : Jossey-Bass.
Allen, W.H. (1975). Intellectual Abilities and Instructional Media. AV Communication
Review, 23 (Summer): 139-170.
Azizi Yahaya, et, al ( 2007 ). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur :
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd .
Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Halimah Ma’alip, Baharudin Arus, Zahari Hamidon (2013)
Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Halimah Maalip, Zahari Hamidon, Baharudin Arus1,Gan Lui
Nam (2013} Practice And Level of Reflectivity Amongst Student Teachers Of
Universiti Sains Malaysia, European Journal of Scientific Research
Davis, B.G. (1993). Tools for Teaching. San Francisco: Josey-Bass Inc.
De Bono, Edward (1997). Pemikiran Lateral. Kuala Lumpur : Golden Books Centre.
De Vaus, D. A. (1996). Surveys in social research. London : George Allen & Unwin.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1995). Kamus Dewan. Kuala Lumpur.
Dunn, R. (1981). Learn How To Study. Shpre Book Limited.
Dunn, R and Dunn, K. (1982). Teaching Students through Their Individual Learning Styles:
A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.
Tan Choon Keong:A Carol , PENGAPLIKASIAN VIDEO YOUTUBE ,Seminar Pendidikan
Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Sekolah Pendidikan Dan
Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah

S.MARTIN(2013). Aplikasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.UPSI

Komal D. Koya, Kyle R. et. al., 2012. YouTube and the expanding role of videos in

Dermatologic Surgery Education. Seminars in cutaneous medicine and surgery 31: 163 –
167.

https://guruproffesional.blogspot.com/2012/06/penggunaan-lagu-sebagai-media.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/YouTube

Anda mungkin juga menyukai