Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU 1 PRAKTIKUM FASA 3 2016

(24-28 JANUARI 2016)

Masalah menyesuaikan diri di Sekolah Kebangsaan

Masalah

Saya menjalani praktikum fasa 1 dan 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan


Cina untuk tempoh 4 dan 8 minggu. Untuk praktikum fasa yang ketiga ini saya
telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan untuk tempoh masa 3 bulan. Saya
akan mengajar subjek major dan elektif 2 iaitu Pendidikan Seni Visual dan elektif
2 ialah Reka Bentuk dan Teknologi. Pada minggu pertama ini, saya telah
memasuki beberapa kelas untuk menggantikan kelas bagi guru yang tidak hadir.
Semasa saya menggantikan kelas, saya mendapati bahawa murid-murid dalam
kelas sering sering menggunakan bahasa dialek untuk berkomunikasi dan saya
berasa kurang faham dengn bahasa mereka. Saya perlu bertanya beberapa kali
berulang baru saya dapat memahami apa yang mereka hendak sampaikan.
Sebaliknya, murid-murid juga sukar untuk faham dengan apa yang saya ingin
sampaikan. Untuk praktikum kali ini, saya diberi peluang untuk mengajar murid
tahun 4 dan tahun 5. Selain itu, disebabkan sistem dan pentadbiran di SK agak
berbeza dengan SJKC yang sebelum ini, jadi saya memerlukan sedikit masa
untuk menyesuaikan diri dan memahami sistem di sekolah ini.

Analisis Masalah

Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Apal ini merupakan budak-budak


dari kampung. Jadi, mereka biasanya berkomunikasi dalam bahasa dialek
mereka. Mereka tidak pernah melihat terdapat guru yang berbangsa cina
mengajar di sekolah mereka. Jadi, kehadiran kami menjadi sesuatu yang aneh
dan pelik. Mereka suka melihat kami semasa kami bercakap dan kurang
memberi respon semasa kami bertanya soalan. Mungkin mereka kurang faham
dengan percakapan kami. Semasa bertutur dengan guru SK Apal kami juga
sukar untuk faham apabila mereka menggunakan bahasa dialek atau bercakap
dengan terlalu cepat.

Di samping itu, saya mendapati bahawa guru-guru di sekolah ini bersifat


lebih penyayang dan kurang memarahi murid-murid. Hal ini sangat berbeza
dengan pengurusan di SJKC kerana SJKC mementingkan disiplin dan jika
melakukan kesalahan yang kecil juga akan didenda atau dimarahi. Contohnya
seperti lewat masuk kelas, tidak mematuhi peraturan dan sebagainya.

Cadangan

Dalam menangani masalah ini, saya perlu menentukan peraturan dengan


mereka dahulu. Saya perlu menyatakan bahawa apabila berada dalam kelas,
mereka perlu bertutur dengan Bahasa Melayu standard. Hal ini kerana apabila
mereka pergi ke negeri lain, bertutur dalam bahasa dialek akan menyukarkan
mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jika berada di luar kelas,
mereka baru boleh bersembang dengan kawan gunan bahasa yang mereka
suka. Mereka perlu sentiasa menghormati dan memberi perhatian terhadap
arahdan dan peraturan yang ditentukan oleh guru.

Saya juga perlu berlatih untuk supaya cara penyampaian saya lebih jelas
dan fasih. Saya perlu menentukan peraturan dahulu sebelum mula mengajar.
Murid-murid tidak dibenarkan bercakap dalam bahasa dialek semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, saya juga perlu belajar
teknik untuk menjadi seorang guru yang tegas dalam kelas.

Bagi sesetengah murid, guru harus mengubah cara untuk melayan


mereka. Guru harus mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh
murid. Contohnya seperti murid tidak memahami apa yang disampaikan oleh
guru atau ketinggalan daripada pengajaran guru. Dengan ini, murid akan berasa
mereka dihormati dan mengambil berat terhadap mereka. Mereka akan lebih
suka terhadap guru tersebut dan seterusnya memberi perhatian terhadap
pengajaran guru tersebut.

Saya perlu memahami dan belajar untuk mengikuti sistem SK dan


menyesuaikan diri dengan secepat mungkin. Dengan ini, barulah akan berasa
selesa dan tidak tertekan untuk mengajar selama 3 bulan di sekolah ini.

Tempoh Penyelesaian

31 Januari 2016 – 4 Februari 2016

Tindakan Susulan

Guru membuat penjelasan kepada murid bahawa tidak ada banyak perbezaan
antara guru berbangsa melayu dengan guru berbangsa cina supaya murid-murid
tidak lagi menganggap guru berbangsa cina sebagai sesuatu yang pelik. Guru
perlu belatih untuk banyak bertutur dengan bahasa melayu supaya lebih fasih.
Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu,
guru menyediakan kertas latihan dan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan
seperti yang dikehendaki oleh guru.

Catatan

Murid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan


iaitu sentiasa menumpukan perhatian dan mengikut arahan guru semasa
pengajaran. Murid akan mula menerima bahawa guru berbangsa cina bukan
sesuatu yang pelik. Murid mengelakkan menggunakan bahasa dialek yang
terlalu banyak dan mula akan faham apa yang hendak disampaikan oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai