Anda di halaman 1dari 13

Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 119

Faktor Kemiskinan Bandar terhadap Pembangunan Pendidikan Golongan Lewat


Kembang
(Factors of Urban Poverty towards the Development of Late Bloomer’s Education)

¹Nor Azrul bin Mohd Zin


Noordeyana binti Tambi

Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat,


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

¹Corresponding author: [azrulzin.namz@gmail.com]

Currently, poverty is a growing issue in the urban community. The increasing cost of living, due
to the rapid urbanisation process has resulted the urban community to forgo few vital interests in
order to survive. The urban poverty’s condition can lead to more serious consequences when they
decline the education rights of their children in order to survive rather than having a stable
financial status. These pressing conditions have caused them to lack the proper education and
become less successful in their careers compared to others. Thus, it has resulted in the late
bloomers group who are forced to sacrifice their youth by working in order to obtain strong
financial guarantee before resuming to get the perfect education just like everyone else at the
later age. Hence, this paper will discuss solely based on past studies that have been conducted
especially in Malaysia. The concepts and definitions of poverty and urban poverty will also be
further discussed.

Keywords: poverty, urban poverty, late bloomer, drop-out of education, human capital

Kemiskinan merujuk kepada suatu menetapkan garis indeks kemiskinan negara


keadaan kekurangan yang dihadapi oleh seperti yang dinyatakan dalam Rancangan
manusia yang mana ia menyekat peluang Malaysia ke-2 (RMK2) melalui perlaksaan
untuk kehidupan yang lebih selesa (Ahmad Dasar Ekonomi Baru (NEP) mengikut
& Amartya, 1997; Crowther, 2000). acuannya tersendiri. Di samping itu, Garis
Keadaan kemiskinan ini menunjukkan Indek Kemiskinan (GIK) adalah dirujuk
bahawa kekurangan yang dihadapi oleh berdasarkan kepada perbelanjaan minimum
seseorang individu khususnya dari aspek kepada keperluan asas seharian seperti
pendapatan dan harta benda menjadi punca makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan,
kepada keadaan sukar mereka untuk terus dan pendidikan (Brown & Park, 2002).
melangsungkan kehidupan seharian dengan Selain itu, kemiskinan juga merangkumi
lebih selesa. Kemiskinan ini juga beberapa faktor yang menghalang untuk
didefinisiskan sebagai kegagalan dalam mendapatkan peluang yang lebih baik
perolehan pendapatan yang stabil mengikut kepada status sosio-ekonomi seperti tempat
spesifikasi piawaian yang telah digariskan tinggal, keperluan asas, pendidikan,
dalam indeks kemiskinan negara (Hatta & makanan yang berkhasiat dan sebagainya
Ali, 2013; Wang, 2004). Selain itu, menerusi (Hatta & Ali, 2013; Siwar & Mohd Yusof
kesepakatan persetujuan antarabangsa, Kasim, 1997).
Malaysia turut tidak ketinggalan dalam
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 120

Selain itu, kemiskinan ini dilihat Golongan keciciran pendidikan ini tidak
sebagai suatu halangan besar kepada semestinya berada di kawasan luar bandar,
seseorang individu itu untuk mendapatkan malah kini semakin ramai yang mengalami
peluang pendidikan yang sempurna. Hal ini keciciran pendidikan adalah masyarakat
disebabkan status sosioekonomi mereka miskin bandar (Rahman, 2018). Walau
yang rendah dalam kalangan masyarakat bagaimanapun, isu keciciran pendidikan
bandar. Situasi ini juga menjadikan anak- yang sering dibincangkan hanya meliputi
anak perlu berfikir panjang kerana golongan kanak-kanak dan remaja di
memikirkan kekangan kewangan ibu bapa peringkat sekolah rendah dan sekolah
yang tidak berupaya menyediakan kewangan menengah. Maka, kajian tentang golongan
bagi peringkat pengajian lebih tinggi (Dunn, lepasan pendidikan formal (khususnya
Dale & Karen, 2004). lepasan peringkat sekolah menengah) masih
kurang dibincangkan dan dikaji. Justeru,
Di samping itu, Perlembagaan kajian ini memfokuskan kepada golongan
Malaysia telah memperuntukkan Perkara 12 keciciran pendidikan dalam kalangan remaja
dengan menyatakan bahawa tiada lepasan sekolah khususnya dalam kalangan
diskriminasi dalam mendapatkan pendidikan masyarakat miskin bandar.
formal bagi setiap warganegara. Hal ini
dirujuk dalam Perkara 8 Perlembagaan Lewat kembang bererti lambat
Malaysia yang menyatakan hak sama rata mencapai sesuatu tahap yang normal pada
bagi setiap warganegara tanpa mengira masa yang tepat. Fokus utama kepada lewat
agama, kaum, keturunan atau jantina dalam kembang di Malaysia adalah merujuk
hal kesamarataan mendapatkan pendidikan kepada isu pendidikan (Dewan Bahasa dan
formal (Perlembagaan Malaysia, 2013). Pustaka, 2018). Namun begitu hal ini
Sekaligus ini menunjukkan pentingnya hak didefinisikan secara terperinci melalui
untuk mendapatkan pendidikan dalam laporan kajian yang telah dijalankan oleh
kalangan masyarakat yang miskin dan Zaharah, Steven, Rahim dan Ismi, (2011). Ia
haruslah diperjuangkan. Hal ini dilihat adalah suatu fenomena yang telah lama
daripada dua aspek pendidikan iaitu wujud dalam kalangan masyarakat namun
pendidikan formal dan tidak formal. Maka, kehadiran mereka masih lagi tidak mendapat
kertas kerja ini membincangkan pendidikan perhatian umum. Selain itu, dalam kajian ini
formal yang merujuk kepada pendidikan juga menyatakan bahawa lewat kembang
melalui alam persekolahan formal dengan adalah suatu keadaan yang dirujuk sebagai
pencapaian akademik berskor atau gred ketidakupayaan seseorang individu untuk
penilaian, manakala pendidikan tidak formal melepasi tahap pendidikan pada usia yang
adalah pendidikan yang berbentuk tepat.
pembangunan berteraskan kemahiran
(Suryawati, 2005). Merujuk kepada sistem pendidikan
yang telah digariskan oleh Kementerian
Sorotan Literatur Pelajaran Malaysia, pendidikan anak-anak
adalah bermula seawal usia 6 tahun (pra-
Golongan Lewat Kembang sekolah). Kemudian diikuti dengan
pendidikan sekolah rendah yang bermula
Keciciran dalam pendidikan telah pada usia 7 tahun sehingga 12 tahun.
lama berlaku dalam kalangan masyarakat Selepas itu, pendidikan tahap menengah
berpendapatan rendah di Malaysia. pula bermula seawal usia 13 tahun sehingga
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 121

17 tahun dan diakhiri dengan peperiksaan kemiskinan telah menyebabkan tahap


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas motivasi bagi menyambung pelajaran
tamat pendidikan sekolah menengah maka menjadi semakin menurun. Maka ini
bermulah pengajian peringkat tinggi. Ianya menunjukkan bahawa faktor kemiskinan itu
bermula seawal usia 18 tahun sehingga 25 telah menyebabkan berlakunya kekangan
tahun. Pada usia 25 tahun ini, ia adalah usia kepada perkembanan pendidikan oleh
normal bagi seseorang individu untuk seseorang individu. Justeru, pendefinisian
menamatkan pengajian tinggi dengan sijil keciciran adalah lebih merujuk kepada
Ijazah Sarjana Muda dan setaraf. Justeru, pendidikan di sekolah rendah dan menengah
perincian telah dilakukan bahawa desakan yang merupakan pendidikan wajib bagi
kemiskinan adalah faktor paling utama mereka untuk menamatkan sistem
kepada berlakunya kewujudan lewat persekolahan sehingga tamatnya Sijil
kembang lantas memberi halangan kepada Peperiksaan Malaysia (SPM).
individu bagi mendapatkan peluang
pendidikan yang lebih tinggi selepas tamat Di samping itu, menurut Wan Nor
pengajian peringkat menengah melalui SPM Azriyati, Faizah, Noor Rosly, dan Wang
(Zaharah, Steven, Rahim & Ismi, 2011). Hong Kok (2011), terdapatnya hubungan
positif antara kemiskinan dan taraf
Kesan daripada fenomena ini, ia telah pendidikan dalam kalangan masyarakat. Hal
memberi impak kepada isu penyertaan sosial ini dibuktikan melalui kajian yang telah
masyarakat yang membawa kepada dijalankan di kawasan Program Perumahan
kewujudan stigma dan pengasingan Rakyat (PPR) Putra Ria, Kuala Lumpur iaitu
masyarakat yang seterusnya melahirkan seramai 86% penduduk di kawasan tersebut
masyarakat yang berpendidikan rendah dan adalah mereka yang tergolongan dalam
kesukaran mendapat peluang pekerjaan yang kumpulan B40 dan ke bawah dengan
lebih baik serta pengekalan kepada status pendapatan purata RM3,000 dan ke bawah.
kemiskinan bandar yang berpanjangan Hasil daripada kajian, menunjukkan 80%
(Vinson, 2009; Atkinson, Eric & Brian, anak-anak yang mendiami kawasan ini
2004). hanya memiliki SPM sebagai tahap
pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa
Namun begitu, konsep lewat kembang kemiskinan jelas menjadi faktor penghalang
ini adalah berbeza daripada konsep keciciran kepada keupayaan seseorang individu itu
dalam pendidikan. Hal ini kerana, keciciran bagi mendapatkan peluang pendidikan yang
menurut Rumberger (2004) terbahagi lebih tinggi.
kepada beberapa aspek dan antaranya ialah
kemiskinan. Keciciran dan lewat kembang Maka, melihat kepada sudut aspek
membawa pendefinisian yang berbeza yang yang lain, lewat kembang adalah merujuk
mana keciciran membawa pengertian kepada kepada ketidakupayaan seseorang individu
seseorang individu yang tidak akan bagi mendapatkan peluang pendidikan di
menyambung pelajaran semula sama ada peringkat tinggi yang mana ia adalah lebih
peringkat semasa ataupun peringkat yang memberi fokus kepada meluaskan potensi
lebih tinggi seperti contoh anak-anak yang diri individu ke arah mendapatkan peluang
tidak menyambung persekolahan rendah pekerjaan yang lebih baik (Zaharah et al.,
atau menengah oleh kerana kekurangan 2011). Kegagalan yang dimaksudkan adalah
kewangan bagi menampung kehidupan. Ini bersifat sementara kerana desakan faktor
adalah kerana faktor penolak mereka iaitu luaran iaitu kemiskinan. Ini menjadikan
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 122

mereka terpaksa menangguhkan hasrat Keadaan ini adalah dipengaruhi oleh


untuk melanjutkan pelajaran pada usia yang beberapa aspek lain seperti tempat tinggal
sepatutnya (18 tahun sehingga 25 tahun). yang selamat, peluang pendidikan,
keselamatan sosial, infrastruktur dan
Di samping itu, menurut laporan yang perkhidmatan serta hak sosial dan hak untuk
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan bersuara yang menjadi faktor penolak
Malaysia (2016), sebanyak 39.6% rakyat kepada berlakunya keadaan miskin bandar
Malaysia yang mendiami kawasan bandar dalam kalangan individu atau keluarga yang
hanya memiliki pendidikan sehingga mendiami kawasan bandar (Nasikun, 2001;
peringkat sijil SPM berbanding 11% dan Wang, 2004; Asia Bank, 2014).
37.% bagi mereka yang memiliki sijil
peringkat Diploma dan Ijazah. Hal ini Jika diperhatikan secara mendalam,
menunjukkan bahawa pendidikan kewujudan miskin bandar adalah adalah
masyarakat bandar di Malaysia masih berpunca daripada proses urbanisasi yang
berada di tahap yang rendah akibat daripada berlaku terhadap kawasan bandar. Proses ini
faktor persekitaran (kemiskinan) yang telah telah menyebabkan berlakunya migrasi
menyebabkan mereka terpaksa penduduk luar bandar ke kawasan bandar.
mengorbankan hasrat untuk menyambung Akibat daripada proses urbanisasi yang tidak
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. terkawal yang telah berlaku, ia telah
Desakan kos sara hidup yang semakin menyebabkan populasi penduduk yang tidak
meninggi menjadikan pendidikan bukan lagi stabil dan ini telah menggugat kualiti taraf
keutamaan dalam kehidupan selain daripada hidup masyarakat di bandar (Mohd Fadzil &
keperluan makanan dan tempat tinggal. Oleh Ishak, 2007). Antara faktor penolak kepada
kerana itu, keutamaan terhadap pendidikan berlakunya proses migrasi penduduk luar
terpaksa dikorban dan mencari pekerjaan bandar ke bandar adalah kerana peluang
adalah solusi yang terbaik bagi menjamin untuk memajukan diri ke arah yang lebih
kelangsungan kehidupan mereka walaupun baik. Ini didorong oleh peluang pekerjaan
hanya dengan memiliki sijil SPM atau yang meluas (Ravallion, 2007). Namun
setaraf. begitu, mereka yang bermigrasi ini
menghadapi masalah sukar bagi
Kemiskinan Bandar mendapatkan pekerjaan oleh kerana taraf
pendidikan yang rendah dan kekurangan
Kemiskinan merujuk kepada suatu kemahiran kerja yang dimiliki oleh mereka
keadaan kekurangan yang dihadapi oleh (Zhou, 2000). Justeru, masalah
seseorang individu atau keluarga bagi pengangguran mula berlaku dan ini memberi
mendepani kelangsungan kehidupan peluang kepada ketidakstabilan ekonomi di
seharian. Namun begitu, hal ini diperincikan kawasan bandar menjadi semakin parah
secara mendalam oleh beberapa orang (Universiti Sains Malaysia, 2000; Yahya &
pengkaji dengan menyatakan bahawa ianya Ahmad, 2001; Mohd Fadzil & Ishak, 2007).
adalah berbeza dengan keadaan kemiskinan
bandar. Ini kerana keadaan miskin bandar Keadaan kemiskinan di Malaysia
bukan hanya merujuk kepada keadaan menjadi semakin serius apabila berlakunya
kekurangan melalui aspek kewangan dan migrasi penduduk daripada luar bandar ke
harta benda tetapi ia adalah suatu keadaan bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan
yang dikenali sebagai kemiskinan kehidupan yang lebih selesa berbanding di
multidimensional (Suryawati, 2005). kawasan luar bandar. Hal ini dilihat sebagai
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 123

suatu keadaan yang kurang sihat apabila kumpulan miskin bandar adalah mereka
lambakan penduduk yang berlaku di dalam yang tergolong di bawah kumpulan B40 dan
kawasan bandar menyebabkan berlakunya ke bawah dengan anggaran pendapatan
proses pembandaran yang kurang sihat adalah di bawah RM3,000.00 sebulan
antaranya; peningkatan kos sara hidup yang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017;
tinggi dan pengurangan keupayaan Khalid, Siti Nur Fatimahtul Maryam,
penduduk bagi memperoleh keperluan asas Zouhair & Endie Shazlie, 2018). Laporan ini
dan perkhidmatan dengan baik (Wratten, diperkukuhkan dengan kajian lain oleh
1995; Mohd Fadzil & Ishak, 2007). Di Jayasooria (2016) dengan menyatakan
samping itu, kesukaran bagi golongan bahawa pada tahun 2014, sebanyak 56%
imigran ini bagi meneruskan kelangsungan penduduk di kawasan bandar adalah mereka
kehidupan juga adalah kerana kesukaran yang memperoleh pendapatan di bawah
mendapatkan pekerjaan akibat daripada RM2,537.00 sebulan. Pendefinisian miskin
kekurangan daripada aspek kemahiran yang bandar melalui kumpulan perolehan
dimiliki oleh mereka bagi memenuhi pendapatan bulanan ini menunjukkan
kehendak pasaran pekerjaan (Wan Nor bahawa di Malaysia, penduduk bandar yang
Azriyati et al., 2011). Ini menjadikan mereka mengalami kemiskinan adalah melebihi
tergolong dalam kumpulan miskin bandar separuh daripada penduduk bandar dengan
daripada aspek kekurangan kepada tahap anggaran purata pendapatan mereka
pendidikan yang dimiliki oleh individu bagi sebanyak RM3,000.00 sebulan dan ke
mendepani pasaran pekerjaan di kawasan bawah. Maka dengan ini, kumpulan B40
bandar. adalah mereka yang turut dikenali sebagai
‘miskin bandar’ di Malaysia.
Di samping itu, kesan kepada proses
migrasi dan pembandaran di Malaysia telah Kesan Miskin Bandar terhadap
menyebabkan keadaan pengumpulan Pendidikan
masyarakat kepada beberapa jenis kumpulan
mengikut tahap pendapatan yang dimiliki Miskin bandar yang membawa
oleh seisi rumah sebulan. Pengelasan pendefinisian multidimensional adalah suatu
masyarakat ini adalah terbahagi kepada 4 keadaan yang menyukarkan bagi golongan
jenis kumpulan utama iaitu Tertinggi 20% miskin di bandar. Hal ini kerana, keadaan
(Top 20%) atau dikenali sebagai T20, kemiskinan melalui aspek multidimensional
Pertengahan 40% (Medium 40%) atau memberi pembuktian kepada kegagalan
dikenali sebagai M40, Bawah 40% (Below seseorang individu mahupun institusi
40%) atau dikenali sebagai B40 dan akhir kekeluargaan bagi menyediakan taraf
sekali Bawah 20% (Below 20%) atau kehidupan yang lebih selesa kepada diri
dikenali sebagai B20. Sementara itu, laporan mereka dan keluarga. Selain itu, lebih
daripada Economic Planning Unit (2016) membimbangkan apabila populasi golongan
menyatakan bahawa pada tahun 2014, bandar semakin meningkat dari masa ke
sebanyak 60% penduduk masyarakat bandar semasa dan melalui laporan kajian yang
adalah berpendapatan di bawah kumpulan telah dijalankan oleh Embong, (2011)
B40. dengan menyatakan bahawa anggaran
sebanyak 75% peningkatan penduduk
Penelitian terhadap pendapatan telah bandar akan berlaku menjelang tahun 2020.
dijalankan oleh beberapa pengkaji di
Malaysia dengan menyatakan bahawa
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 124

Namun begitu, seperti mana melalui menjamin kelangsungan kehidupan seharian


perbincangan lalu, keadaan individu dan keluarga.
multidimensional ini adalah diukur melalui
beberapa aspek utama yang menjadi Kedua, peluang mendapatkan
sandaran kepada kewujudan miskin bandar pendidikan dalam kalangan golongan lewat
(Brown & Park, 2002). Perbezaan kepada kembang. Selain daripada kekurangan
aspek yang dinyatakan ini adalah memberi pendapatan seisi rumah, keadaan miskin
kesan yang berbeza-beza terhadap turut ditakrifkan sebagai kekurangan kepada
pembangunan pendidikan dan seterusnya peluang mendapat pendidikan (Brown &
menyebabkan kepada wujudnya kumpulan Park, 2002). Hal ini mengakibatkan ramai
lewat kembang di Malaysia. antara anak-anak terpaksa melupakan hasrat
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih
Kesan Faktor Kemiskinan Bandar tinggi akibat daripada kekurangan sumber
terhadap Pembangunan Pendidikan pendapatan bagi menyokong keperluan
Golongan Lewat Kembang pendidikan. Situasi ini menjelaskan secara
terperinci bagaimana isu kemiskinan itu
Pertama, pendapatan seisi rumah telah menarik hak anak-anak untuk
merupakan faktor utama yang menyumbang mendapatkan peluang pendidikan yang
kepada isu ini. Menurut kajian yang telah sepatutnya menjadi milik mereka. Namun
dijalankan oleh Dunn et al. (2004), status begitu, walaupun kuota pendidikan
sosioekonomi keluarga miskin menjadikan mengikut kaum dan pengelasan pendapatan
anak-anak tidak mendapat pendidikan yang diperkenalkan kepada Institut Pengajian
sempurna serta menjadikan mereka kurang Tinggi Awam/Swasta, namun peluang
berminat kepada pendidikan. Ini mendapat kepada pendidikan turut menjadi isu oleh
sokongan oleh Wan Nor Azriyati et al. kerana masalah kemiskinan yang
(2011) dengan menyatakan terdapat menjadikan mereka terpaksa mengorbankan
hubungan positif antara kemiskinan dengan peluang pendidikan kepada keperluan asas
peningkatan taraf pendidikan dalam institusi yang lain seperti makanan dan tempat
kekeluargaan yang mana dalam kalangan tinggal yang selamat (Tzannatos, 1991).
86% kumpulan miskin bandar, pendidikan Oleh kerana itu, maka wujudlah golongan
tertinggi yang dimiliki mereka hanyalah lewat kembang apabila hak pendidikan
peringkat SPM. Selain itu, ini dipersetujui mereka telah ditarik oleh desakan
oleh kajian yang telah dijalankan oleh kemiskinan pada usia muda yang
Khalid et al., (2018) dengan menyatakan menjadikan mereka menyimpan hasrat dan
bahawa status sosioekonomi dan taraf keinginan untuk kembali melanjutkan
pendidikan ibu bapa memainkan peranan pelaran ke peringkat tinggi walaupun sudah
penting kepada pembangunan pendidikan melepasi usia normal (18 tahun - 24 tahun).
anak-anak. Akibat daripada penidakan hak
pendidikan anak-anak, maka ia Ketiga, perumahan yang selamat bagi
menyebabkan pembangunan pendidikan menjamin kehidupan yang selesa.
terhenti di paras minimum (SPM). Hal ini Perumahan yang selamat turut
turut mengundang kepada potensi anak-anak mementingkan aspek kepada keadaan yang
ini bekerja selepas tamatnya persekolahan kondusif kepada anak-anak bagi memupuk
akibat daripada desakan kemiskinan yang minat kepada pendidikan selain daripada
menuntut mereka untuk bekerja demi kawasan sekolah. Hal ini menjadi perhatian
apabila Dunn et al. (2004) menyatakan
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 125

bahawa anak-anak akan dipengaruhi oleh kehidupan yang sejahtera. Di Malaysia,


minat kepada pendidikan apabila ibu bapa seramai 12% kanak-kanak dan remaja tidak
mampu menyediakan tempat tinggal yang mendapatkan makanan yang mencukupi
kondusif bagi menyokong minat dan dengan kadar kurang daripada 3 kali sehari
merangsang minda anak-anak untuk belajar (Khalid et al., 2018). Selain itu, 97% ibu
selain daripada bantuan sokongan pelajaran bapa bersetuju dengan menyatakan harga
dan keperluan persekolahan yang lengkap barangan makanan yang tinggi
untuk anak-anak. menyebabkan mereka tidak mampu untuk
menyediakan sumber makanan/nutrisi yang
Selain itu, menurut Yahaya (1998), mencukupi kepada anak-anak (Khalid et al.,
keadaan tempat tinggal yang jauh daripada 2018). Hal ini mengundang kepada taraf
keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan yang tidak baik sekaligus
pengangkutan awam, elektrik, air dan menyebabkan perkembangan minda anak-
sebagainya adalah keadaan yang akan anak menjadi lemah tidak seperti orang lain.
memberi kesukaran kepada mereka untuk Ini dibuktikan bahawa kekurangan makanan
menikmati kehidupan yang selesa. Lantaran dan minuman yang sihat memberi kesan
daripada itu, ia menyebabkan mereka kepada perkembangan pendidikan anak-
terpaksa mencari alternatif lain bagi anak (Wan Nor Azriyati et al., 2011).
menyempurnakan kekurangan yang
dihadapi. Maka, melihat kepada aspek Secara amnya, perkaitan antara
pendidikan, ianya terpaksa menjadi sesuatu makanan/nutrisi yang mencukupi dengan
yang terpaksa dikorbankan akibat daripada pembangunan pendidikan adalah amat jelas
keperluan lain menjadi lebih keutamaan apabila keperluan penyediaan makanan yang
kepada mereka untuk meneruskan sihat adalah salah satu elemen penting dalam
kehidupan seharian. konteks penyediaan pendidikan yang baik
untuk anak-anak. Oleh itu, isu kemiskinan
Keempat, kelemahan sistem yang mengundang golongan bandar ini
keselamatan sosial dalam kalangan menyebabkan mereka terpaksa memikirkan
masyarakat. Hal ini turut dibincangkan perbelanjaan yang besar diperlukan bagi
bahawa isu kemiskinan tidak akan dapat lari menyediakan pendidikan yang sempurna
daripada kegagalan individu dan keluarga untuk anak-anak. Oleh itu, bebanan
bagi menyediakan satu tabung simpanan tanggungan semakin tinggi dengan
khusus untuk masa hadapan. Hal ini peningkatan kos sara hidup dan kos
dibuktikan apabila, 77% rakyat Malaysia pendidikan seandainya anak-anak ini
tidak mempunyai simpanan. Tambahan lagi, menyambung pelajaran ke peringkat lebih
1:3 rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tinggi. Justeru, demi menjamin
kepada keselamatan sosial yang melibatkan kelangsungan kehidupan ahli keluarga yang
kepada kepentingan EPF, Socso, Insurans lain, lanjutan pendidikan peringkat tinggi
Kesihatan dan sebagainya (Khalid et al., terpaksa diabaikan akibat daripada kos sara
2018). hidup yang meninggi. Seterusnya ini
mengundang kepada kewujudan golongan
Kelima, makanan/nutrisi yang lewat kembang
mencukupi bagi menjamin kelangsungan
di mana mereka terpaksa bekerja dan keupayaan pendapatan dan sara hidup yang
menyimpan hasrat untuk menyambung diperolehi secara sendiri.
pendidikan pada masa akan datang dengan
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 126

Metodologi dan Kerangka Konseptual kata kunci yang ingin dikaji. Selain itu,
kaedah pencarian artikel dengan
Pendekatan analisis kandungan menggunakan kata kunci dalam bahasa
digunakan dalam kajian ini dengan Inggeris turut digunakan dalam
menganalisis artikel-artikel tempatan dan pembangunan analisis kajian ini iaitu:
luar negara yang berkaitan dengan topik ‘Urban Poverty’ (Miskin Bandar),
yang dikaji. Beberapa artikel telah ‘Education’ (Pendidikan) dan ‘late bloomer’
dikenalpasti dengan kaedah mengenalpasti (Lewat Kembang).

Rajah 1. Kerangka Konseptual

Selain itu, kajian ini dijalankan oleh yang tepat mengenai pengalaman sebenar
pengkaji dengan menggunakan kaedah yang dilalui oleh informan akan membantu
kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif pengkaji untuk membangunkan tema kajian
merupakan kaedah kajian yang sangat sesuai dengan lebih tepat dan terperinci
untuk digunakan kerana ia akan membantu (Moustakas, 1994; Creswell, 2013).
pengkaji untuk mendapatkan ketepatan data
yang diperlukan melalui beberapa proses Kerangka konseptual kajian yang akan
seperti pemerhatian dan temu bual secara dibangunkan oleh pengkaji dalam kajian ini
individu, keluarga dan masyarakat akan bersandarkan kepada dua domain
(Merriam, 1998). utama iaitu faktor kemiskinan dan faktor
dorongan perkembangan pendidikan. Di
Di samping itu, tipologi kajian samping itu, kedua-dua domain ini akan
berbentuk fenomenologi menjadi pilihan disokong dengan strategi pembangunan
pengkaji bagi menjalankan kajian ini atas modal insan bagi membantu pengkaji untuk
rasional tipologi berbentuk fenomenologi melihat kesannya terhadap perkembangan
adalah sesuai bagi membantu pengkaji untuk pendidikan bagi golongan lewat kembang.
memahami pengalaman sebenar yang dirasai
oleh informan yang digelar sebagai Kesimpulan
golongan lewat kembang dalam kumpulan
miskin bandar (Anderson & Spencer, 2002; Berdasarkan kepada perbincangan di
Creswell, 2013). Selain itu, pemahaman atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 127

masalah kemiskinan bandar dan pendidikan menjadi keutamaan dalam kehidupan


merupakan suatu keadaan yang saling seharian. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
bergantungan antara satu sama lain. Hal keperluan kepada pendidikan telah bermula
kemiskinan bandar yang bersifat sebelum wujudnya kumpulan miskin bandar.
multidimensional menjadikan keadaan Hal ini menjadi semakin serius apabila
miskin bandar itu menjadi sesuatu yang semakin ramai individu yang mula
kompleks kepada pembangunan pendidikan. memenuhi kawasan bandar tetapi dengan
Lantas beberapa aspek yang menghimpit tahap pendidikan yang rendah.
golongan miskin ini menjadikan wujudnya
golongan lewat kembang dalam kalangan Jika diteliti, hubungannya jelas dengan
masyarakat. Golongan lewat kembang konsep kewujudan kumpulan lewat
merupakan kumpulan minoriti dahulunya kembang di Malaysia. Hal ini kerana,
tetapi kini menjadi fenomena umum dalam apabila kehendak kepada keperluan
kalangan masyarakat bandar akibat daripada pendidikan semakin tinggi, maka ia
kesan multidimensional bandar yang menjadikan individu yang terperangkap
menjadi faktor kepada kewujudan golongan dalam kumpulan miskin bandar yang
ini dalam kalangan masyarakat. berstatus pendidikan rendah ini mula
melihat potensi dalam diri mereka untuk
Bermula daripada kewujudan miskin dibangunkan semula walaupun terpaksa
bandar, proses migrasi yang berlaku benar- memasuki semula kepada sistem pendidikan
benar memberi impak kepada penstrukturan yang formal mahupun tidak formal.
pembandaran di Malaysia. Jika diamati, Berdasarkan kepada penelitian ini, ia telah
kewujudan miskin bandar pada asalnya membuka mata kepada anak-anak remaja
adalah sesuatu yang tidak dirancang. Hal ini yang telah lanjut usia yang telah melepasi
kerana, keinginan untuk mencari pekerjaan aras usia normal perolehan pendidikan
di kawasan bandar menjadikan proses tinggi (17 tahun – 24 tahun) untuk kembali
migrasi itu menjadi lebih rancak bermula masuk ke dalam sistem pendidikan demi
tahun 1970 sehingga kini. Namun apa yang menyiapkan diri dengan sijil dan kemahiran
berlaku, proses yang disangkakan menjadi yang bersesuaian seperti yang dinginkan
sesuatu yang bernilai menjadi yang oleh majikan di luar sana. Selain itu, ada di
sebaliknya apabila persiapan diri mereka antara mereka terpaksa mengorbankan usia
untuk mendepani kehendak bandar-bandar muda mereka sebelum ini demi menyara
besar tidaklah seperti yang dijangkakan. keluarga dan kehidupan seharian oleh
Punca utama kepada kegagalan mereka kerana kurang berkemampuan bagi
dalam situasi ini adalah tidak memiliki tahap melanjutkan pendidikan ke peringkat yang
pendidikan yang seperti diinginkan oleh lebih tinggi. Penangguhan bagi melanjutkan
pihak majikan di kawasan bandar. Ramai pelajaran ini dilihat sebagai satu kaedah
antara mereka tidak mempunyai tahap motivasi mereka untuk melihat kemampuan
pendidikan yang tinggi dan juga tidak dan potensi diri ke arah yang lebih baik.
memiliki kemahiran yang bersesuaian Pengorbanan yang mengambil masa lebih
dengan kehendak pekerjaan di bandar. Oleh daripada 6 tahun dan ke atas adalah sesuatu
kerana itu, mereka terjerat dalam kelompok yang dilihat sebagai pengorbanan demi
miskin bandar akibat tidak memiliki menjamin kelangsungan kehidupan sendiri
pendapatan yang cukup bagi menampung dan ahli keluarga.
kehidupan seharian yang dibebani dengan
pelbagai keperluan asas yang seharusnya
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 128

Maka melihat kepada beberapa faktor c) Mengkaji dan menganalisis semula


yang telah dinyatakan dalam perbincangan kadar pendapatan bulanan
lalu, pembangunan pendidikan bagi berpandukan kepada kos sara hidup
kumpulan lewat kembang adalah sebagai semasa serta keperluas asas
suatu kaedah kepada memberi peluang (makanan, tempat tinggal,
kepada golongan ini untuk mengembangkan pendidikan, kesihatan serta
potensi diri mereka untuk menjadi lebih pengangkutan).
berjaya. Di samping itu, ia juga merupakan d) Meningkatkan usaha ke arah
usaha bagi mereka mengubah status pembangunan pendidikan anak-anak
ekonomi kehidupan mereka supaya terkeluar lepasan persekolahan agar
daripada kepompong miskin bandar. Hal ini kewujudan golongan lewat kembang
kerana, melalui kajian yang telah dijalankan dapat diatasi. Ini bagi memastikan
oleh Nasrudin, Mohd Suhaimi, Junaenah, agen pendidikan kepada
Manisah dan Noor Rahamah (2016) pemerkasaan golongan miskin
menyatakan bahawa pendidikan adalah agen bandar dapat dijalankan serta ia
terbaik dalam usaha mengubah status membuka peluang kepada anak-anak
ekonomi keluarga. Justeru, pembangunan ini bagi mengenalpasti potensi
pendidikan adalah alternatif terbaik bagi mereka terhadap pendidikan dan
mengatasi masalah isu kemiskinan bandar. kemahiran yang boleh diguna pakai
ke arah pembangunan modal insan.
Selain itu, hasil daripada perbincangan
lalu, beberapa pendekatan dan usaha serta
tindakan untuk mengatasi isu kemiskinan Rujukan
bandar dan kesannya terhadap pembangunan
pendidikan golongan lewat kembang akan Ahmad, S., & Amartya Sen. (1997).
diperkenalkan seperti berikut: Concept of human development and
a) Peluang pendidikan yang lebih poverty: A multidimensional
terbuka harus diberikan kepada perspective. UNDP.
golongan miskin bandar dengan Anderson, E., & Spencer, M. (2002).
lebih meluas dengan mengikut skala Cognitive representation of AIDS: A
kemampuan yang dimiliki oleh phenomenological study. Qualitative
mereka seperti; pendapatan isi Health Reseach, 12, 1338-1352.
rumah, berdekatan kawasan tempat Asia Bank. (2014). Urban poverty in Asia.
tinggal dan keupayaan perkhidmatan Philiphine: ADB.
pengangkutan awam yang mudah. Atkinson, B., Eric, M., & Brian, N. (2004).
Sebagai contoh memperbanyakkan Indicators and targets for social
institusi pendidikan tinggi yang inclusion in the European Union.
menawarkan Sijil Kemahiran Journal of Common Market Studies,
Malaysia (SKM), Diploma dan lain- 42(1), 47-75.
lain di kawasan sekitar penempatan Creswell, J. (2013). Qualitative inquiry &
masyarakat. research design. California: SAGE
b) Penstrukturan semula bantuan Publications, Inc.
pendidikan yang diberikan kepada Crowther, C. (2000). Policing urban
anak-anak dengan memberi lebih poverty. New York: St. Martin's Press,
penelitian terhadap isu pendapatan Inc.
keluarga dan kos sara hidup semasa.
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 129

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2018). Kamus Nasikun. (2001). Dikta mata kuliah: Isu
Dewan. Retrieved 2018, from kebijakan penanggulangan
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1? kemiskinan. Universitas Gajah Muda:
keyword=lewat+kembang Magister Administrasi Publik.
Dunn, C., Dale, C., & Karen, R. (2004). Nasrudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohamad,
Variables affecting students' decision Junaenah Sulehan, Manisah Ali, &
to drop out of school. Remedial And Noor Rahamah Abu Bakar. (2016).
Special Education, 25(5), 314-323. Kepentingan motivasi pendidikan
Economic Planning Unit. (2016). The dalam pemerkasaan komuniti pribumi.
Malaysian Econoomy in Figure 2016. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(2) 153-
Putrajaya: Economic Planning Unit, 161.
Prime Minister's Department. Rahman, A. A. (2018). Peranan Baitulmal
Embong, A. R. (2011). Pembandaran dan dalam pendidikan Asnaf: Kajian di
kehidupan bandar di Semenanjung Majlis Agama Islam Wilayah
Malaysia. Akademika, 81(2), 23-39. Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2017). Fatwa and Management Research,
Laporan penyiasatan pendapatan isi 11(1), 45-58.
rumah dan kemudahan asas mengikut Ravallion, M. (2007). Urban poverty.
negeri dan daerah pentadbiran. Mumbai: Finance and Development.
Putrajaya: Jabatan Perangkaan Rumberger, R. W. (2011). Dropping out.
Malaysia. Harvard: Harvard University Press.
Jayasooria, D. (2016). Inclusive Siwar, C., & Mohd Yusof Kasim. (1997).
development for urban poor and Urban development and urban poverty
Bottom 40% communities in Malaysia. in Malaysia. International Journal of
Bangi: Institut Kajian Etnik (KITA). Social Science, 24(12), 1524-1535.
Khalid, M. A., Siti Nur Fatimahtul Maryam , Suryawati, C. (2005). Memahami
A., Zouhair, R., & Endie Shazlie, A. kemiskinan secara multidimensional.
(2018). Children without: A study or Jurnal Manajemen Pelayanan
urban child poverty and deprivation in Kesehatan, 8(3), 121-129.
low-cost flats in Kuala Lumpur. Tzannatos, Z. (1991). Reverse racial
Malaysia: United Nations Childrens' discrimination in higher education in
Fund. Malaysia: Has it reduced inequality
Mohd Fadzil Abdul Rashid, & Ishak Ab. and at what cost to the poor?
Ghani. (2007). Migrasi dan International Journal Education
kemiskinan bandar: Suatu kajian Development, 11(3), 177-192.
literatur. Seminar Kebangsaan Universiti Sains Malaysia (USM) (2000).
Pembangunan Persekitaran & Kajian pengawan dan petempatan
Masyarakat 2007 (pp. 1-11). Pulau semula setinggan. Kertas kerja bagi
Pinang: Universiti Teknologi Mara. Persidangan Pengawalan dan
Merriam, S. (1998). Qualitative research penempatan semula setinggan di
and case study applications in Malaysia. Kuala Lumpur.
education. San Francisco: Jossey- Vinson, T. (2009) The origins, meaning,
Bass. definition and economic implications
Moustakas, C. (1994). Phenomenological of the concept social
research methods. Thousand Oaks: inclusion/exclusion: Incorporating the
SAGE. core indicators developed by the
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) (2018): 119-130 ISSN-2289-8174 130

European Union and other illustrative Yahaya, N. (1998). Kualiti perumahan dan
indicators that could identify and kualiti hidup. Analisis, 5(1&2), 133-
monitor social inclusion in Australia. 149.
Canberra: The Australian Department Yahya, N., & Ahmad Haiza, H. (2001).
of Education, Employment and Perumahan dan kediaman. Serdang:
Workplace Relations. Univesiti Putra Malaysia.
Wan Nor Azriyati, Faizah Ahmad, Noor Zaharah Omar, M. Sail, Rahim M. Sail, &
Rosly Hanif, & Wang Hong Kok. Ismi Arif Ismail. (2011). Exploring
(2011). Pembasmian kemiskinan career success of late bloomers from
bandar ke arah bandar insklusif dan the TVET background. Education +
sejahtera: Cabaran Kuala Lumpur. Training, 53(7), 603-624.
Journal of Surveying and Property, Zhou, X. (2000). Voice of urban poor:
2(1), 107-124. Report on participatory urban poverty
Wang, Y. P. (2004). Urban poverty, housing analysis in Beijing. China: Centre for
and social change in China. New Integrated Agriculture Development
York: Routledge. (CIAD).

Anda mungkin juga menyukai