Anda di halaman 1dari 2

ISU PENEMPATAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Isu Strategi Dan Penempatan Pelajar.

Isu ini merupakan antara yang sering dibahaskan di peringkat sekolah antara guru
Pendidikan Khas, Guru Pemulihan dan pihak pentadbir serta ibu bapa. Bagi sebahagian
ibu bapa masih tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka perlu dimasukkan ke
kelas Pendidikan Khas. Oelh yang demikian kriteria dan instrumen pemilihan perlu
sesuai dengan kepelbagaian katogeri murid. Setiap orang murid adalah berbeza dari
aspek kognitif, emosi dan afektif. Mereka perlu dinilai dengan cara yang berbeza
dan sesuai dengan tahap keupayaan mereka. Meskipun ada instrumen penempatan yang
disediakan oleh kementerian tetapi tidak boleh digunakan kepada semua murid.
Terutama sekali bagi murid dari katogeri slow learner atau lembam.
Cadangan penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar yang
berkelayakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pada tahun 90an
hanya doktor pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri sahaja yang layak membuat ujian
penempatan. Ianya mengambil masa dari dua minggu hingga ke sebulan sebelum
mengesahkan kecacatan yang dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa
siri pemeriksaan murid tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan tahap
kematangan pemikirannya akan dikukur. Begitulah sukarnya mendapatkan kelulusan dari
pihak doktor.
Isunya ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari doktor boleh
mengesahkan penempatan untuk murid. Ibu bapa selalu merungut pihak hospital tidak
menjalankan rawatan secara terperinci . Lebih malang lagi ada doktor yang tidak ada
pengetahuan langsung dalam bidang Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada
sebahagian murid yang dari katogeri lembam atau slow learner ditandakan sebagai
terencat akal. Malahan ada murid down sindrom ditandakan sebagai slow learner. Hal
yang sedemikian mendatangkan masalah dalam kalangan guru menentukan kumpulan
belajar atau kelas bagi murid tersebut. Sangat meragukan pula ialah kenapa
sekarang mana-mana doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa
merujuk kepada pakar-pakar yang berkelayakan. Senario inilah yang menjadikan
masalah utama dalam penempatan murid Pendidikan Khas. Kita tidak mempertikaikan
kewibaan doktor tersebut tetapi masih kedengaran rugutan dari penjaga bahawa tidak
ada sebarang pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai
dengan instrument yang dibekalkan oleh pihak guru.
Kebimbangannya ialah salah penempatan akan menyebabkan murid tersebut dibafikan hak
mereka dalam mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Contohnya isu mengenai murid
pemulihan yang ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau sebaliknya.
Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana keputusan
penempatan yang tidak sesuai. Kebanyakan doktor tidak faham program yang berkaitan
dengan perkataan integrasi, inklusif, masalah pembelajaran, kelas biasa, kelas
pemulihan dan Pemulihan Dalam Komuniti.
Mutakhir ini kebanyakan sekolah mengajar status Sekolah Cemerlang, Berprestasi
Tinggi dan sebagainya. Rata-rata guru besar mempunyai target untuk mencapai cita-
cita tersebut. Isunya ialah belum tamat bulan Januari sudah ada murid tahun satu
dikeluarkan dari sekolah mereka kerana tidak pandai membaca dan menulis dengan
baik. Guru Besar kini sudah pandai promosi kelas Pendidikan Khas kepada penjaga
yang ada anak sedemikian. Ini semuanya bertujuan untuk mengecilkan data murid tegar
pada pertengahan tahun nanti. Hak murid untuk belajar dan dididik dinafikan kerana
mereka belum berpeluang pun untuk merasai suasana persekolahan yang sebenar. Ini
kerana pada awal Januari biasanya program transisi dijalankan sebelum mereka
disaring dalam ujian LINUS saringa 1, 2 dan 3. Sedangkan pihak kementerian telah
mengeluarkan pekeliling mengenai penempatan murid tahun 1 ke kelas Pendidikan Khas
hanya selepas saringan ke 3.

Pihak jabatan pula kurang peka dalam hal ini dan kadangkala urusan penempatan pun
tidak sesuai dengan Program Integrasi. Pernah berlaku murid cacat pendengaran di
tempatkan di kelas masalah pembelajaran. Alasannya ialah atas permintaan penjaga.
Seharusnya pihak jabatan perlu memaklumkan kepada penjaga tersebut penempatan yang
sesuai untuk anak mereka. Kesilapan yang beginilah yang menyebabkan guru
Pendidikan Khas rasa terbeban dan sukar menjalankan proses pengajaran dengan
berkesan.

Cadangan mengatasinya:
Pihak Jabatan Pelajaran dan Kumpulan Pelbagai Disiplin termasuk pihak hospital
perlu berganding bahu dan saling bekerjasama dalam isu ini. Kedua pihak perlu
melakukan penyebaran ilmu dan pengetahuan yang mereka ada mengenai murid
berkeperluan khas. Kedua pihak perlu berbincang dan menetapkan keperluan-
keperluan dan strategi yang lebih sesuai dalam isu penempatan ini.
Pembinaan ujian soalan diognostik juga perlu diselaraskan dan dikeluarkan oleh
satu badan yang bertauliah supaya tidak berlaku penyelewengan ataupun penindasan
terhadap murid. Pelbagai aspek berkaitan murid perlu diambil kire sebelum
memulakan proses penempatan murid berkenaan ke kelas �kelas pendidikan khas untuk
mengelakkan masalah muncul setelah murid ditempatkan. Selain itu panel-panel yang
terlibat semasa proses penempatan pelajar seharusnya menjalankan tugas dengan penuh
professional untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik. Ibu bapa sekarang
sentiasa peka mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian mereka
yang terlibat perlu telus dan menghormati hak individu untuk mendapatkan keperluan
rawatan yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai