Anda di halaman 1dari 10

Manual Pengguna COMPASS

Ikuti langkah-langkah ringkas berikut untuk tatacara penggunaan COMPASS:

1. Taip URL http: www.agc.gov.my

2. Kemudian pilih danklik menu AGC Staff/Warga AGC seperti skrin berikut:

3. Pilih hyperlink Integrated Legal Management System (ILMS) (Secured Access).

1
4. Sistem akan memaparkan sepertis krin seperti berikut. Klik ‘Sign In’.

5. Masukkan e-mel ID dan kata laluan e-mel dan klik butang .

6. Pilih menu ILMS danpilih sub menu Human Resource Management.

7. Sistem akan memaparkan seperti skrin berikut. Pilih menu COMPASS dan klik sub menu COMPASS.
2
8. Sistem akan memaparkan skrin COMPASS seperti skrin berikut. Klik hyperlink untuk mendapat
skrin penuh.

3
PEMILIHAN RAKAN SEJAWAT DAN PEGAWAI DISELIA

9. COMPASS akan dimulakan dengan sesi pemilihan rakan sejawat dan Pegawai diselia. Semua Pegawai
(yang berkaitan) akan memilih seorang rakan sejawat dan Pegawai diselia yang akan menilai beliau untuk
sesi penilaian COMPASS 2012.Skrin berikut akan terpapar untuk pemilihan rakan sejawat dan Pegawai
diselia.

10. Untuk pertama kali COMPASS hanya akan memaparkan tab Pemilihan dan Info Pegawai.

11. Di bahagian sebelah kanan bawah menu, terdapat ruangan yang memaparkan maklumat Pegawai yang
akan dinilai oleh Penyelia, Rakan Sejawat dan Pegawai yang Diselia. Klik pada bahagian tajuk tab tesebut
dan senarai nama akan dipaparkan. Pada bahagian sebelah kanan maklumat Pegawai yang akan dinilai
oleh Pengguna Sistem, dipaparkan maklumat Perkhidmatan pengguna sistem seperti Nama, Jawatan,
Gred, Bahagian, Unit dan Gambar.

4
12. Klik tab Pemilihan dan sistem akan memaparkan skrin seperti berikut. Pilih seorang rakan sejawat atau
Pegawai yang diselia untuk menilai pengguna dari senarai tersebut. Di sebelah nama rakan sejawat atau
pegawai diselia tersebut, terdapat jumlah berapa kali pegawai tersebut itu telah dipilih untuk menilai.
Rakan Sejawat dan Pegawai yang diselia itu tidak boleh dipilih lebih dari 5 kali.

13. Selesai membuat pemilihan klik butang HANTAR.

PENILAIAN COMPASS

14. Untuk melaksanakan penilaian COMPASS, klik menu Penilaian Diri untuk membuat penilaian. Borang
penilaian akan dipaparkan. Bagi memudahkan penilaian dibuat, halakan cursor tetikus pada radio button
skala penilaian (1 hingga 10) untuk melihat keterangan bagi setiap skala yang dinyatakan.

15. Klik butang ‘Browse’ untuk Laporan Sasaran Kerja Tahunan, sijil aktiviti, sijil pengiktirafan, sijil
penghargaan dan lain-lain dokumen sokongan.

16. Selesai membuat penilaian, klik butang Simpan. Markah penilaian akan dipaparkan selepas anda klik pada
butang Simpan.

5
17. Seterusnya, klik menu Penilaian kepada Penyelia. Skrin akan memaparkan senarai Pegawai Penyelia
yang perlu dinilai dan senarai Pegawai Penyelia yang akan menilai anda pada bahagian bawahnya.
6
18. Setiap penilaian yang telah dibuat akan dipaparkan dengan indkator berwarna hijau ( ) pada bahagian
nama pegawai yang disenaraikan menunjukkan penilaian telah selesai. Bagi penilaian yang telah dibuat
oleh pegawai yang menilai anda akan dipaparkan dengan indicator Selesai.

19. Klik pada nama Pegawai Penyelia yang perlu anda nilai. Skrin Penilaian akan dipaparkan. Lakukan
penilaian seperti Penilaian Diri dan klik butang Simpan. Klik tanda pangkah (x) pada sudut atas sebelah
kanan untuk tutup skrin selepas penilaian selesai dibuat.

7
20. Proses yang sama perlu diulangi bagi melaksanakan Penilaian kepada Rakan Rejawat dan Penilaian
kepada Pegawai Yang Diselia. Bagi paparan Borang Penilaian kepada Pegawai Yang Diselia, Pegawai
Penyelia boleh menyemak Laporan SKT, Laporan Kertas Siasatan, Laporan Kes dan Laporan Harian
pada butang yang diletakkan di bahagian atas Borang Penilaian.

21. Selesai melaksanakan semua penilaian, klik menu Markah Penilaian bagi membuat pengesahan. Hanya
penilaian yang lengkap dan berstatus ‘SELESAI’ sahaja boleh disahkan.

8
* Penilaian lengkap bermaksud anda selesai melaksanakan penilaian ke atas semua pegawai
(Penyelia, Rakan Sejawat dan Pegawai yang Diselia) yang disenaraikan di bawah profil anda. Anda
juga dan juga pegawai yang sepatutnya menilai anda juga selesai membuat penilaian.Indikator
berwarna hijau adalah menunjukkan penilaian ke atas pegawai selesai dilaksanakan.

22. Setelah semua penilaian berstatus , klik butang ‘SAHKAN’ dan sistem akan menjana markah
penilaian COMPASS.

(a) Walaubagaimana pun, selagi semua Borang Penilaian belum disahkan (pada menu terakhir – Markah
Penilaian), anda masih boleh mengubah (modify) penilaian yang dibuat.
(b) Penilaian yang telah disahkan tidak boleh dikemaskini tetapi hanya boleh dipaparkan sahaja.

23. Untuk keluar dari sistem COMPASS, klik hyperlink .

24. Sistem akan memaparkan skrin berikut dan klik .

9
25. Sistem akan memaparkan skrin seperti berikut.

10

Anda mungkin juga menyukai