Anda di halaman 1dari 4

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang, Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang

Detik waktu kelahiran seorang bayi

dihiasi tangis Nyaring berkumandang

menyapa telinga ibu, lalu melonjak hati ibu

penawar sakit dan lesu

Lalu bermulalah sebuah kehidupann

yang bakal mewarnai bumi

berdakwatkan air mata

Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan

dicelahi oleh tangisan

diakhiri dengan tangisan

Air mata manusia sentiasa dalam dua

yang menguntungkan atau merugikan

Sabda Rasulullah SAW:

“Dua titisan air yang Allah cinta, darah para syuhada’ dan air mata kerana takutkan Allah.”

Ibnu Ataillah, seorang ahli sufi dan makrifah telah berkata:

“Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.”

Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan

di syurga mana kelak ia akan ditempatkan

Ahli-ahli sufi sering mengingatkan :


“Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa
takbur.”

Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka

Ada kalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan

Penghuni Syuga adalah mereka, yang paling banyak dukacitanya di dunia

Nabi bersabda:

“Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di
dunia, akan gembira di akhirat.”

Nabi bersabda lagi:

“Jika kamu tahu apa yang akan aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang hukama pernah bersyair:

“Aku hairan dan aku pelik, melihat orang ketawa. kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,

lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima. sedangkan kita masih
ketawa walaupun amalan tiada

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Siapa yang buat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan

menangis.”

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang

Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang


“Alangkah sempitnya kuburku,” ratap seorang abid.

“Alangkah sedikitnya hartaku,” keluh seorang hartawan.

Kita gembira yang kita idam-idamkan tercapai

Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terbarai

Nikmat disambut ria, Ujian menjemput duka

Namun Allah SWT telah berfirman:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, Pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, pada hal amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[Surah Al-Baqarah: 216]

Menangislah wahai diri, agar senyummu banyak di kemudian hari

Kerana nasibmu belum pasti, di sana nanti lembaran sejarahmu dibuka satu persatu

Menangislah seperti Sayidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

“Kalau semua manusia masuk ke syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu,”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya: “Kenapakah engkau menangis?”

Jawabnya: “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar ke medan perang.”

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan

Lalu diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidupnya.

Ibnu Masud r.a. berkata:

“Seorang yang mengerti Al-Quran dikenal waktu malam ketika orang lain tidur,
dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa,

sedihnya ketika orang lain sedang gembira, dan tangisnya di waktu orang lain tertawa,

diamnya di waktu orang lain bicara,

khusyuk di waktu orang lain berbangga.

Seharusnya orang yang mengerti Al-Quran itu tenang,

lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,

kejam, lalai, bersuara keras dan marah.”

Tanyailah orang-orang soleh, mengapa mereka yang banyak menangis

Mereka akan menjawab:

“Bagaimana hendak gembira Sedangkan mati itu di belakang kami,

kubur di hadapan, Qiamat itu janjian kami, Neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah.”

Mereka menangis di sini

Sebelum menangis di sana

Dan kita bagaimana?

menangislah kerana kita tidak menangis seperti mereka menangis

sumber : http://genta-rasa.com/2013/10/22/belum-tibakah-masanya-untuk-kau-menangis/

.: Allah ciptakan air mata sebagai peneman kita, kerana Allah tahu keperluan hambaNya. Menangislah,
kerana air mata itu nikmat dariNya :.