Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN STALON, YBA 6110 DARO, SARAWAK.

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK SIFIR

PROGRAM PANITIA MATEMATIK 2019

BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

1.0 ) PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak hari ini.
Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting
bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid - murid yang belum menguasai terutama murid
lemah di samping murid - murid bijak yang masih belum menguasai sepenuhnya. Program ini akan diadakan
selama satu hari di mana murid-murid yang terlibat akan diajar bagaimana membina petak sifir dengan
mudah dan cepat. Tambahan, terdapat pertandingan dimana murid yang pantas menghabiskan kesemua sifir
akan di kira sebagai pemenang.

2.0) RASIONAL

Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap subjek
Matematik. Sedia maklum, Matematik merupakan matapelajaran asas yang wajib dikuasai oleh setiap murid.
Justeru itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek
matematik.

3.0) OBJEKTIF

Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Membantu murid yang masih lemah sifir.
Menambah kecintaan murid terhadap subjek Matematik. Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 9
dengan baik dan berkesan. Satu kaedah pertandingan bagi meningkatkan minat murid untuk belajar sifir.
Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan (GP
Sekolah).

4.0) ANJURAN

Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Stalon, Daro di bawah Bidang Sains dan Matematik.

5.0) TEMPOH PELAKSANAAN

Selama 1 hari ( 10 April 2019) Rabu.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 4 hingga Tahun Enam.

7.0) ISU

1) Masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.
2) Peratus pencapaian MT masih belum ditahap cemerlang.
8.0) ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.Perkara

Jumlah

1Hadiah (RM 10.00) X 1 individu

JUMLAH RM 10.00

9.0) JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Lampiran A

10) PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta
kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

...........................................................
(En. Hadmy Sharifuddin Bin Roslan)
Ketua Panitia Matematik, SK Stalon , Daro.

Disemak oleh,

.....................................
(Puan Tiong Gin Ling )
Guru Penolong Kanan Kurikulum, SK Stalon, Daro.

Disahkan oleh,

...........................................
(Puan Tham Siew Mei)
Guru Besar, SK Stalon, Daro.
LAMPIRAN B

JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM BIJAK SIFIR

PENGERUSI
(PUAN THAM SIEW MEI)
GURU BESAR SK STALON

TIMBALAN PENGERUSI
PUAN TIONG GIN LING (PK KK)
PUAN NOOR ALAM BINTI KUSAIRI (PK HEM)
ENCIK MUHAMAD HUSAINI BIN ABU HASSAN(PK KO-KURIKULUM)

SETIAUSAHA
ENCIK MUHAMMAD ZIKRI BIN POSTER

PENYELARAS
ENCIK HADMY SHARIFUDDIN BIN ROSLAN

AJK PERSEDIAAN TEMPAT/ AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN


KEBERSIHAN SEMUA GURU KELAS
ENCIK MUHAMAD HUSAINI BIN ABU
AJK SIARAYA & BUKU PROGRAM
HASSAN
ENCIK MUHAMAD HUSAINI BIN ABU
HASSAN
PENGACARA MAJLIS
PUAN NOORALAM BINTI KUSAIRI
ENCIK MUHAMMAD ZIKRI BIN
POSTER AJK DOKUMENTASI
CAROLINE THAM
AJK SIJIL, HADIAH DAN
CENDERAHATI
PUAN NURHIDAYAH BINTI ROSLI