Anda di halaman 1dari 5

JAMUAN AKHIR TAHUN SK SERI KOTA 2016

TEKS PENGERUSI MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim.

Ke Pekan Kuala Membeli Bingka,


Sayang Pesanan Terlupa Sudah,
Majlis Bermula Tirai Dibuka,
Dengan Alunan Madah Yang Indah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
Encik Zulkhairi bin Ismail,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kota

Yang berusaha,
Encik Samsudin bin Mohd Yunus,

Kata-kata aluan Penolong Kanan Pentadbiran

Yang berusaha,
Puan Noor Azizah binti Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha,
Puan Nur Elena binti Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha,
Tuan Haji Remli bin Muhammad
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru ketua panitia dan rakan-rakan guru yang dikasihi


sekalian.

1
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat
Pencipta kerana di atas limpah dan kurnia-Nya, maka kita
diberikan ruang dan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di
Kata-kata aluan
dewan yang indah ini Dewan Bunga Mas, Hotel Perdana untuk
majlis Jamuan Akhir Tahun Sekolah Kebangsaan Seri Kota 2016.

Hadirin sekalian,

Kalau Pergi Ke Tanjung Keramat,


Anak Manis Jangan Diangkat,
Bersama Kita Memohon Rahmat,
Moga Majlis Mendapat Berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Al-Fadzil Ustaz
Bacaan Doa
____________________________ untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

 Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

2
Hadirin yang dimuliakan,
Sebelum kita menjamu selera dengan hidangan yang enak dan
menyelerakan, kita ke acara yang selanjutnya.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Yang Berbahagia Encik Zulkhairi bin Ismail, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kota, untuk menyampaikan
sepatah kata. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.

 Cue: setelah ucapan selesai.

Ucapan Guru Terima kasih diucapkan kepada YB Encik Zulkahiri bin Ismail atas
Besar &
Penyampaian ucapan yang diberikan.
Sumbangan
Kepada Ahli

Hadirin sekalian Majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia,


Encik Zulkhairi bin Ismail serta diiringi oleh Yang Berusaha Encik
Samsuddin bin Mohd Yunus, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan sumbangan kepada ahli.

 Cue: setelah penyerahan selesai.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyampaian


sumbangan itu tadi.

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Jamuan Makan Dijemput tuan menjamu selera

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.

3
Seterusnya,

Tuah ayam tampak di kaki


Tuah kita siapa yang kena
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan
kita

Bagi maksud tersebut, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha Puan Noor Azizah binti Zakaria Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas cabutan dan penyampaian hadiah itu


tadi.
Cabutan
Bertuah
Seterusnya, dijemput pula Yang Berusaha Puan Nur Elena binti
Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum untuk membuat 5 cabutan
dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas cabutan dan penyampaian hadiah itu


tadi.

Seterusnya, dijemput pula Yang Berusaha Tuan Haji Remli bin


Muhammad Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk membuat 5
cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas cabutan dan penyampaian hadiah itu


tadi.

4
Hadirin sekalian

Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka berakhirlah


majlis jamuan akhir tahun kita pada hari ini.

Akar Keladi Melilit Selasih


Selasih Tumbuh Tepi Jambangan
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

Penutup

Pihak majlis mohon sedikit kesempatan untuk merakamkan


sekalungan bunga terima kasih atas kerjasama padu semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi
memastikan acara petang ini berlangsung dengan jayanya.
Rakaman terima kasih juga kepada pihak Hotel Perdana.

Majlis kita tamat di sini.

Sekian, Wassalamualaikum wbt.

(jika ada)

Pengumuman