Anda di halaman 1dari 16

3.

0 Membanding beza jenis-jenis nilai dalam pendidikan moral dan kesannya

terhadap kehidupan

Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh
individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (nilai ekstrinsik),
nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak . Nilai
berperanan sebagai satu standard yang konsisten agar individu dan masyarakat
bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu
dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang
boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, nilai juga sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik moral.
Seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan
sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan terhadap kelakuan


individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita
dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan
mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.

Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam
menggunakan sesuatu nilai. Jadual berikut adalah tiga konteks utama yang boleh
membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:

Jenis-jenis nilai Peranan

 Nilai Instrumental (Ekstrinsik)  Nilai yang digunakan untuk


 Nilai Intrinsik menunjukan hubungan antara nilai.

 Nilai Subjektif  Nilai yang digunakan untuk menunjuk


 Nilai Objektif pandangan seseorang terhadap nilai.

 Nilai Relatif  Nilai yang digunakan untuk


 Nilai Mutlak (Absolute) menunjukkan apa yang dinilai.

5
Terdapat 3 konteks utama yang boleh membantu memahami sesuatu nilai.
Pertama, nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai, iaitu nilai
Instrumental / Ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai Instrumental merupakan nilai yang
bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai Intrinsik tidak
mengambil kira kesan dengan nilai sendiri sebagai matlamat. Kedua, nilai yang
digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu Nilai
Subjektif dan Nilai Objektif. Nilai subjektif mengikuti pandangan seseorang
individu.Nilai Objektif berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua
orang. Ketiga, nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dnilai, iaitu Nilai
Relatif dan Nilai Mutlak. Nilai Relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza
antara masyarakat yang berlainan. Nilai Mutlak diterima umum dan telah diuji atau
terbukti sebagai baik atau buruk.

Nilai Subjektif dan Nilai Objektif

Nilai Subjektif Nilai Objektif

 Kualiti yang diterima atau ditolak oleh  Kualiti yang bernilai atau sebaliknya
seseorang yang memberikan pandangan yang bebas daripada pilihan peribadi.

 Diterima atau ditolak mengikut pandangan  Diterima atau ditolak berdasarkan satu
seseorang individu. set kriteria yang dipersetujui oleh semua
atau kebanyakan orang.

6
 Nilai Subjektif berfungsi untuk  Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan
membayangkan keinginan, minat dan bahawa setiap perlakuan mempunyai
harapan terhadap sesuatu perkara. Nilai kegunaan tersendirinya. Dengan dapat
Subjektif juga berperanan dapat mengenalpasti kegunaan sesuatu
membayangkan perasaan gemar atau perlakuan, maka kita dapat membuat
tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu pertimbangan selanjutnya.
perkara.

CONTOH : CONTOH :

1) Pengunaan buku peraturan sebagai 1) Isu pergaduhan dalam masyarakat


panduan untuk mematuhi peraturan di IPG. hendak dielakkan menjadi satu
Secara amnya, penggunaan buku pengajaran bagi remaja masa kini bagi
peraturan adalah membantu pelajar aspek perpaduan. Contoh ini adalah
mengkaji peraturan-peraturan yang diterima dengan sokongan bukti
dibincangkan. Pelajar boleh mengenal pengajaran daripada tragedi 13 Mei
pasti dan dapat mematuhi peraturan dalam 1969. Secara umunnya, pengaduhan
buku peraturan serta mendisplinkan diri. sememangnya akan membawa kesan
Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh yang negatif kepada banyak pihak dan
individu yang mempunyai pemikiran kasar, harus dielakkan. Jadi, ia secara
maka buku itu tidak nilai bagi mereka langsung dijadikan pembentukan moral
kerana mereka akan berpendapat bahawa yang kukuh dalam jiwa anak bangsa
segala peraturan atau maklumat dalam yang cinta kepada keamanan.
buku adalah tidak relevan dalam
kehidupan sebenar di IPG dan mereka
juga berpendapat bahawa ia tidak dapat
mendisplinkan pelajar.

2) Terdapat pihak yang mencadangkan


supaya hukuman rotan di khalayak ramai
dikuatkuasakan kembali bagi memberi
2) Pandangan tentang penderaan haiwan
pengajaran kepada murid lain. Tetapi,ada
adalah tidak mencerminkan nilai

7
pihak yang tidak bersetuju kerana merotan perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan
akan memberikan kesan negatif seperti memang memberi banyak kegunaan
memalukan pelajar dan melanggar hak dan kelebihan kepada manusia. Dengan
asasi kanak-kanak itu, segala kebajikan bagi haiwan harus
dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih
 Contoh ini menunjukkan dua isu nilai iaitu terdapat penderaan haiwan dengan cara
pandangan hukuman rotan untuk mendidik dendaan atau deraan memang harus
tetapi di satu pihak melihat hukuman ini dikejikan.
merupakan tindakan yang memberi kesan
negatif kepada murid.
 Ini dapat membolehkan remaja
mengamalkan nilai moral dengan tidak
3) Ahmad tidak bimbang tentang penyakit mengabaikan kebajikan pihak lain.
AIDS. Dia berkata bahawa ‘saya kenal
rakan-rakan saya dan mereka tidak
menghidapnya. Lagipun tidak banyak
dalam kalangan yang saya kenal’. 3) AIDS adalah suatu isu moral. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
 Pandangan berkenaan AIDS merupakan AIDS mengancam nyawa setiap
nilai-nilai yang diterima oleh seseorang itu individu, termasuklah kanak-kanak.
sendiri.

 Pandangan berkenaan AIDS merupakan


nilai-nilai yang diterima dan dipersetujui
kebanyakan orang.

Nilai Instrumental (Ektrinsik) dan Nilai Instrinsik

Nilai Ektrinsik Nilai Instrinsik

8
 Nilai yang memerlukan kepada nilai lain  Sebagai nilai yang tidak perlu bergantung
untuk mencapai sesuatu matlamat . Kualiti kepada nilai lain untuk mencapai
yang diterima atau ditolak sebagai alat matlamatnya, kerana nilai itu sendiri
mencapai sesuatu matlamat. Nilai merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi
instrumental ini adalah nilai peringkat nilai diterima atau ditolak semata-mata ia
kedua misalnya berani, rajin, dan berniat baik atau buruk dan tanpa
hormat-menghormati. mengira kesannya. Nilai ini merupakan
nilai peringkat pertama , misalnya baik
hati, kasih saying, keadilan

 Satu kepiawaian kepada apa yang  Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri,
dilaksanakan untuk menunjukan arah dan antaranya ialah menjadi penentuan
menjadi penentu dan dalam membuat dalam membuat pilihan atau tindakan.
pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini Nilai ini juga menegaskan
menegaskan unsur teguh beriman dan menyempurnakan tugas dan amanah
bertakwa dalam setiap tindakan. serta mengutamakan keadilan dalam
setiap perbuatan.

CONTOH : CONTOH :

1) Imran suka membantu rakan-rakannya 1) Ali ialah seorang guru kelas tingkatan
menyelesaikan masalah Sains bukannya Enam. Walaupun Ali sebagai pengadil
mengharapkan sebarang balasan dalam pertandingan banner antara kelas.
daripada rakan-rakannya tetapi untuk Walaupun pelajar sekelasnya
memantapkan kemahirannya dalam menyuruhnya memberi markah yang
menyelesaikan masalah Sains pada diri tinggi kepada kelas mereka atas
sendiri. statusnya. Namun, Ali tidak berbuat
demikan kerana dia menilai semua karya
 Contoh ini dapat membantu remaja dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi
mengamalkan nilai baik dan diberi oleh permintaan rakan-rakanya.
pengetahuan bahawa memberi bantuan
juga boleh mendatangkan kelebihan pada  Contoh ini dapat memberi gambaran
diri sendiri. kepada remaja supaya bertindak dengan
saksama dalam segala hal.

9
2) Cikgu Amutha mendenda Kanaga,
seorang pelajar yang gagal dalam Bahasa 2) Zaini sedang menunggu bas di sebuah
Tamil. Akan tetapi, sekirannya dipandang pondok bas. Tiba-tiba seorang gadis
secara positif bagi tindakan Cikgu tersebut yang kelihatan dalam keadaan takut dan
sebenarnya adalah untuk meningkatkan menyembunyikan diri di belakang pokok.
semangat memajukan diri dan Kemudian, terdapat tiga orang pemuda
mengharapkan prestasinya akan garang muncul dan bertanya kepada
bertambah baik pada ujian yang akan Zaina sama ada ternampak gadis itu.
datang. Zaini berbohong mengatakan bahawa
gadis itu telah menaiki teksi beberapa
 Ini membolehkan remaja berfikiran jauh saat yang lalu. TIndakan Zaini ini adalah
bahawa terdapat niat baik sebelah ingin menolong gadis melepaskan diri
dendaan dan mengikis perasaan dengki daripada kesusahan.
atau benci antara murid dengan guru.
 Contoh ini dapat menerapkan nilai
3) Pihak sekolah mengenakan tindakan menghulur bantuan dengan tanpa
disiplin bagi pelajar yang keraguan dalam kalangan remaja. Ini
merokok demi menjaga tatatertib para dapat memberi impak kepada remaja
pelajar. Tindakan sekolah ini bukan sahaja supaya mereka mengetahui bahawa
boleh menjaga tingkah laku murid-murid, kadang-kala pembohongan juga boleh
malah ia juga dapat membentuk nilai membantu orang.
moral dalam kalangan murid, khasnya (Baik hati,kasih sayang)
remaja kini.
3) Kasih sayang ibu bapa terhadap
4) Dia belajar dengan begitu rajin supaya anaknya.
boleh mendapat keputusan PMR yang
cemerlang.
 Kasih sayang ibu bapa adalah lahir
semulajadi dan bukan kerana untuk
 Nilai rajin diamalkan atas matlamat mendapatkan balasan daripada anak
mencapai kejayaan hidup. mereka.

10
Nilai Relatif dan Nilai Mutlak

Nilai Relatif Nilai Mutlak

 Nilai yang diterima atau ditolak dengan  Nilai yang dihargai dan tidak terikat
berdasarkan peraturan masyarakat untuk kepada sesuatu kebiasaan bagi
mencapai matlamat masyarakat. Nilai sesebuah masyarakat. Segala idea atau
relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu fakta dapat diterima secara umun dan
tidak tertentu, tidak sempurna dan diuji atau terbukti samada ia baik
berbeza antara masyarakat yang ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal
berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh sepanjang masa dan di semua tempat
berubah mengikut semasa dan fahaman serta hampir sama bagi semua situasi
mengenai benar atau salah bagi suatu norma masyarakat.
topik yang dibincangankan.
 Berfungsi sebagai satu standard yang
 Membolehkan semua manusia konsiten dan kukuh bagi seseorang
membentuk nilai norma masyarakat yang individu atau masyarakat untuk bertindak
berbeza mengikut kesesuaian pandangan supaya tindakan mereka adalah berhala
masyarakat masing-masing. Nilai ini niat baik dan betul serta dapat diterima
mampu mengubah nilai norma oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga
masyarakat mengikut masalah yang berperanan untuk sebagai batasan
dihadapi dan juga pemikiran manusia. terhadap perbuatan dan kelakuan
Nilai relatif yang berdasarkan pandangan individu supaya seseorang dapat

11
digunakan untuk menggantikan nilai atau bertindak secara rasional dan tidak
norma masyarakat yang tidak sesuai atau keterlaluan.
kurang relavan.

CONTOH : CONTOH :

1) Pergaulan bebas antara remaja yang 1) Gambaran Hidup berkeluarga adalah


berleluasa serta menjadi isu hangat pada kehidupan yang baik. Ini memberi
masa kini. Walaupun perkara ini adalah gambaran yang positif kepada remaja
biasa di negara barat, tetapi ia adalah kini supaya mengamalkan amalan hidup
masalah sosial yang hangat di Malaysia. berkeluarga yang sihat mendatangkan
Negera Barat berpandangan perkara ini keharmonian antara ahli keluarga serta
adalah tidak bersalah dari sisi undang- menyumbang kepada perpaduan
undang, manakala Malaysia masyarakat dan negara.
berpandangan serius tentang isu ini
kerana ia membawa kesan seperti orang  Pengamalan nilai yang baik akan
yang terlibat akan dipandang keji dan mendatangkan kebaikan kepada diri dan
dikutuk oleh orang lain. pihak lain.

 Ini membawa pengajaran kepada remaja 2) Tindakan membunuh tanpa sebab


supaya mengamalkan nilai relatid yang adalah perbuatan yang perlu dikejikan.
mengutamakan pandangan dan peraturan Ini terbukti perbuatan membunuh adalah
dalam masyarakat yang mana ia berada. perbuatan yang tidak bermoral dan ia
akan menjadi ingatan mendalam kepada
2) kes bersedudukan sebelum berkahwin orang lain dengan kekal sepanjang
juga merupakan contoh bagi nilai relatif. masa serta tidak kira di mana jua
Kita tahu bahawa amalan suami isteri berada.
tinggal bersama tanpa nikah adalah
perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi  Ini dapat mengingatkan remaja supaya
agama dan dikeji oleh masyarakat. Akan sentiasa berniat baik dan harus
tetapi, kes ini dialukan semata-mata mempunyai batasan dalam segala
bertujuan untuk memadankan bakal tindakan dan memahami betapa
pasangan suami isteri. mendalamnya ingatan atau kenangan

12
terhadap tindakan yang dibuat kepada
 Disebabkan kes ini dipandang serius di orang lain.
Malaysia, maka ia beri pengajaran
kepada remaja masa kini supaya 3) Tindakan curi merupakan nilai moral
bertindak dengan rasional dan mesti yang salah. Nilai mutlak ini telah kekal
selaras dengan pandangan masyarakat. sepanjang zaman dan di semua negara
serta hampir semua situasi norma
3) kebebasan memilih pasangan masyarakat. Perlakuan mencuri ini
perkahwinan pada dahulu dan kini. Pasa dianggap masyarakat sebagai sesuatu
masa dahulu, orang tiada kebebasan nilai mutlak yang menyalahi norma
untuk memilih pasangan hidupnya. masyarakat dan negara.
Tetapi, masa kini remaja diberi bebas
untuk memilih pasangannya.  Nilai keadilan dianggap mutlak apabila
seseorang yang didapati bersalah
 Menerusi contoh ini, dapat dilihat mencuri akan dihukum. Jika ini berlaku
perubahan zaman membawa ubahan dan pada masa dan tempat yang lain,
pemikiran remaja masa kini harus selaras hukuman yang sama juga akan
dengan faham masyarakat dan bukannya dijatuhkan terhadap pencuri.
mementingkan hasrat diri sahaja.

4) Penggunaan Bahasa Inggeris di papan


tanda.Pandangan berkenaan pada satu
ketika dahulu dianggap sebagai tidak
patrioktik.

 Tanggapan sedemikian berubah apabila


kerajaaan memargabatkan Bahasa
Inggeris dalam sistem pendidikan hari ini.

Secara ringkasnya, sesetengah nilai boleh berubah tetapi sesetengah masih


stabil dalam kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang
berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat dengan
masyarakat yang lain.Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai
yang konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Kita
dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai
kemoralan diri sendiri dan orang lain.

13
14
4.0 Menganalisis sifat-sifat individu bermoral dan keperluan hidup
berdasarkan beberapa prinsip asas insan bermoral

Prinsip
Keadilan

Prinsip Prinsip
autonomi Altruisme

Prinsip
asas moral

Prisnip autonomi meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.


Prinsip ini merujuk kepada sesuatu pertimbangan yang dilakukan secara bebas
tanpa dipengaruhi oleh unsur luaran. Hal ini bermaksud bahawa seseorang individu
bebas membuat apa yang diingininya dan dapat memberikan alasan sekirannya
individu tersebut dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik.
Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral
jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran
atau kapatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang
berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Individu itu
tidak melaksanakan tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah daripada

15
kuasa luar (Koo & Tang, 1990). Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak
merangkumi perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan
orang lain. Terutama sekali sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan
orang lain ataupun melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri,
maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep autonomi tersebut.
Contohnya, Noraini memilih tidak membakar sampah–sarap atau membuang
sampah–sarap dengan merata–rata dan sesuka hati. Hal ini kerana dia menyedari
bahawa perbuatan ini akan menyebabkan bumi kita tercemar. Dia mempunyai ilmu
pengetahuan tentang melindungi alam sekeliling dengan sempurna tetapi bukan
disebabkan takut akan dihukum atau diberi dendaan oleh pihak berkuasa.
Sehubungan dengan itu, seseorang yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan
sesuatu perbuatan yang berasaskan kepada alasan yang munasabah serta bukti
yang nyata. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral akan mempunyai
emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan
moral diambil.

Selain itu,prinsip keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati


orang lain apabila membuat sesuatu keputusan. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010), keadilan bererti sifat (perbuatan/tindakan) yang adil. Oleh itu,
konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap
diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua
orang dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu (Azizi, 2008:13).
Prinsip keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam
semua perkara, contohnya dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta
perlakuan.Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau
keseimbangan dalam semua perkara sebagai contoh dalam pemikiran, percakapan,
perasaan serta perlakuan. Menurut agama Islam, konsep keadilan adalah boleh
dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai
dan sepatutnya di mana ia melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan yang
sepatutnya. Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral
dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep
keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa
berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara langsung akan
membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada unsur–unsur yang
buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya. Contohnya,
Amanda telah menjadi ibu kepada dua orang anaknya. Aminah sentiasa memberi

16
hadiah atau barang yang terbaik untuk anak bongsunya dan sentiasa memarahi
anak sulungnya yang satu lagi. Hal ini disebabkan anak bongsunya lebih pandai
daripada anak sulungnya. Dia sentiasa anak sulungnya tidak berguna dan sentiasa
memburukkan nama anak sulungnya ddan memuji anak bongsunya di depan jiran–
jirannya. Dia tidak prihatin terhadap anak sulungnya dan meletakkan kasih
sayangnya ke atas anak bongsunya. Ibu Amanda ini telah melanggari prinsip
keadilan dan ini akan mendatangkan akibat yang buruk dalam jangka masa yang
panjang.

Selanjutnya, prinsip altruisme merujuk kepada tingkah laku atau pertimbangan


moral akan melibatkan orang lain.sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan
orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Oleh itu, individu
altruisme ialah orang yang pemurah atau dermawan. Menurut Nagel, untuk
memperoleh sifat altruisme dalam diri, seseorang individu mesti mampu bersifat
empati, iaitu berkebolehan meletakkan diri dalam kedudukan orang lain, bersifat
terbuka, bertoleransi serta boleh menerima dan mempercayai orang lain.
Sehubungan dengan itu, insan bermoral yang memiliki sifat altruisme akan berasa
bersalah jika mereka tidak dapat membantu orang yang memerlukan bantuan.
Dalam konteks moral, jika seseorang ditimpa masalah atau musibah dan
memerlukan pertolongan, maka ia akan menjadi tanggungjawab individu lain untuk
membantu mereka. Seterusnya, seseorang insan yang memiliki sifat ini akan
sanggup bersedia memberi serta menerima pandangan dan kritikan orang
lain.Sebagai contohnya,Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu
menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu
mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain–lain. Mereka menderma untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak–anak
yatim yang kehilangan ibubapa.

5.0 Kesimpulan

Nilai merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup


manusia. Sistem nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan penerimaan nilai
dan sistem sosial. Ia adalah penting dalam hubungan sosial antara individu
dengan masyarakat untuk menjamin kestabilan masyarakat dan kehidupan yang baik

17
sesama manusia. Individu yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan
sesuatu yang berkaitan dengan nilai itu dan tidak melakukan sesuatu yang dirasakan
bercanggah dengan nilai yang diamalkannya. Salah satu contoh yang paling sesuai
bagi insan yang bermoral adalah Socrates (Bass, 1999) dan beliau berpegang teguh
kepada tindakan, pemikiran dan tingkah laku yang bermoral serta mempengaruhi
masyarakat sekililingnya tanpa bercanggah dengan nilai yang diamalkan secara
turun temurun. Tuntasnya, semua pihak haruslah mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupannya lalun perlu mendidik generasi muda sekarang supaya mereka
menjadi sebagai seorang modal insan yang holistik seperti yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

6.0 Rujukan

Azizi Ahmad (2017, September 30). Pelajari nilai moral seawal usia, bentuk
masyarakat lebih
aman. Berita Harian, p. 1.

Bass, B. M. (1999). The Leadership Quarterly. Ethics, character, and authentic


transformational leadership behavior , 16(7), 26.

Henry Bergson (2006). Thinking in Time. Ithaca, New York: Cornell University Press.

K, B. (2003). Etika Dan Moral. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-
2025. Putrajaya: KPM.

Kwai, T. Y. (2006). Pendidikan Moral: Konsep dan Pedagogi Pendidikan Guru.


Subang Jaya, Selangor, Malaysia: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

18
Mardzelah, M. (2006). Sains Pemikiran & Etika. Batu Caves, Kuala Lumpur ,
Malaysia: PTS Professional.

Mohd Noor, M., & Mohamad, S. S. (2002). Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan
Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan
Luar-Satu Kajian Kes (Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor,
Malaysia). Dicapai daripada
https://www.academia.edu/2822498/Faktor_Di_Antara_Motivasi_Intrinsik_Da
n_Ekstrinsik_Ke_Atas_Penglibatan_Para_Pelajar_Terhadap_Aktiviti_Pendidi
kan_Luar-Satu_Kajian_Kes

Omar, A. B., Shuid, M. B., Aris, M. B., Sam, M. B., & Suratnu, R. B. (2014).
Pengantar Pendidikan Moral. Puchong, Selangor, Malaysia: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Salleh, N. A., Ariffin, S. R., & Daia, M. (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui
Pembelajaran-
Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan 27, m/s 47-57.
Thangavelu, M., Abu Bakar, A., Sinnapan, S., Hassan, N. A., Nordin, N., Mohd Nor,
N. M., Ismail, N. (2009). Pendidikan Moral. Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia: Prentice Hall.

Thomas, N. (1970). The Possibility of Altruism. Canadian Journal of Philisophy.

19
7.0 Lampiran

20